Friday, May 29, 2009

Vokabulari Al-Quran Surah 3 : Ali-'Imran

PERBENDAHARAAN KATA (VOKABULARI) HARFIYAH ALQURAN

Surah 3 : Ali-'Imran ( ءال عمران )


Surah Ali-'Imran ini telah diturunkan di Madinah sebanyak 200 ayat.

بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَحِيْمِ

Alif; Laam; Miim {1} = الـم
Taurat {3} = التَّوْرَاةَ
Injil = الإِنْجِيل
yang bersangatan {4} = شَدِيدٌ
yang mempunyai = ذُو
siksaan yang pedih = إِنْتِقَامٍ
ia tersembunyi {5} = يَخْفَى
ia merupakan; gambarkan {6} = يُصَوِّرُ ; (akar) ص و ر
kandungan2; rahim2 = الأَرْحَامِ
yang tegas {7} = مُحْكَمَاتٌ
ibu = أُمُّ
yang lain = أُخَرُ
yang sama serupa = مُتَشَابِهَاتٌ
adapun = أَمَّا
kesesatan; berkarat = زَيْغٌ
telah sama serupa ia = تَشَابَهَ
ta'wil; pengertian = تَأْوِيلِ
orang2 yang mendalam (ilmunya) = الرَّاسِخُونَ ; (akar) ر س خ
jangan Engkau gelincirkan (8) = لاَ تُزِغْ ; (akar) ز ي غ
telah memberi petunjuk Engkau = هَدَيْتَ
kurniakan oleh Engkau = هَبْ
Yang Amat Mengurnia = الْوَهَّابُ
yang mengumpulkan {9} = جَامِعُ
ia menyalahi; memungkiri = يُخْلِفُ
janji = الْمِيعَادَ
ia mengkayakan; melepaskan {10} = تُغْنِيَ
anak-anak = أَوْلاَدُ
bakaran; kayu api = وَقُودُ
keadaan; adat {11} = دَأْبِ
dosa-dosa = ذُنُوبٌ ; (mufrad) ذَنْبٌ
siksaan = الْعِقَابِ
dikalahkan (org) kami {12} = َتُغْلَبُونَ
dikumpulkan (org) kami = َتُحْشَرُونَ
tempat persediaan = الْمِهَادُ
dua puak/pasukan (p) {13} = فِئَتَيْنِ ; (mufrad) فِئَةٌ
telah bertemu ia (berdua) (p) = الْتَقَتَا ; (akar) ل ق ي
ia berperang (p) = تُقَاتِلُ ; (akar) ق ت ل
dua misal; dua kali = مِثْلَيْ
pandangan mata = رَأْيَ الْعَيْنِ
Ia meneguhkan = يُؤَيِّدُ
pengajaran = َعِبْرَةً
bagi orang2 yang mempunyai perhatian = لِأُولِي الْأَبْصَار
telah dihias (org) ia {14} = زُيِّنَ
menyintai = حُبُّ
beberapa keinginan; nafsu = الشَّهَوَاتِ ; (mufrad) شَهْوَةٌ
perempuan2 = النِّسَاءِ
anak2; cucu2 = الْبَنِينَ
longgok-longgokkan = الْقَنَاطِيرِ
yang di longgokkan = الْمُقَنْطَرَةِ
emas = الذَّهَبِ
perak = الْفِضَّةِ
kuda-kuda = الْخَيْلِ
yang bagus; yang ditandakan = الْمُسَوَّمَةِ
binatang ternakan = الأنْعَامِ
bekalan; matabenda = مَتَاعُ
sebaik-baik = حُسْنُ
tempat kembali = الْمَآبِ
adakah; mahukah {15} = أَ
aku khabarkan (beritahu) = أُنَبِّئُ
keredaan = رِضْوَانٌ
Maha Melihat = بَصِيْرٌ ; (masdar) بَصَارَةٌ
peliharakan oleh Engkau (akan) kami {16} = قِنَا
orang2 yang benar {17} = الصَّادِقِينَ
orang2 yang ta'at = الْقَانِتِينَ
orang2 yang membelanjakan = الْمُنْفِقِينَ
orang2 yang minta ampun = الْمُسْتَغْفِرِينَ
waktu2 dinihari = الأَسْحَارِ
telah menerangkan Ia {18} = شَهِدَ
Yang berdiri = قَائِمًا
Adil = الْقِسْطِ
(kerana) dengki {19} = بَغْيًا
Yang segera = سَرِيعُ
telah membantah (berhujjah) mereka {20} = حَاجُّواْ
telah mengikut ia = اِتَّبَعَ
orang2 yang buta huruf = َالْأُمِّيِّين
yang menyampaikan = َالْبَلاَغُ
telah hapus ia; sia-sia; gagal {22} = حَبِطَتْ ; (akar) ح ب ط
diajak (org) mereka {23} = يُدْعَوْنَ
orang2 yang berpaling = مُعْرِضُونَ
ia menyentuh {24} = تَمَسَّ
telah menipu ia = غَرَّ
mereka ada-adakan = يَفْتَرُونَ
telah disempurnakan (org) ia {25} = وُفِّيَتْ
Yang Memiliki {26} = مَالِكَ
Kekuasaan; Kerajaan = الْمُلْكِ
Engkau berikan = تُؤْتِي
Engkau cabutkan = تَنْزِعُ ; (akar) ن ز ع
Engkau muliakan = تُعِزُّ
Engkau hinakan = تُذِلُّ
ditangan Engkau = بِيَدِكَ
Engkau masukkan {27} = تُولِجُ ; (akar) و ل ج
ia jadikan; ia ambil {28} = يَتَّخِذُ
kamu menjaga diri (takut) = تَتَّقُواْ
(sebenar-benar) penjagaan = تُقَاةً
ia menakutkan = يُحَذِّرُ ; (akar) ح ذ ر
ia dapati {30} = تَجِدُ
yang disediakan = مُحْضَرًا
ia suka; ingin = تَوَدُّ
masa = أَمَدًا
yang jauh = بَعِيدًا
ia mengasihi {31} = يُحْبِبْ
taat olehmu {32} = أَطِيعُوا
keluarga Imran {33} = ءَالَ عِمْرَانَ
perempuan; isteri {35} = اِمْرَأَةُ
telah bernazar aku = نَذَرْتُ
perutku = بَطْنِي
yang dibebaskan = مُحَرَّرًا
terima oleh engkau = تَقَبَّلْ
telah melahirkan ia {36} = وَضَعْتُ
lelaki = الذَّكَرُ
telah menamakan (oleh) aku = سَمَّيْتُ ; (akar) س م و
aku lindungkan = أُعِيذُ ; (akar) ع و ذ
penerimaan {37} = قَبُولٍ
yang baik = حَسَنٍ
telah membesarkan ia; menumbuhkan = أَنْبَتَ
pertumbuhan (didikan) = نَبَاتًا
telah memelihara ia = كَفَّلَ
Zakariya = زَكَرِيَّا
Mihrab (tempat Imam>) = الْمِحْرَابَ
disitu {38} = هُنَالِكَ
telah menyeru ia; berdo'a = دَعَا
yang baik = طَيِّبَةً
telah memanggil ia {39} = نَادَتْ
yang berdiri = قَائِمٌ
