Friday, May 30, 2008

Tatabahasa 4

Kata NAMA atau ISIM
( أِسْمٌ )



Kata Nama atau Isim (didalam Al-Quran) terbahagi kepada dua jenis:

1) Nama Khas atau Isim Ma'rifah ( مَعْرِفَة )

2) Nama Am/Betul/Biasa atau Isim Nakirah ( نَكِرَة )


1. Nama Khas ialah nama yang diketahui atau sudah pasti (definitif) yang diberi kepada manusia, tempat atau objek tertentu, seperti:-
مَكَّةٌاَحْمَدُمُحَمَّدُمَرْيَمُأِبْرَاهِيمُمُوْسَ


2. Nama Am adalah nama-nama biasa yang yang belum dipastikan (belum definitif) yang diberi kepada yang bernyawa atau tidak bernyawa, seperti:-









































sebatang pokok=شَجَرٌseorang rasul=رَسُولٌ
sebatang pen=قَلَمٌsebuah rumah=بَيْتٌ
sebuah pekan=بَلَدٌsebuah buku=كِتَابٌ



Nota: Semua Nama-Nama Am atau Biasa berakhir dengan tanda tanwin ـٌـ , tetapi tiada peraturan tertentu untuk Nama-Nama Khas.


A) Contoh Nama-Nama Khas:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ
dan telah berkata ia Ibrahim (2:260)

وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ
dan telah membunuh ia oleh Daud akan Jalut (2:251)

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا نُوحًا
dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh (11:25)

وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ
dan Sulaiman telah mewarisi Daud (27:16)


B) Contoh Nama-Nama 'Am/Biasa:

فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ
dalam hati-hati mereka ada penyakit (2:10)

وَعَلَى أَبْصَارِهِمْ غِشَاوَة
dan atas (pada) penglihatan mereka ada penutup (2:7)

فِيهِ ظُلُمَاتٌ وَرَعْدٌ وَبَرْقٌ
didalamnya ada beberapa kegelapan dan guruh serta kilat (2:19)

أَن تَكْرَهُواْ شَيْئًا
dan mungkin kamu bencikan sesuatu (2:216)


Nama-Nama Am boleh berubah menjadi Nama Khas dengan:

1. Menambah أَلْ diawal kalimah yang menyebabkan tanda tanwin ـٌـ dihuruf terakhir kalimah berkenaan berubah menjadi berbaris depan (dhammah) ـُـ































rumah (tertentu)البَيْتُ<--بَيْتٌ+أَلْ
buku (tertentu)الكِتَابُ<--كِتَابٌ+أَلْ
Rasul (tertentu)الرَسُولُ<--رَسُولٌ+أَلْ




Contoh:

وَيَكُونَ الرَّسُولُ
dan Ia jadikan Rasul (2:143)

ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِِ
Itu Kitab (Al-Quran) tiada syak didalamnya (2:2)

فَلاَ يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ
maka tidak akan diringankan mereka dari Seksa (api Neraka) (2:86)


2. Menyambung Gantinama (Dhamir) diakhir Nama Am menyebabkan tanda tanwin ـٌـ dihuruf terakhir Nama berkenaan berubah menjadi berbaris depan (dhammah) ـُـ































rumahnya (l)بَيْتُهُ<--هُ+بَيْتٌ
buku kamuكِتَابُكُمْ<--كُمْ+كِتَابٌ
Rasul Kamiرَسُولُنَا<--نَا+رَسُولٌ



Contoh:

إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ
ketika telah berkata ia kepadanya oleh Tuhannya (2:131)

وَإِذَا تُتْلَى عَلَيْهِمْ آيَاتُنَا بَيِّنَاتٍ
dan apabila dibacakan kepada mereka Ayat-Ayat Kami yang nyata (19:73)

أَوَلَمْ تَكُ تَأْتِيكُمْ رُسُلُكُم
bukankah telah datang kepada kamu rasul-rasul kamu (40:50)


3. Menyambung Nama Khas selepas Nama Am juga akan menyebabkan tanda tanwin ـٌـ dihuruf terakhir Nama Am berkenaan berubah menjadi baris depan ـُ































Rasul Allahرَسُولُ اللَّهِ<--اللَّهُ+رَسُولٌ
rumah Allahبَيْتُ اللَّهِ<--اللَّهُ+بَيْتٌ
azab nerakaعَذَابُ النَّارِ<--النَّارُ+عَذَابٌ



Nota: Tanda pada huruf terakhir kalimah Nama kedua berubah menjadi tanda kasrah ـِـ . Perkara ini akan diterangkan kemudian.


Contoh:

فَلَعْنَةُ اللَّه عَلَى الْكَافِرِينَ
maka kutukan Allah keatas orang-orang yang kafir (2:89)

ذَلِكَ فَضْلُ اللّهِ
yang demikian itu nikmat Allah (5:54)

رَبُّ السَّمَاوَاتِ
Tuhan bagi (yang memiliki) langit-langit (26:24)

No comments: