Wednesday, January 28, 2009

Tatabahasa Al-Quran 19

ISIM MUSYTAQ ( إِسْمُ الْمُشْتَقُّ )


Isim Musytaq atau Isim Terbitan ialah Isim-Isim yang diambil (terjadi) daripada perkataan Masdar dan mempunyai tujuh bab, iaitu:-

1. Ism Faa'il ( إِسْمُ الْفَاعِلِ ) iaitu Katanama Pembuat, samada orang atau benda yang mengerjakan pekerjaan itu; seperti:-



















Yang menjadikan

جَاعِلٌ

Yang mengeluarkan

مُحْرِجٌ

Yang membenarkan

مُصَدِّقٌ



2. Sifat Musyabbahah ( الصِّفَةُالْمُشَابَّهَةُ ) iaitu Rupa atau sifat yang tetap pada orang atau benda yang maknanya juga seperti Ism Faa'il; seperti:-



















Yang baik (bagus)

حَسَنٌ

Yang bersih

طَاهِرٌ

Yang besar (agong)

عَظِيْمٌ


3. Sighatul Mubaalaghah ( صِيْغَةُالْمُبَآلَغَةِ ) iaitu Bentuk Ism Faa'il yang menunjukkan atau mengandungi erti "banyak"; seperti:-



















Yang Amat Pengasih

رَحِيْمٌ

Yang banyak menerima taubat

تَوَّابٌ

Yang banyak kufur

كَفُوْرٌ


4. Ism Maf'ul ( إِسْمُ الْمَفْعُوْلِ ) iaitu Nama yang dibuat, samada orang atau benda, yang dikerjakan itu; seperti:-



















Yang dikenal (terkenal)

مَعْرُوْفٌ

Yang di muliakan (termulia)

مُكْرَمٌ

Yang di haramkan

مُحَرَّمٌ


5. Ism Tafdhil ( إِسْمُ التَّفْضِيْلِ ) iaitu Nama yang menunjukkan lebih dari yang lain, iaitu antara dua benda yang sama sifatnya; seperti:-



















Lebih banyak

أَكْثَرٌ

Lebih sangat

أَشَدٌّ

Lebih hampir (dekat)

أَقْرَبٌ


6a. Ism Zaman ( إِسْمُ الزَّمَانِ ) iaitu Katanama yang menunjukkan masa atau bila pekerjaan itu berlaku.

6b. Ism Makan ( إِسْمُ الْمَكَانِ ) iaitu Katanama yang menunjukkan tempat dimana pekerjaan itu berlaku.

Kedua-dua Ism Zaman dan Ism Makan ini mempunyai wazan yang serupa, iaitu:-



















masa/tempat minum

مَشْرَبٌ

masa/tempat bersujud

مَسْجِدٌ

masa/tempat mandi

مُغْتَسَلٌ


7. Ism Alat ( إِسْمُ اْلآلَةِ ) iaitu Katanama yang menunjukkan kepada alat yang digunakan untuk pekerjaan itu; seperti:-



















alat membuka

مِفْتَحٌ / مِفْتَاحٌ

kunci

مِقْلَدٌ

kikir (besi)

مِبْرَدٌ

Thursday, January 22, 2009

Tatabahasa Al-Quran 18

ISIM ASAL/AKAR/PUNCA
Al-Masdar ( المصدر )


Al-Masdar ( الْمَصْدَرْ ) ialah kalimah Isim merupakan bentuk asal atau punca/akar kepada semua kalimat samada Isim (Katanama) atau Fi'il (Perbuatan). Tidak ada peraturan tetap mengenai bentuknya dan kebanyakkannya hanya menurut ukuran kebiasaan yang didengar ( سَمَاعِيٌ ) penggunaannya oleh orang-orang Arab.

Pada pelajaran terdahulu telah dipelajari bahawa Fi'il itu ada Tsulatsi, Rubaa'i, Khumassi dan Sudaasi. Maka Masdar bagi semua perkataan tersebut adalah berdasarkan jenis-jenis fi'ilnya juga. Fi'il-fi'il selain Tsulatsi mempunyai bentuk-bentuk yang boleh dibandingkan (qiaskan). Maka semua fi'il-fi'il yang sempurna samada Mujarrad atau Mazid, ada mempunyai Masdar belaka.

Contoh Masdar bagi Fi'il Tsulatsi (tiga huruf)




















































Keluaranخُرُوْجًا<--خَرَجَtelah keluar ia
Tulisanكِتَابَةٌ<--كَتَبَtelah menulis ia
Pendengaranسَمْعٌ<--سَمِعَtelah mendengar ia
Puasaصِيَامًا<--صَامَtelah berpuasa ia
Pengetahuanعِلْمًا<--عَلِمَtelah mengetahui ia
Aniayaظُلْمًا<--ظَلَمَtelah aniaya ia

Sungguh pun begitu, biasanya Masdar Tsulatsi itu terikut2 pula Wazannya dengan perkara-perkara berikut:-