ia bersembahyang = يُصَلِّي
ia menggembirakan = يُبَشِّرُ
Yahya = يَحْيَى
kalimat (wahyu) = كَلِمَةٍ
ketua; pemimpin = سَيِّدًا
yang terpelihara = حَصُورًا
seorang anak {40} = غُلامٌ ; (jamak) غِلْمَانٌ
tua = َالْكِبَرُ
perempuanku; isteriku = اِمْرَأَتِي
mandul (tidak boleh mengandung) = َعَاقِرٌ
tanda {41} = ءَايَةً
bahawa tidak boleh = ( أَلاَّ (أَنْ لاَ
engkau berkata-kata = تُكَلِّمَ
isyarat = رَمْزًا
bertasbihlah oleh engkau = سَبِّحْ
pada waktu malam = بِالْعَشِيِّ
waktu pagi = الإبْكَارِ
ta'at oleh engkau {43} = اُقْنُتِي
sujud oleh engkau = اُسْجُدِي
rukuk oleh engkau = اُرْكَعِي
perkhabaran (berita) {44} = أَنْبَاءٌ ; (mufrad) نَبَأٌ
Kami wahyukan = نُوحِي
disisi (bersama) = لَدَيْ
mereka melemparkan = يُلْقُونَ
kalam2; pena2 = أَقْلامَ ; (mufrad) قَلَمٌ
yang mana satu = أَيُّ
ia memelihara = يَكْفُلُ
mereka berbantah-batahan; berkelahi = يَخْتَصِمُونَ
Al-Masih {45} = الْمَسِيحُ
yang terkemuka; masyhur = وَجِيهًا
orang2 yang dihampirkan; didampingkan = الْمُقَرَّبِينَ
buaian {46} = الْمَهْدِ
masa tua = كَهْلاً
ia menyentuh aku {47} = يَمْسَسْنِي
manusia = بَشَرٌ
telah menentukan Ia = قَضَى
satu perkara = أَمْرًا
tanah {49} = الطِّينِ
rupa; gaya = هَيْئَةِ
burung = الطَّيْرِ ، طَيْرٌ ; (jamak) طَيُوْرٌ
aku tiup = أَنْفُخُ
aku sembuhkan = أُبْرِئُ
orang buta = الْأَكْمَهَ
yang berpenyakit sopak = اَلْأَبْرَصَ
aku hidupkan = أُحْيِي
aku khabarkan (beritahu) = أُنَبِّئُ
kamu simpan = تَدَّخِرُونَ
rumah-rumah = بُيُوتِ
aku halalkan {50}= أُحِلَّ
telah merasai ia {52}= أَحَسَّ
penolong2 ku = أَنْصَارِي
saksikan oleh engkau = اشْهَدْ
tuliskan oleh engkau {53} = اكْتُبْ
orang2 yang menyaksikan = الشَّاهِدِينَ
telah menipudaya mereka {54} = مَكَرُواْ
telah menipudaya ia = مَكَرَ
orang2 yang memperdayakan = الْمَاكِرِينَ
yang menyempurnakan {55} = مُتَوَفِّي
yang mengangkat = رَافِعُ
yang membersihkan = مُطَهِّرُ
tempat kembali = مَرْجِعُ
peringatan {58} = الذِّكْرِ
tanah {59} = تُرَابٍ
orang2 yang ragu-ragu {60} = الْمُمْتَرِينَ
marilah kamu {61} = تَعَالَوْا
kita ajak = نَدْعُ
kita berdo'a bersungguh-sungguh = نَبْتَهِلْ ; (masdar) إِبْتِهَالٌ ; (akar) ب ه ل
cerita2; kesah2 {62} = الْقَصَصُ ; قَصَّ ، يَقُصُّ ، قِصَّةٌ
yang bersamaan {64} = سَوَاءٍ
kita menyekutukan = َنُشْرِكَ
Tuhan2 = أَرْبَابًا ; (mufrad) رَبٌّ
kenapakah {65} = لِمَ
Ingat! Kamu = هَا أَنْتُمْ
telah berbantahan kamu (berhujah) = حَاجَجْتُمْ
sedekat-dekat; sehampir-hampir {68} = أَوْلَى
telah suka ia {69} = وَدَّتْ
mereka menyesatkan = يُضِلُّونَ
kamu campur-adukkan {71} = تَلْبِسُونَ
awal siang {72} = وَجْهَ النَّهَارِ
telah mengikut ia = تَبِعَ
diberi (orang) ia = يُؤْتَى
telah diberi (orang) kamu = أُوتِيتُمْ
keutamaan (kurnia) {73} = الْفَضْلَ
ditangan Allah = بِيَدِ اللهِ
Ia tentukan {74} = يَخْتَصُّ
engkau percayakan {75} = تَأْمَنْ
jumlah yang banyak; seribu dinar = قِنْطَارٍ
ia tunaikan = يُؤَدِّ
satu dinar = دِينَارٍ
sentiasa engkau; tetap = مَا دُمْتَ
jalan (untuk menanggung dosa) = سَبِيْلٌ ; (jamak) سُبُلٌ
dusta = الْكَذِبَ
telah menyempurnakan ia {76} = أَوْفَى
janji = عَهْدِهِ
sumpah-sumpah {77} = َأَيْمَانِ
bahagian = خَلاقَ
ia berkata-kata = يُكَلِّمُ
ia melihat = يَنْظُرُ
mereka memutar-mutarkan; mengubah {78} = يَلْوُونَ
lidah-lidah = أَلْسِنَتَ ; (mufrad) لِسَانٌ
kamu sangka = تَحْسَبُواْ
walhal bukan dia = وَمَا هُوَ
kebijaksanaan (hukum>) {79} = َالْحُكْمَ
kenabian = َالنُّبُوَّةَ
hamba-hamba = عِبَادًا
orang2 yang patuh = رَبَّانِيِّينَ
kamu membaca = تَدْرُسُونَ
perjanjian {81} = مِيثَاقَ
sesungguhnya apa jua = لَمَا
kamu mesti beriman = تُؤْمِنُنَّ
kamu mesti tolong = َتَنْصُرُنّ
telah mengaku kamu; berikrar = َأَقْرَرْتُمْ
perjanjianKu = إِصْرِي
mereka tuntut {83} = يَبْغُونَ
telah menyerah ia = أَسْلَمَ
sukarela = طَوْعًا
terpaksa = َكَرْهًا
anak2 cucu {84} = الأَسْبَاطِ
ia mencari {85} = يَبْتَغِ
diterima org ia (ia terima) = يُقْبَلَ
orang2 yang rugi = الْخَاسِرِينَ
telah mengaku mereka {86} = َشَهِدُواْ
ia diringankan {88} = يُخَفَّفُ
mereka diberi tempoh; ditangguhkan = يُنْظَرُونَ
telah kembali mereka; bertaubat {89} = تَابُواْ
telah membuat kebaikan mereka = َأَصْلَحُواْ
telah bertambah2 mereka {90} = ازْدَادُواْ
ia diterima = تُقْبَلَ
taubat = تَوْبَتُ
orang2 yang sesat = الضَّالُّونَ
sepenuh-penuhnya {91} = مِلْءُ
emas = ذَهَبًا
telah menebus ia = افْتَدَى
dan tidak ada bagi mereka = وَمَا لَهُمْ
orang2 yang menolong = نَاصِرِينَ

