Friday, September 12, 2008

Pelajaran 21

Kita sambung pelajaran kali ini dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-

Surah 2 : Al-Baqarah ( Ayat 121 - 141 )



بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


الَّذِينَ ءَاتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَتْلُونَهُ حَقَّ تِلاَوَتِهِ أُوْلَـئِكَ يُؤْمِنُونَ بِهِ
(121) وَمن يَكْفُرْ بِهِ فَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

يَا بَنِى إِسْرَائِيلَ اذْكُرُواْ نِعْمَتِيَ الَّتِى أَنْعَمْتُ عَلَيْكُمْ وَأَنِّى فَضَّلْتُكُمْ
(122) عَلَى الْعَالَمِينَ

وَاتَّقُواْ يَوْماً لاَّ تَجْزِي نَفْسٌ عَن نَّفْسٍ شَيْئاً وَلاَ يُقْبَلُ مِنْهَا عَدْلٌ
(123) وَلاَ تَنفَعُهَا شَفَاعَةٌ وَلاَ هُمْ يُنصَرُونَ

وَإِذِ ابْتَلَى إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ فَأَتَمَّهُنَّ، قَالَ إِنِّى جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ
(124) إِمَامًا، قَالَ وَمِن ذُرِّيَّتِى، قَالَ لاَ يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ
مُصَلًّى، وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَن طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّآئِفِينَ
(125) وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَدًا ءَامِنًا وَارْزُقْ أَهْلَهُ
مِنَ الثَّمَرَاتِ مَنْ ءَامَنَ مِنْهُم بِاللهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ، قَالَ وَمَن كَفَرَ
(126) فَأُمَتِّعُهُ قَلِيلاً ثُمَّ أَضْطَرُّهُ إِلَى عَذَابِ النَّارِ، وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا
(127) إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا
(128) مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولاً مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ ءَايَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ
(129) وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ، إِنَّكَ أَنتَ الْعَزِيزُ الحَكِيمُ

وَمَن يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ إِلاَّ مَن سَفِهَ نَفْسَهُ وَلَقَدِ اصْطَفَيْنَاهُ
(130) فِى الدُّنْيَا وَإِنَّهُ فِي الآخِرَةِ لَمِنَ الصَّالِحِينَ

(131) إِذْ قَالَ لَهُ رَبُّهُ أَسْلِمْ قَالَ أَسْلَمْتُ لِرَبِّ الْعَالَمِينَ

وَوَصَّى بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللهَ اصْطَفَى لَكُمُ الدِّينَ
(132) فَلاَ تَمُوتُنَّ إَلاَّ وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ
مِن بَعْدِى قَالُواْ نَعْبُدُ إِلَـهَكَ وَإِلَـهَ ءَابَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
(133) وَإِسْحَقَ إِلَـهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ، لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ، وَلاَ تُسْأَلُونَ
(134) عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ

وَقَالُواْ كُونُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى تَهْتَدُواْ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا
(135) وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

قُولُواْ ءَامَنَّا بِاللهِ وَمَآ أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
وَإِسْحَقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ
مِن رَّبِّهِمْ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ
(136) وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

فَإِنْ ءَامَنُواْ بِمِثْلِ مَا ءَامَنتُم بِهِ فَقَدِ اهْتَدَواْ وَّإِن تَوَلَّوْاْ فَإِنَّمَا هُمْ
(137) فِي شِقَاقٍ، فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

(138) صِبْغَةَ اللهِ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللهِ صِبْغَةً وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ

قُلْ أَتُحَآجُّونَنَا فِى اللهِ وَهُوَ رَبُّنَا وَرَبُّكُمْ وَلَنَا أَعْمَالُنَا
(139) وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُخْلِصُونَ

أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَـقَ وَيَعْقُوبَ وَالأَسْبَاطَ كَانُواْ
هُودًا أَوْ نَصَارَى، قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللهُ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً
(140) عِندَهُ مِنَ اللهِ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُم مَّا كَسَبْتُمْ، وَلاَ تُسْأَلُونَ
(141) عَمَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ


Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-

sebenar-benar {121} = حَقَّ
bacaan = تِلاَوَتِ
Ia memberi manfaat {123} = تَنفَعُ
telah menguji ia {124} = اِبْتَلَى
Ibrahim = إِبْرَاهِيمَ
telah menyempurnakan ia = أَتَمَّ
ketua =إِمَامًا
keturunan ku = ذُرِّيَّتِى
ia mencapai = يَنَالُ
rumah {125} = الْبَيْتَ
tempat berkumpul = مَثَابَةً
(tempat) keamanan = أَمْناً
ambil olehmu = اتَّخِذُواْ
Maqam (tempat berdiri) = مَّقَامِ
tempat sembahayang = مُصَلًّى
telah menjanjikan Kami = عَهِدْنَا
Ismail = إِسْمَاعِيلَ
bersihkan oleh engkau berdua = طَهِّرَا
rumah Ku = بَيْتِيَ
orang-orang yang bertawwaf (berkeliling) = الطَّآئِفِينَ
orang2 yang tinggal tetap = الْعَاكِفِينَ
orang2 yang ruku' = الرُّكَّعِ
orang2 yang sujud = السُّجُودِ
Ya Tuhanku {126} = رَبِّ
jadikan oleh Engkau = اجْعَلْ
negeri = بَلَدًا
yang aman = ءَامِنًا
rezkikan oleh Engkau = ارْزُقْ
Aku beri kesenangan = أُمَتِّعُ
Aku paksakan = أَضْطَرُّ
tempat kembali = الْمَصِيرُ
ia mengangkat {127} = يَرْفَعُ
tiang-tiang; asas = الْقَوَاعِدَ
Ya Tuhan kami = رَبَّنَا
terima oleh Mu = تَقَبَّلْ
(dua) yang menyerah diri {128} = مُسْلِمَيْنِ
satu ummat = أُمَّةً
yang menyerah diri (p) = مُّسْلِمَةً
perlihatkan oleh Mu = أَرِ
cara-cara ibadat = مَنَاسِكَ
terima taubat oleh Mu = تُبْ
bangkitkan oleh Mu {129} = ابْعَثْ
Ia mengajarkan = يُعَلِّمُ
kebijaksanaan = الْحِكْمَةَ
Ia membersihkan = يُزَكِّي
yang Maha Gagah = الْعَزِيزُ
Ia benci {130} = يَرْغَبُ
telah membodohkan ia = سَفِهَ
telah memilih Kami = اصْطَفَيْنَا
serah diri oleh engkau {131} = أَسْلِمْ
telah menyerah diri aku = أَسْلَمْتُ
telah berpesan ia {132} = وَصَّى
Ya'akub = يَعْقُوبُ
anak-anak ku = بَنِيَّ
telah memilih ia = اصْطَفَى
jangan sekali2 kamu mati = لاَ تَمُوتُنَّ
orang2 yang menyaksikan {133} = شُهَدَاءَ
telah hadir ia = حَضَرَ
kamu sembah = تَعْبُدُونَ
sesudah ku = بَعْدِى
Tuhan = إِلَـهَ
bapa-bapa (nenek moyang) = ءَابَائِ
Ishaq = إِسْحَقَ
telah lenyap/berlalu ia {134} = خَلَتْ
telah kamu usahakan = كَسَبْتُمْ
ditanya/soal orang kamu = تُسْأَلُونَ
dari barang yang = عَمَّا
kamu mendapat petunjuk {135} = تَهْتَدُواْ
yang lurus/cenderung kepada kebenaran = حَنِيفًا
telah ada ia = كَانَ
anak-anak cucu {136} = الأسْبَاطِ
telah didatangkan orang ia = أُوتِيَ
Nabi-Nabi = النَّبِيُّونَ
kami beza-bezakan = نُفَرِّقُ
telah beriman kamu {137} = ءَامَنتُم
telah mendapat pimpinan mereka = اهْتَدَواْ
telah berpaling mereka = تَوَلَّوْاْ
perpecahan = شِقَاقٍ
bakal = سَـ
Ia pelihara/lindungi akan engkau = يَكْفِيكَ
celupan {138} = صِبْغَةَ
tiada siapa yang lebih baik = َمَنْ أَحْسَنُ
orang2 yang menyembah = عَابِدونَ
kamu membantah/mendakwa {139} = تُحَآجُّونَ
amal-amal = أَعْمَالُ
orang2 yang ikhlas = مُخْلِصُونَ
lebih mengetahui {140} = أَعْلَمُ
telah menyembunyikan ia = كَتَمَ
keterangan = شَهَادَةً


Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH AL-BAQARAH (Ayat 121 - 141)

121) Segala yang telah mendatangkan Kami (akan) mereka Kitab, mereka baca akan dia sebenar-benar bacaannya, orang-orang itu(lah) mereka beriman dengannya; dan barangsiapa ia ingkar dengan dia, maka orang-orang itu, mereka(lah) orang-orang yang rugi.

122) Wahai anak-anak Isra-iil! Ingat olehmu (akan) nikmatKu yang telah menikmatkan Aku atas kamu, dan telah melebihkan Aku (akan) kamu atas sekelian alam.

123) Dan takut olehmu (akan) satu hari, tidak ia membalas (oleh) satu diri dari satu diri sesuatu, dan tidak diterima orang ia daripadanya tebusan, dan tidak ia memberi manfaat akan dia (oleh) satu syafa'at, dan tidak mereka diberi pertolongan.

124) Dan (ingatlah) ketika telah menguji ia (akan) Ibrahim (oleh) Tuhannya, dengan beberapa kalimat, maka telah menyempurnakan ia (akan) sekeliannya, Ia telah berkata : "Bahwasanya Aku yang menjadikan akan engkau bagi manusia, ketua. Telah berkata ia : "Dan daripada keturunanku?" Telah berkata Ia: "Tidak ia mencapai perjanjianKu (akan) orang-orang yang aniaya".

125) Dan (ingatlah) ketika telah menjadikan Kami (akan) Rumah itu (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia dan (tempat) keamanan. "Dan ambillah olehmu daripada maqam (tempat berdiri) Ibrahim tempat sembahyang". Dan telah menjanjikan Kami kepada Ibrahim dan Ismail, "Bahawa bersihkan oleh engkau berdua (akan) rumahKu untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang duduk tetap, dan orang-orang yang ruku', dan orang-orang yang sujud".

126)Dan (ingatlah) diwaktu, telah berkata ia Ibrahim: “Ya Tuhan ku! Jadikan oleh Engkau ini aman sentosa dan rezkikan oleh Engkau (akan) ahlinya daripada beberapa buah-buahan, iaitu orang-orang yang, telah beriman ia daripada mereka dengan Allah dan hari Kemudian”. Telah berkata Ia: “dan barangsiapa telah kufur ia maka Aku beri kesenangan akan dia sedikit kemudian Aku paksa akan dia kepada siksa neraka, walhal sejahat-jahat tempat kembali.”

127) Dan (ingatlah) apabila ia angkat (oleh) Ibrahim (akan) asas-asas daripada Rumah (itu), dan Ismail. “Yaa Tuhan kami, Terimalah oleh Engkau daripada kami, bahawasanya Engkau, Engkaulah Yang Maha Pendengar, Yanag Maha Mengetahui".

128) “Yaa Tuhan kami! Dan jadikanlah oleh Engkau (akan) kami (dua) orang yang menyerah diri bagi Engkau, dan daripada keturunan kami (satu) ummat yang menyerah diri bagi Engkau, dan perlihatkan oleh Engkau akan kami (akan) cara-cara ibadat kami, dan terima taubat oleh Engkau atas kami, bahawasanya Engkau, Engkaulah Yang Maha Menerima taubat, Maha Penyayang”.

129) “Yaa Tuhan kami! Dan bangkitkan oleh Engkau pada mereka seorang Rasul daripada mereka, ia bacakan atas mereka Ayat-Ayat Engkau, dan ia mengajarkan (akan) mereka Kitab dan kebijaksanaan, dan Ia bersihkan (akan) mereka, bahawasanya Engkau(lah) Yang Maha Gagah, Yang Maha Bijaksana”.

130) Dan tiada siapa ia benci dari agama Ibrahim melainkan orang-orang yang telah membodohkan ia (akan) dirinya, dan demi sesungguhnya telah memilih ia akandia didalam dunia, dan bahawasanya dia di Akhirat nescaya daripada orang-orang yang baik.

131) (Ingatlah) ketika telah berkata ia baginya (oleh) Tuhannya, “Berserah dirilah oleh engkau.”. Telah berkata ia, "Telah menyerahkan diri aku bagi (kepada) Tuhan sekelian alam.”

132) Dan telah memesan ia dengan dia (oleh) Ibrahim akan anak-anaknya dan (juga) Ya'kub, "Yaa anak-anakku! Bahawasanya Allah telah memilih ia untuk kamu (akan) agama itu, maka jangan sekali-kali kamu mati melainkan padahal kamu orang-orang yang menyerah diri.”

133) Atau (adakah) telah ada kamu orang-orang yang hadir ketika telah tiba ia (akan) Ya’kub (oleh) mati. Waktu, telah berkata ia bagi (kepada) anak-anaknya, “Apakah kamu sembah daripada sesudahku?” Telah berkata mereka, “Kami sembah Tuhan engkau dan Tuhan bapa-bapa engkau Ibrahim dan Ismail dan Ishaq. Tuhan Yang satu, dan kami baginya (kepadanya) orang-orang yang menyerah diri.”

134) Itu satu ummat sesungguhnya telah lenyap ia, untuknya apa yang telah ia usahakan, dan untuk kamu apa yang telah mengerjakan kamu, dan tidak ditanya orang kamu dari barang yang telah ada mereka, mereka kerjakan.