1. Yang menunjukkan kegiatan pekerjaan, wazan nya: فِعَالَةٌ
Contoh: تِجَارَةٌ = Perdagangan; زِرَاعَةٌ = Pertanian.

2. Yang menunjukkan keengganan (menolak), wazan nya: فِعَالٌ
Contoh: إِبَآءٌ = Menolak; شِرَادٌ = Lari.

3. Yang menunjukkan bergoncang (getaran), wazan nya: فَعَلاَنٌ
Contoh: غَلَيَانٌ = Mendidih; جَوَلاَنٌ = Berputar-putar.

4. Yang menunjukkan penyakit (sakit), wazan nya: فُعَالٌ
Contoh: صُدَاعٌ = Pening; زُكَامٌ = Selsema.

5. Yang menunjukkan perjalanan, wazan nya: فَعِيْلٌ
Contoh: رَحِيْلٌ = pemergian; ذَمِيْلٌ = beransur-ansur.

6. Yang menunjukkan kepada suara, wazan nya: فُعَالٌ ، فَعِيْلٌ
Contoh: صُرَاخٌ = jeritan; زَئِيْرٌ = raungan.

7. Yang menunjukkan kepada warna, wazan nya: فُعْلَةٌ
Contoh: خُضْرَةٌ = hijau; حُمْرَةٌ = merah.


Jika tidak menunjukkan sesuatu, maka biasanya ialah:-

1. Pada فَعُلَ Masdarnya ialah فُعُوْلَةٌ atau فَعَالَةٌ

Contoh: خُضْرَةٌ = kemudahan; حُمْرَةٌ = kepintaran.

2. Pada فَعِلَ Masdarnya ialah فَعَلٌ

Contoh: فَرَحٌ = sukacita; عَطَشٌ = kedahagaan.

3. Pada فَعَلَ Masdarnya ialah فَعُوْلٌ

Contoh: قُعُوْدٌ = duduk; خُرُوْجٌ = keluar.

4. Pada Fi'il Mubta'addi yang berwazan: فَعِلَ dan فَعَلَ maka Masdarnya ialah فَعْلٌ atau فُعْلٌ

Contoh: شُكْرٌ = kesyukuran; نَصْرٌ = pertolongan.


KEGUNAAN DAN PEKERJAAN MASDAR

Masdar itu bekerja seperti kerja Fi'ilnya juga, iaitu ada mempunyai Faa'il (orang atau benda yang mengerjakan Perbuatan atau bersama mengerjakannya) dan Maf'ul (orang atau benda yang dikerjakan atau diperbuat).

Contoh:

1. Bila Masdar itu Mudhaf atau bersandar kepada Faa'ilnya, seperti:-

لَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ
Jikalau tidak penolakan Allah (akan) manusia...

(a) دَفْعُ itu Masdar dan Mudhaf (bersandar) kepada اللهِ

(b) اللهِ itu Faa'il bagi penolakan.

(c) النَّاسَ itu Maf'ul bagi دَفْعُ


2. Bila Masdar itu Idhafah (sandaran) pada Maf'ulnya atau dimasuki ال; seperti:-

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
Dan bagi Allah (wajib) atas manusia menuju (ke)Rumah Allah.

(a) حِجُّ itu Masdar dan Mudhaf (bersandar) pada الْبَيْتِ

(b) الْبَيْتِ itu dimasuki ال atau Idhafah (sandaran) bagi حِجُّ


3. Bila Masdar itu bukan Mudhaf dan tidak dimasuk ال maka Masdar itu bekerja seperti Fi'il Amr atau Fi'il Nahyi (suruh atau tegah), seperti:-
صَبْرًا لآَ جَزَعًا
Sabarlah jangan gelisah.

(a) صَبْرًا itu Masdar yang bukan Mudhaf dan tidak dimasuki ال maka dia (Masdar) itu bererti Menyuruh.


Syarat-syarat yang membolehkan Masdar itu bekerja seperti Fi'ilnya ialah:-

1. Bila ditempat Masdar itu boleh dimasuki Fi'il beserta أَنْ atau مَا

(a) Seperti contoh yang lalu: لَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ boleh dimasuki Fi'il serta أَنْ, seperti berikut:
لَوْلاَ أَنْ يَدْفَعَ اللهِ النَّاسَ

(b) Seperti : ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ boleh dimasuki Fi'il serta مَا, seperti berikut:
ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِمَاأَمَتْنَاكُمْ


2. Bila Masdar itu semata-mata menggantikan Fi'ilnya, seperti susunan percakapan berikut:-

حَبْسًا النِّصَّ (tahanlah perompak itu), maka حَبْسًاَّ itu semata-mata menggantikan perkataan Fi'il Amr (Suruh).

Jika syarat-syarat diatas tidak ada maka Masdar itu tidaklah bekerja seperti kerja Fi'ilnya. Masdar yang demikian adalah seperti berikut:-

(a) Masdar yang menunjukkan Muakkad (Menguatkan) seperti:-

دَمَّرْنَاهُم تَدْمِيْرَا
Telah membinasakan Kami (akan) mereka (secukup-cukup) kebinasaan.

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Bacalah oleh engkau (akan) Al-Quran (dengan sungguh-sungguh) bacaannya.

