Saturday, February 27, 2010

Kamus Harfiyah (Vokabulari) Al-Quran Surah 20

PERBENDAHARAAN KATA (VOKABULARI) HARFIYAH ALQURAN

Surah 20 : Thaa-haa ( طه )


Surah Taha ini telah diturunkan di Makkah sebanyak 135 ayat.

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَحِيْمِ
Allah yang mengetahui maksudnya {1} = طه
supaya engkau celaka (dapat kesusahan) {2} = لِتَشْقَى
peringatan {3} = تَذْكِرَةً
penurunan(nya) {4} = تَنْزِيلاً
yang tinggi = الْعُلَى
'Arsy {5} = الْعَرْشِ
bersemayam = إِسْتَوَى
bumi {6} = الثَّرَى
yang tersembunyi {7} = أَخْفَى
tinggal olehmu (berhenti) {10} = أُمْكُثُواْ
aku telah melihat = ءَانَسْتُ
mudah-mudahan aku = لَعَلِّي
aku bawakan = ءَاتِي
cucuhan api = قَبَسٍ
aku dapati = أَجِدُ
telah datang ia (kepada)nya {11} = أَتَاهَا
ia diseru = نُودِيَ
tanggalkan oleh engkau {12} = إِخْلَعْ
dua kasut engkau = نَعْلَيْكَ
lembah = الْوَادِ
yang suci = الْمُقَدَّسِ
(bernama) Thuwa = طُوًى
telah aku pilih {13} = إِخْتَرْتُ ; (masdar) إِخْتِيَارٌ
dengarkanlah oleh engkau = إِسْتَمِعْ
ia akan diwahyukan = يُوحَى
kerana mengingati Aku {14} = لِذِكْرِي
yang (akan) datang {15} = ءَاتِيَةٌ
Aku hampir-hampir (nyaris) = أَكَادُ
Aku sembunyikan = أُخْفِيهَا
jangan sekali2 ia memalingkan {16} = لاَ يَصُدَّنَّ
engkau akan terjerumus = تَرْدَى
ditangan kanan engkau {17} = بِيَمِينِكَ
tongkatku {18} = عَصَايَ
aku bertekan = أَتَوَكَّؤُاْ
aku gugurkan (pukulkan daun2) = أَهُشُّ
kambingku = غَنَمِي
beberapa tujuan/kegunaan = مَآرِبُ
lempar oleh engkau {19} = أَلْقَ
tiba-tiba dia {20} = إِذَا هِيَ
seekor ular = حَيَّةٌ
ia berjalan-jalan = تَسْعَى
Kami kembalikan {21} = نُعِيدُ
keadaan = سِيرَةَ
kepitlah/genggamlah {22} = أَضْمُمْ
sayap/ketiak = جَنَاحِ
ia keluar = تَخْرُجْ
Kami perlihatkan {23} = نُرِيَ
yang paling besar = الْكُبْرَى
telah derhaka ia (melampaui batas) {24} = طَغَى
bukakanlah oleh Engkau (lapangkan) {25} = إِشْرَحْ
mudahkanlah oleh Engkau {26} = يَسِّرْ
bukakanlah oleh Engkau (lepaskan) {27} = أُحْلُلْ
ikatan/simpulan = عُقْدَةً
pembantu/penyokong {29} = وَزِيرًا
kuatkanlah oleh Engkau {31} = أُشْدُدْ
belakangku (pendirianku) = أَزْرِي
jadikanlah sekutu oleh engkau {32} = أَشْرِكْ
supaya {33} = كَيْ
telah diberikan engkau (diperkenankan) {36} = أُوتِيتَ
permintaan = سُؤْلَ
telah Kami kurniakan {37} = مَنَنَّا
apa yang diwahyukan (ilhamkan) {38} = مَا يُوحَى
letakkan oleh engkau {39} = إِقْذِفِي ; (akar) ق ذ ف
laut = الْيَمِّ
hendaklah ia lemparkannya (campakkan) = لِيُلْقِهِ
pantai = السَّاحِلِ
supaya engkau diperbuat (diasuh/dibentuk) = لِتُصْنَعَ
dihadapan mataKu (pengawasanKu) = عَلَى عَيْنِي
ia berjalan {40} = تَمْشِي
saudara perempuan = أُخْتُ
ia berkata = تَقُولُ
mahukah aku tunjukkan = هَلْ أَدُلُّ
ia (boleh) memelihara = يَكْفُلُ
sejuklah matanya (senang hatinya) = تَقَرَّ عَيْنُهَا
dukacita = الْغَمِّ
telah Kami cuba = فَتَنَّا
beberapa cubaan (ujian) = فُتُونًا
telah tinggal engkau = لَبِثْتَ
orang2 Madyan = أَهْلِ مَدْيَنَ
masa yang ditetapkan = قَدَرٍ
telah Aku pilih {41} = إِصْطَنَعْتُ
jangan engkau berdua lemah {42} = لاَ تَنِيَا
katakanlah oleh engkau berdua {44} = قُولاَ
lemah-lembut = لَيِّنًا
telah berkata ia berdua {45}= قَالاَ
mengganas (menyiksa) = يَفْرُطَ
ia melampaui batas = يَطْغَى
datangilah oleh engkau berdua {47} = أْتِيَا
dua orang rasul (utusan) = رَسُولاَ
lepaskanlah oleh engkau = أَرْسِلْ
bagaimanakah keadaan {51} = مَا بَالُ
qurun2/kaum2 = الْقُرُونِ
yang dahulu = الأَولَى
ia keliru {52} = يَضِلُّ
ia lupa = يَنْسَى
(sebagai) hamparan {53} = مَهْدًا
telah mengadakan jalan (laluan) ia = سَلَكَ
jodoh-jodoh = أَزْوَاجًا
tumbuh-tumbuhan = نَبَاتٍ
yang bermacam-macam = شَتَّى
gembalakanlah oleh kamu {54} = أِرْعَوْا
orang2 yang mempunyai = أُولِي
fikiran = النُّهَى
kali {55} = تَارَةً
telah Kami perlihatkan {56} = أَرَيْنَا
telah enggan ia = أَبَى
sihir = سِحْرِ
janji tertentu {58} = مَوْعِدًا
kami menyalahi = نُخْلِفُ
tempat = مَكَانًا
yang sama = سُوًى
perhiasan {59} = الزِّينَةِ
waktu dhuha (pagi) = ضُحًى
celakalah kamu {61} = وَيْلَكُمْ
ia binasakan = يُسْحِتَ
telah kecewalah ia = خَابَ
berbantahan mereka {62} = تَنَازَعُواْ
telah mereka rahsiakan = أَسَرُّواْ
perundingan = النَّجْوَى
(dua orang) ini {63} = هَذَانِ
dua orang ahli sihir = سَاحِرَانِ
ia berdua hendak = يُرِيدَانِ
ia berdua hilangkan = يَذْهَبَا
jalan/adat kebiasaan = طَرِيقَةِ
yang paling utama = الْمُثْلَى
satukan olehmu {64} = أَجْمِعُواْ
datangkan olehmu = أُئْتُواْ
berbaris = صَفًّا
telah menang ia (teratas) = إِسْتَعْلَى
lemparkan olehmu {66} = أَلْقُواْ
tiba-tiba = إِذَا
tali-tali = حِبَالُ ; (mufrad) حَبْلٌ
tongkat-tongkat = عِصِيُّ ; (mufrad) عَصَا
dikhayalkan (dibayangkan) = يُخَيَّلُ
telah ia merasakan {67} = أَوْجَسَ
takut = خِيفَةً
yang tertinggi (teratas) = اْلأَعْلَى
lemparkan oleh engkau = أَلْقِ
ia menelan = تَلْقَفْ
telah mereka perbuat = صَنَعُواْ
telah terlempar (tersungkur) ia {70} = أُلْقِيَ
bersujud = سُجَّدًا
ahli-ahli sihir = السَّحَرَةُ
aku izinkan {71} = ءَاذَنَ
yang tua (ketua) = كَبِيرُ
aku pasti akan potong = أُقَطِّعَنَّ
dari yang bersalahan (berselang) = خِلاَفٍ
aku pasti akan menyalib = أُصَلِّبَنَّ
(pangkal) batang = جُذُوعِ
kekal = أَبْقَى
kami utamakan {72} = نُؤْثِرَ
putuskanlah oleh engkau = إِقْضِ
apa yang engkau hendak putuskan = مَا أَنْتَ قَاضٍ
telah engkau paksa {73} = أَكْرَهْتَ
(sebagai) seorang yang berdosa {74} = مُجْرِمًا
telah bersih ia {76} = تَزَكَّى
berjalan malamlah engkau {77} = أَسْرِ
adakanlah oleh engkau = إِضْرِبْ
satu jalan = طَرِيقًا
yang kering = يَبَسًا
pertembungan = دَرَكًا
telah ia ikuti {78} = أَتْبَعَ
telah ia tutupi = غَشِيَ
yang menutup (meneggelamkan) = مَا غَشِيَ
telah ia sesatkan {79} = أَضَلَّ
tidaklah ia beri petunjuk (pimpin) = مَا هَدَى
jangan kamu melampaui batas {81} = لاَ تَطْغَوْاْ
(menyebabkan) ia menimpa = يَحِلَّ
ia ditimpa = يَحْلِلْ
binasalah ia = هَوَى
apakah yang menyegerakan engkau {83} = مَا أَعْجَلَكَ
orang-orang ini {84} = أُولاَءِ
jejakku = أَثَرِي
menurut jejakku = عَلَى أَثَرِي
telah bersegera aku = عَجِلْتُ
telah Aku beri cubaan (ujian) {85} = فَتَنَّا
Samiri = السَّامِرِيُّ
(dengan) marah {86} = غَضْبَانَ
dukacita = أَسِفًا
telah panjang ia (terlalu lama) = طَالَ
telah kamu salahi = أَخْلَفْتُمْ
perjanjianku = مَوْعِدِي
dengan kehendak kami {87} = بِمَلْكِنَا
kami telah dipaksa menanggung (memikul) = حُمِّلْنَا
bebanan-bebanan = أَوْزَارًا
perhiasan kaum (barang2 emas) = زِينَةِ الْقَوْمِ
telah kami lemparkan = قَذَفْنَا
telah melemparkan ia = أَلْقَى
anak lembu {88} = عِجْلاً
satu jasad (badan) = جَسَدًا
saudara = خُوَارٌ
lalu ia terlupa = فَنَسِيَ
bahawa tidak ia kembalikan (membalas) {89} = أَلاَّ يَرْجِعُ
kamu telah diuji {90} = فُتِنْتُمْ
sekali2 tidak kami berganjak (kami tetap) = لَنْ نَبْرَحَ
orang2 yang tetap (setia) {91} = عَاكِفِينَ
engkau ikut aku {93} = تَتَّبِعَنِ
hai anak ibuku {94} = يَا ابْنَ أُمَّ
janggutku = لِحْيَتِي
engkau telah memisahkan = فَرَّقْتَ
engkau pelihara = تَرْقُبْ
aku telah melihat {96} = بَصُرْتُ
telah aku genggam = قَبَضْتُ
satu genggaman = قَبْضَةً
(kesan) jejak = أَثَرِ
telah aku campakkan = نَبَذْتُ
telah memujuk (mendorong) aku = سَوَّلَتْ
jangan sentuh (aku) {97} = لاَ مِسَاسَ
engkau menyalahi/menghindari = تُخْلَفَ
telah tetap engkau (terus) = ظَلْتَ
setia (tekun beribadat) = عَاكِفًا
kami pasti akan bakar = نُحَرِّقَنَّ ; (akar) ح ر ق
kami pasti akan taburkan = نَنْسِفَنَّ
bertaburan = نَسْفًا
luas/meliputi {98} = وَسِعَ
beban yang berat (dosa) {100} = وِزْرًا
tanggungan (pikulan) = حِمْلاً
mata kelabu {102} = زُرْقًا
mereka berbisik-bisik {103} = يَتَخَافَتُونَ
sepuluh (hari) = عَشْرًا
yang dicontohi mereka (lebih baik/mithali) {104} = أَمْثَلُهُمْ
perjalanan(nya) = طَرِيقَةً
Ia hancurkan {105} = يَنْسِفُ
Ia biarkan (jadikan) {106} = يَذَرُ
tanah rata = قَاعًا
datar/licin = صَفْصَفًا
(tanah) yang rendah {107} = عِوَجًا
(tanah) yang tinggi = أَمْتًا
penyeru {108} = الدَّاعِيَ
bengkok = عِوَجَ
Khusu' (merendah) = خَشَعَتِ
segala suara = الأَصْوَاتُ
yang amat perlahan (menderu) = هَمْسًا
telah tunduk ia {111} = وَعَنَتِ
berdiri sendiri = الْقَيُّومِ
membawa (memikul) = حَمَلَ
pengurangan (hak) {112} = هَضْمًا
telah Kami jelaskan {113} = صَرَّفْنَا
ancaman = الْوَعِيدِ
ia adakan (timbulkan) = يُحْدِثُ
peringatan = ذِكْرًا
Maha Tinggi {114} = تَعَالَى
jangan engkau terburu-buru = لاَ تَعْجَلْ
ia diselesaikan (sempurnakan) = يُقْضَى
tambahilah oleh engkau = زِدْ
telah Kami janjikan (perintahkan) {115} = عَهِدْنَا
telah tidak Kami dapati = لَمْ نَجِدْ
keazaman yang kuat = عَزْمًا
maka engkau (akan) menderita {117} = فَتَشْقَى
engkau tidak (akan) kelaparan {118} = لاَ تَجُوعَ ; (akar) ج و ع
engkau tidak (akan) telanjang = لاَ تَعْرَى ; (akar) ع ر ي
engkau tidak (akan) dahaga {119} = لاَ تَظْمَؤُا ; (akar) ظ م ء
engkau tidak (akan) merasa panas matahari = لاَ تَضْحَى
telah membisik-bisik ia {120} = وَسْوَسَ
mahukah aku tunjukkan engkau = هَلْ أَدُلُّكَ
kekal = الْخُلْدِ
kerajaan = مُلْكٍ
ia akan binasa = يَبْلَى
telah nampak ia {121} = بَدَتْ
kehormatan (aurat) = سَوْءَاةُ
telah mula ia berdua = طَفِقَا
ia berdua menutup = يَخْصِفَانِ
daun = وَرَقِ
telah derhaka ia = عَصَى
telah sesat ia = غَوَى
telah memilih ia {122} = إِجْتَبَا
turunlah engkau berdua {123} = إِهْبِطَا
peringatan Ku {124} = ذِكْرِي
penghidupan = مَعِيشَةً
yang sempit = ضَنْكًا
(berkeadaan) buta = أَعْمَى
mengapa {125} = لِمَ
engkau dilupakan {126} = تُنْسَى
telah melampaui batas ia {127} = أَسْرَفَ
lebih sangat = أَشَدُّ
lebih kekal = أَبْقَى
apakah maka telah tidak {128} = أَفَلَمْ
ia menjadi petunjuk = يَهْدِ
mereka berjalan = يَمْشُونَ
tempat kediaman = مَسَاكِنِ
akal fikiran = النُّهَى
sudah semestinya berlaku {129} = لِزَامًا
sepanjang waktu {130} = ءَانَآئِى
tepi/hujung = أَطْرَافَ
jangan sekali engkau tumpukan {131} = لاَ تَمُدَّنَّ
beberapa golongan = أَزْوَاجًا
keindahan = زَهْرَةَ
Kami menguji = نَفْتِنَ
akibat/kesudahan {132} = الْعَاقِبَةُ
orang2 yang bertaqwa = التَّقْوَى
kenapa tidak {133} = لَوْلاَ
kitab-kitab/risalah = الصُّحُفِ
yang dahulu = الأُولَى
kami rendah {134} = نَذِلَّ
kami hina = نَخْزَى
masing-masing {135} = كُلٌّ
yang menunggu = مُتَرَبِّصٌ
tunggulah olehmu = تَرَبَّصُواْ
jalan yang lurus = الصِّرَاطِ السَّوِيِّ

Friday, February 26, 2010

Kamus Harfiyah (Vokabulari) Al-Quran Surah 19

PERBENDAHARAAN KATA (VOKABULARI) HARFIYAH ALQURAN

Surah 19 : Maryam ( مريم )


Surah Maryam ini telah diturunkan di Makkah sebanyak 98 ayat.