135) Dan telah berkata mereka, “ Jadi olehmu Yahudi atau Nasara, kamu mendapat petunjuk”. Katakanlah oleh engkau, “(bukan begitu) tetapi agama Ibrahim yang lurus (yang cenderung kepada kebenaran atau tetap diatas dasar tauhid), dan tiada telah ada ia daripada orang-orang yang musyrik.

136) Kata olehmu, “Telah beriman kami dengan Allah dan barang yang telah diturunkan orang kepada kami, dan barang yang telah diturunkan orang ia kepada Ibrahim dan Ismail dan Ishaq dan Ya’kub dan anak-anak cucu(nya), dan barang yang telah didatangkan orang ia (akan) Musa dan Isa, dan barang yang telah didatangkan orang ia (akan) Nabi-Nabi daripada Tuhan mereka. Tidak kami beza-bezakan antara seseorang daripada mereka dan kami bagiNya (kepadaNya) orang-orang yang berserah diri.

137) Maka jika telah beriman mereka dengan seumpama apa yang telah kamu imani dengannya, maka sesungguhnya telah terpimpin mereka, dan jika telah berpaling mereka, maka bahawasanya tidak lain mereka didalam perpecahan, maka bakal akan Ia pelihara engkau (daripada kejahatan) mereka (oleh) Allah, walhal Dia(lah) Yang Maha Mendengar, Yang Maha Mengetahui.

138) Celupan Allah! Dan siapakah yang lebih baik daripada celupan Allah? Dan kami, bagiNya (kepadaNya) lah orang-orang yang menyembah.

139) Katakan oleh engkau, “Adakah kami (mahu) bantah kamu pada Allah, padahal Dia Tuhan kami dan Tuhan kamu; dan bagi kami amal-amal kami dan bagi kamu amal-amal kamu; dan kami bagiNva (kepadaNya) orang-orang yang mengikhlaskan".

140) Atau (adakah) kamu berkata, bahawasanya Ibrahim dan Ismail dan Ishaq dan Ya’qub dan anak-anak cucu (nya itu) telah ada mereka Yahudi atau atau Nasara? Katakan oleh engkau, “Adakah kamu lebih mengetahui atau(kah) Allah dan (bukankah) tiada seorang pun yang lebih aniaya daripada orang yang telah menyembunyikan ia (akan) keterangan disisinya daripada Allah?” Dan tiadalah Allah yang lalai dari barang yang kamu kerjakan.

141) Itu satu ummat, sesungguhnya telah berlalu ia. Untuknya (ummat itu) apa yang telah ia usahakan, dan untuk kamu apa yang telah kamu usahakan dan tidak ditannya orang kamu dari barang yang telah ada mereka, mereka kerjakan.


TEREJEMAHAN SURAH AL-BAQARAH (Ayat 121 - 141) MENGIKUT SUSUNAN/USLUB TATABAHASA MALAYSIA

[121] Orang-orang yang Kami berikan Kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutarkan maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.

[122] Wahai Bani Israail! Kenanglah akan limpah kurnia nikmatKu yang telah Kuberikan kepada kamu dan Aku telah melebihkan (datuk nenek) kamu (yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain (yang ada pada zamannya).

[123] Dan peliharalah diri kamu dari (huru-hara) hari kiamat (yang padanya) seseorang tidak dapat mengganti atau melepaskan orang lain sedikitpun dan tidak akan diterima daripadanya sebarang tebusan dan tidak akan memberi manfaat kepadanya sebarang syafaat dan orang-orang yang salah itu tidak akan ditolong (dari azab sengsara).

[124] Dan (ingatlah), ketika Nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa Kalimah (suruhan dan larangan), maka Nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. (Setelah itu) Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku melantikmu menjadi Imam (Pemimpin ikutan) bagi umat manusia". Nabi Ibrahim pun memohon dengan berkata: "(Ya Tuhanku!) Jadikanlah juga (apalah jua kiranya) dari keturunanku (pemimpin-pemimpin ikutan)". Allah berfirman: "(Permohonanmu diterima, tetapi) janjiKu ini tidak akan didapati oleh orang-orang yang zalim".

[125] Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman, dan jadikanlah oleh Kamu Maqam Ibrahim itu tempat sembahyang dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjidilharam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf dan orang-orang yang yang tetap tinggal padanya(beriktikaf) dan orang-orang yang rukuk dan sujud".

[126] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka". Allah berfirman: "(Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab Neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali".

[127] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".

[128] "Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu dan jadikanlah daripada keturunan kami Umat Islam (yang berserah diri) kepadamu dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani".

[129] "Wahai Tuhan Kami! Utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatMu (firmanMu) dan mengajarkan mereka isi kandungan Kitab (Al-Quran) serta Hikmat kebijaksanaan dan membersihkan (hati dan jiwa) mereka (dari syirik dan maksiat). Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana".

[130] Tidak ada orang yang membenci agama Nabi Ibrahim selain dari orang yang membodohkan dirinya sendiri, kerana sesungguhnya Kami telah memilih Ibrahim (menjadi nabi) di dunia ini dan sesungguhnya dia pada hari akhirat kelak tetaplah terdiri dari orang-orang yang soleh yang (tertinggi martabatnya).

[131] (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: "Berserah dirilah (kepadaKu wahai Ibrahim)!" Nabi Ibrahim menjawab: "Aku berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam".

[132] Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: "Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam".

[133] (Demikianlah wasiat Nabi Yaakub, bukan sebagaimana yang kamu katakan itu wahai orang-orang Yahudi)! Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika dia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?" Mereka menjawab: "Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan Yang Maha Esa dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).

[134] Mereka itu adalah satu umat yang telah berlalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.

[135] Dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu pemeluk agama Yahudi atau pemeluk agama Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah (wahai Muhammad: "Kami orang-orang Islam tidak akan menurut apa yang kamu katakan itu) bahkan kami mengikut agama Nabi Ibrahim yang benar (tetap di atas dasar Tauhid) dan bukanlah dia dari orang-orang musyrik".

[136] Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran) dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil) dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (sebagaimana yang kamu orang Yahudi dan Nasrani membeza-bezakannya) dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata".

[137] Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulNya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[138] (Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): "Celupan Allah (yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam) dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat".

[139] Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu (wahai kaum Yahudi dan Nasrani) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan Allah dan pengurniaanNya? Padahal Dialah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami (faedah) amal kami dan bagi kamu pula (faedah) amal kamu (kalau diikhlaskan) dan kami adalah (mengerjakan amal dengan) ikhlas kepadaNya".

[140] Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya?" Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.

[141] Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang telah mereka usahakan dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang mereka telah lakukan.


--- Tamat Juzuk Pertama ---

PERINGATAN
  1. Pelajar (dan juga saya) diingatkan supaya sentiasa memperbaiki letak makna atau erti kata kalimat-kalimat dengan meneliti pada ruang BANDINGAN TERJEMAHAN.
  2. Juzuk pertama ini adalah menjadi persediaan bagi menempuh juzuk kedua. Oleh itu hendaklah selalu disemak dan di ingatkan (hafalkan) makna kalimat-kalimat (vokabulari atau perbendaharaan kata) yang telah dipelajari dahulu.
  3. Jangan sekali-kali bosan dengan pelajaran ini kerana kita sedang menempuh sesuatu yang belum pernah ditempuhi. Satu ketika kelak pelajar akan kehairanan dengan Mu’jizat Kitab AI-Qur-an itu.