(b) Masdar yang menunjukkan bilangan, seperti:-

فَهَّمْتُهُ تَفْهِيْمَتَيْنِ الْحَقِيْقَةَ
Dan telah aku beri fahaman kepadanya dua kali fahaman (akan) hakikatnya.

(c) Masdar yang sunyi dari apa-apa kejadian, seperti:-

وَلَهُ صَوْتَ سَبُعٍ
Dia mempunyai suara (seperti) suara singa jantan.

Beberapa contoh dari Al-Quran:

هَذَا خَلْقُ اللَّهِ
ini (semuanya adalah) ciptaan Allah (31:11)

إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar (17:31)

تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha" (66:8)

إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya (92:4)

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata (48:1)

وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ
tetapi menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan kufur kepadaNya (2:217)

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا
(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk (3:191)

وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ
Dan inilah sangkaan kamu, yang kamu sangka (41:22)



MASDAR MARRAH ( المَصْدَرُ الْمَرَّةِ )


Masdar Marrah ialah Masdar yang menunujukkan Bilangan, samada satu, dua atau beberapa kali pun. Wazan bagi Masdar Marrah itu ialah:-

(a) Bagi Tsulatsi فَعْلَةٌ contohnya:-

سَجَدْتُ سَجْدَةٌ
Telah sujud aku satu sujud.

سَجَدْتُ سَجْدَتَيْنِ
Telah sujud aku dua kali sujud.

سَجَدْتُ ثَلاَثَ سَجَدَاتٍ
Telah sujud aku tiga kali sujud.


(b) Bagi yang bukan Tsulatsi, hanya dengan menambah huruf
ة sahaja pada Masdar biasa, contohnya:-

إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَةٌ
Telah minta ampun aku (sekali) minta ampun.

إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَتَيْنِ
Telah minta ampun aku (2 kali) minta ampun.

إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَاتٍ
Telah minta ampun aku (3 kali) minta ampun.


MASDAR HAI-AH( المَصْدَرُ الْهَيْئَةِ )


Masdar Hai-ah ialah Masdar yang menunujukkan cara atau keadaan Fi'il. Wazan bagi Masdar Hai-ah itu ialah:-

(a) Bagi Tsulatsi فِعْلَةٌ
contohnya:-

أَسْجُدُ سَجْدَةَ الرَّسُوْلِ
Sujudlah (secara) sujud Rasul....

(b) Bagi yang bukan Tsulatsi, hanya dengan menambah ة sahaja pada Masdar biasa (seperti Marrah). Untuk membezakan anatara Marrah dan Hai-ah ialah dengan memerhatikan bentuk susunan ayatnya, seperti:-

إِنْطَلِقْ إِنْطِلاَقَ المُسْلِمِ
Berangkatlah oleh engkau (sebagaimana) keberangkatan orang Muslim.

Nota: Masdar Hai-ah ini juga disebut Masdar Nau-i مَصْدَرُالنَّوْعِ


MASDAR MIMI ( المَصْدَرُ المِيْمِىٌّ )


Masdar Mimi ialah Masdar yang dimulakan dengan tambahan Mim ( م) . Wazan bagi Masdar Mimi adalah seperti berikut:-

(a) Jika dari Fi'il Tsulatsi, wazannya ialah: مَفْعَلٌ; seperti:-

























Pukulanمَضْرَبٌ
Pendapatمَذْهَبٌ
Keluar atau Pergiمَخْرَجٌ
Kata-Kataمَقَالٌ
Pandanganمَنْظَرٌ


(b) Dari Fi'il Tsulatsi Mujarrad dan berwazankan مَفْعِلٌ; seperti:-





















Kejatuhanمَوْقِعٌ
Letakkanمَوْضِعٌ
Perjanjianمَوْعِدٌ
Ketakutanمَوْجِلٌ


(c) Jika selain Fi'il Tsulatsi Mujarrad, maka wazannya hanya dengan mengikut Isim Maf'ulnya; seperti:-

Yang diperolokkan = مُسْتَهْزَئٌ

Ada satu jenis Masdar lagi yang dinamakan MASDAR SINAA'I ( مَصْدَرُالْصِنَاعِىُّ ) iaitu dengan tambahan ( ىّ ) yang berttasydid dan selepasnya ditambah ( ـة ); seperti:-




















Kemanusiaanإِنْسَانِيَّةٌ<--إِنْسَانٌManusia
Kemerdekaanحُرِّيَّةٌ<--حُرٌّMerdeka


ISIM MASDAR( اِسْمُ المَصْدَرِ )


Isim Masdar itu berbeza dengan Masdar. Isim Masdar ialah perkataan yang menunjukkan makna Masdar dan ia kurang satu huruf daripada bilangan huruf Fi'ilnya. Contohnya:-







































Maknaاسم مصدرمصدرفعل ماض
Pemberianعَطَاءٌإِعْطَاءٌأَعْطَى
Pertolonganعَوْنٌإِعَانَةٌأَعَانَ
Selawatصَلاَةٌتَصْلِيَةٌصَلَّى
Sejahteraسَلآمٌتَسْلِيْمًاسَلَّمَ

Perhatikan huruf-huruf pada Isim Masdar diatas kerana kurang daripada yang sepatutnya. Bagaimana pun, Isim Masdar itu bekerja seperti pekerjaan Masdar (yang bekerja seperti kerja Fi'ilnya) juga. Contohnya:-

وَمَاكَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُوْرًا
Dan tidak (sewajarnya) pemberian Tuhan (itu) terlarang (tersekat dari sesiapa pun).