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَحِيْمِ

Kaaf, Haa, Yaa, Ain, Saad {1} = كهيعص
penjelasan (perihal) {2} = ذِكْرُ
telah menyeru ia (berdoa) {3} = نَادَى
seruan (permohonan) = نِدَاءً
yang perlahan (lembut) = خَفِيًّا
telah lemah ia {4} = وَهَنَ
tulang = الْعَظْمُ
dipenuhi/banyak = إِشْتَعَلَ
uban = شَيْبًا
aku tidak akan = لَمْ أَكُنْ
celaka/kecewa = شَقِيًّا
aku takut/bimbang {5} = خِفْتُ
kaum keluargaku = الْمَوَالِيَ
dari belakangku (sepeninggalanku) = مِنْ وَرَائِي
isteriku = إِمْرَأَتِي
yang mandul = عَاقِرًا
yang akan mewarisi aku {6} = يَرِثُنِي
yang diridhai = رَضِيًّا
nama {7} = سَمِيًّا
bagaimanakah {8} = أَنَّى
umur yang sangat tua = الْكِبَرِ عِتِيًّا
mudah {9} = هَيِّنٌ
kamu tidak/belum ada = لَمْ تَكُ
sesuatu (apa pun) = شَيْئًا
tanda-tanda engkau {10} = ءَايَتُكَ
dalam keadaan sehat = سَوِيًّا
hukum {12} = الْحُكْمَ
kanak-kanak = صَبِيًّا
rahmat (rasa kasih sayang) {13} = حَنَانًا
kesucian = زَكَاةً
seorang yang bertaqwa = تَقِيًّا
yang berbuat baik/berbakti {14} = بَرًّا
seorang yang sombong = جَبَّارًا
yang derhaka = عَصِيًّا
ia telah dilahirkan {15} = وُلِدَ
telah menjauhkan diri ia {16} = إِنْتَبَذَتْ
satu tempat = مَكَانًا
sebelah timur = شَرْقِيًّا
drpd selain mereka {17} = مِنْ دُونِهِمْ
dinding/tabir = حِجَابًا
roh Kami = رُوحَنَا
telah menjelma ia = تَمَثَّلَ
seorang manusia = بَشَرًا
sama (sebenarnya) = سَوِيًّا
untuk aku berikan {19} = لِأَهَبَ
yang suci = زَكِيًّا
seorang jahat (pelacur) {20} = بَغِيًّا
yang ditetapkan {21} = مَقْضِيًّا
telah mengandung ia {22} = حَمَلَتْ
yang jauh = قَصِيًّا
telah menggesa/memaksa ia {23} = أَجَاءَ
sakit bersalin = الْمَخَاضُ
pangkal pokok kurma = جِذْعِ النَّخْلَةِ
telah mati aku = مِتُّ
terlupa = نَسْيًا
yang dilupai = مَنْسِيًّا
engkau berdukacita {24} = تَحْزَنِ
anak sungai = سَرِيًّا
goncanglah oleh engkau {25} = هُزِّي ; (akar) ه ز ز
ia berguguran = تُسَاقِطْ
basah (masak) = رُطَبًا
buah = جَنِيًّا
sejukkanlah (bersenang hati) {26} =قَرِّي
adakalanya/jika = إِمَّا
engkau pasti akan lihat = تَرَيِنَّ
puasa = صَوْمًا
seorang manusia pun = إِنْسِيًّا
telah ia bawa (diri)nya {27} =أَتَتْ بِهِ
ia kendong/dokong = تَحْمِلُهُ
yang aneh/luarbiasa = فَرِيًّا
saudara perempuan {28} = أُخْتَ
seseorang = إِمْرَأَ
yang jahat = سَوْءٍ
telah ia tunjukkan {29} =أَشَارَتْ
buaian = الْمَهْدِ
(masih) kanak-kanak = صَبِيًّا
telah Dia beri kepadaku {30} = ءَاتَانِيَ
yang diberkati = مُبَارَكًا
dimana saja {31} = أَيْنَ مَا
telah Dia wajibkan aku = أَوْصَانِي
selama aku = مَا دُمْتُ
aku dilahirhan {33} = وُلِدْتُ
mereka berbantahan {34} = يَمْتَرُونَ
golongan-golongan {37} = الأَحْزَابُ
menyaksikan (hadir) = مَشْهَدِ
alangkah tajamnya pendengaran mereka {38} = أَسْمِعْ بِهِمْ
dan pandangan mereka = وَأَبْصِرْ
penyesalan {39} = الْحَسْرَةِ
kelalaian = غَفْلَةٍ
Kami mewarisi {40} = {نَرِثُ
yang sangat benar {41} = صِدِّيقًا
yang betul/lurus {42} = سَوِيًّا
yang derhaka {44} = عَصِيًّا
ia menyentuh/mengenai {45} = يَمَسَّ
yang benci/tidak suka {46} = رَاغِبٌ
engkau berhenti = تَنْتَهِ
aku pasti akan rejam = أَرْجُمَنَّ
pindahlah/tinggalkan engkau dariku = أُهْجُرْنِي
satu masa = مَلِيًّا
sangat memuliakan {47} = حَفِيًّا
aku menjauhkan diri {48} = أَعْتَزِلُ
lidah yang benar {50} = لِسَانَ صِدْقٍ
yang amat tinggi = عَلِيًّا
yang dipilih (pilihan) {51} = مُخْلَصًا
telah Kami panggil {52} = نَادَيْنَا
dipinggir gunung = جَانِبِ الطُّورِ
sebelah kanan = الأَيْمَنِ
telah Kami dekatkan = قَرَّبْنَا
berbisik-bisik (berkomunikasi) = نَجِيًّا
yang benar janjinya {54} = صَادِقَ الْوَعْدِ
yang diridhai {55} = مَرْضِيًّا
telah terjatuh mereka {58} = خَرُّواْ
menangis = بُكِيًّا
telah menggantikan ia {59} = خَلَفَ
pengganti = خَلْفٌ
telah mensia-siakan mereka = أَضَاعُواْ
mereka menemui = يَلْقَوْنَ
kesesatan = غَيًّا
kekal {61} = عَدْنٍ
yang didatangi = مَأْتِيًّا ; (akar) أ ت ي
perkataan sia-sia {62} = لَغْوًا
kami wariskan {63} = نُورِثُ
kami turun {64} = نَتَنَزَّلُ
yang lupa = نَسِيًّا
bersabar olehmu {65} = إِصْطَبِرْ ; (akar) ص ب ر
bagi beribadat kepadaNya = لِعِبَادَتِهِ
satu nama (senama) = سَمِيًّا
apabila aku telah mati {66} = أَءِذَا مَامِتُّ
sesungguhnya bakal (akan) = لَسَوْفَ
aku dikeluarkan = أُخْرَجُ
apakah tidak (tidakkah) {67} = أَوَلاَ
demi Tuhan engkau {68} = وَرَبِّكَ
Kami pasti hadhirkan = نُحْضِرَنَّ
berlutut = جِثِيًّا
Kami pasti cabutkan {69} = نَنْزِعَنَّ
puak = شِيعَةٍ
derhaka = عِتِيًّا
yang lebih utama {70} = أَوْلَى
masuk = صِلِيًّا
tidak (seorang pun) drpd kamu {71} = إِنْ مِنْكُمْ
(akan) mendatangi = وَارِدُ
satu kepastian (wajib) = حَتْمًا
yang telah ditetapkan = مَقْضِيًّا
Kami biarkan {72} = نَذَرُ
tempat tinggal {73} = مَقَامًا
majlis perhimpunan = نَدِيًّا
kaum (golongan) {74} = قَرْنٍ
perabut = أَثَاثًا
pandangan mata = رِئْيًا
biarlah ia panjangkan (masa) {75} = لِيَمْدُدْ
(masa) yang panjang = مَدًّا
lebih lemah = أَضْعَفُ
bala tentera = جُنْدًا
amal-amal bakti yang kekal {76} = الْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ
kesudahan = مَرَدًّا
apakah tidak engkau fikirkan {77} = أَفَرَأَيْتَ
sesungguhnya aku pasti diberi = لَأُوتَيَنَّ
adakah telah mengetahui ia {78} = أَطَّلَعَ
kami panjangkan (tempoh) {79} = نَمُدُّ
seorang diri (bersendirian) {80} = فَرْدًا
tuhan-tuhan {81} = ءَالِهَةً
pelindung = عِزًّا
penentang/musuh {82} = ضِدًّا
ia mengganggu {83} = تَؤُزُّ
gangguan (yang sungguh-sungguh) = أَزًّا
jangan engkau bersegera {84} = لاَ تَعْجَلْ
kami hitung = نَعُدُّ
(secukup2) perhitungan = عَدًّا
bergolong-golongan {85} = وَفْدًا
Kami (akan) menghalau {86} = نَسُوقُ
keadaan dahaga = وِرْدًا
yang amat besar (luar biasa) {89} = إِدًّا
hampir-hampir {90} = تَكَادُ
mereka pecah = يَتَفَطَّرْنَ
ia terbelah = تَنْشَقُّ
ia terjatuh (runtuh) = تَخِرُّ
runtuh هَدًّا
bahawa mereka mendakwa {91} = أَنْ دَعَوْا
tidak ia layak {92} = مَا يَنْبَغِي
yang (akan) datang {93} = ءَاتِي
(sebagai) hamba) = عَبْدًا
telah mengetahui ia (jumlahnya) {94} = أَحْصَى
telah Ia hitung =عَدًّا
yang datang kepadaNya {95} = ءَاتِيهِ
(sifat) kasih sayang {96} = وُدًّا
telah memudahkan ia {97} = يَسَّرْنَا
yang degil = لُدًّا
engkau rasai/dapati {98} = تُحِسُّ
suara perlahan = رِكْزًا

Friday, February 19, 2010

Bani Israail selepas Nabi Musa

Bani Israail di Bumi Palestin (1200 SM)

Nabi Musa a.s. tidak dizinkan Allah memasukki bumi Kana’an (Palestina) dan telah kembali ke rahmatullah diperkhemahan Bani Israail di tebing timur sungai Jordan (Transjordania). Bani Israail mula bergerak memasukki bumi Kana’an pada kira-kira 40 tahun selepas Taurat diturunkan kepada Nabi Musa di gunung Thur Sina, diutara semenanjung Arabia.

Dibawah kepimpinan Nabi Yusha’, Bani Israail memulakan gerakan mereka dengan membawa Peti Tabut bersama mereka, menyeberangi Sungai Jordan. Peti Tabut ialah sebuah peti kayu bersalut emas yang tersimpan didalamnya Kitab Taurat dan Skrol penulisan Nabi Musa (pesanan terakhir beliau). Selepas berkhemah beberapa hari di Gilgal berhampiran kota Ariha (Jericho), mereka pun membuat kepungan keatas kota itu dan selepas beberapa minggu, dengan pertolongan dari Allah, mereka telah berjaya merobohkan tembok kota Jericho, dan menguasai kota itu tanpa menghadapi banyak tentangan. Ini adalah disebabkan penduduk kota itu telah pun mengetahui akan kekuatan Bani Israail dan kemenangan yang mereka capai keatas kaum yang lebih kuat daripada mereka iaitu Amorites, Moab dan Midian sebelum itu. Mereka juga tahu bahawa kejayaan Bani Israail itu adalah kerana adanya pertolongan dari Allah. Lalu penduduk kota Jericho, yang mengamalkan agama pagan (penyembahan pelbagai berhala), langsung tidak berkeyakinan akan dapat menghalang Bani Israail menguasai kota mereka.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Bani Israail telah menetap di Ariha agak lama sebelum meneruskan usaha memasukki wilayah-wilayah seterusnya dibumi Kana’an. Ini adalah kerana mereka berasa sangat selesa duduk dibandar itu dengan tanah disekitarnya yang subur dan mempunyai sumber air yang banyak. Sementara itu khemah suci (Mishkan atau Sakinah), iaitu rumah ibadat sementara bagi Bani Israail semasa dalam pengembaraan mereka, telah didirikan disatu tempat bernama Gilgal (berhampiran Jericho) dan telah kekal ditempat itu selama 14 tahun. Selepas itu khemah itu telah dipindahkan ke Shiloh.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Bani Israail seterusnya berusaha menguasai sepenuhnya wilayah Kana’an samada secara aman atau melalui peperangan. Bagaimana pun mereka gagal menakluki wilayah yang di kuasai oleh beberapa suku kaum Kana’an, terutama sekali kaum Philistin yang menguasai wilayah disebelah barat ditepi laut Mediterranean.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Kematian Yusha’ bin Nun

Nabi Yusha’ mulai merasa bimbang akan masa depan Bani Israail disebabkan beliau telah lanjut usia, sedangkan misi asal yang diwariskan Nabi Musa kepadanya belum lagi kesampaian secara mutlak. Beliau telah mengenal pasti dan membahagi-bahagikan keseluruhan bumi Kana’an (yang diberkati) kepada 12 bahagian untuk diserahkan kepada ketua-ketua dua belas puak Bani Israail setelah mereka berjaya menguasai seluruh bumi Kana’an. Tetapi hanya sebahagian daripada puak Bani Israail yang berjaya menguasai sepenuhnya kawasan masing-masing.

Dua tahun sebelum kematiannya, Nabi Yusha’ mengarahkan kesemua kaum Bani Israail berkumpul disuatu tempat untuk memberikan peringatan bahawa janji Allah kepada mereka adalah janji yang hanya akan tertunai sekiranya mereka terus beriman kepada Allah dan tidak berpaling dariapadaNya dan sentiasa beramal dengan ajaran Nabi Musa yang terkandung dalam Taurat dan kitab-kitab pesanan terakhir Nabi Musa sebelum dia wafat.

Nabi Yusha’ telah meninggal dunia ketika beliau berusia 110 tahun.

Kemenangan Kekalahan Silih Berganti

Suku-suku kaum Kana’an yang telah dikalahkan oleh Bani Israail, sentiasa merancang untuk mendapatkan semula tanah mereka. Dengan itu, Bani Israail terpaksa berhadapan dengan serangan pelbagai bangsa yang ada disekelilingnya. Satu demi satu diantara suku-suku kaum Kana’an itu telah beroleh kemenangan dan berjaya memporak-perandakan kehidupan Bani Israail. Keadaan yang tidak menentu ini adalah akibat kepada kegagalan Bani Israail melaksanakan tujuan utama Nabi Musa iaitu untuk menyeru penduduk-penduduk bumi Kana’an supaya meninggalkan agama pagan (penyembahan pelbagai berhala) yang mereka amalkan dan seterusnya mendakwah mereka kepada agama Tauhid dengan mengesakan Allah dan mematuhi kitab Taurat.

Kekalahan dan kemenangan telah dialami mereka silih berganti. Kekalahan itu berpunca dari kesilapan mereka juga yang terlalu leka dengan suasana kehidupan yang selesa dan mewah yang mengakibatkan krisis moral melanda masyarakat mereka hingga ada yang terlupa kepada Allah dan Taurat dan juga pesanan-pesanan Nabi Musa dan Yusha’. Bahkan hubungan baik antara puak-puak (kabilah keluarga) Bani Israail turut terhakis disebabkan persengketaan politik dan persaan cemburu diantara mereka.

Sementara itu, sebahagiannya telah bergaul dengan suku-suku kaum Kana’an yang ada disekeliling mereka dan mengikuti amalan syirik mereka dengan turut menyembah pelbagai berhala. Kesatuan dan kekuatan Bani Israail telah menjadi lemah akibat perbuatan mereka sendiri yang lebih mementingkan nafsu dan keluarga (kabilah) masing-masing. Mereka lupa kepada perjanjian yang yang terkandung Kitab Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa a.s.

Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Maaidah Ayat (44-45):

إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُواْ لِلَّذِينَ هَادُواْ وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُواْ مِن كِتَابِ اللهِ وَكَانُواْ عَلَيْهِ شُهَدَاءَ فَلاَ تَخْشَوُاْ النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلاَ تَشْتَرُواْ بِئَايَاتِي ثَمَنًا قَلِيلاً وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ
[5:44] Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, didalamanya ada petunjuk dan cahaya (ilmu yang mendalam); yang dengannya (Taurat) ditetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi oleh nabi-nabi yang berserah diri kepada Allah, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya, disebabkan mereka diamanahkan memelihara Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi saksi terhadapnya (bahawa risalah itu telah disampaikan kepada Bani Israail). Oleh itu, janganlah kamu takut kepada manusia (tetapi) takutlah kepadaKu; dan janganlah kamu menjual (menukar) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang kafir.