Tuesday, September 9, 2008

ZIKIR HARIAN RASULULLAH S.A.W.

Nabi umat ini sekaligus murabbi (pembimbing) yang handal dan terdepan memiliki komitmen yang sangat besar dalam beribadah. Beliau selalu menghubungkan hatinya dengan Allah Ta'ala. Tidak sedikitpun waktu yang terlewat tanpa dzikrullah, tahmid, syukur, istighfar dan taubat. Padahal telah diampuni dosa-dosa beliau yang lalu mahupun yang akan datang. Namun beliau senantiasa menjadi hamba yang bersyukur, nabi yang mensyukuri kurnia Allah dan rasul yang selalu memuji keagungan-Nya. Beliau mengenal kebesaran Allah , dengan itu beliau senantiasa memuji-Nya, memohon kepada-Nya dan kembali menuju ampunan-Nya. Beliau mengetahui betapa berharga waktu yang diberikan, beliau pergunakan sebaik-baiknya dengan selalu mengisi waktu dalam ketaatan dan ibadah.

'Aisyah radhiyallahu 'anha berkata:

"Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam senantiasa berdzikir kepada Allah setiap waktu."
(HR. Muslim)

Ibnu Abbas radhiallaahu anhu mengungkapkan: "Kami pernah menghitung dzikir yang diucapkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu majlis sebanyak seratus kali":

"Ya Allah, ampunilah aku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat lagi Maha Pengampun."
(HR. Abu Daud)

Abu Hurairah radhiallaahu anhu menuturkan: "Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda":

"Demi Allah, sesungguhya aku beristighfar dan bertaubat kepada Allah S.w.t lebih dari tujuh puluh kali dalam sehari."
(HR. Al-Bukhari)

Ibnu Umar radhiallaahu anhu berkata: "Kami pernah menghitung dzikir yang diucapkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dalam satu majlis sebanyak seratus kali":

"Ya Allah, ampunilah aku, dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha menerima taubat lagi Maha Pengampun."
(HR. At-Tirmidzi)

Ummul Mukminin Ummu Salamah radhiyallahu 'anha mengungkapkan kepada kita sebuah doa yang sering diucapkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bila berada di sisinya, sebagai berikut:

"Ya Allah, Yang membolak-balikkan hati teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu."
(HR. At-Tirmidzi)


Pedoman:

  1. Zikir Harian Rasulullah s.a.w. dibawah ini berdasarkan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang dapat dipertanggung-jawabkan kesahihannya. Setiap zikir disertakan sumber pengambilannya dan siapa yang meriwayatkannya supaya siapa saja yang mengamalkannya benar benar yakin dan tidak ragu lagi.

  2. Dan untuk memantapkan lagi keyakinan kita tentang keutamaan zikir-zikir tersebut, selain sumber pengambilannya juga disertakan maknanya dan fadhilatnya masing-masing.

  3. Zikir-zikir ini hendaklah di amalkan dua kali dalam sehari iaitu sekali di waktu pagi dan sekali lagi di waktu petang. Maksud waktu pagi ialab daripada sesudah Subuh hingga sebelum Zuhur, sedangkan waktu petang pula maksudnya daripada sesudah Asar bingga sebelum Isyak. jadi boleh diamalkan sesudah Asar atau sesudah Maghrib.
  4. Zikir-zikir pagi dan petang daripada Rasulullah s.a.w. sebenarnya sangat banyak. Di ruang ini dibentangkan hanya sebahagiannya saja. Namun demikian, jika zikir-zikir atau wirid serta doa ini di amalkan secara rutin dan yakin nescaya kita akan mendapat ganjaran sebagaimana yang telah dijanjikan, Insya Allah.


(1) Pagi dan Petang:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
الـم
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
اَلَّذِيْنَ يُؤْمِنُونَ بِالْغَيْبِ وَيُقِيْمُونَ الصَّلاَةَ وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُـنْفِقُونَ
وَالَّذِيْنَ يُؤْمِنُونَ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَآ أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ، وَبِاْلأَخِرَةِ هُمْ يُوقِنُونَ
أُوْلَـئِكَ عَلَى هُدًى مِّنْ رَّ بِّهِمْ وَأُوْلَـئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Alif, Laam, Miim.
Kitab (Al-Quran) itu tdak ada keraguan didalamnya, (sebagai) petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa.
(iaitu) orang-orang yang beriman kepada yang ghaib, dan mereka mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
Dan orang-orang yang beriman kepada apa yang telah diturunkan kepadamu (Al-Quran) dan Kitab-Kitab yang telah diturunkan sebelummu, dan mereka yakin terhadap hari Akhirat.
Mereka itulah orang-orang yang mendapat pertunjuk dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.
[Al Quran 2:1-5]


اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ، بِشَىْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَآءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ، وَلاَ يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

Allah, tiada Tuhan melainkan Dia, Yang tetap hidup kekal mentadbir (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. KepunyaanNya segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Allah mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi (ilmu dan kekuasaan) Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
[Al Quran 2:255]


لآ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ، قَدْ تَبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ، فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انْفِصَامَ لَهَا، وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Tidak ada paksaan dalam ugama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
[Al Quran 2:256]


اللهُ وَلِيُّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ، وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُمُ مِنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ، أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ، هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Allah Pelindung orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.
[Al Quran 2:257]


لِلَّهِ مَا فِى السَّمَاوَاتِ وَمَا فِى اْلأَرْضِ، وَاِنْ تُبْدُواْ مَا فِى أَنْفُسِكُمْ أَوْ تُخْفُوهُ يُحَاسِبْكُم بِهِ اللهُ، فَيَغْفِرُ لِمَنْ يَشَآءُ وَيُعَذِّبُ مَنْ يَشَآءُ، وَاللهُ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيرٌ

Kepunyaan Allah lah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya, Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[Al Quran 2:284]


ءَامَنَ الرَّسُولُ بِمَآ أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ، كُلٌّ ءَامَنَ بِاللهِ وَمَلَـئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ، وَقَالُواْ سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا، غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan (demikian juga) orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-MalaikatNya, dan Kitab-KitabNya, dan Rasul-RasulNya. (Mereka berkata): "Kami tidak membeza-bezakan antara seorangpun dari Rasul-RasulNya". Mereka berkata lagi: "Kami dengar dan kami taat, ampunilah kami ya Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali".
[Al Quran 2:285]


لاَ يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا، لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ، رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَآ أَوْ أَخْطَـأنَا، رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَآ إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا، رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ، وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَآ، أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".
[Al Quran 2:286]

Fadhilatnya:
Siapa yang mengamalkan 10 ayat dari Surah Al Baqarah (diatas) pagi dan petang nescaya Syaitan tidak akan mendekatinya, dan tidak akan melihat perkara yang tidak diinginkan menimpa keatas keluarga dan hartanya.
[Sumber: Hadis dikeluarkan oleh Al Daramy dan Al Thabarany. Menurut pandangan Al Hakim, hadis ini sahih]


(2) Pagi dan Petang:

أَعُوذُ ِباللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَجِيْمِ

(Dibaca 3 kali.)