Monday, January 19, 2009

Tatabahasa Al-Quran 17

ISIM MUKABBARAH
Al-Asma ul-Mukabbarah ( الاسماءالمكبّرة )

Ada terdapat beberapa Katanama (Isim) dalam Al-Quran yang mempunyai bentuk pelbagai walaupun maknanya sama.

Contoh:






















Bapaأَبٌ
Saudara Lelakiأَخٌ
Mulutفَمٌ


Apabila Katanama-Katanama tersebut berada dalam bentuk Mudhaf ( مُضَافْ ) ia akan bertandakan (i'raab) ـِـ , ـَـ atau ـُـ , seperti berikut:-
































ـُــَــِـ 
أَبُوْأَبَاأَبِىْأَبٌ
أَخُوْأَخَاأَخِىْأَخٌ
فُوْفَافِىْفَمٌ


Beberapa contoh dari Al-Quran:

وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya (28:23)

وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ
dan yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya (4:11)

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ
dan ia angkat kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran (12:100)

وَجَاءُوا أَبَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ
dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis (12:16)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ
ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya (12:4)

وَاذْكُرْ أَخَا عَادٍ
dan ingatlah peristiwa saudara kaum Aad (46:21)

كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ
Bagaimana cara menimbus mayat saudaranya (5:31)

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ
ketika saudara mereka (Nabi Nuh) berkata kepada mereka (26:106)

إِلَى الْمَاءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ
kepada air supaya sampai ke mulutnya (13:14)



Contoh: Katanama ذُوْ yang memberi maksud empunya atau mempunyai.

Lelaki/Muzakkar





































 ـُــَــِـ 
satuذُوْذَاذِىذَوٌ
duaذَوَاذَوَىْذَوَىْذَوَيْنَ/ذَوَانِ
jamakأُوْلُوْأُوْلِىْأُوْلِىْأُوْلُوْ


Perempuan/Muannats




































 ـُــَــِـ 
satuذَاتُذَاتَذَاتِذَاتٌ
duaذَوَاتَاذَوَاتَىْذَوَاتَىْذَوَاتَيْنِ/ذَوَاتَانِ
jamakأُوْلاتُأُوْلاتِأُوْلاتِأُوْلاتٌ


Jamak untuk ( ذَوٌ ) dan ( ذَاتٌ ) adalah dalam bentuk ( أُوْلُوْ ) atau ( أُوْلاتٌ ) dalam Al-Quran.

Contoh dari Al-Quran:

وَاللهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia Yang Amat Besar (2:105)

يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ
yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu (5:95)

ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
(dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan (55:48)

جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ
dua kawasan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya (34:16)

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَى
dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat (2:83)

وَحَمَلْنَاهُ عَلَى ذَاتِ أَلْوَاحٍ وَدُسُرٍ
dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku (54:13)

وَأُولُو اْلأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ
dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sebahagian mereka lebih hampir kepada sebahagian yang lain (33:6)

أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ
tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin (24:22)

وَإِنْ كُنَّ أُولاتِ حَمْلٍ
dan jika mereka sedang mengandung (65:6)

وَأُولاتُ اْلأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ
dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah (65:4)

وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ
dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (65:2)

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
dan akan kekallah zat Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan (55:27)

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
Maha Sucilah nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan (55:78)


Perhatian: Apabila أَبٌ ، أَخٌ ، فَمٌ berperanan sebagai Mudhaf, kalimah yang digunakan ialah dalam bentuk Mufrad (orang pertama), iaitu أَبِىْ ، أَخِيْ ، فَمِىْ

إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ
sebenarnya bapaku menjemputmu (28:25)

وَاغْفِرْ لِأَبِي
Dan ampunkanlah bapaku (26:86)

فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي
kemudian letakkan pada muka ayahku (12:93)

إِنَّ هَذَا أَخِي
sebenarnya orang ini ialah saudaraku (38:23)

إِنِّي لا أَمْلِكُ إِلاَّ نَفْسِي وَأَخِي
Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (5:25)

فَأُوَارِي سَوْءَةَ أَخِي
supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku? (5:31)


Perhatian: Kalimah فَمِىْ tidak terdapat dalam Al-Quran.

Sunday, January 18, 2009

Tatabahasa Al-Quran 16

ISIM SOALAN
Asma ul-Istifham ( أسماء الاستفهام)


Isim-Isim Soalan (Istifham) adalah merupakan beberapa sendikata yang dimasukkan dalam kategori Isim kerana sendikata2 tersebut berubah maknanya menjadi satu soalan (BI - Interrogative Nouns) apabila diletakkan dipermulaan ayat.