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالأَنفَ بِالأَنفِ وَالأُذُنَ بِالأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أنزَلَ اللهُ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
[5:45] dan Kami telah tetapkan terhadap mereka didalamnya (Taurat), bahawasanya, jiwa (dibalas) dengan jiwa, dan mata (dibalas) dengan mata, dan hidung (dibalas) dengan hidung, dan telinga (dibalas) dengan telinga, dan gigi (dibalas) dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya (timbal balasnya). Tetapi sesiapa yang melepaskan (hak membalas) nya, maka menjadilah ia (melepaskan hak itu) penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

Allah juga menerangkan sifat Bani Israail yang seringkali mendustakan Allah dan nabi-nabi dan rasul, serta alim ulama yang didatangkan oleh Allah dari masa kesemasa untuk memimpin mereka.

Firman Allah dalam Al-Quran surah Al-Maaidah Ayat (70-71):

لَقَدْ أَخَذْنَا مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَائِيلَ وَأَرْسَلْنَا إِلَيْهِمْ رُسُلاً كُلَّمَا جَاءَهُمْ رَسُولٌ بِمَا لاَ تَهْوَى أَنْفُسُهُمْ فَرِيقًا كَذَّبُواْ وَفَرِيقًا يَقْتُلُونَ
[5:70] Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israail dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. Tetapi, setiap kali datang seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, (maka) sebahagian dari rasul-rasul itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh.

وَحَسِبُواْ أَلاَّ تَكُونَ فِتْنَةٌ فَعَمُواْ وَصَمُّواْ ثُمَّ تَابَ اللهُ عَلَيْهِمْ ثُمَّ عَمُواْ وَصَمُّواْ كَثِيرٌ مِّنْهُمْ وَاللهُ بَصِيرٌ بِمَا يَعْمَلُونَ
[5:71] dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan terjadi sebarang bencana (terhadap mereka), maka (dengan sebab itu) mereka menjadi buta dan pekak, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka menjadi buta dan pekak (lagi); padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka kerjakan.

Firman Allah dalam Al-Quran surah 5 (78-79);

لُعِنَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ عَلَى لِسَانِ دَاوُودَ وَعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ ذَلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ
[5:78] Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab Zabur dan Injil) secara lisan oleh Daud dan Isa Ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu melampaui batas.

كَانُواْ لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُواْ يَفْعَلُونَ
[5:79] Mereka tidak melarang (satu sama lain) dari perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang selalu mereka lakukan.


Era selepas Nabi Yusha’ wafat

Selepas Nabi Yusha’ wafat, Bani Israail telah ketiadaan pemimpin yamg berwibawa sehingga Allah memberikan pertolongan dengan mendatangkan kepada mereka beberapa pemimpin agama yang yang bergelar “Hakim” untuk memberikan amaran dan peringatan kepada mereka supaya sentiasa mengikuti jalan yang diredhai Allah. Para Hakim itu telah didatangkan oleh Allah setiap kali Bani Israil mengalami kekalahan akibat dari kegagalan mereka mematuhi perintah Allah dan ajaran kitab suci Taurat. Era kepimpinan para Hakim ini berlarutan sehingga 150 tahun. Diantara Hakim yang terkenal ialah Samuel.

Bani Israail kehilangan Peti Tabut

Peti Tabut sentiasa dibawa oleh Bani Israail kemedan perang sebagai sumber kekuatan dan keberanian serta keyakinan kepada mereka ketika menghadapi musuh. Dalam salah satu pertempuran dengan puak Philistin, pasukan Israail telah mengalami kekalahan dan Philistin berjaya merampas Peti Tabut itu dan membawanya kembali ketempat mereka. Bagaimana pun apabila ramai orang-orang Philistin ditimpa wabak penyakit, mereka sedar bahawa peti Tabut itu bukan hak mereka, lalu mereka telah membawanya kewilayah yang dikuasai Bani Israail dengan menggunakan sebuah kereta lembu tanpa pemandu. Kereta lembu itu telah dipandu oleh malaikat yang telah mempastikan peti Tabut itu sampai kepada pihak Bani Israail yang menyambutnya dengan penuh kesyukuran kepada Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Mengasihani.

Peti Tabut tidak dikembalikan ke khemah suci mereka (al Sakinah) di Shiloh, tetapi telah disimpan ditempat ia ditemui semula iaitu di Kiriath-Jearim, sebuah kampung berhampiran al-Quds (Jurusalem).

Peti Tabut telah tersimpan dikampung itu selama 20 tahun.

Samuel dilantik sebagai Hakim

Samuel adalah anak kepada Elkanah, seorang yang rajin beriktikaf secara bermusim bersama kelarganya di khemah suci Sakinah (Mishkan), yang telah dipindahkan dari Jericho ke Shiloh. Samuel telah membesar dalam suasana keagamaan dengan penuh keimanan dan keberanian dan Bani Israail telah bersetuju menjadikan beliau pemimpin agama dan Hakim mereka. Allah kemudiannya telah mengiktiraf Samuel sebagai Nabi.

Samuel sebagai Nabi kepada Bani Israail.

Bani Israail ketika itu dalam keadaan kucar-kacir akibat beberapa siri kekalahan dalam peperangan dengan suku kaum Philistin. Diantara sebab yang membawa kepada kekalahan itu ialah hilangnya semangat persaudaraan dan persepakatan diantara keluarga (kabilah). Bani Israail. Samuel telah menghimpunkan Bani Israail disuatu tempat dan menasihatkan mereka supaya bersatu padu dan mendapatkan keredhaan Allah dengan meninggalkan agama pagan (penyembahan pelbagai berhala) yang semakin menjadi-jadi dikalangan mereka.

Bani Israail telah mendesak Samuel untuk mengangkat seorang raja yang juga panglima perang untuk memimpin mereka sebagai satu pasukan untuk menghadapi peperangan melawan kaum Philistin itu. Mereka memikirkan bahawa seorang raja, yang berperanan sebagai panglima perang, akan dapat menyelesaikan semua masaalah mereka, walhal apa yang diperlukan sebenarnya ialah suatu semangat atau roh perpaduan serta ketaatan kepada peraturan-peraturan hidup yang telah ditetapkan, serta kesediaan mereka untuk melakukan perjuangan di Jalan Allah.

Samuel telah melantik Thalut sebagai raja, tetapi disebabkan dia berasal dari keluarga (kabilah) Bunyamin iaitu yang paling kecil dan miskin dikalangan Bani Israail, perlantikan itu telah dibantah.

Dari Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 246-251:

أَلَمْ تَرَ إِلَى الْمَلإِ مِن بَنِي إِسْرَائِيلَ مِن بَعْدِ مُوسَى إِذْ قَالُواْ لِنَبِيٍّ لَّهُمُ ابْعَثْ لَنَا مَلِكًا نُّقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللهِ قَالَ هَلْ عَسَيْتُمْ إِن كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ أَلاَّ تُقَاتِلُواْ قَالُواْ وَمَا لَنَا أَلاَّ نُقَاتِلَ فِي سَبِيلِ اللهِ وَقَدْ أُخْرِجْنَا مِن دِيَارِنَا وَأَبْنَآئِنَا فَلَمَّا كُتِبَ عَلَيْهِمُ الْقِتَالُ تَوَلَّوْاْ إِلاَّ قَلِيلاً مِّنْهُمْ وَاللهُ عَلِيمٌ بِالظَّالِمِينَ
[2:246] Tidakkah engkau melihat (perhatikan) tentang (kisah) ketua-ketua dari Bani lsrail sesudah (wafatnya) Nabi Musa, ketika mereka berkata kepada seorang Nabi mereka (Samuel): "Angkatlah seorang raja untuk kami, supaya boleh kami berperang (bersama-sama dengannya) pada jalan Allah". Dia (Samuel) berkata: "Adakah kemungkinan jika kamu kelak diwajibkan berperang, kamu tidak akan berperang?" Mereka berkata: "Mengapa pula kami tidak akan berperang pada jalan Allah, sedang kami telah diusir dari kampung halaman kami, dan (dari) anak-anak kami?" Maka apabila perang itu diwajibkan atas mereka, mereka membelakangkan kewajipan itu, kecuali sebahagian kecil dari mereka. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui akan orang-orang yang zalim.

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ اللهَ قَدْ بَعَثَ لَكُمْ طَالُوتَ مَلِكًا قَالُوَاْ أَنَّى يَكُونُ لَهُ الْمُلْكُ عَلَيْنَا وَنَحْنُ أَحَقُّ بِالْمُلْكِ مِنْهُ وَلَمْ يُؤْتَ سَعَةً مِّنَ الْمَالِ قَالَ إِنَّ اللهَ اصْطَفَاهُ عَلَيْكُمْ وَزَادَهُ بَسْطَةً فِي الْعِلْمِ وَالْجِسْمِ وَاللهُ يُؤْتِي مُلْكَهُ مَن يَشَاءُ وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
[2:247] dan dia (Samuel) berkata kepada mereka: "Sesungguhnya, Allah telah memilih Thalut menjadi raja (dan panglima perang) bagi kamu. Mereka menjawab: "Bagaimana dia mendapat kuasa memerintah kami sedang kami lebih berhak dengan kuasa pemerintahan itu daripadanya, dan dia (pula) tidak diberi keluasan harta kekayaan?" Dia (Samuel) berkata:" Sesungguhnya Allah telah memilihnya (Thalut) menjadi raja kamu, dan telah mengurniakannya kelebihan dalam ilmu pengetahuan dan badan (yang gagah perkasa)". Dan (ingatlah), Allah jualah yang memberikan kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Dia kehendaki; dan Allah Maha Luas (rahmatNya dan pengurniaanNya), lagi meliputi ilmuNya.

وَقَالَ لَهُمْ نِبِيُّهُمْ إِنَّ ءَايَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَى وَءَالُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَئَايَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
[2:248] dan dia (Nabi Samuel) berkata kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaannya (Thalut) itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya(semula) kepada kamu peti Tabut yang didalamnya terdapat ketenangan dan kedamaian dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian (saki baki) dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan keluarga Harun; yang dibawa oleh malaikat (lambang diatas penutup peti Tabut). Sesungguhnya yang demikian itu (peristiwa kembalinya Tabut itu) mengandungi satu tanda (kebesaran Allah) bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman".


Raja Thalut atau Saul (1050-1010 SM)

Thalut akhirnya telah ditabalkan sebagai raja yang pertama kepada Bani Israail. Bagaimana pun Thalut telah memainkan peranan sebagai panglima perang sepenuh masa hingga dia tidak berkesempatan untuk membentuk sebuah kerajaan bagi Bani Israail dan memimpin rakyat dalam artikata yang sebenarnya.

Peperangan beliau yang termashur adalah ketika berhadapan dengan Jalut (Goliath). Tidak hanya karena pasukan yang dibawanya yang sedikit melawan pasukan berjumlah besar, tetapi juga tampilnya seorang anak muda bernama Daud. Daud telah berhasil membunuh Jalut yang berbadan besar dan gagah perkasa itu dengan hanya menggunakan beberapa ketul batu yang mengenai tepat ke dahi Jalut yang menyebabkan dia rebah, dan ketika itu Daud terus membunuh Jalut dengan pedangnya sendiri.

Dari Al-Quran Surah Al-Baqarah, Ayat (250-251);

وَلَمَّا بَرَزُواْ لِجَالُوتَ وَجُنُودِهِ قَالُواْ رَبَّنَا أَفْرِغْ عَلَيْنَا صَبْرًا وَثَبِّتْ أَقْدَامَنَا وَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[2:250] dan apabila mereka (tentera Thalut) nampak (berhadapan) dengan Jalut dan bala tenteranya, mereka berdoa: "Ya Tuhan kami! Limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan kukuhtkanlah langkah-langkah kami serta tolonglah kami mengatasi kaum yang kafir".

فَهَزَمُوهُم بِإِذْنِ اللهِ وَقَتَلَ دَاوُدُ جَالُوتَ وَءَاتَاهُ اللهُ الْمُلْكَ وَالْحِكْمَةَ وَعَلَّمَهُ مِمَّا يَشَاءُ وَلَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَّفَسَدَتِ اْلأَرْضُ وَلَـكِنَّ اللهَ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْعَالَمِينَ
[2:251] Maka mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah, dan Daud (yang turut serta berperang bersama Thalut) membunuh Jalut. Dan (selepas wafatnya Thalut) Allah memberikan kepadanya (Daud) kuasa pemerintahan dan hikmah (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang Dia kehendaki. Dan kalaulah tidak (kerana) pembelaan Allah menolak sebahagian manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan (kemenangan) sebahagian yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada seluruh alam.

Nota: Daud bin Yussa atau David lahir di kota Bethlehem diselatan Jebus (Jurusalem). Semasa remajanya, beliau bekerja sebagai penggembala kambing.

Daud menjadi begitu popular dikalangan Bani Israail selepas kejayaannya membunuh Jalut hingga membuatkan Raja Thalut sangat cemburu dengannya. Nabi Daud merasakan kebencian Thalut terhadapnya mungkin akan membahayakan dirinya lalu dia pergi bersembunyi dipergunungan dan disana beliau dapat merasakan kedamaian berada ditengah makhluk-makhluk Allah yang lain. Daud telah dikurniakan Allah dengan suara yang sangat indah dan merdu. Ketika mengasingkan dirinya itu, Daud telah bertaubat dan bertasbih kepada Allah dan mengagungkanNya dengan suaranya yang menarik dan mengkagumkan itu.

Dari Al-Quran Surah Saba' Ayat (10-11);

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُودَ مِنَّا فَضْلًا يَا جِبَالُ أَوِّبِي مَعَهُ وَالطَّيْرَ وَأَلَنَّا لَهُ الْحَدِيدَ
[34:10] dan demi sesungguhnya, Kami telah memberikan kepada Daud limpah kurnia dari Kami. (Allah berfirman): "Hai gunung-gunung dan burung-burung, bertasbihlah berulang-ulang bersama Daud". Dan Kami telah melembutkan besi untuknya;

أَنِ اعْمَلْ سَابِغَاتٍ وَقَدِّرْ فِي السَّرْدِ وَاعْمَلُواْ صَالِحًا إِنِّي بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ
[34:11] Buatlah (baju-baju besi) yang labuh-labuh, dan ukurlah tenunannya sekadar yang dikehendaki; dan kerjakanlah olehmu amal-amal yang soleh. Sesungguhnya Aku Maha Melihat akan segala yang kamu kerjakan.

Ketika hidup bersendirian itu, dengan pertolongan dari Allah, Nabi Daud sempat juga mencipta sejenis baju besi diperbuat daripada tenunan rantai besi, yang ringan dan selesa dipakai semasa berperang.

Dari Al-Quran (21:80);

وَعَلَّمْنَاهُ صَنْعَةَ لَبُوسٍ لَّكُمْ لِتُحْصِنَكُم مِّن بَأْسِكُمْ فَهَلْ أَنتُمْ شَاكِرُونَ
[21:80] dan Kami mengajar Nabi Daud membuat baju-baju besi untuk kamu, untuk menjaga keselamatan kamu dalam peperangan kamu, maka adakah kamu bersyukur (kepada Allah)?

Dengan sebab kemerduan suaranya, Allah telah menurunkan kepada Nabi Daud kitab Zabur yang berunsur puisi (syair), sebagai inspirasi kepada beliau.

Dari Al-Quran Surah 4:163 ;

إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِن بَعْدِهِ وَأَوْحَيْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإْسْحَقَ وَيَعْقُوبَ وَاْلأَسْبَاطِ وَعِيسَى وَأَيُّوبَ وَيُونُسَ وَهَارُونَ وَسُلَيْمَانَ وَءَاتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا
[4:163] Sesungguhnya Kami mewahyukan (inspirasi) kepadamu (Muhammad s.a.w.), sebagaimana Kami telah mewahyukan kepada Nuh, dan nabi-nabi sesudahnya; dan Kami juga telah mewahyukan (inspirasi) kepada Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub, serta nabi-nabi dari keturunannya; dan Isa, dan Ayub, dan Yunus, dan Harun, dan Sulaiman; dan juga Kami telah berikan kepada Daud kitab Zabur (juga sebagai inspirasi).

Dari Al-Quran Surah 17:55 ;

وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَن فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَى بَعْضٍ وَءَاتَيْنَا دَاوُودَ زَبُورًا
[17:55] dan Tuhanmu lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada dilangit dan dibumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan sebahagian para Nabi atas sebahagian (yang lain); dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.