هُوَ اللهُ الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Mengetahui perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[Al Quran 59:22]


هُوَ اللَّهُ الَّذِي لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلاَمُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai (sekalian alam); Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera; Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.
[Al Quran 59:23]


هُوَ اللهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ اْلأَسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia lah Allah, Yang Menciptakan sekalian makhluk; Yang Mengadakan (dari tiada kepada ada); Yang Membentuk rupa (makhluk-makhlukNya menurut yang dikehendakiNya); bagiNyalah nama-nama yang sebaik-baiknya dan semulia-mulianya; bertasbih kepadaNya segala yang ada di langit dan di bumi; dan Dia lah Yang tiada bandingNya, lagi Maha Bijaksana.
[Al Quran 59:24]

Fadhilatnya:
Siapa yang membaca 3 kali Ta'awuz dan kemudian diikutinya dengan membaca 3 Ayat dari Surah Al Hasyr (diatas) pada waktu pagi nescaya Allah akan mengutus 70,000 Malaikat supaya berselawat kepadanya hingga ke petang dan jika dia mati pada hari itu nescaya dia mendapat ganjaran mati syahid. Demikian juga ganjaran yang serupa baginya pada waktu petang.
[Sumber: Hadis dikeluarkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya dan Al Daramy. Menurut Imam Tarmidzi: Hadis Hasan Gharib. Lihat kitab Amal Al Yauum Wa Al Lail Ibnu Sunni; Hadis No. 681, Hal 240]


(3) Pagi 3 kali dan Petang 3 kali :

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Dengan nama Allah, yang (berkat) namaNya tidak ada satu pun yang boleh mendatangkan bahaya, samada di bumi ataupun di langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani."

Fadhilatnya:
Siapa yang membacanya 3 kali diwaktu pagi dan 3 kali diwaktu petang nescaya Allah akan menjauhkan daripadanya segala perkara yang berbahaya dan dia tidak akan ditimpa oleh musibah yang mengejut atau tiba-tiba.
[Sumber: Hadis riwayat Abu Daud - Menurut Al Hakim dan Al Zahabi: Hadis Sahih. Dan menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz dalam kitabnya Tuhfatul Akhyar: Sanadnya Hasan]


(4) Pagi 3 kali dan Petang 3 kali :

رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلاِسْلاَمِ دِيْنًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُوْلاً

"Aku redha Allah sebagai Tuhanku, dan Islam sebagai agamaku, dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasulku."

Fadhilatnya:
Siapa yang membacanya 3 kali diwaktu pagi dan 3 kali diwaktu petang nescaya ia berhak mendapat keredhaan Allah SWT pada hari Kiamat.
[Sumber: Hadis riwayat Imam Ahmad, Nasaai, Abu Daud dan Tarmidzi - Menurut Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Bazz dalam kitabnya Tuhfatul Akhyar Hal. 39: Hadis Hasan]


(5) Pagi sahaja 3 kali :

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ عَدَدَ خَلْقِهِ وَرِضَا نَفْسِهِ وَزِنَةَ عَرْشِهِ وَمِدَادَ كَلِمَاتِهِ

"Maha Suci Allah dan pujian (untuk)-Nya sebanyak bilangan makhluk ciptaanNya, seluas keredhaan diri-Nya, seberat timbangan 'Arasy-Nya dan sebanyak tinta Kalimah-Nya."

Fadhilatnya:
Siapa yang membacanya 3 kali diwaktu pagi setelah solat Subuh berjemaah nescaya ia akan mendapat ganjaran sama dengan seorang yang solat dan berdzikir dirumahnya sejak Subuh hingga waktu Dhuha.
[Sumber: Hadis Sahih riwayat Imam Muslim]


(6) Pagi dan Petang dan ketika akan tidur :

اَللَّهُمَّ عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشّهَادَةِ، فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ، رَبَّ كُلِّ شَىْءٍ وَمَلِيْكَهُ، أَشْهَدُ أَنْ لآ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ ، أَعُوْذُ بِكَ مِن شَرِّ نَفْسِي وَمِن شَرِّ الشَّيْطَانِ وَشِرْكِهِ

"Ya Allah, Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib dan perkara yang nyata, Yang Maha Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Rajanya; aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku memohon perlindungan Mu daripada segala kejahatan diriku dan kejahatan Syaitan dan sekutu-kutunya."

[Sumber: Hadis Riwayat Abu Daud. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby dan An Nawawi didalam Al Azkaar: Hadis Sahih dan menurut At Tarmidzi: Hadis Hasan Sahih.]


(7) Pagi dan Petang :

اَللَّهُمَّ إِنِّىْ أَسْئَالُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، اَللَّهُمَّ إِنِّىْ أسْئَالُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِيْ دِيْنِى وَدُنْيَايَ وَأَهْلِى وَمَالِى، اَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِى وَآمِنْ رَوْعَاتِى، اَللَّهُمَّ احْفَظْنِى مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ يَمِيْنِى وَعَنْ شِمَالِى، وَمِنْ فَوْقِى، وَأَعُوْذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِن تَحْتِى

"Ya Allah, aku bermohon kepada Mu kesejahteraan didunia dan diakhirat; Ya Allah, aku bermohon kepada Mu kema'afan dan kesejahteraan pada agamaku, pada duniaku, pada keluargaku dan pada hartaku; Ya Allah, tutuplah segala ke'aibanku dan tenteramkanlah kegelisahanku; Ya Allah, peliharalah aku daripada (musibah) yang datang dari arah hadapanku, dari arah belakangku, dari arah kananku, dari arah kiriku, dari arah atasku, dan aku bermohon perlindungan dengan (berkat) keAgungan Mu daripada ditelan oleh bumi yang berada dibawahku."

[Sumber: Hadis Riwayat Abu Daud, An Nasaai, Ibnu Majah. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby dan An Nawawi didalam Al Azkaar: Hadis Sahih.]


(8) Pagi dan Petang :

يـَا حَيُّ يـَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكِ أَسْتَغِيْثُ، فَأَصْلِحْ لِى شَأْنِى كُلَّهُ، وَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِى طَرْفَةَ عَيْنِ
"Ya (Allah) Yang Maha Hidup lagi Maha Mengurus segala makhluk, kepada Engkau sajalah aku bermohon pertolongan, oleh itu perbaikilah semua urusanku, dan janganlah Engkau biarkan aku walaupun untuk seketika."

[Sumber: Bacaan ini adalah wasiat Rasulullah s.a.w. kepada anak perempuannya Fatimah untuk diamalkan pagi dan petang. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby dalam Kitab SahihutTarghib wa Tarhib I : Hadith ini Sahih.]