SENARAI ISIM ISTIFHAM































































































Adakah; Apakahأَ / هَلْ
Adakah; Adakah patutأَمْ
Siapakahمَنْ
Kepunyaan siapakah( لِمَنْ ( لِ+مَنْ
Mengapaلِمَ / لِمَا
Bagaimanaكَيْفَ
Berapaكُمْ
Bagaimanakahأَنَّى
Dimanaَأَيْن
Bilaأَيَّانَ / مَتَى
Apakah; Siapakah; Yang manaأَىُّ
Apakahمَا / مَاذَا
Tentang apakah( عَمَّ / عَمَّا ( عَنْ+مَا
Dari apakah( مِمَّ / مِمَّا ( مِنْ+مَا
Dalam (hubungan) apakah( فِيْمَ ( فِيْ+مَا



Perhatian:

a) Kalimah-kalimah sendikata tersebut (yang ada makna asal masing-masing) hanya memberi maksud Soalan (Istifham)apabila ia diletakkan di permulaan ayat (walaupun tidak semestinya dipangkal Ayat-Ayat Al-Quran berkaitan).

b) مَتَى digunakan untuk bertanyakan perihal apa saja (kecil atau besar).

c) أَيَّانَ digunakan untuk bertanyakan perihal perkara-perkara yang istimewa atu penting sahaja.

Beberapa contoh dari Al-Quran:

أَءِنَّكَ لأنْتَ يُوسُفُ
Apakah engkau (ini) Yusuf? (12:90)

هَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ عِلْمٍ
Adakah disisi (pada) kamu (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu? (6:148)

أَمْ حَسِبْتُمْ
Adakah patut kamu menyangka? (2:214)

مَاذَا يُنْفِقُونَ
Apakah yang patut mereka belanjakan? (2:215)

مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ
Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya? (2:255)

وَمَا تِلْكَ بِيَمِينِكَ
Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu? (20:17)

لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ
Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya? (61:2)

أَنَّى لَكِ هَذَا
Dari mana kamu dapati (buah-buahan) ini? (3:37)

أَنَّى يَكُونُ لِي وَلَدٌ
Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak? (3:47)

كَمْ لَبِثْتَ
Berapa lama kamu tinggal (di sini)? (2:259)

لِمَنِ الْمُلْكُ الْيَوْمَ
Kepunyaan siapakah kerajaan pada hari ini? (40:16)

أَيْنَ شُرَكَاؤُكُمُ
Manakah dia (orang-orang dan benda-benda) yang kamu jadikan sekutu (Allah)? (6:22)

كَيْفَ تَكْفُرُونَ
Bagaimana kamu mengingkari (menjadi kafir)? (2:28)

أَيُّ شَيْءٍ أَكْبَرُ شَهَادَةً
Apakah sesuatu yang lebih besar persaksiannya? (6:19)

فَبِأَيِّ آلاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ
Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan? (55:13)

عَمَّ يَتَسَاءَلُونَ
Tentang apakah mereka bertanya-tanya? (78:1)

مِمَّ خُلِقَ
Dari apakah ia diciptakan? (86:5)

مَتَى نَصْرُ اللَّهِ
Bilakah (datangnya) pertolongan Allah .... ? (2:214)

أَيَّانَ يَوْمُ الدِّينِ
Bilakah datangnya Hari Pembalasan itu? (51:12)

فِيمَ أَنْتَ
Dalam (hubungan) apakah engkau ..... ? (79:43)

Thursday, January 15, 2009

Tatabahasa Al-Quran 15

ISM MAUSUL
Asma u Mausulah ( أسماء موصولة)


Ism Mausul atau Gantinama Penyambung dinamakan begitu kerana ia mempunyai hubungan dengan perkataan (samada Ism atau Fi'il) sebelum dan sesudahnya.




































جَمْعُ

banyak

مُثَنىَّ

dua

مُفْرَدْ

satu

-
اَلَّذِينَ

segala yang

اَلَّذَانِ / اَلَّذَيْنِ

dua yang

اَلَّذِيْ

yang

مُذَكَّرْ

( lelaki )

اَللاَّتِي / اللاَّئِي

segala yang

اَلَّتَانِ / اَلَّتَيْنِ

dua yang

اَلَّتِيْ

yang

مُؤَنَّثْ

( perempuan )



Perhatian: Semua Gantinama Penyambung jenis Lelaki (Mufrad) ada huruf dzal ( ذ ) didalamnya, manakala semua Gantinama Penyambung jenis Perempuan (Muannath) ada huruf ta ( ت ) didalamnya (kecuali اَللاَّئِي ).