Dengan penurunan kitab Zabur itu, Allah telah mengesahkan pelantikan Daud sebagai Nabi dan Rasul bagi umat Bani Israail.

Dalam pada itu, kebencian Raja Thalut terhadap Nabi Daud semakin meningkat dan dia sentiasa mencari peluang mahu membunuhnya. Nabi Daud tidak ada pilihan melainkan meneruskan persembunyiannya dengan membawa diri keluar dari negerinya (Yehuda atau Judah) bersama dengan 600 pengikut-pengikut setianya masuk kesuatu daerah yang dikuasai kaum Philistin, musuh ketat Bani Israail. Bagaimana pun oleh sebab keperibadian Nabi Daud yang baik dan tidak ganas, dan mereka pula telah memasuki wilayah itu secara aman, raja yang berkuasa didaerah itu telah membenarkan mereka tinggal didaerah itu buat sementara waktu.

Sementara itu, Bani Israail dibawah pimpinan raja Thalut telah melancarkan serangan keatas Philistin yang membawa kekalahan kepada Bani Israail dimana ketiga-tiga anak raja Thalut turut terbunuh. Raja Thalut sendiri telah cedera parah dan terlalu kecewa dengan kekalahan itu dan juga kematian anak-anaknya, lalu beliau membunuh diri dengan merebahkan badannya keatas pedangnya sendiri.


Nabi Daud a.s. (1010-970 SM)

Apabila mendengar berita kematian Thalut, Nabi Daud terus kembali ke Hebron, tempat kelahiran beliau. Ketua-ketua kerajaan Thalut telah turun ke Hebron dan menjemput Nabi Daud menjadi raja mereka menggantikan Thalut. Nabi Daud telah ditabalkan sebagai raja ketika beliau berumur 30 tahun. Beliau telah memerintah Palestina selama empat puluh tahun.

Pada tujuh tahun pertama pemerintahannya, al-Khalil (Hebron) adalah ibu kota kerajaan, namun pada tahun-tahun berikutnya, ibu kota kerajaan telah dipindahkan ke kota Jebus yang terletak ditengah antara Israel dan Judah (Judea). Pasukan tentera pimpinan Nabi Daud berhasil memasukki kota itu melalui terowong dibawah tembok kota yang bermula daripada mata air Gihon. Penduduk Jebus tidak memberikan tentangan, lalu Nabi Daud telah membenarkan mereka terus tinggal di kota itu bersama dengan kaumnya iaitu puak Yehuda (Judah).

Mata Air Gihon dan terowong siloam

[Klik gambar untuk dibesarkan]

Nabi Daud lalu membangunkan semula kota itu dengan membina tembok baru yang lebih kukuh tetapi masih mengekalkan nama asal kota Jebus. Bagaimana pun, bandar itu dirujuk oleh ahli-ahli sejarah dengan nama Bandar Daud (City of David). Oleh sebab kawasan kota Jebus sangat terhad (mampu menampung cuma 2,500 penduduk) semua pembangunan selepas itu telah dijalankan dikawasan diluar tembok kota, termasuk pembinaan istananya sendiri.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Nabi Daud adalah seorang yang beriman dan bertaqwa kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pemimpin. Dia dilihat oleh semua sebagai orang yang terbaik dan berpadanan untuk menjadi raja kepada Bani Israail yang sering bermasaalah. Dia bukan sahaja seorang raja, tetapi juga panglima perang, berjiwa seni (penyair), dan seorang Nabi yang mampu berperanan sebagai pemimpin agama (Imam). Dibawah kepimpinannya, Bani Israil telah berjaya menundukkan kesemua raja-raja kepada suku-suku kaum Kana’an yang masih berdegil tidak mahu meninggalkan agama pagan (penyembahan pelbagai berhala) dan sebaliknya percaya kepada ke esaan Allah dan kepada Taurat yang telah diturunkan Allah kepada Nabi Musa a.s.

Penubuhan Negara Islam Palestin (1000 SM)

Nabi Daud adalah raja yang pertama menubuhkan kerajaan Islam di bumi Kana’an (Palestin) yang berlandaskan ajaran Taurat dan berpandukan kepada pesanan-pesanan bertulis Nabi Musa a.s. yang tersimpan didalam peti Tabut. Sejak dibawah pemerintahan raja Thalut lagi, negara itu telah dikenali dengan nama Israel. Bagaimana pun, keadaan kaum Bani Israail sebenarnya telah berpecah kepada dua kumpulan dimana 10 keluarga (puak) bersepakat untuk bekerjasama mentadbir wilayah mereka diutara Palestin yang mereka namakan Israel, manakala 2 puak lagi (puak Yehuda dan Bunyamin) mentadbir bahagian selatan Palestin yang mereka namakan Judah. Nabi Daud adalah dari puak Yehuda, dan ini telah menjadikan puak Yehuda (puak yang terbesar diantara puak-puak Bani Israail) paling berpengaruh dan memegang tampuk pemerintahan negara, manakala ibukotanya iaitu Jebus (Jerusalem) pula terletak didalam wilayah Judah.

Nota: Perlu diperingatkan bahawa misi utama Nabi Musa adalah agama Tauhid manakala bangsa Philistin pada zaman itu adalah bangsa berideologi pagan (penyembahan berhala). Oleh itu dengan penubuhan negara Islam dibumi Palestina, Nabi Daud telah berjaya merealisasikan misi Nabi Musa terhadap bumi Kana’an atau Palestin itu.

Seterusnya, Nabi Daud telah mengarahkan supaya sebuah rumah ibadat yang tetap dan sempurna dibina bagi menggantikan rumah ibadat sementara (Mishkan) yang telah digunakan oleh Bani Israail sejak meninggalkan perkhemahan mereka dikaki gunung Thur Sina dan mendirikannya semula dibeberapa tempat disepanjang perjalanan menuju bumi Kana’an (Palestina). Bagi tujuan itu, Nabi Daud telah membeli sebidang tanah diatas bukit Moriah diluar tembok kota dan mengisytiharkan kawasan itu sebagai kawasan suci (tanah haram). Bagaimana pun, Nabi Daud hanya sempat menguruskan penyediaan bahan-bahan binaan yang diperlukan sahaja, kerana beliau telah meninggal dunia sebelum pembinaan itu bermula.


Nabi Sulaiman a.s. (963-938 SM)

Nabi Daud mempunyai empat anak lelaki (berlainan ibu) iaitu Amnon, Absalom, Adoniah, dan Solomon. Amnon telah terbunuh dalam perang saudara dengan Absalom, manakala Absalom sendiri telah terbunuh didalam peperangan melawan pasukan tentera yang dipimpin oleh bapanya Nabi Daud. Persengkataan keluarga itu berpunca dari rasa tidak puas hati mereka diatas keputusan Nabi Daud berkeras hendak menyerahkan takhta kerajaannya kepada Nabi Sulaiman.

Keputusan Nabi Daud itu bukan tidak beralasan. Dalam usianya yang baru mencapai 12 tahun, Nabi Sulaiman sudah menampakkan tanda-tanda kecerdasan otak, tajam fikiran dan teliti dalam mempertimbangkan dan mengambil sesuatu keputusan. Pernah beliau menegur keputusan Nabi Daud yang tidak tepat semasa beliau hadir ketika Nabi Daud sedang bersidang mengadili persengketaan diantara seorang peladang dengan jirannya seorang penternak kambing. Si-peladang mengadu kambing peliharaan jirannya telah masuk kekebunnya diwaktu malam dan merosakkan semua tanamannya. Jirannya mengakui apa yang telah berlaku. Nabi Daud memutuskan bahawa pemilik kambing-kambing itu harus menyerahkan ternakannya kepada peladang sebagai gantirugi dengan sebab kecuaiannya menjaga binatang ternakannya.

Nabi Sulaiman lalu menegur bapanya bahawa keputusan yang lebih adil ialah dengan mengarahkan supaya kambing-kambing itu diserahkan kepada si-peladang untuk dipelihara dan di manfaatkan hasilnya sementara si-penternak memulihkan ladang tanaman jirannya sehingga kembali seperti keadaan asalnya.

Kemudian masing-masing mengambil semula miliknya sehingga dengan cara demikian tidak ada pihak mendapat keuntungan atau kerugian lebih daripada yang sepatutnya.

Dari Al-Quran Surah 21 Ayat 78-79;

وَدَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ إِذْ يَحْكُمَانِ فِي الْحَرْثِ إِذْ نَفَشَتْ فِيهِ غَنَمُ الْقَوْمِ وَكُنَّا لِحُكْمِهِمْ شَاهِدِينَ
[21:78] dan (ingatlah peristiwa) Daud dan Sulaiman, ketika mereka berdua memutuskan dalam (masaalah) ladang tanaman semasa ia dirosakkan oleh kambing saudaranya pada waktu malam; dan Kamilah yang menyaksikan keputusan (yang diberikan) oleh mereka.

فَفَهَّمْنَاهَا سُلَيْمَانَ وَكُلًّا ءَاتَيْنَا حُكْمًا وَعِلْمًا وَسَخَّرْنَا مَعَ دَاوُودَ الْجِبَالَ يُسَبِّحْنَ وَالطَّيْرَ وَكُنَّا فَاعِلِينَ
[21:79] Maka Kami berikan Sulaiman kefahaman mengenainya (tentang hukum yang lebih tepat); dan masing-masing Kami berikan hikmah kebijaksanaan dan ilmu; dan Kami tundukkan gunung-ganang dan burung-burung bertasbih (memuji Kami) bersama dengan Daud; dan adalah Kami (berkuasa) melakukan semuanya itu.

Seperti yang diwasiatkan, Nabi Sulaiman telah dilantik menjadi raja selepas kematian Nabi Daud pada kira-kira 963 SM. Pertabalan beliau sebagai raja telah dijalankan secara tergesa-gesa disebabkan perancangan jahat Adoniah (abang Nabi Sulaiman yang berlainan ibu) yang hendak menuntut haknya menjadi raja. Selepas diberitahu tentang majlis pertabalan yang telah berlangsung, Adoniah telah merelakannya dengan hati yang terbuka.

Zaman pemerintahan Nabi Sulaiman secara umum adalah zaman yang sejahtera dan baik sama ada dari segi politik, sosial atau ekonomi. Oleh sebab Nabi Daud, semasa pemerintahannya, telah berjaya menghapuskan segala bentuk persengketaan perkauman diseluruh wilayah yang dikuasai Bani Israail, Nabi Sulaiman telah dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pentadbiran dan pembangunan negara berlandaskan perjanjian yang terkandung didalam Taurat dan juga pesanan bertulis Nabi Musa a.s.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Bagi memantapkan lagi komitmen Bani Israail kepada agama Tauhid dan ajaran Taurat, Nabi Sulaiman telah mengarahkan pembinaan segera sebuah rumah ibadat yang tetap dan sempurna seperti yang dirancang oleh Nabi Daud sebelumnya, iaitu disuatu kawasan diatas bukit Moriah diluar kota lama Jebus yang telah dibangunkan semula semasa pemerintahan Nabi Daud. Nabi Sulaiman telah juga mengarahkan pembesaran kota Nabi Daud itu supaya kawasan suci disekeliling rumah ibadat yang baru dibina (Haikal Sulaiman) itu berada didalam kawasan kota yang bertembok. Kota yang telah dibesarkan itu kemudian diberi nama kota Jerusalem atau ‘kota yang selamat’.

Nota: Rumah ibadat atau Haikal Sulaiman yang dibina itu sebenarnya bukanlah sebuah kuil seperti yang dikatakan oleh orang-orang Yahudi dan Kristian, tetapi adalah sebuah Masjid (tempat tunduk atau bersujud/beribadat kepada Tuhan) iaitu istilah yang lebih sesuai dari sudut pandangan Islam.

Berikut dibentangkan beberapa ayat dari Al-Quran yang menceritakan perihal Nabi Sulaiman dan pemerintahannya.

Dari Al-Quran Surah 27 Ayat 15-16;

وَلَقَدْ ءَاتَيْنَا دَاوُودَ وَسُلَيْمَانَ عِلْمًا وَقَالَا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي فَضَّلَنَا عَلَى كَثِيرٍ مِّنْ عِبَادِهِ الْمُؤْمِنِينَ
[27:15.] dan sesungguhnya Kami telah mengurniakan ilmu kepada Daud dan Sulaiman; dan keduanya berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kami kemuliaan (kelebihan) yang mengatasi kebanyakan hamba-hambaNya yang beriman".

وَوَرِثَ سُلَيْمَانُ دَاوُودَ وَقَالَ يَا أَيُّهَا النَّاسُ عُلِّمْنَا مَنطِقَ الطَّيْرِ وَأُوتِينَا مِن كُلِّ شَيْءٍ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْفَضْلُ الْمُبِينُ
[27:16] dan Sulaiman mewarisi (pangkat kenabian dan kerajaan) Daud; dan dia (Sulaiman) berkata: "Wahai umat manusia, kami telah diajarkan (memahami) bahasa pertuturan burung, dan kami telah diberikan tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan). Sesungguhnya (semua) ini adalah limpah kurnia (dari Allah) yang jelas nyata".

Nota: “Ilmu” yang dikurniakan kepada Nabi Daud dan Sulaiman itu bermaksud jenis ilmu yang membawa kepada nilai yang lebih tinggi (lebih bermakna) kepada kehidupan manusia, kebijaksanaan yang jelas ditunjukkan oleh mereka berdua dalam membuat keputusan dan hukuman, serta kefahaman yang mendalam yang membolehkan mereka melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

Nabi Sulaiman seorang raja yang bersifat adil serta bijaksana; memahami selok-belok perjalanan hidup manusia; dan mempunyai pandangan rohaniah yang tajam yang menjadikan baginda seorang yang sangat hampir dengan Allah. Sebagai satu mukjizat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, Nabi Sulaiman dapat menangkap maksud yang terkandung dalam suara binatang-binatang, dan sebaliknya binatang-binatang dapat pula memahami apa yang baginda perintahkan dan ucapkan.

Dari Al-Quran Surah 27, Ayat (17-19);

وَحُشِرَ لِسُلَيْمَانَ جُنُودُهُ مِنَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ وَالطَّيْرِ فَهُمْ يُوزَعُونَ
[27:17] dan dihimpunkan untuk Sulaiman bala tenteranya dari jin, manusia dan burung; lalu mereka itu diatur dengan tertib (berbaris).

حَتَّى إِذَا أَتَوْا عَلَى وَادِي النَّمْلِ قَالَتْ نَمْلَةٌ يَا أَيُّهَا النَّمْلُ ادْخُلُواْ مَسَاكِنَكُمْ لَا يَحْطِمَنَّكُمْ سُلَيْمَانُ وَجُنُودُهُ وَهُمْ لَا يَشْعُرُونَ
[27:18] Hingga apabila mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: "Wahai semut-semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, (supaya) Sulaiman dan tenteranya tidak memijak kamu, sedang mereka tidak menyedari(nya)".

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَدْخِلْنِي بِرَحْمَتِكَ فِي عِبَادِكَ الصَّالِحِينَ
[27:19] Maka dia (Sulaiman) tersenyum lalu tertawa kerana (mendengar) kata-kata semut itu, dan dia berdoa: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham supaya aku tetap mensyukuri nikmatMu, yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkanlah aku, dengan limpah rahmatMu, kedalam (golongan) hamba-hambaMu yang soleh".


Sistem Bekalan Air ke kota lama Jerusalem

Semasa Nabi Sulaiman memutuskan untuk membuat pembesaran keatas kota Jerusalem, perkara yang utama yang beliau fikirkan ialah bagaimana hendak mempastikan bekalan air yang mencukupi bagi kegunaan harian penduduk kota besar itu. Walaupun ada terdapat anak sungai berhampiran dan juga mata air Gihon diluar tembok kota, tetapi ia tidak mencukupi. Lagi pun punca-punca air itu berada ditempat yang rendah daripada paras kota menyebabkan ia tidak boleh dialirkan kebahagian kota yang tinggi (the Upper City) termasuk ke kawasan Haikal (Masjid) baru yang akan dibina.