(9) Pagi dan Petang :

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَناَ عَبْدُكَ، وَأَناَ عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبـُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبـُوْءُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِى، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنـُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Engkau telah jadikan aku dan aku adalah hambaMu, aku akan sentiasa mematuhi perjanjianMu sesuai dengan kemampuanku. Aku berlindung denganMu daripada kejahatan apa yang aku perbuat, aku mengaku sekian banyak nikmat yang telah Engkau limpahkan kepadaku, dan aku juga mengaku sekian banyak dosaku (kepadaMu), oleh itu ampunilah dosa-dosaku, kerana tidak ada kuasa yang boleh mengampuni dosa kecuali Engkau."


Fadhilatnya
Bacaan ini dinamakan oleh Rasulullah s.a.w. Penghulu segala Istghfar. Siapa yang membacanya diwaktu pagi dengan penuh keyakinan lalu ia mati sebelum malam, maka dia akan masuk Syurga. Dan siapa yang membacanya diwaktu malam, lalu ia mati sebelum paginya, maka ia akan masuk Syurga.
[Sumber: Hadith Sahih riwayat Imam Bukhari.]


(10) Pagi dan Petang :

اَللَّهُمَّ إِنِّىْ أَعُوذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ، وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُحْلِِ، وَأَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الْرِّجَالِ

"Ya Allah, ya Tuhan ku, Aku mohon perlindungan denganMu dari keluh kesah dan dukacita, dari lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung denganMu dari dibebani hutang dan ancaman (penindasan) manusia."


Fadhilatnya
Siapa yang mengamalkannya Pagi dan Petang nescaya Allah akan hilangkan perasaan gundahnya dan Allah akan menolongnya terlepas dari bebanan hutangnya.
[Sumber: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Abi Said Al Khudry. Menurut Imam An Nawawi dalam Kitab Al Azkaar : Hadis Hasan.]


(11) Pagi dan Petang :

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ، مَاشَاءَ اللهُ كَانَ، وَمَالَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍقَدِيْرٌ وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شىْءٍ عِلْمًا

"Ya Allah, Maha Suci Allah dan segala pujian (untuk)Nya, tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan (izin) Allah, apa saja yang Allah kehendaki (pasti akan) berlaku, dan apa saja yang Dia tidak kehendaki (pasti) tidak akan berlaku, aku sungguh mengetahui bahawa Allah Maha Berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu, dan sesungguhnya ilmu Allah mencakupi segala sesuatu."


Fadhilatnya
Siapa yang membaca bacaan diatas diwaktu pagi nescaya dia akan dipelihara oleh Allah hingga ke petang, dan siapa yang membacanya diwaktu petang nescaya Allah akan memeliharanya hingga ke pagi.
[Sumber: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tarmidzi. Menurut Tarmidzi : Hadith Hasan Gharib. Menurut Al Hakim dan Al Zahaby : Hadith Sahih.]


(12) Pagi 3 kali dan Petang 3 kali :


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ
وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ

Katakanlah : "Dialah Allah, Yang Maha Esa,
Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu,
Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan,
dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia".
[Al Quran 112:1-4]


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ
مِن شَرِّ مَا خَلَقَ
وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ
وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ
وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ

Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan yang Menguasai Subuh,
dari kejahatan makhlukNya (yang jahat),
dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gelita,
dan dari kejahatan wanita-wanita yang menghembus pada simpulan tali (tukang sihir),
dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki".
[Al Quran 113:1-5]


قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ
مَلِكِ النَّاسِ
إِلَهِ النَّاسِ
مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ
مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ

Katakanlah : "Aku berlindung kepada Tuhan Pemelihara manusia,
Raja manusia,
Tuhan manusia,
dari kejahatan Syaitan yang bersembunyi,
yang membisikkan (kejahatan) kedalam dada manusia,
dari (golongan) jin dan manusia.
[Al Quran 114:1-6]"



Fadhilatnya
Siapa yang membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al Naas sebanyak 3 kali diwaktu pagi dan 3 kali diwaktu petang nescaya ketiga-tiganya akan mencukupi kamu (untuk mendapat pemeliharaan Allah) daripada segala sesuatu (yang tidak di inginkan.
[Sumber: Hadith ini diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Tarmidzi. Sanadnya Sahih. Menurut Tarmidzi : Hadith Hasan. Lihat Kitab Al Azkaar.]

Monday, September 1, 2008

KOLEKSI ZIKIR DAN DOA

ZIKIR SESUDAH SOLAT



(Dibaca 3 kali) أَسْتَغْفِرُاللَّه

"Aku mohon ampun kepada Allah"


اَللّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ ، وَمِنْكَ السَّلاَمُ ، تَبَارَكْتَ يَا ذَا الجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ

"Ya Allah, Engkaulah yang memiliki Kesejahteraan, dan daripada-Mu asalnya kesejahteraan itu, segala keberkatan adalah milik Engkau Ya Allah, yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan."
[HR Muslim]


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِيْرٌ. اَللَّهُمَّ لاَمَانِعَ لِمَا أَعْطَيْتَ، وَلاَ مُعْطِيَ لِمَا مَنَعْتَ، وَلاَ يَنْفَعُ ذَا الْجَدِّ مِنْكَ الْجَدُّ

"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah, tiadalah yang dapat menahan apa-apa yang Engkau berikan, tiadalah pula yang dapat memberikan apa-apa yang Engkau tahan, dan tiadalah ia bermanfaat kepada sesiapa akan kekayaan dan kebesaran yang dimilikinya kecuali yang datang bersama Redha-Mu."
[HR Al-Bukhari dan Muslim]


لاَ إلهَ إلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، لاَ إِلهَ إلاَّ اللهُ، وَلاَ نَعْبُدُ إِلاَّ إِيَّاهُ، لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الفَضْلُ وَلَهُ الثَّـنَاءُ الحَسَنُ. لاَ إِلهَ إلاَّ اللهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُوْنَ

"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu. Tiada daya mahupun upaya kecuali dengan Allah. Tiada Tuhan melainkan Allah, dan tiada yang berhak disembah melainkan Dia, dan bagiNya segala nikmat, keutamaan serta puji yang sebaik-baiknya. Tiada Tuhan melainkan Allah, kami bulatkan pengabdian kepada-Nya semata-mata walaupun tidak disukai oleh orang-orang kafir."
[HR Muslim]


(Diulang 33 kali) سُبْحَانَ اللهِ، والحَمْدُ للهِ، وَاللهُ أَكْبَرُ

"Maha Suci Allah, Segala Puji bagi Allah, Allah Maha Besar."