Beberapa contoh dari Al-Quran:

هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن طِينٍ
Dialah yang menciptakan kamu dari tanah (6:2)

وَاللَّذَانَ يَأْتِيَانِهَا مِنكُمْ فَآذُوهُمَا
Dan (mana-mana) dua orang di antara kamu yang melakukan perbuatan yang keji itu, (setelah sabit kesalahannya) maka hendaklah kamu menyakiti (menghukum) keduanya (4:16)

الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ
Orang-orang yang beriman dan beramal soleh (13:29)

فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ
maka takutlah olehmu (akan) api Neraka yang bahan bakarannya ialah Manusia (2:24)

وَأُمَّهَاتُكُمُ اللاَّتِي أَرْضَعْنَكُمْ
dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu (4:23)

وَاللَّائِي لَمْ يَحِضْنَ
dan yang tidak berhaid(65:4)


Ism-Ism Mausul diatas adalah dalam bentuk tertentu atau Nas ( نَصٌّ ), manakala Ism-Ism Mausul dalam contoh-contoh dibawah, iaitu مَنْ (orang yang) dan مَا (barang yang / apa yang) adalah dalam bentuk Bersekutu atau Musytarak ( مُشْتَرَك )

وَمِنَ النَّاسِ مَن يُجَادِلُ فِي اللَّهِ
Dan ada di antara manusia yang membantah (mempersoalkan) perkara-perkara yang berhubung dengan Allah (22:3)

يَدْعُو لَمَن ضَرُّهُ أَقْرَبُ مِن نَّفْعِهِ
Dia menyeru (dan menyembah) makhluk yang (dengan perbuatan demikian) mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya (22:13)

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ وَمَا عِندَ اللهِ بَاقٍ
apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal (16:96)


Ism-Ism Mausul Musytarak yang lain ialah:


Yang mana = اَىُّ

Yang mempunyai = ذُوْ

Yang mempunyai = ذَا

Tuesday, January 13, 2009

Tatabahasa Al-Quran 14

ISM ISYARAT
Asma ul Isyarah ( أسماءالإشارة )


Ism Isyarat atau Gantinama Penunjuk digunakan bagi menunjukkan sesuatu benda atau orang itu kedudukannya sama ada:
A) Dekat/Hampir ( قريب ) atau
B) Jauh ( بعيد ).


ISM ISYARAT (DEKAT/HAMPIR)



































جَمْعُ

banyak

مُثَنىَّ

dua

مُفْرَدْ

satu

-
هَـؤُلآءِ

semua ini

هَـذَانِ / هَـذَيْنِ

dua ini

هَـذَا

ini

مُذَكَّرْ

( lelaki )

هَـؤُلآءِ

semua ini

هَـتَانِ / هَـتَيْنِ

semua ini

هَـذِهِ

ini

مُؤَنَّثْ

( perempuan )



Beberapa contoh dari Al-Quran:

وَهَـذَا كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ
Dan ini sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami turunkan (6:155)

قَالُوا إِنْ هَـذَانِ لَسَاحِرَانِ
Mereka berkata: Dua orang ini, sebenarnya dua ahli sihir (20:63)

هَـؤُلآءِ أَهْدَى
mereka ini lebih betul jalan agamanya (4:51)

وَلاَ تَقْرَبَا هَـذِهِ الشَّجَرَةَ
dan jangan kamu hampiri pokok ini (2:35)

هَـذِهِ نَاقَةُ اللهِ لَكُمْ ءَايَةً فَذَرُوهَا
Ini adalah unta betina dari Allah untuk kamu sebagai tanda (mukjizat) yang membuktikan kebenaranku (11:64)

إِحْدَى ابْنَتَيَّ هَاتَيْنِ
salah seorang dari dua anak perempuanku ini (28:27)


ISM ISYARAT (JAUH)



































جَمْعُ

banyak

مُثَنىَّ

dua

مُفْرَدْ

satu

-
أُوْلآئِكَ

mereka itu

ذَانِكَ / ذَيْنِكَ

dua itu

ذَالِكَ

itu

مُذَكَّرْ

( lelaki )

أُوْلآئِكَ

mereka itu

تَانِكَ / تَيْنِكَ

dua itu

تِلْكَ

itu

مُؤَنَّثْ

( perempuan )



Beberapa contoh dari Al-Quran:

ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ
Itulah apa yang kita kehendaki (18:64)

ذَلِكُمُ اللّهُ رَبُّكُمْ
Itulah Allah, Tuhan kamu (10:3)

ذَلِكُمَا مِمَّا عَلَّمَنِي رَبِّي
Demikian itu ialah sebahagian dari apa yang diajarkan kepadaku oleh Tuhanku (12:37)


NOTA: Contoh kedua dan ketiga diatas iaitu ( ذَالِكُمُ) dan ( ذَالِكُمَا) telah digunakan. Sebenarnya kedua-duanya adalah Mufrad (satu) dan bukan Muthanna (dua) atau Jamak (banyak). Ini jelas kerana Ism Muthanna dan Jamak untuk ذَالِكَ ialah ذَانِكَ dan أُوْلآئِكَ ; contoh:

فَذَانِكَ بُرْهَانَانِ مِن رَّبِّكَ
Maka (kedua-dua) itulah dua bukti (mu'jizat) dari Tuhanmu (28:32)

أُوْلآئِكَ عَلَى هُدًى مِّن رَّبِّهِمْ
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka (2:5)


NOTA: Sila ambil perhatian bahawa ( ذَالِكَ) dan ( تِلْكَ) juga digunakan untuk benda-benda yang berdekatan untuk menunjukkan/menekankan kebesaran atau kepentingan benda-benda yang ditunjuk itu; contoh:

ذَالِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (2:1)

تِلْكَ ءَايَاتُ اللهِ
Itulah ayat-ayat keterangan Allah (2:252)

تِلْكَ الرُّسُلُ
Rasul-Rasul itu (2:253)

NOTA: Kedua contoh terakhir diatas menunjukkan ada juga situasi dimana Ism Isyarat jenis Mufrad (1) Muannath (perempuan), iaitu تِلْكَ digunakan bersama beberapa Isim Jamak samada Lelaki atau Perempuan.