Dengan pertolongan dari Allah, yang telah mengurniakan Nabi Sulaiman ilmu pengetahuan dan kuasa berfikir yang amat tinggi dan mendalam, maka Nabi Sulaiman dikatakan telah berjaya membangunkan sistem bekalan air untuk bandar Jerusalem dimana punca bekalan air itu adalah dari bandar Hebron, 12km ke selatan dari bandar Jerusalem. Air akan disalurkan dari kolam-kolam takongan yang terletak pada kedudukan 21 meter lebih tinggi daripada paras Haikal Sulaiman di Jerusalem, melalui paip air (aquaduct) yang direkabentuk khas dan dimasukkan kedalam lobang yang ditebuk terus kedalam batu dilereng-lereng bukit disepanjang laluan ke Jerusalem. Dengan sebab itu Jerusalem akan sentiasa mendapat bekalan air yang mencukupi dengan tekanan air yang sentiasa tinggi.

Pengkaji sejarah merumuskan kemungkinan besar sistem bekalan air itu memang wujud pada zaman pemerintahan Nabi Sulaiman berdasarkan kepada ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah kepada baginda, manakala tiada masaalah kepada baginda untuk membinanya dengan bantuan Allah dan tenaga pekerja dari golongan Jin yang sentiasa patuh kepada apa saja arahan Nabi Sulaiman. Wallahu a’lam.

Dari Al-Quran surah 34 Ayat (12-13);

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ غُدُوُّهَا شَهْرٌ وَرَوَاحُهَا شَهْرٌ وَأَسَلْنَا لَهُ عَيْنَ الْقِطْرِ وَمِنَ الْجِنِّ مَن يَعْمَلُ بَيْنَ يَدَيْهِ بِإِذْنِ رَبِّهِ وَمَن يَزِغْ مِنْهُمْ عَنْ أَمْرِنَا نُذِقْهُ مِنْ عَذَابِ السَّعِيرِ
[34:12] dan kepada Sulaiman (Kami kurniakan) kuasa (menggunakan) angin untuk perjalanannya sepagi adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan perjalanannya sepetang adalah menyamai perjalanan biasa sebulan; dan Kami alirkan cairan tembaga baginya; dan sebahagian dari jin bekerja (untuknya) dihadapannya dengan izin Tuhannya. Dan sesiapa yang menyimpang dari perintah Kami, Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka yang menyala-nyala.

يَعْمَلُونَ لَهُ مَا يَشَاءُ مِن مَّحَارِيبَ وَتَمَاثِيلَ وَجِفَانٍ كَالْجَوَابِ وَقُدُورٍ رَّاسِيَاتٍ اعْمَلُوا ءَالَ دَاوُودَ شُكْرًا وَقَلِيلٌ مِّنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
[34:13] Golongan jin itu membuatkan untuk Sulaiman apa yang dia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan besen-besen yang (besarnya) seperti kolam, serta kawah-kawah besar yang tetap (berada di atas tungkunya). Allah perintahkan: "Beramallah kamu wahai keluarga Daud, dan bersyukur!"; dan sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Nota: Bahan-bahan aquaduct dalam gambar diatas dikatakan adalah hasil usaha penyenggaraan (baik-pulih) sistem itu oleh pihak Roman yang menjajah Palestin 900 tahun selepas era Nabi Sulaiman. Bahan-bahan aquaduct yang asal kemungkinan telah dimusnahkan oleh gempa bumi yang menyebabkan perubahan struktur lereng-lereng bukit disepanjang laluan aquaduct itu.


Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis

Dari Al-Quran Surah 27, Ayat 20-44;

وَتَفَقَّدَ الطَّيْرَ فَقَالَ مَا لِيَ لَا أَرَى الْهُدْهُدَ أَمْ كَانَ مِنَ الْغَائِبِينَ
27:20] dan dia (Sulaiman) memeriksa kumpulan burung (yang turut serta dalam tenteranya) lalu berkata: "Mengapa aku tidak melihat burung hud-hud? Adakah ia dari mereka yang tidak hadir?”

لَأُعَذِّبَنَّهُ عَذَابًا شَدِيدًا أَوْ لَأَذْبَحَنَّهُ أَوْ لَيَأْتِيَنِّي بِسُلْطَانٍ مُّبِينٍ
[27:21] "Sesungguhnya aku akan menyeksanya dengan seksaan yang seberat-beratnya, atau aku akan menyembelihnya, kecuali ia membawa kepadaku alasan yang terang nyata".

فَمَكَثَ غَيْرَ بَعِيدٍ فَقَالَ أَحَطتُ بِمَا لَمْ تُحِطْ بِهِ وَجِئْتُكَ مِن سَبَإٍ بِنَبَإٍ يَقِينٍ
[27:22] Maka ia (burung hud-hud itu) tiba tidak lama selepas itu, lalu ia berkata: "Aku dapat mengetahui (meliputi) apa yang engkau tidak mengetahuinya, dan aku bawakan kepadamu dari negeri Saba' (Yaman) satu berita yang diyakini (kebenarannya)”.

إِنِّي وَجَدتُّ امْرَأَةً تَمْلِكُهُمْ وَأُوتِيَتْ مِن كُلِّ شَيْءٍ وَلَهَا عَرْشٌ عَظِيمٌ
[27:23] "Sesungguhnya aku dapati seorang perempuan yang memerintah mereka dan dia telah diberikan kepadanya tiap-tiap sesuatu (yang diperlukan) dan dia pula mempunyai singgahsana yang besar”.

وَجَدتُّهَا وَقَوْمَهَا يَسْجُدُونَ لِلشَّمْسِ مِن دُونِ اللهِ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ أَعْمَالَهُمْ فَصَدَّهُمْ عَنِ السَّبِيلِ فَهُمْ لَا يَهْتَدُونَ
[27:24] "Aku dapati dia dan kaumnya sujud kepada matahari, selain dari Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, maka (syaitan itu) menghalangi mereka dari jalan (Allah); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk”

أَلَّا يَسْجُدُوا لِلَّهِ الَّذِي يُخْرِجُ الْخَبْءَ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَيَعْلَمُ مَا تُخْفُونَ وَمَا تُعْلِنُونَ
[27:25] "Supaya mereka tidak sujud menyembah Allah yang mengeluarkan apa yang tersembunyi di langit dan di bumi, dan yang mengetahui apa yang kamu sembunyikan serta apa yang kamu zahirkan.”

اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
[27:26] "Allah! Tiada Tuhan selain Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar .”

قَالَ سَنَنظُرُ أَصَدَقْتَ أَمْ كُنتَ مِنَ الْكَاذِبِينَ
[27:27] Dia (Sulaiman) berkata: “Kami akan lihat (fikirkan), apakah engkau benar, ataupun engkau (termasuk) dari golongan yang berdusta.

اذْهَب بِّكِتَابِي هَذَا فَأَلْقِهْ إِلَيْهِمْ ثُمَّ تَوَلَّ عَنْهُمْ فَانظُرْ مَاذَا يَرْجِعُونَ
[27:28] "Pergilah dengan (membawa) suratku ini, serta lemparkan (sampaikan) kepada mereka, kemudian berpalinglah dari mereka; lalu perhatikanlah apa yang mereka kembalikan".

قَالَتْ يَا أَيُّهَا المَلَأُ إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ
[27:29] Dia (Balqis) berkata: "Wahai pembesar-pembesar ku! Sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia.

إِنَّهُ مِن سُلَيْمَانَ وَإِنَّهُ بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
[27:30] Sesungguhnya (surat itu) dari Sulaiman, dan sesungguhnya (kandungannya ialah): “Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,

أَلَّا تَعْلُواْ عَلَيَّ وَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
[27:31] Bahawa janganlah kamu berlaku sombong terhadapku, dan datanglah kamu kepadaku sebagai orang yang berserah diri (kepada Allah).”

قَالَتْ يَا أَيُّهَا المَلَأُ أَفْتُونِي فِي أَمْرِي مَا كُنتُ قَاطِعَةً أَمْرًا حَتَّى تَشْهَدُونِ
[27:32] Dia (Balqis) berkata: "Wahai pembesar-pembesar ku! Berilah fatwa (pendapat) kepadaku pada urusanku ini; aku tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sehingga kamu (hadir bersama) menyaksikan".

قَالُوا نَحْنُ أُوْلُواْ قُوَّةٍ وَأُولُواْ بَأْسٍ شَدِيدٍ وَالْأَمْرُ إِلَيْكِ فَانظُرِي مَاذَا تَأْمُرِينَ
[27:33] Mereka menjawab: “Kita adalah orang-orang memiliki kekuatan dan gagah berani (dalam peperangan); dan urusan (keputusan) itu terserahlah kepadamu; oleh itu lihatlah (fikirkanlah) apa yang engkau hendak perintahkan.”

قَالَتْ إِنَّ الْمُلُوكَ إِذَا دَخَلُواْ قَرْيَةً أَفْسَدُوهَا وَجَعَلُواْ أَعِزَّةَ أَهْلِهَا أَذِلَّةً وَكَذَلِكَ يَفْعَلُونَ
[27:34] Dia (Balqis) berkata: "Sesungguhnya raja-raja, apabila memasuki suatu negeri, mereka membinasakan nya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia dihina; dan begitulah mereka akan lakukan.”

وَإِنِّي مُرْسِلَةٌ إِلَيْهِم بِهَدِيَّةٍ فَنَاظِرَةٌ بِمَ يَرْجِعُ الْمُرْسَلُونَ
[27:35] "Dan sesungguhnya aku hendak mengirimkan hadiah kepada mereka, kemudian aku akan menunggu, dengan apakah balasan yang akan dibawa kembali oleh utusan-utusan kita"

فَلَمَّا جَاءَ سُلَيْمَانَ قَالَ أَتُمِدُّونَنِ بِمَالٍ فَمَا ءَاتَانِيَ اللهُ خَيْرٌ مِّمَّا ءَاتَاكُم بَلْ أَنتُم بِهَدِيَّتِكُمْ تَفْرَحُونَ
[27:36] Maka apabila ia (utusan pembawa hadiah itu) datang kepada Sulaiman, berkatalah dia (Sulaiman): "Apakah patut kamu memberikan kepadaku harta-benda? Maka apa yang telah diberikan Allah kepadaku lebih baik dari apa yang telah diberikanNya kepada kamu; bahkan kamu bergembira (merasa bangga) dengan hadiahmu.”

ارْجِعْ إِلَيْهِمْ فَلَنَأْتِيَنَّهُمْ بِجُنُودٍ لَّا قِبَلَ لَهُم بِهَا وَلَنُخْرِجَنَّهُم مِّنْهَا أَذِلَّةً وَهُمْ صَاغِرُونَ
[27:37] "Kembalilah kepada mereka, maka demi sesungguhnya kami akan mendatangi mereka dengan angkatan tentera yang mereka tidak terdaya menentangnya, dan kami pasti akan keluarkan mereka daripadanya (negeri Saba') dengan keadaan hina, (sebagai) orang-orang tawanan."

قَالَ يَا أَيُّهَا المَلَأُ أَيُّكُمْ يَأْتِينِي بِعَرْشِهَا قَبْلَ أَن يَأْتُونِي مُسْلِمِينَ
[27:38] Dia (Sulaiman) berkata lagi: "Wahai pembesar-pembesar ku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang kepadaku dalam keadaan berserah diri (Islam)?"

قَالَ عِفْريتٌ مِّنَ الْجِنِّ أَنَا ءَاتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن تَقُومَ مِن مَّقَامِكَ وَإِنِّي عَلَيْهِ لَقَوِيٌّ أَمِينٌ
[27:39] Berkatalah Ifrit dari golongan jin: "Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun berdiri dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat untuk membawanya, lagi dapat dipercayai".

قَالَ الَّذِي عِندَهُ عِلْمٌ مِّنَ الْكِتَابِ أَنَا ءَاتِيكَ بِهِ قَبْلَ أَن يَرْتَدَّ إِلَيْكَ طَرْفُكَ فَلَمَّا رَءَاهُ مُسْتَقِرًّا عِندَهُ قَالَ هَذَا مِن فَضْلِ رَبِّي لِيَبْلُوَنِي أَأَشْكُرُ أَمْ أَكْفُرُ وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ رَبِّي غَنِيٌّ كَرِيمٌ
[27:40] Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu dari Kitab Allah: "Aku akan membawakannya kembali kepadamu dalam sekelip mata!". Maka apabila dia (Sulaiman) melihatnya (singgahsana itu) terletak di sisinya, berkatalah dia: "Ini ialah limpah kurnia dari Tuhanku, untuk mengujiku apakah aku bersyukur atau aku mengingkari (nikmat pemberianNya). Dan bahawasanya, sesiapa yang bersyukur maka dia bersyukur hanyalah untuk kebaikan dirinya sendiri, dan sesiapa yang ingkar, sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Mulia".

قَالَ نَكِّرُواْ لَهَا عَرْشَهَا نَنظُرْ أَتَهْتَدِي أَمْ تَكُونُ مِنَ الَّذِينَ لَا يَهْتَدُونَ
[27:41] Dia (Sulaiman) berkata: "Ubahlah (ubah-suai) singgahsananya itu, supaya kita akan melihat apakah dia (Balqis) diberi pertunjuk (untuk mengenalnya) ataukah dia dari golongan yang tidak diberi pertunjuk (untuk mengenalnya)".

فَلَمَّا جَاءَتْ قِيلَ أَهَكَذَا عَرْشُكِ قَالَتْ كَأَنَّهُ هُوَ وَأُوتِينَا الْعِلْمَ مِن قَبْلِهَا وَكُنَّا مُسْلِمِينَ
[27:42] Maka ketika dia (Balqis) datang kepadanya, ditanyakanlah (Sulaiman) kepadanya: “Serupa inikah singahsanamu?" Dia (Balqis) menjawab: "Ia seakan-akan singgasanaku; dan kami telah diberikan pengetahuan sebelum itu (mengenai perubahan ini), dan kami adalah orang yang berserah diri (kepada Allah)".

وَصَدَّهَا مَا كَانَت تَّعْبُدُ مِن دُونِ اللهِ إِنَّهَا كَانَتْ مِن قَوْمٍ كَافِرِينَ
[27:43] Dan (tetapi) dia (Balqis) dihalangi (daripada memeluk Islam); apa yang ia pernah sembah (adalah) yang lain dari Allah. Sesungguhnya adalah dia (dahulunya) dari kaum yang kafir.

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[27:44] Dikatakan (Sulaiman) kepada (Balqis): "Masuklah kedalam istana ini". Maka ketika dia melihatnya (lantai istana itu), disangkanya ia sebuah kolam air, lalu disingkapkannya kain (yang menutup) dua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata: "Sebenarnya ini adalah sebuah istana yang diperbuat daripada lantai yang berkilat daripada kaca". Dia (Balqis) lalu berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri, dan aku berserah diri bersama Sulaiman, kepada Allah Tuhan sekalian alam".

Kebanyakan ahli sejarah mengatakan bahawa Nabi Sulaiman akhirnya mengahwini Ratu Balqis dan telah mendapat seorang anak. Wallahu a’alam.


Nabi Sulaiman Kembali ke Rahmatullah

Pemerintahan Nabi Sulaiman berlangsung selama 40 tahun. Al-Quran mencatatkan kematian Nabi Sulaiman dalam keadaan tidak disedari oleh sesiapa termasuk pekerjanya dari golongan Jin yang sedang diawasinya ketika sedang membina sesuatu bangunan.

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَى مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنسَأَتَهُ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَن لَّوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُواْ فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ
[34:14] Maka Kami telah tetapkan baginya (Sulaiman) kematian; tidak ada yang menunjukkan kepada mereka (tentang) kematiannya itu melainkan (adanya) semut putih (anai-anai) yang telah memakan tongkatnya. Maka apabila dia jatuh (tertiarap), tahulah jin itu bahawa kalaulah mereka mengetahui perkara yang ghaib nescaya mereka tidak tinggal sedemikian lamanya di dalam azab (kerja berat) yang menghina.


Israel Selepas Nabi Sulaiman

Dibawah pemerintahan Nabi Daud, hanya wilayah Israel dan Judah sahaja yang dikuasai sepenuhnya oleh Bani Israail, manakala dibawah pemerintahan Nabi Sulaiman, baginda telah meluaskan pengaruhnya ke utara sehingga kesempadan dengan Assyria (Iraq) dan Syria hingga kesempadan Mesir dekat Gaza.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Wilayah Israel Berpecah Dua

Selepas Nabi Sulaiman wafat, takhta kerajaan Israel telah berpindah ketangan anaknya Rehoboam. Bagaimana pun 10 puak Bani Israel yang menduduki wilayah bahagian utara tidak bersetuju dengan pemerintahan Rehoboam lalu memutuskan untuk mentadbir sendiri wilayah mereka dengan melantik Jeroboam (931-910 SM) sebagai raja mereka. Jeroboam mengistiharkan Israel (atau Ephraim) sebagai nama resmi wilayah mereka dan memilih Shechem sebagai ibukota Israel.