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu."
[HR Muslim]


(قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ ...... (سورة الإخلاص

(قُلْ أَعوذُ بِرَبِّ الفَلَقِ ...... ( سورة الفلق

(قُلْ أَعُوْذُ بِرَبِّ النّاس ...... ( سورة الناس

Dibaca 3 kali selepas solat Subuh dan Maghrib, dan dibaca sekali sahaja bagi solat-solat yang lain.
[HR Abu Daud dan Nasaa'i]


اللَّهُ لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلا نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأرْضِ مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلا بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلا بِمَا شَاءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَلا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

"Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang tetap hidup, Yang kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki Segala Yang ada di langit dan Yang ada di bumi. tiada sesiapa Yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan Dengan izinNya. Yang mengetahui apa Yang ada di hadapan mereka dan apa Yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa Yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)."
[Ayat Kursi : al-Baqarah (2): 255]


لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ، يُحْيِيْ وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَىْ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

"Tiada Tuhan melainkan Allah yang Satu, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya lah kerajaan dan bagiNya segala puji-pujian, dan Dia berkuasa diatas tiap-tiap sesuatu." (Dibaca 10 kali selepas solat Subuh dan Maghrib)
[HR At-Tarmizi]


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْماً نَافِعاً وَرِزْقاً طَيِّباً وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

"Ya Allah! Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu ilmu-ilmu yang berguna, dan rezki yang halal lagi baik dan amalan-amalan yang diterima." (Dibaca selepas solat Subuh selepas salam)
[HR Ibnu Majah]


Doa-Doa Rasulullah s.a.w.

Doa adalah ibadah yang sangat agung, yang tidak boleh dipalingkan kepada selain Allah SWT. Hakikat doa adalah menunjukkan ketergantungan kita kepada Allah Azza wa Jalla dan berlepas diri dari daya dan upaya makhluk. Doa merupakan tanda Ubudiyah (penghambaan diri secara total kepada Allah SWT). Doa juga merupakan lambang kelemahan manusia. Di dalam ibadah doa terkandung pujian terhadap Allah SWT. Disamping itu terkandung juga sifat penyantun dan pemurah bagi Allah Yang Maha Pemurah. Oleh sebab itu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Doa itu adalah ibadah." (HR. Tirmidzi)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah seorang yang banyak berdoa, memohon dan menunjukkan ketergantungan kepada Allah SWT. Beliau sangat menyukai kalimah-kalimah yang ringkas namun sarat makna dan juga menyukai ucapan-ucapan doa.
Di antara doa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah:

"Ya Allah, tolonglah daku dalam menjalankan agama yang merupakan pelindung segala urusanku. Elokkanlah urusan duniaku yang merupakan tempat aku mencari kehidupan. Elokkanlah urusan akhiratku yang merupakan tempat aku kembali. Jadikanlah kehidupanku ini sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematianku sebagai ketenangan bagiku dari segala kejahatan." (HR. Muslim)

Di antara doa beliau adalah :

"Ya Allah, Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata. Ya Rabb Pencipta langit dan bumi, Rabb segala sesuatu dan yang merajainya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan diriku, kejahatan setan dan bala tenteranya, atau aku melakukan kejahatan terhadap diriku atau yang aku tujukan kepada seorang muslim lain." (HR. Abu Daud)

Demikian pula doa berikut ini:

"Ya Allah, cukupilah aku dengan rezeki-Mu yang halal (supaya aku terhindar) dari yang haram, perkayalah aku dengan kurnia-Mu (supaya aku tidak meminta) kepada selain-Mu." (HR. At-Tirmidzi)

Di antara permohonan beliau kepada Allah SWT:

"Ya Allah, ampunilah dosaku, curahkanlah rahmat-Mu kepadaku dan temukanlah aku dengan teman yang tinggi darjatnya." (Muttafaq 'alaih)

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam e senantiasa berdoa memohon kepada Allahu Ta'ala baik pada waktu lapang mahupun pada saat sempit. Pada peperangan Badar, beliau berdoa kepada Allah SWT hingga jatuh selendang beliau dari kedua pundaknya, memohon kepada Allah SWT agar menurunkan pertolongan bagi kaum muslimin dan menjatuhkan kekalahan atas kaum musyrikin. Beliau sering berdoa untuk dirinya sendiri, untuk keluarga dan ahli bait beliau, untuk sahabat-sahabat beliau bahkan untuk segenap kaum muslimin.



BEBERAPA DOA YANG BAIK DIBACA SESUDAH SOLAT FARDHU

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبَّ الْعَالَمِيْنَ حَمْداً يُوَافِى نِعْمَهُ، وَيُكَافِىءُ مَزِيْدَهُ، يَارَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ، كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى نَبِيِّنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِـهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ

"Segala puji tertentu bagi Allah Pemelihara seluruh alam. Pujian yang melengkapi nikmat-Nya dan menambahkan kelebihan-Nya. Wahai Tuhan kami, bagiMu segala puji-pujian yang selayaknya bagi kebesaran zatMu dan keagongan kekuasaanMu. Ya Allah, kurniakanlah rahmat dan sejahtera atas Nabi kami Muhammad dan keatas keluarganya dan semua sahabatnya."


اَللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاَتَنَا تآ مَّةً، وَاغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا عَامَّةً، وَلاَ تُعَذِّبْنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ، اِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْىءٍ قَدِيْرٌ

"Ya Allah! Terimalah solat kami dengan sempurna dan ampunilah dosa kami semuanya dan janganlah Engkau seksa kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu."


اَللَّهُمَّ سَلِّمْنَا وَسَلِّمْ دِيْنَنَا وَسَلِّمْ اِيْمَانَنَا وَسَلِّمْ تَوْحِيْدَنَا وَسَلِّمْ مَعْرِفَتَنَا وَسَلِّمْ أَرْوَاحَنَا وَسَلِّمْ أَجْسَادَنَا وَسَلِّمْ أَرْزَاقَنَا وَسَلِّمْ اِخْوَانَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مَنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ

"Ya Allah, selamatkanlah kami dan selamatkanlah agama kami, dan selamatkanlah iman kami, dan selamatkanlah tauhid kami dan selamatkanlah ma'rifat kami, dan selamatkanlah rohani kami, dan selamatkanlah jasmani kami, dan selamatkanlah rezeki kami, dan selamatkanlah saudara-saudara kami sesama Islam dan sesama beriman, samada yang masih hidup ataupun yang sudah mati."


اَللَّهُمَّ أَحْيِيْنَا بِالاِيْمَانِ وَأَمِتْنَا بِالاِيْمَانِ وَاحْشُرْنََا بِالاِيْمَانِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ مَعَ الاِيْمَانِ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الْرَاحِمِيْنَ

"Ya Allah, hidupkanlah kami dengan iman, dan matikanlah kami dengan iman, dan himpunkanlah kami (dipadang Mahsyar) dengan iman, dan masukkanlah kami kedalam Syurga bersama iman, dengan rahmat Engkau, wahai Allah yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang."