JUZUK 4

kamu mencapai {92} = تَنَالُواْ
kebaikan = الْبِرَّ
kamu belanjakan = تُنْفِقُواْ
halal {93} = حِلاًّ
telah ia haramkan = حَرَّمَ ; (masdar) تَحْرِيْمٌ
ia diturunkan = تُنَزَّلَ
bacalah olehmu akandia = أُتْلُوهَا
telah mengada-adakan ia {94} = أِفْتَرَى
telah benar ia {95} = صَدَقَ
yang cenderung kepada lurus = حَنِيفًا
tidak adalah dia; bukanlah dia = مَا كَانَ
yang pertama; yang awal {96} = أَوَّلَ
rumah = بَيْتٍ
telah diletakkan org ia; didirikan = وُضِعَ
Makkah = بَكَّةَ
yang diberkati = مُبَارَكًا
beberapa tanda {97} = ءَايَاتٌ
beberapa keterangan yang nyata = بَيِّنَاتٌ
telah masuk ia = خَلَ
yang aman = ءَامِنًا
menuju; berhaji = حِجُّ
telah berupaya ia; sanggup; mampu = اِسْتَطَاعَ
jalan = سَبِيلا
menyaksikan; melihat {98} = شَهِيدٌ
kamu menghalangi; memalingkan {99} = تَصُدُّونَ ; (masdar) صَدٌّ
kamu bertujuan; menghendaki = تَبْغُونَ
(menjadi) bengkok = عِوَجًا
mereka kembalikan {100} = يَرُدُّوا ; (masdar) رَدٌّ
kamu taat = تُطِيعُواْ
telah dibacakan ia {101} = تُتْلَى
ia berpegang teguh = يَعْتَصِمْ
sesungguhnya = قَدْ
telah dipimpin org ia = هُدِيَ
sebenar-benar {102} = حَقَّ
berpegang teguh olehmu {103} = اعْتَصِمُواْ
tali = حَبْلِ
jangan kamu bercerai-berai; berpecah-belah = لاَ تَفَرَّقُواْ
bermusuh-musuhan = أَعْدَاءً
telah menjinakkan ia = أَلَّفَ
telah jadi kamu = أَصْبَحْتُمْ
kurniaan = نِعْمَتِ
bersaudara = إِخْوَانًا ; (mufrad) أَخٌ
ditepi = شَفَا
lubang; jurang = حُفْرَةٍ
telah ia lepaskan = أَنْقَذَ
hendaklah ia ada {104} = لِ تَكُنْ
satu golongan = أُمَّةٌ
mereka menegah = يَنْهَوْنَ
kejahatan = الْمُنْكَرِ
telah berpecah-belah mereka {105} = تَفَرَّقُواْ
ia jadi putih {106} = تَبْيَضُّ ; (akar) ب ي ض
muka-muka = وُجُوهٌ ; (mufrad) وَجْهٌ
ia jadi hitam = تَسْوَدُّ
telah jadi hitam ia = اِسْوَدَّتْ
rasai olehmu = ذُوقُواْ
telah jadi putih ia {107} = اِبْيَضَّتْ
kezaliman {108} = ظُلْمًا
sebaik-baik umat {110} = خَيْرَ أُمَّة
telah dikeluarkan ia; diadakan = أُخْرِجَتْ
mereka memberi bahaya {111} = يَضُرُّو
mereka hadapkan; berpaling = يُوَلُّو
ke belakang = الاَدْبَارَ ; (mufrad) دُبُرٌ
kehinaan {112} = الذِّلَّةُ
telah dijumpai mereka = ثُقِفُواْ
telah kembali mereka; layaklah mereka = بَاءُواْ
tidaklah mereka {113} = لَيْسُواْ
golongan yang lurus = أُمَّةٌ قَائِمَةٌ
mereka membaca = يَتْلُونَ
sepanjang waktu = ءَانَاءَ
mereka bersegera; berlumba-lumba {114} = يُسَارِعُونَ
mereka di ingkari/dinafikan (pahalanya) {115} = يُكْفَرُواْ
ia mempertahankan; menolak {116} = تُغْنِيَ
angin {117} = رِيحٌ ; (jamak) رِيَاحٌ
angin yang sangat sejuk (dan kencang) = صِرٌّ
telah menimpa ia = أَصَابَتْ
telah membinasakan ia = أَهْلَكَتْ
sahabat karib; penyimpan rahsia {118} = بِطَانَةً
mereka tidak henti-henti = يَأْلُونَ ; (masdar) أُلُوٌ
(menimbulkan) kecelakaan = خَبَالاً
telah ingin mereka; suka = وَدُّواْ
telah mendapat susah kamu = عَنِتُّمْ ; (akar) ع ن ت
telah nyata ia = بَدَتِ
kebencian = الْبَغْضَاءُ
mulut-mulut = أَفْوَاهِ ; (mufrad) فَوْهٌ
ia sembunyikan = تُخْفِي
dada-dada; hati-hati = صُدُورُ
lebih besar = أَكْبَرُ
telah Kami terangkan = بَيَّنَّا
kamu ini {119} = هَا أَنْتُمْ
orang2 yang = أُولآءِ
semuanya = كُلِّهِ
telah menemui mereka = لَقُواْ
telah lenyap mereka (terpencil/menyendiri) = خَلَواْ
telah menggigit mereka = عَضُّواْ
jari-jari = اْلأَنَامِلَ
kemarahan = الْغَيْظِ
matilah kamu = مُوتُواْ
yang ada; yang empunya = ذَاتِ
ia menyentuh {120} = تَمْسَسْ ; (akar) م س س
ia menyusahkan (hati) = تَسُؤْ
kejahatan = سَيِّئَةٌ
mereka gembira = يَفْرَحُواْ
kamu bersabar = تَصْبِرُواْ
ia bahayakan; memudharatkan = يَضُرُّ
tipudaya = كَيْدُ
yang meliputi = مُحِيطٌ
telah berjalan pagi-pagi engkau {121} = غَدَوْتَ ; (akar) غ د و
ahli engkau; keluarga engkau = أَهْلِكَ
engkau menempatkan = تُبَوِّئُ
tempat2 kedudukan = مَقَاعِدَ ; (mufrad) مَقْعَدٌ
peperangan = الْقِتَالِ
telah mencita-citakan ia; ingin {122} = هَمَّتْ
dua golongan = طَائِفَتَانِ
ia (kedua-duanya) jadi lemah = تَفْشَلاَ
ia berserah diri = تَوَكَّلِ
telah menolong ia {123} = نَصَرَ
peperangan Badar = بَدْرٍ
orang2 yang lemah = أَذِلَّةٌ ; (mufrad) ذَلِيْلٌ
adakah tidak akan {124} = أَلَنْ
ia cukup = يَكْفِيَ
ia tambah; bantu; menolong = يُمِدَّ
tiga ribu = ثَلاثَةِ ءَالاَفٍ
orang2 yang diturunkan = مُنْزَلِينَ
ketika itu; masa itu{125} = فَوْرِ
ia tambah; bantu; menolong = يُمْدِدْ
lima ribu = خَمْسَةِ ءَالَفٍ
orang2 yang menyerbu; memakai tanda = مُسَوِّمِينَ
khabar gembira {126} = بُشْرَى
supaya ia putuskan; binasakan {127} = لِيَقْطَعَ
satu bahagian = طَرَفًا
Ia mendukacitakan; hinakan = يَكْبِتَ
mereka kembali = يَنْقَلِبُواْ ; (masdar) إِنْقِلَابٌ
orang2 yang kecewa; hampa = خَائِبِينَ
suatu urusan {128} = اْلأَمْرِ
Ia memberi (terima) taubat = يَتُوبَ
bergand-ganda {130} = أَضْعَافًا
berlipat-lipat ganda = أَضْعَافًا مُّضَاعَفَةً
kamu dirahmati {132} = تُرْحَمُونَ
bersegeralah olehmu {133} = سَارِعُواْ ; (akar) س ر ع
keampunan = مَغْفِرَةٍ
luas; lebar = عَرْضُ
masa senang {134} = السَّرَّاءِ
masa susah = الضَّرَّاءِ
orang2 yang menahan = الْكَاظِمِينَ
orang2 yang memaafkan = الْعَافِينَ
telah membuat mereka; melakukan; mengerjakan {135} = فَعَلُواْ
satu perbuatan keji = فَاحِشَةً
telah ingat mereka = ذَكَرُواْ
telah meminta ampun mereka = اسْتَغْفَرُواْ
tiada siapa .... melainkan = مَنْ ..... إِلاَّ
mereka berdegil; tetap = يُصِرُّواْ
sebaik-baik {136} = نِعْمَ
contoh2; cara-cara {137} = سُنَنٌ
berjalan lah olehmu = سِيرُواْ
lihat olehmu = أُنْظُرواْ
akibat; kesudahan = عَاقِبَةُ
orang2 yang mendustakan = الْمُكَذِّبِينَ
penerangan {138} = بَيَانٌ
pengajaran; nasihat = مَوْعِظَةٌ
jangan kamu lemah {139} = لاَ تَهِنُواْ
jangan kamu bersedih hati; berdukacita = لاَ تَحْزَنُواْ
orang2 yang paling tinggi = اْلأَعْلَوْنَ
luka {140} = قَرْحٌ
telah menyentuh ia = مَسَّ
kami edarkan (gilirkan) = نُدَاوِلُ ; (masdar) دَوْلٌ
Ia suka = يُحِبُّ
ia membersihkan; menyaring {141} = يُمَحِّصَ
ia hapuskan = يَمْحَقَ
telah kamu sangka {142} = حَسِبْتُمْ
belum = لَمَّا
telah bersungguh mereka = جَاهَدُواْ
kamu mencita-citakan {143} = تَمَنَّوْنَ
kamu temui = تَلْقَوْا
telah melihat oleh kamu (telah kamu fikirkan) = رَأَيْتُمُواْ
telah mati ia {144} = مَّاتَ
telah dibunuh (org) ia = قُتِلَ
telah berpaling/berbalik kamu = انْقَلَبْتُمْ
tumit-tumit (kebelakang) = أَعْقَابِ ; (mufrad) عَقِبٌ
dua tumitnya (berbalik kebelakang) = عَقِبَيْهِ