Monday, January 12, 2009

Tatabahasa Al-Quran 13

Pelbagai Bentuk Nama ( الاسم )

ISIM-ISIM JENIS LELAKI & PEREMEPUAN
Asma ul Mudzakkirah wal mu'annath ( أسماءالمذكر والمؤنث )


Semua Katanama adalah dianggap 'lelaki' atau 'maskulin' kecuali diisyaratkan sebagai 'perempuan' atau 'faminin' dengan beberapa tanda seperti berikut:

1. Nama-Nama yang ejaannya berakhir dengan آء / ى / ة , seperti:




































ةىآء
جَنَّةٌ

Kebun

صُغْرَى

Kecil

بَيْضَاءُ

Putih

عِزَّةٌ

Kehormatan

كُبْرَى

Besar

سَوْدآءُ

Hitam

نُصْرَةٌ

Pertolongan

بُشْرَى

Berita Baik

حَمْرَاءُ

Merah

اَلزَّكَاةُ

Zakat

-
-


2. Anggota tubuh badan yang berpasangan, seperti:


























Telingaأُذُنٌ
Bibirشَفَةٌ
Tanganيَدٌ
Kakiرِجْلٌ


3. Nama-Nama yang diberi kepada jenis 'Angin', seperti: إِعْصَارٌ ، سَمُوْمٌ ، رِيْحٌ

4. Nama-Nama Api, seperti: نَارٌ ، جَهَنَّمُ

5. Pelbagai contoh Nama-Nama jenis 'Perempuan' :































Langitسَمَاءٌ
Bumiأَرْضٌ
Diri (Sendiri)>نَفْسٌ
Peperanganحَرْبٌ
Matahariشَمْسٌ

Walaubagaimana pun, Isim-Isim yang berakhir dengan huruf ة dan آء tidak semestinya jenis 'Perempuan', seperti: أَمَّةٌ ، عُلَمَاءُ ، فُقَرَاءُ


Beberapa contoh Isim Muannath (Perempuan) drpd Al-Quran:

الْجَنَّةِ الَّتِي وُعِدَ الْمُتَّقُونَ
Syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa (13:35)

إِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا
sesungguhnya segala kekuasaan tertentu bagi Allah (10:65)

بَيْضَآءُ لِلنَّاظِرِينَ
menjadi putih bagi orang-orang yang melihatnya. (26:33)

وَالسَّمَاءَ بَنَيْنَاهَا
Dan langit itu Kami dirikan (51:47)

وَاْلأَرْضَ فَرَشْنَاهَا
Dan bumi pula Kami hamparkan (51:48)

Sunday, January 11, 2009

Tatabahasa Al-Quran 12

Pelbagai Bentuk Nama ( الاسم )

ISIM JAMAK
Ism Jamaa'a ( إِسْمٌ الْجَمَعَ )

Isim Jamak ialah Nama-Nama yang menunjukkan banyak atau lebih daripada dua. Terdapat dua jenis Isim Jamak, iaitu:

1. Jamak yang tidak berpecah iaitu Jama'a Saalam ( جَمَعَ السَّالَمْ ). Tandanya ialah ada انِ / يْنِ untuk dua atau يْنَ / وْنَ untuk banyak, dihujung Mufradnya.


























جَمْعُ

banyak

مُثَنىَّ

dua

مُفْرَدْ

satu

-
مُسْلِمُوْنَ

مُسْلِمِيْنَ

مُسْلِمَانِ

مُسْلِمَيْنِ

مُسْلِمٌمُذَكَّرْ

( lelaki )

مُسْلِمَاتٌ

مُسْلِمَاتٍ

مُسْلِمَتَانِ

مُسْلِمَتَيْنِ

مُسْلِمَةٌمُؤَنَّثْ

( perempuan )



Beberapa contoh dari Al-Quran:

وَمَن قَتَلَ مُؤْمِنًا خَطَئًا فَتَحْرِيرُ رَقَبَةٍ مُّؤْمِنَةٍ
dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin dengan tidak sengaja, maka (wajiblah dia membayar kafarah) dengan memerdekakan seorang hamba yang beriman (4:92)

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ
Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman (23:1)

وَلأَمَةٌ مُّؤْمِنَةٌ خَيْرٌ
dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik (2:221)

جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَى أُكُلٍ خَمْطٍ
dua kebun yang kedua-duanya penuh dengan pohon-pohon yang pahit buahnya (34:16)

وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ
dan daripada keturunan kami Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu (2:128)

فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ
Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya) (4:34)

2. Jamak yang berpecah sebutannya iaitu Jama'a Mukassar ( جَمَعَ المُكَسَّرْ ) atau Jama'a Takseer ( جَمَعَ التَّكْسِير ). Tanda bagi bentuk dua bilangan ialah dengan tambahan انِ / يْنِ dihujung Mufradnya.

