اَللَّهُمَّ أِنَّـا نَسْئَالُكَ مُوْجِبَاتِ رَحْمَتِكَ، وَعَزَائِمَ مَغْفِرَتِكَ، وَالْسَّلاَمَةَ مِنْ كُلِّ أِثْمٍ، وَالْغَنِيْمَةَ مِنْ كُلِّ بِرٍّ، وَالْفَوْزَ بِالْجَنَّةِ وَالنَّجَاةَ مِنَ النَّـارِ

"Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadaMu segala yang dapat membawa kepada RahmatMu dan mendapat keampunanMu dan keselamatan dari segala dosa, dan keberuntungan (mengecapi) daripada segala kebajikan, dan kemenangan dengan Syurga dan terhindar dari api Neraka".


اَللَّهُمَّ الْطِفْ بِنَا فِى تَيْسِيْرِ كُلِّ عَسِيْرٍ فَأِنَّ تَيْسِيْرَ كُلِّ عَسِيْرٍ عَلَيْكَ يَسِيْرٌ. اَللَّهُمَّ يَسِّرْ لَنَا أُمُوْرَنَا مَعَ الرَّاحَةِ لِقُلُوْبِنَا وَأَبْدَانِنَا وَالسَّلآمَةِ وَالْعَـافِيَةِ فِى دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا

"Ya Allah, lemah-lembutkanlah kami dengan mempermudahkan segala pekerjaan yang payah, kerana sesungguhnya mempermudahkan segala yang payah itu atas Engkau amat mudah. Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami sehingga tenteram bagi hati kami dan badan kami, serta keselamatan dan kesejahteraan pada agama dan dunia kami".


اَللَّهُمَّ إِنَّـا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ، وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ، وَزِيَادَةً فِي العِلْمِ، وَبَرَكَةً فِي الرِّزْقِ، وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ، وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ، وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ؛ اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا فِى سَكَرَاتِ الْمَوْتِ، وَالنَّجَاةِ مِنَ النَّارِ، وَالْعَفْوَا عِنْدَ الْحِسَابِ

"Ya Allah Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepada Mu keselamatan dari segi agama dan kesihatan pada jasad, pertambahan ilmu pengetahuan, keberkatan rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati, keampunan setelah mati; Ya Allah, permudahkanlah kami ketika menghadapi mati, dan hindarilah kami dari api neraka dan kemaafan ketika dilaksanakan perhitungan."


اَللَّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ، وَلآتَخْتِمْ عَلَيْنَا يَا الله بِسُوءِالْخَاتِمَةِ

"Ya Allah, akhirkan lah umur kami dengan kesudahan yang baik, dan janganlah Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik."


رَبَّنَا لاَتُزِغْ قُلُوْبَنَا بَعْدَ أِذْهَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً اِنَّكَ اَنْتَ الْوَهَّابُ

"Ya Allah ya Tuhan kami, janganlah Engkau pisahkan hati-hati kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk; anugerahilah kepada kami akan rahmat kerana sesungguhnya Engkau Tuhan yang Maha Pengurnia."


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

"Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta hindarkanlah kami daripada azab api neraka."


وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنُ. سُبْحَانَ رَبَّكَ رَبِّ الْغِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَسَلآمُ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

"Salawat Allah dan salamNya kepada Nabi Muhammad (S.A.W.) dan keatas keluarga dan semua sahabat-sahabatnya. Maha Suci Tuhan ku, Tuhan Yang Mulia seperti apa yang mereka bayangkan, dan salam sejahtera keatas Rasul-Rasul, dan segala puji bagi Allah, Pemelihara seluruh alam."


Perhatian: Doa-doa diatas adalah dalam bentuk bacaan secara berjamaah. Walau bagaimana pun, berdasarkan Sunnah Rasulallah S.A.W., doa-doa adalah lebih afdhal dibaca secara bersendirian iaitu dengan mengubah ungkapan نَا ( kami ) kepada نِيْ / ىَ ( aku ), dsb.


DOA-DOA DALAM BENTUK BACAAN BERSENDIRIAN (SELEPAS SOLAT)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوذُبِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُحْلِ وَالْفَشَلِ وَأَعُوذُبِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الْرِّجَالِ

“ Ya Allah, ya Tuhan ku, Aku mohon perlindungan denganMu dari keluh kesah dan dukacita, dari lemah dan malas, dan aku berlindung denganMu dari sifat pengecut dan bakhil serta gagal, dan aku berlindung denganMu dari dibebani hutang dan ancaman (kongkongan) manusia.”


اَللَّهُمَّ اَوْزِعْنِيْ اَنْ اَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِيْ أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ، وَاَنْ اَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ. وَاَصْلِحْ لِىْ فِيْ ذُرِّيَّتِىْ. اِنِّيْ تُبْتُ اِلَيْكَ وَاِنِّيْ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ

"Ya Allah ya Tuhanku, ilhamkanlah kepadaku supaya tetap bersyukur akan nikmat-nikmat Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kedua ibubapaku; dan supaya aku tetap mengerjakan 'amal soleh yang Engkau redha. Dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Mu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)."


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِىْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّـيَانِيْ صَغِيْرًا

"Ya Allah, ampunilah segala dosaku dan dosa kedua ibubapaku serta kesihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani ku pada masa aku masih kecil."


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ ظَلَمْتُ نَفْسِيْ ظُلْمًا كَثِيرًا، وَاِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِيْ مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِيْ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku telah menganiaya diriku dengan penganiayaan yang banyak, dan tidak ada yang mampu mengampuni dosa-dosa kecuali Engkau. Oleh itu, ampunilah dosa-dosaku dengan keampunan dari sisiMu, dan kasihanilah aku. Sesungguhnya Engkau, Engkaulah (Tuhan) Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [HR. Al-Bukhari dan Muslim]


اَللَّهُمَّ أَسْلَمْتُ نَفْسِيْ إِلَيْكَ، وَفَوَّضْتُ أَمْرِيْ إِلَيْكَ، وَوَجَّهْتُ وَجْهِيَ إِلَيْكَ، وَأَلْجَأْتُ ظَهْرِيْ إِلَيْكَ، رَغْبَةً وَرَهْبَةً إِلَيْكَ، لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنْكَ إِلاَّ إِلَيْكَ، آمَنْتُ بِكِتَابِكَ الَّذِيْ أَنْزَلْتَ وَبِنَبِيِّكَ الَّذِيْ أَرْسَلْتَ

“Ya Allah, aku menyerahkan diri-ku kepadaMu, aku menyerahkan urusanku kepadaMu, aku menghadapkan wajahku kepadaMu, aku menyandarkan diriku kepadaMu, karena senang (mendapatkan rahmatMu) dan takut pada (siksaan)-Mu (bila melakukan kesalahan). Tidak ada tempat perlindungan dan penyelamatan dari (ancaman)Mu, kecuali kepadaMu. Aku beriman pada Kitab yang telah Engkau turunkan, dan (kebenaran) NabiMu yang telah Engkau utus.”

(Rasulullah صلى الله عله وسلام bersabda kepada orang yang membaca do’a itu; “Jika kamu mati, maka kamu mati di atas fithrah.” HR. Al-Bukhari 11/13 dengan Fathul Baari dan Muslim 4/2081.)