Nota: Ungkapan يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ yang makna literalnya "ia berpaling atas dua tumitnya" bermaksud berbalik kebelakang iaitu ia kembali kepada keadaan sebelumnya (kafir).

ia menyusahkan = يَضُرَّ
ia membalas = يَجْزِي
orang2 yang berterimakasih; bersyukur = الشَّاكِرِينَ
ia mati {145} = تَمُوتَ
tulisan = كِتَابًا
yang ditentukan tempohnya = مُؤَجَّلاً
ia berkehendak = يُرِدْ
balasan; pahala = ثَوَابَ
kami beri = نُؤْتِ
berapa banyak {146} = كَأَيِّنْ
kumpulan yang ramai = رِبِّيُّونَ
telah lemah mereka; letih = وَهَنُواْ
telah lesu mereka = ضَعُفُواْ
telah tunduk mereka; mundur = اِسْتَكَانُواْ
keterlaluan; melampaui batas {147} = إِسْرَافَ
tetapkanlah oleh Engkau = ثَبِّتْ
telah mendatangkan ia {148} = ئَاتَ
mereka tolakkan; palingkan {149} = يَرُدُّو
kamu kembali = تَنْقَلِبُواْ
pemimpin; pengadil {150} = مَوْلَى ؛ مَوْلاَ
orang2 yang menolong = النَّاصِرِينَ
kami lemparkan {151} = نُلْقِي
ketakutan = الرُّعْبَ
keterangan = سُلْطَانًا
tempat kembali = مَأْوَى
sejahat-jahat = بِئْسَ
tempat tinggal = مَثْوَى
perjanjian {152} = وَعْدَ
kamu membunuh bersungguh2 (lanyak) = تَحُسُّونَ ; (masdar) حَسٌّ
telah jadi lemah kamu (gagal) = فَشِلْتُمْ ; (akar) ف ش ل
telah berbantahan kamu = تَنَازَعْتُمْ
telah derhaka kamu = عَصَيْتُمْ ; (masdar) مَعْصِيَةٌ ، عِصْيَانٌ
Ia perlihatkan (tunjukkan) = أَرَى
telah memalingkan ia = صَرَفَ
Ia menguji = يَبْتَلِى
telah Ia maafkan = عَفَا
kamu berundur lari; naik {153} = تُصْعِدُونَ ; (akar) ص ع د
kamu berpaling; menoleh = تَلْوُونَ
ia menyeru; memanggil = يَدْعُواْ
belakang; pihak lain = أُخْرَا
telah mengenakan ia; membalas = أَثَابَ
kesusahan hati; kesedihan = غَمًّا / غَمٍّ
supaya tidak = لِكَيْلاَ
telah luput ia = فَاتَ
amat mengetahui (dengan mendalam>) = خَبِيرٌ
keamanan {154} = أَمَنَةً
mengantuk = نُعَاسًا
ia menutup; mengenai = يَغْشَى ; (akar) غ ش ي
telah mementingkan ia = أَهَمَّتْ
sangkaan orang2 jahiliyah = ظَنَّ الْجَاهِلِيَّةِ
adakah tidak = هَلْ
mereka sembunyikan = يُخْفُونَ
mereka nampakkan = يُبْدُونَ
telah dibunuh (org) kita = قُتِلْنَا
disini = هَا هُنَا
telah keluar ia = بَرَزَ
telah ditulis ia ; ditakdirkan = كُتِبَ
pembunuhan; terbunuh = الْقَتْلُ
tempat2 baring = مَضَاجِعِ
telah bertemu ia {155} = الْتَقَى
dua kumpulan = الْجَمْعَانِ
telah menggelincirkan ia = اِسْتَزَلَّ
telah berjalan mereka {156} = ضَرَبُواْ
angkatan perang = غُزًّى ; (mufrad) penyerang الغَزِي
penyesalan = حَسْرَةً
demi sesungguhnya {157} = لَئِن
telah mati kamu = مُتُّمْ
mereka kumpulkan = يَجْمَعُونَ
kamu akan dihimpunkan {158} = تُحْشَرُوْنَ ; (akar) ح ش ر
maka dengan sebab {159} = فَبِمَا
telah berlemah-lembut engkau = لِنْتَ ; لَانَ ، يَلْيِنُ
kasar = فَظًّا
keras hati = غَلِيظَ الْقَلْبِ
telah bertempiaran mereka = اِنْفَضُّواْ
bermesyuaratlah oleh engkau = شَاوِرْ ; (masdar) مُشَاوَرَةٌ
telah berazam engkau; buat keputusan = عَزَمْتَ
berserah dirilah engkau = تَوَكَّلْ
yang mengalahkan; menang {160} = غَالِبَ
ia biarkan rendah; ia hinakan = يَخْذُلْ
ia menipu {161} = يَغُلَّ ؛ يَغْلُلْ
telah menipu ia = غَلَّ
telah kembali ia {162} = بَاءَ
kemurkaan = سَخَطٍ
beberapa darjat; pangkat {163} = دَرَجَاتٌ
telah mengurniakan ia {164} = مَنَّ
telah membangkitkan ia = بَعَثَ
kesesatan = ضَلاَلٍ
adakah patut apabila; apakah diwaktu {165} = أَوَلَمَّا
telah mengenai kamu = أَصَبْتُمْ
dua umpamanya = مِثْلَيْهَا
bagaimanakah = أَنَّى
telah munafik mereka {167} = نَافَقُواْ
tolak/bela olehmu = اِدْفَعُواْ
telah mengikut kami = اِتَّبَعْنَا
hari itu = يَوْمَئِذٍ
lebih hampir = أَقْرَبُ
saudara-saudara {168} = إِخْوَانِ
telah duduk dibelakang mereka = قَعَدُواْ
telah mengikut mereka = أَطَاعُواْ
telah dibunuh mereka = قُتِلُواْ
tolak olehmu = اِدْرَءُواْ