Dengan itu, Rehoboam (931-913 SM) cuma mendapat pengiktirafan puak Yehuda (Judah dan Bunyamin) sebagai raja bagi wilayah bahagian selatan yang mereka namakan Judah (Judea) dengan Jerusalem sebagai ibukotanya.

Maka berpecahlah kerajaan yang dirintis oleh Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Perpecahan ini adalah pertanda kepada bermulanya era yang tidak menentu bagi Bani Israail yang berlarutan sehingga membawa kepada terhapusnya samasekali kuasa pemerintahan Israel keatas Jerusalem dan juga bumi Palestin kira-kira 1,000 tahun selepas Nabi Sulaiman meninggal dunia.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Keluasan wilayah yang dikuasai Israel dan Judah telah kembali seperti dimasa pemerintahan Nabi Daud apabila kaum-kaum yang merupakan penduduk asal bumi Kana’an (Palestina) terutama Edom (Edomites), Moab (Moabites), Ammon (Ammorites), Kana’an (Cannanites), Hivites, Hitites dan Bashan yang berada disekeliling Israel telah bangkit menuntut kemerdekaan dan berjaya membebaskan wilayah mereka dari penjajahan Israel. Kaum-kaum lain seperti Philistin dan Phoenician yang terletak ditepi laut Mediterranean memang tidak pernah dapat dikuasai oleh Israel sepenuhnya.

Israel dalam sejarah

Diantara negeri yang berpecah dua itu, Israel adalah lebih kuat, lebih besar dan lebih kaya. Ia memiliki akses ke laut, jumlah penduduknya adalah lebih besar, tenteranya lebih kuat dan sumber kekayaannya lebih melimpah ruah. Namun selama tempoh pemerintahan selama 2 abad, kerajaan Israel telah melalui keadaan tidak menentu apabila kerajaannya berpindah tangan sebanyak 19 kali melibatkan 9 dinasti (kelompok keluarga). Bahkan ada seorang raja yang bertahan hanya 7 hari sahaja. Boleh dikatakan kesemua raja-raja itu telah meninggalkan agama Tauhid dan memilih untuk membenarkan amalan pagan (penyembahan pelbagai berhala) sebagai agama resmi negara. Mereka tidak putus-putus bersengketa sesama sendiri, membunuh raja-raja mereka untuk merampas kerajaan, bahkan mereka turut menganiaya dan cuba membunuh pemimpin-pemimpin agama (rabi) yang ada dikalangan mereka.

Jeroboam I memulakan kerajaan mungkarnya dengan mewajibkan semula penyembahan binatang (lembu) seperti yang diamalkan oleh kaum Firaun. Sebabnya ialah, beliau pernah menderhaka kepada Nabi Sulaiman dan telah melarikan diri ke Mesir. Beliau kembali ke Israel setelah mendengar berita kematian Nabi Sulaiman, lalu dingkat menjadi raja oleh orang-orang Israel. Beliau telah membina kuil-kuil besar di Bethel (berhampiran sempadan Judah) dan Dan (jauh diutara Israel) dan mengarahkan Bani Israail tidak lagi ke Jerusalem dan sebaliknya pergi ke Bethel atau Dan untuk upacara-upacara keagamaan mereka. Para rabi atau alim ulama (dari puak Levi) yang masih bertauhidkan Allah, telah melarikan diri ke Jerusalem ibunegeri Judah. Seorang Nabi dari Judah (tidak diketahui namanya) telah pergi ke kuil Bethel dan memberi amaran kepada Jeroboam bahawa kuil-kuil binaannya akan dihancurkan oleh Allah apabila sampai masanya, tetapi Jeroboam tidak menghiraukan amaran atau ancaman tersebut.

Seorang lagi Nabi yang telah lanjut usia meramalkan bahawa kaum keluarga Jeroboam akan dibinasakan oleh Allah sekiranya Jeroboam terus menidakkan ke esaan Allah dan sebaliknya menggalakkan penduduk Israel mengamalkan penyembahan berhala. Kali in balasan dari Allah tidak dilengahkan lalu Jeroboam telah mati dibunuh oleh Baasha (panglima tenteranya sendiri) dan seluruh kaum keluarga Jeroboam turut dihapuskannya. Kesesatan mereka itu dirakamkan didalam al-Quran melalui Surah al-Baqarah Ayat 2:

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ
[2:102] Dan mereka mengikuti (ajaran-ajaran sihir) yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan pada masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak kafir (tidak mengamalkan sihir), akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil (Babylonia) Harut dan Marut, sedang mereka berdua tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seseorang sebelum berkata (menasihatkan): "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk mengujimu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (setelah mempelajarinya)". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari sesuatu yang hanya memudaratkan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Demi sesungguhnya, mereka telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang menukarnya (menukar kitab Allah) dengan ilmu sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat. Dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya (jiwanya) dengan ilmu sihir itu, kalaulah mereka mengetahui.

Nota: Harut dan Marut adalah nama dua orang saintis yang soleh, yang dianggap malaikat disebabkan mereka adalah orang-orang yang baik, yang mempunyai ilmu sains, hikmah dan kuasa-kuasa tertentu.

Sebagai raja ke-2 Israel, Baasha meneruskan dasar memusuhi negeri Judah dan mengancam keselamatan penduduknya yang beragama Tauhid. Lalu Allah mengutuskan kepadanya Nabi Jehu untuk memberikan peringatan dan amaran bahawa perkara yang sama akan menimpa beliau dan kaum keluarganya sepertimana keluarga Jeroboam, tetapi tidak dihiraukan oleh raja Baasha. Balasan dari Allah tetap berlaku apabila semasa pemerintahan anaknya raja Elah, beliau telah mati dibunuh oleh Zimri (seorang kepten tentera Israel) dan seluruh kaum keluarga Baasha telah dibinasakan. Bagaimana pun pemerintahan raja Zimri cuma bertahan 7 hari sahaja apabila Omri (seorang lagi kepten tentera Israel) membunuhnya dan mengistiharkan dirinya raja Israel yang ke-6, iaitu hanya 46 tahun selepas Nabi Sulaiman.

Begitulah keadaannya pemerintahan raja-raja Israel yang berterusan mengamalkan amalan agama pagan yang menyembah berhala. Semasa pemerintahan Raja Ahab (raja ke-7) kira-kira 57 tahun selepas Nabi Sulaiman, Allah telah mendatangkan pula Nabi Elijah (Ilyas) untuk menyelamatkan penduduk Israel dan menyeru mereka supaya kembali ke Jalan Allah.

Dari Al-Quran [Surah As-Saffat] :
[37:123]
وَإِنَّ إِلْيَاسَ لَمِنْ الْمُرْسَلِينَ
Dan sesungguhnya Ilyas benar-benar termasuk salah seorang rasul-rasul.

[37:124]
إِذْ قَالَ لِقَوْمِهِ أَلَا تَتَّقُونَ
(Ingatlah) ketika ia berkata kepada kaumnya: ""Mengapa kamu tidak bertakwa?"

[37:125}
أَتَدْعُونَ بَعْلًا وَتَذَرُونَ أَحْسَنَ الْخَالِقِينَ
“Patutkah kamu menyembah berhala Ba’la, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta?

[37:126]
اللَّهَ رَبَّكُمْ وَرَبَّ آبَائِكُمُ الْأَوَّلِينَ
“Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!”

[37:127]
فَكَذَّبُوهُ فَإِنَّهُمْ لَمُحْضَرُونَ
"Maka mereka mendustakannya, karena itu mereka akan diseret (ke neraka)"

[37:128]
إِلَّا عِبَادَ اللَّهِ الْمُخْلَصِينَ
"kecuali hamba-hamba Allah yang dibersihkan (dari dosa)."

[37:129]
وَتَرَكْنَا عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ
"Dan Kami abadikan untuk Ilyas (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang kemudian."

[37:130]
سَلَامٌ عَلَى إِلْ يَاسِينَ
"Kesejahteraan dilimpahkan atas Ilyas!"

[37:131]
"Sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik."
[37:132]
إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ
"Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami yang beriman."


Nabi Ilyas telah memberi amaran kepada raja Ahab akan musibah yang akan menimpa Israel sekiranya beliau tidak bertaubat dan kembali kejalan Allah. Raja Ahab tidak menghiraukan amaran Nabi Ilyas itu lalu negeri Israel telah dilanda kemarau selama 3 tahun. Bagaimana pun, kemarau panjang itu tidak merubah pendirian raja Ahab, sebaliknya menuduh Nabi Ilyas sebagai penyebabnya. Nabi Ilyas tidak ada pilihan melainkan lari menyembunyikan diri disebuah gua di gunung Thur Sina. Esoknya, Allah telah mengarahkan Nabi Ilyas supaya kembali meneruskan tugas beliau berdakwah kepada Bani Israail dan seterusnya mencari seorang yang bernama Elisha (al-Yasa) untuk diambil sebagai murid yang bakal menggantikan beliau sebagai Nabi.

Dalam pada itu, raja Ahab merancang untuk menghapuskan musuh ketatnya Syria dan menjemput raja Judah menyertainya. Judah telah meminta pendapat daripada Nabi mereka iaitu Nabi Mikaiah yang telah meramalkan bahawa kedua-dua pasukan Israel dan Judah akan mengalami kekalahan yang teruk dan saki-baki tentera Israel dan Judah akan lari bertaburan meninggalkan medan perang. Sebelum itu Nabi Ilyas telah juga menasihatkan raja Ahab supaya jangan memerangi jiran mereka Syria, yang lebih kuat. Raja Ahab dan raja Judah (Jehoshaphat) tidak menghiraukan nasihat Nabi Mikaiah dan Nabi Ilyas itu, lalu ternyata pasukan tentera Israel dan Judah telah berjaya dikalahkan oleh Syria. Sebagai tindak balas, Syria telah menyerang Israel dan menawan kira-kira sebilangan besar penduduknya dan membawa mereka ke Syria. Syria kemudian telah menjadikan Israel tanah jajahan mereka dan berkuasa sepenuhnya keatas perlantikan raja-raja Israel selepas itu.

Al-Yasa (Elisha) telah disahkan sebagai Nabi kepada kaum Israel 78 tahun selepas Nabi Sulaiman iaitu semasa Israel dibawah pemerintahan raja Ahaziah (raja ke-8). Al-Yasa telah berjaya mengembalikan kepercayaan penduduk Israel kepada Allah dengan bantuan beberapa mukjizat yang dikurniakan Allah kepadanya. Namun dakwah yang diserukan oleh Nabi al-Yasa tidak mencapai hasil yang diinginkan dan kaum Israel terus juga membelakangi ajaran agama Tauhid yang dipelopori oleh moyang mereka Nabi Musa a.s.

Seterusnya, Nabi Hosea telah didatangkan sebagai Nabi kepada kaum Israel semasa pemerintahan raja Jeroboam II (raja ke-13; 782 SM) yang memerintah Israel 149 tahun selepas Nabi Sulaiman. Nabi Hosea juga telah memberi amaran kepada Jeroboam II mengenai malapetaka yang akan menimpa bumi Israel sekiranya beliau dan kaum Israel tidak meninggalkan amalan syirik mereka dan kembali ke jalan Allah. Turut memberi amaran yang sama ialah Nabi Amos yang mengutuk kemungkaran yang dilakukan oleh raja-raja Israel dan juga oleh beberapa orang raja kepada kaum-kaum yang berjiran dengan Israel. Namun peringatan dan amaran (ramalan) para nabi telah tidak dihiraukan sehingga pemerintahan Israel berpindah kepada rajanya yang ke-19 iaitu raja Hoshea (732 SM) yang terus melakukan kemungkaran dan menolak agama Tauhid dan kitab perjanjian mereka dengan Allah, iaitu Kitab Taurat.

Negeri Israel Musnah dan Terhapus (727 SM)

Israel sebenarnya masih lagi dibawah jajahan Syria. Pada tahun 732 SM, kerajaan Assyria (Iraq) telah berjaya menguasai Syria dan seluruh wilayah yang berjiran dengan Israel. Raja Hoshea cuba memberontak dan tidak mahu tunduk kepada Assyria. Akibatnya, pada tahun 727 SM, Assyria meneruskan kemaraan mereka dan menyerang Israel secara habis-habisan. Ibukota Samaria telah musnah samasekali, begitu juga penduduknya yang terdiri dari 10 puak keturunan Nabi Yaakub. Saki-baki penduduknya (yang dipanggil Samaritan) telah lari menyelamatkan diri kemerata tempat dan sebahagiannya telah memohon suaka politik di Jerusalem, ibu negeri Judah. Dengan itu musnahlah kerajaan Israel dan sebahagian besar kaum Bani Israail, buat selamanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 200 tahun selepas Nabi Sulaiman.


Judah selepas Nabi Sulaiman

Kerajaan Judah, walaupun kecil, tetapi ternyata lebih stabil walaupun pemerintahannya berpindah tangan lebih 20 kali, tetapi semua raja-raja itu adalah dari puak (dinasti) yang sama. Keadaan stabil itu adalah kerana kebanyakan penduduk Judah termasuk raja-rajanya masih tetap dengan agama Tauhid, iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa, Nabi Daud dan Nabi Sulaiman. Namun begitu Allah telah mendatangkan kepada mereka ramai para nabi secara silih berganti untuk memimpin mereka dan memberi peringatan dan amaran.

Raja Jehoshaphat (raja ke-4), yang memerintah Judah 61 tahun selepas Nabi Sulaiman, adalah diantara raja-raja negeri Judah (Yehuda) yang paling berjaya baik dari segi politik, agama atau ekonomi. Namun Judah mulai mengalami kemorosotan apabila kerajaannya berpindah kepada anaknya Jehoram (raja ke-5) yang tidak tegas pendirian hingga membenarkan isterinya Athaliah berkuasa dalam segala aspek pemerintahannya. Athaliah telah menceroboh kesucian rumah ibadat yang dibina oleh Nabi Sulaiman(Haikal atau Masjid Sulaiman) dengan membawa masuk patung-patung berhala sebagai sembahan. Athaliah sendiri telah berjaya menduduki takhta kerajaan selama 6 tahun sebagai raja ke-7.

Dibawah pemerintahan raja Ahaz (raja ke-12), sempadan kerajaan Assyria yang telah menghancurkan Israel, terletak hanya kira-kira 48km dari Jerusalem. Judah telah kehilangan banyak wilayahnya setelah dirampas oleh Assyria. Hasil cukai telah berkurangan dan kehadiran pelarian dari Israel menambah lagi masaalah yang dihadapi oleh rakyat Judah. Tetapi mereka tidak sedar semuanya itu adalah akibat keengganan mereka kembali ke Jalan Allah dan ajaran RasulNya. Nabi Isaiah (Isyaiah) yang ada bersama mereka telah menyampaikan perutusan dari Allah yang bermaksud:-

Tuhan kamu bertanya: "Binatang-binatang korban kamu tidak bermakna bagiKu? Aku telah muak dengan korban yang dibakar, daripada bebiri jantan dan lemak haiwan yang digemukkan; Aku sangat tidak berkenan akan darah lembu dan bebiri dan kambing yang kamu sembelih. Siapa yang menyuruh kamu mengotori rumah suciKu dan merosakkan persekitarannya? Jangan lagi kamu bawa binatang-binatang korban kedalamnya. Asap kemenyan kamu menjijikkan Aku. Aku tidak tahan dengan majlis-majlis keagamaan kamu yang menyeleweng. Semuanya itu telah menjadi beban bagiku. Ketika kamu menadah tangan untuk berdoa, Aku akan berpaling daripada kamu, bahkan jika kamu berdoa sebanyak mana pun, Aku tidak akan mendengarkannya. Tanganmu penuh darah; basuhlah dan sucikan dirimu. Berhenti melakukan kesalahan dan kerosakan, belajar untuk kembali kepada kebenaran! Cari keadilan dan beri galakkan kepada yang tertindas. Beri perlindungan kepada anak-anak yatim dan pertahankan ibu-ibu tunggal. Ayuh! Bertaubatlah kamu semua. Sekalipun sebanyak mana dosamu nescaya Aku akan ampunkan semuanya".