(banyak) جَمْعُ(dua) مُثَنىَّ(satu) مُفْرَدْ
كُتُبٌكِتَابَانِ

كِتَابَيْنِ

كِتَابٌ


Senarai beberapa Kata Nama berbentuk Jamak Takseer:






























































































































(banyak) جَمْعُ(satu) مُفْرَدْMakna
رُسُلٌرَسُولٌRasul
أَدْيَانٌدِيْنٌAgama
أَرْبَابٌرَبٌّTuhan
أَعْيُنٌعَيْنٌMata
عُيُونٌعَيْنٌPancutan Air
أَذَانٌأُذُنٌTelinga
رُءُوسٌرَأْسٌKepala
بُيُوتٌبَيْتٌRumah
مَسَاجِدُمَسْجِدٌMasjid
مَسَاكِيْنٌمِسْكِيْنٌMiskin
أَنْفُسُنَفْسٌDiri
أَرْوَاحٌرُوْحٌRoh
قُلُوبٌقَلْبٌHati
رِجَالٌرَجُلٌLelaki
نِسَاءٌإِمْرَاةٌPerempuan
أَوْلادٌوَلَدٌBudak Lelaki
أَنْبِيَاءٌنَبِيٌّNabi
أَيَّامٌيَوْمٌHari
أَقْلامٌقَلَمٌPena


Beberapa contoh dari Al-Quran:

لَهُمْ قُلُوبٌ لاَّ يَفْقَهُونَ بِهَا
mereka mempunyai hati (tetapi) tidak mereka mahu memahami dengannya (7:179)

أَمْ لَهُمْ أَعْيُنٌ يُبْصِرُونَ بِهَا
atau adakah mereka mempunyai mata yang mereka dapat melihat dengannya? (7:195)

أَلَهُمْ أَرْجُلٌ يَمْشُونَ بِهَا
Adakah benda-benda (yang kamu sembah) itu mempunyai kaki yang mereka dapat berjalan dengannya? (7:195)

وَمَا كُنتَ لَدَيْهِمْ إِذْ يُلْقُون أَقْلاَمَهُمْ
dan tidak engkau ada bersama-sama mereka ketika mereka mencampakkan qalam masing-masing (untuk mengundi)(3:44)

أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلاَدُكُمْ فِتْنَةٌ
bahawasanya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian (8:28)

أَأَرْبَابٌ مُّتَفَرِّقُونَ خَيْرٌ
adakah (menyembah) berbilang-bilang tuhan yang bercerai-berai itu yang lebih baik? (12:39)


Senarai Kata Nama Anggota Tubuh Badan (berbentuk Jamak Takseer):




























































































































































































































































(banyak) جَمْعُ(satu) مُفْرَدْMakna
أَذَانٌأُذُنٌTelinga
أَصَابِعُأَصْبَعٌJari
أَنَامِلُأَنْمِلَةٌHujung Jari
بَنَانٌبَنٌّHujung Jari
أَعْيُنٌعَيْنٌMata
بُدُوْنٌبَدَنٌBadan
أَجْسَامٌجِسْمٌBadan/Jasad
رُءُوسٌرَأْسٌKepala
أَنُوْفٌأَنْفٌHidung
بُطُوْنٌبَطَنٌPerut
أَمْعَاءٌمَعْيٌUsus
جِبَاةٌجَبْهَةٌDahi
جُلُوْدٌجِلْدٌKulit
قُلُوبٌقَلْبٌHati
أَشْعَارٌشَعْرٌRambut
شَفَوَاتٌشَفَةٌBibir
صُدُوْرٌصَدْرٌDada
أَصْلاَبٌصُلْبٌTulang Belakang
أَصْوَاتٌصَوْتٌSuara
ظُهُوْرٌظَهْرٌBelakang
أَدْبَارٌدُبُرٌBelakang/Dubur
عِظَامٌعَظْمٌTulang
أَعْقَابٌعَقِبٌTumit
أَعْنَاقٌعُنُقٌLeher
أَفْئِدَةٌفُؤَادٌHati
حَلاَقِيْمٌحُلْقُوْمٌHalkum
خُدُوْدٌخَدٌّPipi
دِمَاءٌدَمٌDarah
دُمُوْعٌدَمْعٌAirmata
أَذْقَانٌذَقْنٌDagu
أَرْجُلٌرِجْلٌKaki (bukulali kebawah)
سُوْقٌسَاقٌKaki (peha ke bukulali)
أَرْحَامٌرَحْمٌRahim
أَفْوَاهٌفَمٌ/فُوْهٌMulut
أَقْدَامٌقَدَمٌTelapak Kaki
أَلسِنَةٌلِسَانٌLidah
وُجُوْهٌوَجْهٌMuka/Wajah
أَيْدِيٌيَدٌTangan
أَيْمَانٌيَمِيْنٌTangan Kanan
أَسْنَانٌسِنٌّGigi