jangan sekali2 engkau sangka {169} = لاَ تَحْسَبَنَّ
mereka diberikan rezki = يُرْزَقُونَ
orang2 yg bersukacita {170} = فَرِحِينَ
mereka bergembira = يَسْتَبْشِرُونَ
mereka berhubung = يَلْحَقُواْ
dibelakang = خَلْفِ
ketakutan = خَوْفٌ
ia sia-siakan {171} = يُضِيعُ
telah memperkenankan mereka; menta'ati {172} = إِسْتَجَابُواْ
telah berbuat baik mereka = أَحْسَنُواْ
telah mengumpulkan mereka {173} = جَمَعُواْ
takut olehmu = إِخْشَوْا
telah menambah ia = زَادَ
cukuplah untuk kami = حَسْبُنَا
penjaga; pelindung = الْوَكِيلُ
telah kembali mereka {174} = إِنْقَلَبُواْ
kejahatan / bahaya = سُوءٌ
ia menakut-nakutkan {175} = يُخَوِّفُ
sahabat2 / pengikut2 = أَوْلِيَآءَ
jangan kamu takut = لاََ تَخَافُواْ
takut olehmu kepadaKu = خَافُونِ
janganlah ia mendukacitakan {176} = لاَ يَحْزُنْكَ
bahagian = حَظًّا
jangan sekali2 ia sangka {178} = لاَ يَحْسَبَنَّ
bahawasanya tidak lain = أَنَّمَا
kami tangguhkan; biarkan = نُمْلِي
mereka bertambah = يَزْدَادُواْ
ia biarkan {179} = يَذَرَ
ia bezakan = يَمِيزَ
yang buruk = الْخَبِيثَ
yang baik = الطَّيِّبِ
ia beritahu = يُطْلِعَ
ia memilih = يَجْتَبِي
berimanlah olehmu = ءَامِنُواْ
mereka bakhil; kikir {180} = يَبْخَلُونَ ; (akar) ب خ ل
kejahatan; keburukan = شَرٌّ
mereka akan digantung (pada leher) = سَيُطَوَّقُونَ
telah bakhil mereka = بَخِلُواْ
segala warisan = مِيرَاثُ
telah mendengar Ia {181} = سَمِعَ
papa; fakir = فَقِيرٌ
orang2 kaya = أَغْنِيَآءُ ; (mufrad) غَنِيٌّ
akan kami catitkan = سَنَكْتُبُ
yang membakar = الْحَرِيقِ
yang terlalu menganiaya {182} = ظَلاَّمٍ
hamba-hamba = اِلْعَبِيدِ
telah menjanjikan ia {183} = عَهِدَ
satu qurban = قُرْبَانٍ
ia memakan = تَأْكُلُ
sebelumku = قَبْلِي
telah didustakan ia {184} = كُذِّبَ
telah datang mereka = جَاءُواْ
beberapa kitab = الزُّبُرِ
yang menerangi = الْمُنِيرِ ; (akar) ن و ر
akan merasai {185} = ذَآئِقَةُ
kamu disempurnakan = تُوَفَّوْنَ
upah-upah; ganjaran = أُجُورَ ; (mufrad) أَجْرٌ
telah dijauhkan ia = زُحْزِحَ
telah dimasukkan ia = أُدْخِلَ
telah menang ia; selamat = فَازَ ; (masdar) فَوْزٌ
tipuan; memperdayakan = الْغُرُورِ
demi sesungguhnya {186}= لَ
kamu mesti akan diuji = تُبْلَوُنَّ
kamu mesti akan dengar = تَسْمَعُنَّ
patut diutamakan (diambil berat) = عَزْمِ
urusan-urusan = اْلأُمُورِ
kamu mesti terangkan {187} = تُبَيِّنُنَّ
telah melontarkan ia = نَبَذُواْ
mereka bergembira {188} = يَفْرَحُونَ
telah melakukan mereka = أَتَواْ
mereka dipuji = يُحْمَدُواْ ; (akar) ح م د
yang terlepas; menang = مَفَازَةٍ
mereka mengingati {191} = يَذْكُرُونَ
berdiri = قِيَامًا
duduk = قُعُودًا
rusuk2 pembaringan (mengiring) = جُنُوبِ ; (mufrad) جَنْبٌ
telah engkau jadikan = خَلَقْتَ
yang sia-sia = بَاطِلاً
engkau masukkan {192} = تُدْخِلِ
telah Engkau hinakan = أَخْزَيْتَ ; (akar) خ ز ي
seorang penolong = أَنْصَارٍ
seorang penyeru {193} = مُنَادِيًا
ia menyeru = يُنَادِي
hapuskan oleh Engkau = كَفِّرْ
kejahatan2 (kesalahan2) = سَيِّئَاتِ
sempurnakan oleh Engkau = تَوَفَّ
orang2 yang berjasa = اْلأَبْرَارِ
telah Engkau janjikan {194} = وَعَدْتَّ
jangan Engkau hinakan = لاَ تُخْزِ
tlh memperkenankan ia {195} = إِسْتَجَابَ
aku sia-siakan = أُضِيعُ
amalan = عَمَلَ
yang beramal = عَامِلٍ
lelaki = ذَكَرٍ
perempuan = أُنْثَى
telah dikeluarkan mereka = أُخْرِجُواْ
telah disakiti mereka = أُوذُواْ
telah berperang mereka = قَاتَلُواْ
telah dibunuh mereka = قُتِلُواْ
aku mesti hapuskan = أُكَفِّرَنَّ
aku mesti masukkan = أُدْخِلَنَّ
jangan sekali-kali ia menipu {196} = لاَ يَغُرَّنَّ
kebebasan (bebas kesana-sini) = تَقَلُّبُ
negeri-negeri = الْبِلاَدِ
sambutan; pemberian {198} = نُزُلاً
ada orang yang {199} = لَمَنْ
bersabarlah olehmu {200} = أَصْبِرُواْ
tingkatkan kesabaran olehmu = صَابِرُواْ
bersedialah olehmu = رَابِطُواْ