Raja Ahaz tidak menghiraukan perutusan Allah yang disampaikan oleh Nabi Isyaiah itu dan terus memerintah diatas dasar yang diputuskannya sendiri. Selepas kematiannya pada tahun 715 SM, iaitu 215 tahun selepas Nabi Sulaiman, kerajaan Judah telah diambil alih oleh anaknya Hezekiah yang baru berumur 25 tahun.

Dalam pada itu, mengambil kesempatan ketas pengaruh Assyria yang semakin lemah, puak Philistin dan raja Mesir berusaha mengadakan pakatan dengan Judah untuk menyertai mereka menyerang dan menghapuskan pengaruh Assyria buat selamanya. Nabi Isyaiah menasihatkan supaya Judah tidak turut serta, bahkan beliau turut meramalkan bahawa pasukan tentera Assyria akan datang dari utara dan memusnahkan segalanya. Raja Hezekiah telah menerima nasihat Nabi Isyaiah dan berkecuali daripada peperangan itu. Tentera Assyria telah bertindak menyerang dan akhirnya berjaya menguasai wilayah Philistin dan Mesir dekat Gaza.

Diatas nasihat Nabi Isyaiah dan juga Nabi Mikah, raja Hezekiah bertindak untuk menyelamatkan keadaan dengan usaha-usaha membetulkan aqidah penduduk Judah yang telah dicemari amalan penyembahan berhala termasuk mendewakan sebilangan pemimpin agama yang mereka anggap Tuhan. Usaha raja Hezekiah telah berjaya mensucikan semula Haikal (Masjid) Sulaiman dengan memusnahkan semua patung-patung berhala yang ada didalamnya, serta mengembalikan upacara keagamaan supaya selari dengan ajaran Tauhid dan kitab Taurat. Beliau telah menjemput semua jiran tetangga negeri Judah supaya datang ke Jerusalem untuk beramal ibadat. Semua usaha raja Hezekiah itu tidak dibantah oleh raja Sargon II, pemerintah Assyria pada masa itu.

Selepas kematian raja Sargon II, Mesir sekali lagi memujuk pihak Phillistin dan Judah supaya menyertainya menentang penjajahan Assyria dan menuntut kemerdekaan daripadanya. Walaupun Nabi Isyaiah menasihatkan supaya rancangan itu tidak diteruskan, namun raja Hezekiah tidak menghiraukannya, maka terjadilah malapetaka yang diramalkan oleh Nabi Isyaiah dimana selepas menguasai Philistin dan Mesir, raja Sennacharib yang memerintah Assyria telah mengadakan kepungan keatas semua kota-kota diwilayah Philistin dan Judah dan menuntut mereka supaya tunduk kepada pemerintahan Assyria dan seterusnya membayar cukai kepadanya. Jerusalem telah terselamat daripada dikepung setelah raja Hezekiah bersetuju membayar cukai yang dituntut kerajaan Assyria dengan mengorbankan hartabenda bernilai yang tersimpan dalam Haikal (Masjid) Sulaiman.

Raja Hezekiah sebenarnya tidak rela dijajah oleh Assyria, lalu dia telah berusaha mempertingkatkan kekuatan tenteranya dan sistem pertahanan kota Jerusalem. Beliau telah menambah keluasan kota Jerusalem dengan membina tembok baru dan mengarahkan pembinaan sebuah terowong sepanjang 530 meter untuk membawa air dari mata air Gihon yang berada diluar kota ke sebuah kolam takungan air didalam kawasan bertembok yang lebih selamat. Beliau telah melantik para alim ulama (rabi) untuk bertugas di Haikal (Masjid) Sulaiman bagi mempastikan penduduk kota itu terus menerus mendapat bimbingan yang betul dan mengikut peraturan agama Tauhid yang dianuti Bani Israail sejak zaman berzaman. Bagaimana pun, raja Hezekiah telah meninggal dunia pada tahun 686 SM setelah memerintah Judah selama 50 tahun.

Selepas kematiannya, Judah telah kembali semula mengamalkan amalan penyembahan berhala, termasuk menganggap sebilangan rabi mereka sebagai Tuhan.

Pada tahun 612 SM, Assyria telah dikalahkan oleh Babylonia kuasa besar yang muncul dari selatan Syria. Pada tahun 609 SM, raja Josiah (raja ke-16 Judah) telah terbunuh dalam peperangan dengan tentera Mesir yang cuba mengambil kesempatan diatas kejatuhan Assyria. Bagaimana pun, Babylonia dibawah pimpinan Nebuchadnezzar, telah menyerang balas dan berjaya mengalahkan tentera Mesir itu. Dari situ Nebuchadnezzar terus bergerak dan berjaya menguasai kesemua wilayah Palestina termasuk Judah.

Diakhir pemerintahannya, Raja Jehoiakim (raja Judah ke-18) tidak menghiraukan nasihat Nabi Jeremiah yang ada bersama Bani Israail pada masa itu, lalu melakukan pemberontakan terhadap Babylonia dan mengistiharkan tidak lagi mahu bekerjasama dengan penjajah dari Babylonia itu. Lalu pada tahun 597 SM, Babylonia menghantar tenteranya menyerang Judah dan merampas hartabenda bernilai dari kota Jerusalem dan raja bersama dengan Nabi Jeremiah serta sebilangan besar penduduk Judah dan Jerusalem, telah dibawa ke Babylonia sebagai tawanan perang.


Kemusnahan Kota Jerusalem (587 SM)

9 tahun kemudian, raja Judah ke-20 iaitu Raja Zedekiah (Syidkia bin Yawaqem) yang memerintah 334 tahun selepas Nabi Sulaiman, turut memberontak melawan kuasa penjajah, lalu pada tahun 587 SM, Nebuchadnezzar sekali lagi memimpin tentera Babylonia menyerang Judah dan menjadikan wilayah itu umpama padang jarak padang tekukur, tanpa penghuni.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Seterusnya Nebuchadnezzar telah mengepung dan memusnahkan samasekali tembok kota Jerusalem dan membakar keseluruhan kawasan bertembok, termasuk istana raja dan Masjid Sulaiman yang sudah berusia lebih 320 tahun. Raja Zedekiah telah terbunuh, manakala sebahagian besar penduduk Jurusalem termasuk yang ditawan dari daerah-daerah diluar kota telah dibawa ke Babylonia sebagai tawanan perang.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Bagaimana pun, Bani Israel dari keluarga Yehuda dan Bunyamin, agak bernasib baik kerana semasa berada di Babylonia, mereka tidak dianiaya, bahkan mereka hidup bebas seperti penduduk lain, hingga ada yang hidup selesa sebagai peniaga dan peladang, manakala bilangan mereka pula semakin bertambah ramai.

Bani Israail kembali ke Jerusalem (538 SM)

Nabi Jeremiah yang masih bersama Bani Israail, meramalkan mereka akan berada didalam buangan selama 72 tahun, tetapi tempoh itu berakhir selepas 48 tahun apabila pada tahun 539 SM, Babylonia telah jatuh ketangan pemerintah Empayar Parsi yang dipimpin oleh Cyrus the Great (Cyrus II atau Kourosh dalam bahasa Parsi), seorang yang baik hati dan penganut agama Tauhid yang diajarkan oleh nabi kepada kaum Parsi pada masa itu iaitu Nabi Zaratushtra. Beliau telah membenarkan penduduk Judah kembali ketanah air mereka dan membina semula kota Jerusalem dan rumah ibadat mereka (Masjid Sulaiman) yang telah musnah.

Bani Israail dari puak Yehuda dan Bunyamin itu, telah kembali ke Jerusalem dalam 4 peringkat. Kumpulan yang pertama dipimpin oleh Zerubbabel. Pembinaan semula rumah ibadat mereka hanya bermula apabila kumpulan kedua dibawah pimpinan Nabi Haggai dan Zakaria tiba diJerusalem 2 tahun kemudian (536 SM), dengan pembiayaannya disediakan dengan ihsan raja Parsi Darius I. Rumah ibadat mereka yang baru itu (Haikal 2) hanya siap dibina 20 tahun kemudian (516 SM). Ada yang bersorak gembira tetapi ramai juga yang menangis kerana Haikal yang baru itu tidak sehebat Haikal (Masjid) Sulaiman yang telah musnah itu. Tambahan pula Haikal 2 itu ketiadaan Peti Tabut yang mengandungi Taurat dan Skrol pesanan terakhir Nabi Musa, yang telah hilang buat selamanya (atau kemungkinan disembunyikan sebelum Jerusalem dimusnahkan).

Kumpulan ketiga dibawah pimpinan Ezra tiba di Jerusalem pada tahun 458 SM bersama dengan pemimpin-pemimpin agama (rabi) dari kaum Levi yang diperlukan untuk mengaktifkan semula acara-acara keagamaan di Haikal mereka. Kumpulan terakhir dibawah pimpinan Nehemiah, tiba di Jerusalem 12 tahun kemudian. Pemimpin-pemimpin generasi lama Bani Israail yang kembali ke Palestin itu membawa bersama mereka generasi baru Bani Israail yang lahir di Babylonia. Mereka telah berjaya memulakan hidup baru dan membina semula perkampungan mereka.


Yahudi = bangsa dan agama Bani Israail

Pemimpin-pemimpin agama Judah telah menjalankan pelbagai pembaharuan termasuk mengkaji semula ajaran agama Tauhid mereka dengan tujuan untuk mengembalikan keasliannya setelah ajaran kitab Taurah diselewengkan, manakala kitab asalnya telah hilang bersama kehilangan peti Tabut. Ezra (Arabnya Uzair) telah mengarang Taurat Baru dengan menyemak dan menyunting semula ajaran kitab lama rujukan mereka iaitu Taurat Nabi Musa, bertujuan menetapkan perlembagaan dan peraturan-peraturan tertentu bagi agama mereka, iaitu dengan merujuk kepada sumber-sumber yang lebih tua (asli). Selepas itu, buat pertama kali mereka telah mengistiharkan YAHUDI sebagai nama resmi kepada bangsa dan agama baru yang mereka amalkan.

Selanjutnya, Ezra dan seorang lagi rabi bernama Nehemiah kononnya telah mendapat inspirasi dari Tuhan untuk menyampaikan ajaran baru secara lisan yang mulanya dipanggil "Taurat Lisan" yang kononnya bersumberkan ajaran-ajaran Nabi Musa (a.s.) yang tidak bertulis (secara lisan). Apabila kemudiannya ditulis dan dibukukan, kitab-kitab baru Yahudi itu telah diberi nama Talmud.

Dari Al-Quran (2:78-79);

وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ لاَ يَعْلَمُونَ الْكِتَابَ إِلاَّ أَمَانِيَّ وَإِنْ هُمْ إِلاَّ يَظُنُّونَ
[2:78] Dan di antara mereka pula ada orang-orang yang buta huruf, mereka tidak mengetahui (isi) Kitab Taurat selain dari penerangan-penerangan bohong (dari ketua-ketua mereka), dan mereka hanyalah berpegang kepada sangkaan-sangkaan sahaja.

فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَـذَا مِنْ عِندِ اللهِ لِيَشْتَرُواْ بِهِ ثَمَناً قَلِيلاً فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُمْ مِّمَّا يَكْسِبُونَ
[2:79] Maka kelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: "Ini ialah dari sisi Allah", supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu.


Kitab Talmud itu sebenarnya adalah sebuah kitab rasis (asabiyyah) yang mahu mempopularkan satu doktrin yang dinamakan Zionis dimana doktrin ini menekankan bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan Tuhan dan Palestina adalah bumi yang dijanjikan oleh Tuhan untuk mereka dan bangsa Yahudi hanya akan berjaya dengan bersatu semula dibumi Palestina dan bernostalgia akan mendapat kejayaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman dengan membina kuil atau Haikal yang baru di kota Jerusalem sehebat Haikal Sulaiman yang telah musnah.

Palestina terus dijajah kuasa asing

Palestina (termasuk Judah) masih merupakan tanah jajahan dibawah penguasaan kerajaan Parsi dan wilayah itu telah bergolak semula apabila kuasa penjajahannya silih berganti bermula daripada kejatuhan empayar Parsi kepada kuasa Greek Yunani (Hellenistic) dibawah pimpinan Alexander the Great (Raja Iskandar) pada tahun 333 SM.

Berikut dibentangkan rentetan sejarah bumi Kana’an (Palestina) seterusnya:-

Era Babylonia (587 SM)

Jerusalem dan Haikal (Masjid) Sulaiman dimusnahkan oleh Nebuchadnezzar.

Era Parsi (538-333 SM)

Parsi dibawah Raja Kourosh II (Cyrus II) menguasai Babylonia (Syria). Bani Israail (puak Yehuda dan Bunyamin) dibenarkan kembali ke Jerusalem selepas hidup dalam buangan di Babylonia selama 48 tahun. Pembinaan rumah ibadat kedua (520-515 SM), menggantikan Haikal 1 (Masjid) Sulaiman yang telah musnah.

Era Hellenistic (Yunani) (333-63 SM)

Alexander (Iskandar) the Great menguasai seluruh wilayah timur tengah. Kerajaan Israel dibenarkan berfungsi secara otonomi, tetapi semasa dibawah pemerintahan raja Antichus IV, kesucian rumah ibadat (Haikal 2) Yahudi telah dicemari dan upacara keagamaan dibenarkan secara terhad.

Kumpulan Maccabees (Hasmonian) telah memberontak dan mengistiharkan kemerdekaan (Cuti Hanukah).

Era Romawi (63SM – 313 M)

[70 SM] Sebagai tindak balas kepada pemberontakan kaum Yahudi, tentera Rom dibawah Maharaja Pompey menawan Jerusalem dan mengarahkan supaya kesemua penduduk dibunuh atau dibuang negeri dan rumah ibadat (Haikal 2) mereka dimusnahkan.

[40 SM - 4 M] Raja Herod dilantik sebagai raja boneka Rom dan telah melaksanakan pembinaan semula dan pembesaran kota Jerusalem dan temboknya bersekali dengan menara-menara yang tinggi, pintu-pintu gerbang dan istana raja yang besar. Kawasan seluas 3 ekar disekitar bukit Moriah telah ditambak dan diratakan setinggi 16-20 meter dan diberi nama “Most Holy Place” atau “Tempat Paling diBerkati” dan diwartakan sebagai kawasan suci tempat beribadat. Raja Herod mengambil masa lebih 30 tahun untuk membina kuil baru (Haikal 3) disatu kawasan diantara Kubah al-Sakhra dan Masjid al-Aqsa sekarang.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Keluasan bandar Jerusalem pada zaman raja Herod ialah 230 ekar dan mempunyai 40,000 penduduk.

[4 M] Raja Herod meninggal dunia 4 tahun sebelum Nabi Isa dilahirkan. Kerajaannya diambil alih anaknya Herod Antipas.

[28] Nabi Yahya bin Zakariyya (John the Baptist) dilantik sebagai Nabi kepada bangsa Yahudi. Dakwahnya berpusat diwilayah Ariha (Jericho).

[30 M] Nabi Isa a.s. dilantik sebagai Nabi dan Rasul Allah dan menerima Kitab Injil yang menggantikan Taurat ajaran Nabi Musa a.s. Nabi Isa cuma sempat mengajarkan agama Nasrani yang berasaskan Kitab Injil itu selama 2-3 tahun sahaja. Para pemimpin agama (rabi) Yahudi yang menguasai kuil Herod, menolak kerasulan Nabi Isa lalu ketua mereka Judah telah berkomplot untuk menyeksa dan membunuh Nabi Isa dipalang salib.

[32 M] Herod Antipas bertanggungjawab diatas pembunuhan Nabi Yahya. Beliau jugalah yang menghukumkan supaya Nabi Isa a.s. dibunuh dengan disiksa dipalang salib.