Friday, May 22, 2009

Pelajaran 44

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Kita sambung pelajaran menterjemah seterusnya dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-


Surah 3 : Ali-'Imran ( Ayat 186 - 200)


لَتُبْلَوُنَّ فِي أَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَلَتَسْمَعُنَّ مِّنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ
مِنْ قَبْلِكُمْ وَمِنَ الَّذِينَ أَشْرَكُواْ أَذًى كَثِيرًا وَإِنْ تَصْبِرُواْ وَتَتَّقُواْ
(186) فَإِنَّ ذَلِكَ مِنْ عَزْمِ اْلأُمُورِ

وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ لَتُبَيِّنُنَّهُ لِلنَّاسِ وَلاَ تَكْتُمُونَهُ
(187) فَنَبَذُوهُ وَرَاءَ ظُهُورِهِمْ وَاشْتَرَوْاْ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلاً فَبِئْسَ مَا يَشْتَرُونَ

لاَ تَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَفْرَحُونَ بِمَآ أَتَواْ وَّيُحِبُّونَ أَنْ يُحْمَدُواْ بِمَا لَمْ يَفْعَلُواْ
(188) فَلاَ تَحْسَبَنَّهُمْ بِمَفَازَةٍ مِّنَ الْعَذَابِ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

(189) وَلِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَاللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ
(190) لَئَآيَاتٍ لِّأُولِي اْلأَلْبَابِ

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ
فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلاً
(191) سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

(192) رَبَّنَا إِنَّكَ مَنْ تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ

رَبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلْإِيمَانِ أَنْ ءَامِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَئَامَنَّا
(193) رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ اْلأَبْرَارِ

رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدْتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ
(194) إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لآ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنْكُمْ مِّنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى
بَعْضُكُمْ مِّنْ بَعْضٍ فَالَّذِينَ هَاجَرُواْ وَأُخْرِجُواْ مِنْ دِيَارِهِمْ وَأُوذُواْ
فِي سَبِيلِي وَقَاتَلُواْ وَقُتِلُواْ لَأُكَفِّرَنَّ عَنْهُمْ سَيِّئَاتِهِمْ وَلَأُدْخِلَنَّهُمْ
جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ ثَوَابًا مِّنْ عِنْدِ اللَّهِ
(195) وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الثَّوَابِ

(196) لاَ يَغُرَّنَّكَ تَقَلُّبُ الَّذِينَ كَفَرُواْ فِي الْبِلاَدِ

(197) مَتَاعٌ قَلِيلٌ ثُمَّ مَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

لَكِنِ الَّذِينَ اتَّقَوْاْ رَبَّهُمْ لَهُمْ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ خَالِدِينَ
(198) فِيهَا نُزُلاً مِّنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِّلْأَبْرَارِ

وَإِنَّ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ لَمَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَمَآ أُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِمْ
خَاشِعِينَ لِلَّهِ لاَ يَشْتَرُونَ بِئَايَاتِ اللَّهِ ثَمَنًا قَلِيلاً أُولَئِكَ لَهُمْ أَجْرُهُمْ
(199) عِنْدَ رَبِّهِمْ إِنَّ اللَّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ

يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللَّهَ
(200) لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ


Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-


demi sesungguhnya {186}= لَ

kamu mesti akan diuji = تُبْلَوُنَّ

kamu mesti akan dengar = تَسْمَعُنَّ

patut diutamakan (diambil berat) = عَزْمِ

urusan-urusan = اْلأُمُورِ

kamu mesti terangkan {187} = تُبَيِّنُنَّ

telah melontarkan ia = نَبَذُواْ

mereka bergembira {188} = يَفْرَحُونَ

telah melakukan mereka = أَتَواْ

mereka dipuji = يُحْمَدُواْ

yang terlepas; menang = مَفَازَةٍ

mereka mengingati {191} = يَذْكُرُونَ

berdiri = قِيَامًا

duduk = قُعُودًا

rusuk2 pembaringan = جُنُوبِ

telah engkau jadikan = خَلَقْتَ

yang sia-sia = بَاطِلاً

engkau masukkan {192} = تُدْخِلِ

telah Engkau hinakan = أَخْزَيْتَ

seorang penolong = أَنْصَارٍ

seorang penyeru {193} = مُنَادِيًا

ia menyeru = يُنَادِي

hapuskan oleh Engkau = كَفِّرْ

kejahatan2 (kesalahan2) = سَيِّئَاتِ

sempurnakan oleh Engkau = تَوَفَّ

orang2 yang berjasa = اْلأَبْرَارِ

telah Engkau janjikan {194} = وَعَدْتَّ

jangan Engkau hinakan = لاَ تُخْزِ

tlh memperkenankan ia {195} = إِسْتَجَابَ

aku sia-siakan = أُضِيعُ

amalan = عَمَلَ

yang beramal = عَامِلٍ

lelaki = ذَكَرٍ

perempuan = أُنْثَى

telah dikeluarkan mereka = أُخْرِجُواْ

telah disakiti mereka = أُوذُواْ

telah berperang mereka = قَاتَلُواْ

telah dibunuh mereka = قُتِلُواْ

aku mesti hapuskan = أُكَفِّرَنَّ

aku mesti masukkan = أُدْخِلَنَّ

jangan sekali-kali ia menipu {196} = لاَ يَغُرَّنَّ

kebebasan (bebas kesana-sini) = تَقَلُّبُ

negeri-negeri = الْبِلاَدِ

sambutan; pemberian {198} = نُزُلاً

ada orang yang {199} = لَمَنْ

bersabarlah olehmu {200} = أَصْبِرُواْ

tingkatkan kesabaran olehmu = صَابِرُواْ

bersedialah (kekuatan) olehmu = رَابِطُواْ


PERHATIAN

Pada Ayat 186 diatas, لَ yang diletak di awal kalimat لَتُبْلَوُنَّ bersekali dengan نّ (Nun bersabdu) diakhir kalimat tersebut, bertujuan memberikan penekanan sekuat-kuatnya (sungguh-sungguh/berganda kuatnya) kepada maksud kalimat Mudhari' itu dengan diberikan makna " demi sesungguhnya " dan " mesti " iaitu "Demi sesungguhnya, kamu mesti akan diuji"

Penekanan berganda yang sama juga terdapat pada kalimat-kalimat berikut:-

لَتَسْمَعُنَّ = demi sesungguhnya, kamu mesti akan dengar...

لَأُكَفِّرَنَّ = demi sesungguhnya Aku mesti hapuskan...

لَأُدْخِلَنَّ = demi sesungguhnya Aku mesti masukkan ...



---oooOooo---


Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 186 - 200)

186) Demi sesungguhnya, kamu mesti akan diuji pada harta benda kamu dan diri-diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu mesti akan dengar dari orang-orang yang telah diberi mereka Kitab daripada sebelum kamu dan (juga) dari orang-orang yang telah menyekutukan (syirik) mereka; gangguan yang banyak. Dan jika kamu bersabar dan kamu bertaqwa maka sesungguhnya itu daripadanya patut diutamakan urusan-urusan (itu).

187) Dan (ingatlah) ketika telah mengambil ia (oleh) Allah (akan) perjanjian orang-orang yang telah diberikan mereka Kitab: "Hendaklah kamu mesti menerangkannya kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian telah melimparkan ia akandia ke belakang belakang mereka, dan telah menjual ia akandia (dengan) harga yang sedikit. Maka sejahat-jahat apa yang mereka menjual.

188) Jangan sekali-kali engkau sangka orang-orang yang mereka bergembira dengan apa yang telah melakukan mereka, dan mereka suka bahawa mereka dipuji dengan/terhadap apa yang telah tidak mereka kerjakan, maka jangan sekali-kali engkau sangka mereka terlepas/terselamat dari seksa, dan bagi mereka azab yang amat pedih.

189) Dan bagi Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah atas tiap-tiap sesuatu, Maha Berkuasa.

190) Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran;

191) (iaitu) orang-orang yang mereka ingat (akan) Allah (semasa) berdiri dan duduk dan atas rusuk2 pembaringan, dan mereka berfikir pada kejadian langit dan bumi: "Ya Tuhan kami! tidaklah telah Engkau jadikan (benda-benda) itu dengan sia-sia. Maha suci engkau, maka peliharalah kami (dari) azab api neraka;

192) Ya Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau, sesiapa Engkau masukkan (kedalam) api neraka maka sesungguhnya telah Engkau hinakan dia, dan tidaklah bagi orang-orang yang zalim (itu) seorang Penolong (pun);

193) Ya Tuhan kami! Sesungguhnya kami, telah mendengar kami seorang penyeru, ia menyeru kepada iman. "Percayalah olehmu dengan (kepada) Tuhanmu", maka telah beriman kami. Ya Tuhan kami, maka ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskan oleh Engkau daripada kami kejahatan2 kami, dan sempurnakan oleh Engkau (akan) kami bersama (dengan) orang-orang yang berjasa;

194) Ya Tuhan kami! dan berilah kami apa yang telah Engkau janjikan (akan) kami atas (melalui) Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami (pada) hari Kiamat. Sesungguhnya Engkau, tidaklah Engkau memungkiri janji".

195) Maka telah memperkenankan Ia bagi mereka (oleh) Tuhan mereka: "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amalan orang-orang yang beramal dari (kalangan) kamu, daripda lelaki atau perempuan, sebahagian kamu daripada sebahagian yang lain. Maka orang-orang yang telah berpindah mereka, dan telah dikeluarkan mereka dari kampung-kampung mereka, dan telah disakiti mereka pada JalanKu, dan telah berperang mereka, dan telah dibunuh mereka. Demi sesungguhnya Aku mesti hapuskan daripada mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan demi sesungguhnya Aku mesti akan masukkan mereka (kedalam) beberapa kebun (Syurga) ia mengalir dari bawahnya sungai-sungai (iaitu) ganjaran (pahala) dari sisi Allah. Demi Allah disisiNya sebaik-baik ganjaran".

196) Jangan sekali-kali ia menipu engkau, {iaitu} kebebasan orang-orang yang telah ingkar mereka dalam negeri (itu).

197) (Itu hanyalah) bekalan yang sedikit, kemudian tempat kembali mereka (ialah) neraka Jahannam, dan (itulah) sejahat-jahat tempat persediaan.

198) Akan tetapi orang-orang yang telah bertaqwa mereka (kepada) Tuhan mereka, bagi mereka beberapa kebun (Syurga-Syurga) ia mengalir dari bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, pemberian dari sisi Allah, dan apajua yang disisi Allah lebih baik bagi orang-orang yang berjasa.

199) Dan sesungguhnya sebahagian daripada Ahli Kitab, ada orang yang ia beriman dengan Allah dan apa yang telah diturunkan ia kepada kamu dan apa yang telah diturunkan ia kepada mereka, mereka khusyuk dengan Allah, tidaklah mereka menjual ayat-ayat Allah (dengan) harga yang sedikit. Orang2 itu bagi mereka ganjaran mereka disisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah yang segera hitunganNya.

200) Hai orang-orang yang telah beriman mereka! Bersabarlah olehmu, dan tingkatkanlah kesabaran olehmu, dan bersedialah olehmu, dan bertaqwalah kamu kepada Allah supaya (mudah-mudahan) kamu, kamu beroleh kemenangan (berjaya).



TERJEMAHAN MAKSUD SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 186 - 200) MENGIKUT TATABAHASA BAHASA MALAYSIA

[186] Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik - banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang patut diambil berat (melakukannya).

[187] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari orang-orang yang telah diberikan Kitab (iaitu): "Hendaklah kamu menerangkan isi Kitab itu kepada umat manusia, dan jangan sekali-kali kamu menyembunyikannya". Kemudian mereka membuang (perjanjian setia) itu ke belakang mereka, serta mereka menukarnya dengan mengambil faedah dunia yang sedikit. Maka amatlah buruknya apa yang mereka dapati dari penukaran itu.

[188] Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan, maka jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya.

[189] Dan bagi Allah jualah kuasa pemerintah langit dan bumi, dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[190] Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;

[191] (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci engkau. Maka peliharalah Kami dari azab neraka;

[192] Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya, dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun;

[193] Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman (dengan berkata): "Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu", maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti;

[194] Wahai Tuhan kami! berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-RasulMu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji".