[70 M] Tentera Rom dibawah pimpinan Titus (sebelum dia menjadi Emperor Rom pada 79 M) menyerang kota Jerusalem selepas kaum Yahudi memberontak dan menolak penjajahan Rom. Semua bangunan termasuk istana raja dan Haikal 3 yang dibina oleh Herod telah musnah samasekali selepas dibakar, kecuali beberapa menara besar istana dan sebahagian tembok sebelah barat Jerusalem dibiarkan berdiri sebagai tanda kota itu sebenarnya wujud dimasa silam. Sejak itu, Jerusalaem telah hilang dari peta dunia selama 40 tahun.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Nota: Kemusnahan kota Jerusalem kali kedua ini adalah balasan malapetaka yang dijanjikan oleh Allah setelah Bani Israail berterusan mempamirkan kesombongan dan keangkuhan mereka untuk kesekian kalinya terhadap ajaran dan arahan Nabi yang didatangkan kepada mereka iaitu Nabi Musa (a.s.) dan kali ini menolak pula kerasulan Nabi Isa (a.s.) dan Kitab Injil yang diwahyukan kepadanya. Malapetaka ini juga ada kaitannya dengan pembunuhan Nabi Yahya dan Nabi Isa (walaupun Nabi Isa telah diselamatkan oleh Allah)

Dari Al-Quran (17:5-7);

فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ أُولاَهُمَا بَعَثْنَا عَلَيْكُمْ عِبَادًا لَّنَا أُوْلِي بَأْسٍ شَدِيدٍ فَجَاسُواْ خِلاَلَ الدِّيَارِ وَكَانَ وَعْدًا مَّفْعُولاً
[17:5] Maka apabila sampai masa perjanjian (pembalasan akibat kejahatan) yang pertama dari kedua (perjanjian) itu, Kami datangkan kepadamu hamba-hamba Kami yang mempunyai kekuatan yang besar, lalu mereka bermaharajalela di merata tempat kediaman kamu (mengganas); dan itulah perjanjian (ketetapan) yang pasti terlaksana.

ثُمَّ رَدَدْنَا لَكُمُ الْكَرَّةَ عَلَيْهِمْ وَأَمْدَدْنَاكُم بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَجَعَلْنَاكُمْ أَكْثَرَ نَفِيرًا
[17:6] Kemudian Kami berikan kepadamu giliran (kekuatan) untuk bertahan dan mengalahkan mereka kembali dan Kami membantumu dengan harta kekayaan dan anak-anak dan Kami jadikan kamu kelompok yang lebih besar.

إِنْ أَحْسَنتُمْ أَحْسَنتُمْ لِأَنفُسِكُمْ وَإِنْ أَسَأْتُمْ فَلَهَا فَإِذَا جَاءَ وَعْدُ اْلآخِرَةِ لِيَسُوؤُواْ وُجُوهَكُمْ وَلِيَدْخُلُواْ الْمَسْجِدَ كَمَا دَخَلُوهُ أَوَّلَ مَرَّةٍ وَلِيُتَبِّرُواْ مَا عَلَوْاْ تَتْبِيرًا
[17:7] Jika kamu berbuat baik (berarti) kamu berbuat baik bagi dirimu sendiri dan jika kamu berbuat jahat maka kejahatan itu bagi dirimu sendiri. Oleh itu, apabila sampai masa perjanjian (balasan bagi kejahatan) yang kedua, (Kami datangkan orang-orang lain) untuk memuramkan muka-muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan mereka masuk ke dalam rumah ibadat kamu (Haikal Sulaiman), sebagaimana musuh-musuh kamu memasukinya pada kali pertama dan untuk membinasakan sehabis-habisnya apa saja yang mereka kuasai.

[130 M] Emperor Hadrian membangunkan semula Jerusalem yang telah musnah dan menamakannya Aelia Capitolina manakala wilayah Kana’an termasuk Judah pula dinamakan Palestina. Beliau telah membina sebuah gereja diatas tapak dimana terletaknya Masjid al-Aqsa sekarang. Gereja Jupiter yang berunsur agama pagan itu (penyembahan bintang-bintang atau planet) sangat luas hingga pekarangan dipintu masuknya (forecourt) yang berbentuk hexagon (6-sisi) terletak diatas kawasan batu as-Sakhra dipuncak bukit Moriah.



[132-135 M] Bar Kokhba (pemimpinYahudi dari Judah) melancarkan pemberontakan menolak pemerintahan Romawi. Sebagai pengajaran dan contoh kepada kaum-kaum lain diPalestina, Rom telah bertindak menyerang wilayah Judah bertujuan menghapuskan saki-baki kaum Yahudi dinegeri itu. Maka terhapuslah bangsa Yahudi sebagai satu bangsa yang mempunyai entiti dan kerajaan di bumi Palestin. Peristiwa ini terjadi 1000 tahun selepas era Nabi Sulaiman. Jerusalem tidak terlibat dengan serangan Rom itu, tetapi orang-orang Yahudi telah diharamkan memasukinya. Sebahagian daripada mereka bertindak membawa diri ke negeri-negeri lain seperti Mesir dan Afrika sementara sebahagian lain telah pergi kenegeri-negeri sebelah utara (Syria) dan timur seperti Babylonia (Iraq) dimana terdapat komuniti Yahudi yang telah lama hidup dalam buangan.

Era Byzantine (Rom Timur) (313-636 M)

Emperor Constantine I menamakan semula bandar Aelia Capitolina kepada nama asalnya Jerusalem. Constantine adalah seorang raja beragama Kristian yang sangat anti-pagan. Semua gereja-gereja berhala yang dibina oleh Hadrian didalam kota Jerusalem telah dimusnahkannya dan digantikan dengan beberapa buah gereja Kristian. Constantine terkenal dengan kegemarannya membina gereja berbentuk oktagon (8-sisi) berasaskan senibina Byzantine. Beliau telah memilih lokasi batu al-Sakhra (lokasi Kubah Al-Sakhra sekarang) untuk membina sebuah gereja bernama Church of the Holy Wisdom yang bersisi 8.Lokasi itu adalah bekas tapak Temple to Jupiter binaan emperor Hadrian.

Gambar 1: Sebuah gereja kecil yang bersisi 8 yang terletak diatas Mount Olives sebelah timur Jerusalem. Mengikut kepercayaan orang-orang Kristian, gereja ini dikatakan lokasi dimana Nabi Isa telah dimikrajkan oleh Allah setelah diselamatkan daripada di salib oleh ketua-ketua agama Yahudi.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Gambar 2: Contoh bangunan berasaskan senibina Byzantine.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

[361 M] Kerajaan Rom diperintah oleh Emperor Julian, seorang raja yang menolak agama Kristian. Beliau telah memansuhkan undang-undang yang menghalang orang-orang Yahudi daripada memasuki kota Jerusalem. Emperor Julian juga membenarkan masyarakat Yahudi yang mula kembali semula ke Jerusalem untuk membina sebuah rumah ibadat menggantikan Haikal (Masjid) Sulaiman atau Haikal (kuil) Raja Herod yang telah musnah. Bagaimana pun hajat mereka tidak kesampaian apabila Emperor Julian mati terbunuh pada tahun 363M, manakala raja-raja yang menduduki takhta kerajaan Rom selepas itu semuanya beragama Kristian.

(614 M) Raja Parsi Chosroes II menyerang Palestina dan memusnahkan kesemua gereja-gereja Kristian yang telah dibina di Palestina sejak 3 abad sebelum itu, termasuk gereja-gereja Kristian yang ada dikawasan kota Jerusalem. Gereja Nativity di Bethlehem telah dikecualikan kerana menghormati tempat kelahiran Nabi Isa a.s.

(629) Rom dibawah Emperor Heraclius merampas semula Palestina dan Jerusalem dari penjajahan Parsi. “Kawasan paling suci” dikota Jerusalem, yang pernah diwartakan oleh Raja Herod, telah diabaikan, bahkan bekas runtuhan gereja Constantine I (yang terbina diatas runtuhan Haikal bagi kaum Yahudi) telah dijadikan tempat pembuangan sampah.

Era Islam (636-1099 M)

[634] Islam berjaya menguasai Syria dan Palestina dibawah kepimpinan Khalid ibn Walid.

[636] Umar bin Al Khattab r.a. berkunjung ke Jerusalem dan menamakan kota itu Bait al-Muqaddis (kini dikenali juga dengan nama al-Quds). “Kawasan paling suci” yang diwartakan oleh Raja Herod, telah diberikan nama Arabnya iaitu Haram ash-Shariff (dalam bahasa Inggeris “The Noble Sanctuary”).


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Satu perjanjian yang menjamin keamanan dan keselamatan seluruh penduduk Jerusalem, baik jiwa, harta maupun kebebasan beragama mereka, telah ditandatangani oleh Khalifah Umar dan ketua padri kristian Sophronius, sebagai wakil penduduk. Perjanjian tersebut dikenali dengan nama Perjanjian Illyaa’ atau Perjanjian Umar yang ditanda tangani pada 20 Rabiul Awal 15H (5-2-636 M). Isi kandungan perjanjian tersebut adalah seperti berikut:

Perjanjian Illyaa’ (al-Quds)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani. Ini adalah apa yang hamba Allah, Umar ibn Al-Khattab, Amir al-Mukminin, telah menjanjikan kepada penduduk Illyaa' dengan menjamin keselamatan jiwa dan harta mereka, gereja-gereja mereka, anak-anak mereka, mereka yang miskin dan mereka yang tidak bersalah, dan saki-baki kaum mereka. Gereja-gereja mereka tidak akan diambil, atau dirobohkan dan mereka juga tidak akan dihina atau diremehkan, begitu juga dengan salib-salib mereka ataupun wang kepunyaan gereja mereka, dan mereka tidak boleh dipaksa untuk menukar agama mereka, dan tidak pula seorang pun diantara mereka yang akan dianiaya. Orang-orang Yahudi tidak dibenarkan tinggal bersama mereka di Illyaa'. Dan penduduk Illyaa' diwajibkan membayar jizyah, sama seperti penduduk dari bandar-bandar lain (diPalestina dan Syria).

Penduduk Illyaa' juga dikehendaki mengeluarkan orang-orang Romawi dari tanah mereka; dan sesiapa pun di antara penduduk Illyaa yang ingin meninggalkan Illyaa' dengan wang mereka bersama orang-orang Romawi itu dengan meninggalkan perniagaan mereka dan salib-salib mereka, maka keselamatan diri mereka, barang dagangan mereka dan anak-anak mereka terjamin sehingga mereka sampai ke destinasi yang dituju. Diatas apa yang tertulis dalam buku ini adalah janji Allah, perjanjian Rasul-Nya, perlindungan para Khalifah dan orang-orang beriman, jika mereka (penduduk Illyaa') memberikan apa yang diperlukan daripada mereka iaitu membayar Jizyah.

Para saksi atas perjanjian ini adalah Khalid ibn Al-Walid, 'Amr ibn Al-Ash, Abdur Rahman ibn Auf dan Mu'awiyah ibn Abi Sufyan.

Ditulis dan disahkan pada tahun ke-15 (selepas Hijrah)



Khalifah Umar telah membersihkan pekarangan Haram ash-Shariff dan membina sebuah masjid diperbuat daripada kayu ditapak Masjid al-Aqsa yang ada sekarang.

[687] Khalifah Abd Malik ibn Marwan membina masjid Kubah al-Sakhra diatas tapak bekas gereja binaan raja Constantine yang bersisi 8. Bangunan Kubah al-Sakhra dibina berasaskan senibina Byzantine.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

[705] Masjid al-Aqsa dibina oleh Khalifah al-Walid ibn Abd Malik diselatan Haram ash-Shariff, diatas runtuhan kuil Jupiter. Bahan binaannya diambil daripada runtuhan bangunan-bangunan lama disekeliling kawasan itu. Masjid al-Aqsa yang asal telah runtuh dan tertimbus 16 meter dibawah masjid yang ada sekarang.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Era Kristian (Perang Salib) (1099-1291 M)

Tentera Kristian meguasai Baitulmuqaddis dan membunuh penduduk Islam dan Yahudi secara beramai-ramai. Penduduk Jerusalem hanya tinggal 30,000, menurun daripada 70,000 sebelum itu. Kaum-kaum Arab beragama Kristian dari daerah lain telah dipelawa atau dibawa menduduki kota lama Jerusalem (Baitulmuqaddis).

[1187] Salahuddin al-Ayubi berhasil merampas kembali kota lama Jerusalem dan membenarkan orang-orang Yahudi mendudukinya bersama orang-orang Islam dan Kristian. Perpindahan beramai-ramai orang-orang Yahudi dari Eropah berlaku pada masa ini.

[1244] Jerusalem dikuasai oleh puak Khwarezmia dari bangsa Tartar.

Era Mamluk (1250-1516 M)

Mamluk asalnya ialah pasukan tentera dizaman kekhalifahan Abbasiyyah yang terdiri dari hamba abdi. Setelah memeluk Islam, mereka diberikan latihan ketenteraan dan kemudian dimerdekakan. Era penguasaan Mamluk menyaksikan banyak pertentangan dengan tentera Salib dan Mongol. Wilayah Palestina juga terlibat dengan banyak kejadian gempa dan wabak penyakit. Secara umum, pemerintahan Mamluk tidak memberi apa-apa kesan keatas Jerusalem.

Era Uthmaniah Turki (1516-1918 M)

Semasa pemerintahan Sultan Sulaiman (1520-1566 M), tembok kota Jerusalem telah dibangunkan semula dan orang-orang Yahudi dibenarkan menduduki semula bandar itu. Era Uthmaniah Turki maenyaksikan pemodenan bandar dan kemasukkan teknologi baru ke Jerusalem.

[1845] Jerusalem mempunyai 16,410 penduduk, terdiri dari 7,120 Yahudi, 5,000 Muslim, 3,390 Kristian, 800 askar Turkidan 100 orang Eropah.

[1860] Pembinaan rumah-rumah kediaman diluar tembok kota untuk menempatkan pengunjung pelbagai agama yang menziarahi rumah-rumah ibadat mereka disekitar kota Jerusalem.

[1909] Tel Aviv adalah bandar pertama dibangunkan khusus untuk penempatan Yahudi diluar kota Jerusalem.

Era Penjajahan British (1917-1948 M)

Pemerintahan empayar Uthmaniah Turki berakhir selepas 400 tahun.

[1922] Kerajaan Inggeris diberi mandat oleh Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mentadbir Palestin. Peningkatan perpindahan kaum Yahudi dari negara luar terutama Rusia, Poland dan Germany ke Palestin menyebabkan terjadinya beberapa insiden rusuhan kaum yang akhirnya menyaksikan Palestin berpecah dua dengan Transjordan mengambil 3/4 daripadanya dan 1/4 diserahkan kepada pihak Yahudi dengan Tel Aviv sebagai pusat pentadbirannya.

[1948] Israel mengistiharkan wilayahnya sebagai sebuah negara Yahudi yang merdeka; 1800 tahun selepas kehadirannya di bumi Palestin terhapus.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Kedudukan Kota Baitulmuqaddis (al-Quds)

[Klik gambar untuk dibesarkan]

Tetapi Israel masih tidak berpuas hati setelah berjaya merampas tanah milik orang-orang Palestin dengan ihsan UK dan BBB. Mereka terus merampas dan terus merampas lagi hingga situasi terkini bagi orang-orang Palestin amatlah menyedihkan. Lihat saja peta berikut:-


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Nota: Sebenarnya bilangan orang-orang Yahudi dari keturunan Bani Israel (dari puak Yehudah dan Bunyamin) sudah banyak berkurangan sedangkan 10 puak yang lain boleh dikatakan telah hilang entah kemana (The Lost Tribes) akibat dua insiden penghapusan kaum yang telah dikenakan oleh Allah keatas mereka. Oleh itu timbul persoalan sama ada orang-orang Yahudi yang berpindah ke Palestin/Israel beramai-ramai dari Eropah (terutamanya dari Rusia, Poland dan Germany) itu benar-benar dari bangsa Yahudi.

Ada kajian yang menunjukkan kemungkinan ramai diantara yang pindah ke Israel itu adalah dari keturunan Khazars (berkulit putih dan bukan suku kaum Semetic) yang nenek moyang mereka berasal dari Asia Tengah iaitu Khazaria, satu Empayar yang pernah wujud diutara Pergunungan Caucasus. Empayar Khazaria telah berpecah tidak lama selepas tentera Islam dibawah pimpinan Marwan II (Khalifah ke 14 744-750M) berjaya mengalahkannya pada tahun 737M selepas persengketaan yang berlarutan hingga 100 tahun. Sebelum memutuskan untuk meninggalkan wilayah Caucasia dan berpindah kenegeri-negeri lain di Eropah terutama Rusia, Poland dan Germany, pemimpin mereka telah menasihatkan semua bangsa Khazaria meninggalkan agama asal mereka dan menganut agama Yahudi yang dilihat sebagai agama yang neutral diantara kuasa-kuasa besar Kristian dan Islam ketika itu. Ada juga pengkaji sejarah menamakan sukukaum Khazaria ini sebagai puak Yahudi yang ke-13 (The Thirteenth Tribe)



[Klik gambar untuk dibesarkan]