[195] Maka Tuhan mereka perkenankan doa mereka (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan, (kerana) setengah kamu (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain. Maka orang-orang yang berhijrah (kerana menyelamatkan ugamanya), dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya, dan juga yang disakiti (dengan berbagai-bagai gangguan) kerana menjalankan ugamaKu, dan yang berperang (untuk mempertahankan Islam), dan yang terbunuh (gugur Syahid dalam perang Sabil), sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka, dan sesungguhnya Aku akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, sebagai pahala dari sisi Allah. Dan di sisi Allah jualah pahala yang sebaik-baiknya (bagi mereka yang beramal soleh)".

[196] Jangan sekali-kali engkau (wahai Muhammad) terpedaya oleh usaha gerakan orang-orang yang kafir di dalam negeri (yang membawa keuntungan-keuntungan kepada mereka).

[197] (Semuanya) itu hanyalah kesenangan yang sedikit (akhirnya akan lenyap), kemudian tempat kembali mereka neraka Jahannam; dan itulah seburuk-buruk tempat ketetapan.

[198] Tetapi orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka, mereka beroleh Syurga-Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya, sebagai tempat sambutan tetamu dari Allah. Dan (ingatlah) apa jua yang ada di sisi Allah adalah lebih bagi orang-orang yang berbakti.

[199] Dan sesungguhnya di antara Ahli Kitab, ada orang yang beriman kepada Allah dan (kepada) apa yang diturunkan kepada kamu (Al-Quran) dan juga (kepada) apa yang diturunkan kepada mereka, sedang mereka khusyuk kepada Allah dengan tidak menukarkan ayat-ayat Allah untuk mengambil keuntungan dunia yang sedikit. Mereka itu beroleh pahalanya di sisi Tuhan mereka. Sesungguhnya Allah amat segera hitungan hisabNya.

[200] Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu, dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).



<<<<<>>>>>

PERHATIAN

Dengan ini sempurnalah sudah pelajaran menterjemah Surah Ali-'Imran keseluruhannya. Pelajaran menterjemah selepas ini iaitu untuk Surah An-Nisa' akan diusahakan selepas ini.

Monday, May 18, 2009

Tatabahasa Al-Quran 28

KATA-KATA PENGHUBUNG
( CONJUNCTIONS )


1) وَ (dan) digunakan untuk menghubungkan dua kalimat Isim (Kata Nama) atau dua ayat; contoh:-

وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas Baitullah itu (2:127)

(2) إِذَا زُلْزِلَتِ اْلأَرْضُ زِلْزَالَهَا (1) وَأَخْرَجَتِ اْلأَرْضُ أَثْقَالَهَا
Apabila bumi digegarkan dengan gegarannya, dan bumi mengeluarkan segala isinya (99:1-2)


وَ (padahal/sedang) digunakan untuk menghubungkan dua ayat. Sebagaimana yang kita maklum, apabila وَ bertemu dengan Dhamir, ia diberi makna 'padahal' atau 'sedang'; contoh:-

ءَالِدُ وَأَنَاْ عَجُوزٌ
Adakah aku akan melahirkan anak padahal aku sudah tua? (11:72)

وَدَخَلَ جَنَّتَهُ وَهُوَ ظَالِمٌ لِّنَفْسِهِ
dan telah masuk ia ke kebunnya, sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (18:35)


2) فَ ( maka / kemudian / lalu) digunakan untuk menghubungkan dua ayat yang berturutan (ayat kedua yang mengikuti ayat pertama sebagai akibat); contoh:-

فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضًا وَلَهُمْ
Dalam hati mereka terdapat penyakit, maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka (2:10)

فَتَلَقَّى ءَادَمُ مِنْ رَّبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْه
kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah, lalu Allah menerima taubatnya (2:37)

الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّى
(Allah) yang telah menjadikan (segala sesuatu), lalu Ia menyempurnakannya (dengan kelengkapan dan keperluan) (87:2)

وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَى
dan (Allah) yang telah mengaturkan (keadaan makhlukNya), kemudian memberikan hidayah (petunjuk) (87:3)


فَ apabila disusuli oleh Fi'il Mudhari' yang huruf akhirnya bertandakan ـَـ , akan diberi makna ( kerana / supaya ); contoh:-

وَلاَ تَتَّبِعِ الْهَوَى فَيُضِلَّكَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ
dan janganlah engkau menurut hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkanmu dari jalan Allah. (38:26)

مَنْ ذَا الَّذِي يُقْرِضُ اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا فَيُضَاعِفَهُ
Siapakah orangnya yang mahu meminjamkan kepada Allah, satu pinjaman yang baik? Kerana Allah akan melipat-gandakan balasannya (57:11)

أَفَلَمْ يَسِيرُواْ فِي اْلأَرْضِ فَتَكُونَ لَهُمْ قُلُوبٌ يَعْقِلُونَ بِهَا
tidakkah mereka mahu mengembara di muka bumi supaya ada bagi mereka hati-hati yang mereka dapat berfikir (memahami) dengannya? (22:46)

وَأَهْدِيَكَ إِلَى رَبِّكَ فَتَخْشَى
Dan (mahukah) Aku tunjukkan engkau kepada (jalan mengenal) Tuhanmu, supaya engkau merasa takut (melanggar perintahNya)? (79:19)


3) أَوْ (atau) dan إِمَّا (sama ada / ataupun) (apabila ia berlaku dua kali didalam satu ayat); contoh:-

قَالُواْ لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ
Mereka menjawab: "Kami telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari" (18:19)

إِمَّا يُعَذِّبُهُمْ وَإِمَّا يَتُوبُ عَلَيْهِمْ
sama ada Ia mengazabkan mereka ataupun Ia menerima taubat mereka (9:106)


4) أَمْ (atau) digunakan untuk memilih antara dua objek, dimana objek pertama didahului dengan ءَا / أَ (adakah / sama ada); contoh:-

ءَأَنْذَرْتَهُمْ أَمْ لَمْ تُنْذِرْهُمْ
sama ada engkau telah beri amaran kepada mereka atau engkau tidak beri amaran kepada mereka (2:6)


5) ثُمَّ (kemudian / selepas itu); contoh:-

وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ
dan sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu, kemudian Kami membentuk rupa kamu (7:11)

ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلائِكَةِ اسْجُدُواْ لِئَادَمَ
kemudian Kami berfirman kepada malaikat-malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam" (7:11)


6) لَكِنْ dan لَكِنَّ (tetapi); dimana لَكِنْ di ikuti oleh Fi'il atau Isim, manakala لَكِنَّ pula dikuti oleh Isim sahaja; contoh:-

وَلَكِنْ رَسُولَ اللَّهِ
tetapi ia adalah Rasul Allah (33:40)

وَلَكِنْ لاَّ يَشْعُرُونَ
tetapi mereka tidak menyedarinya (2:12)

فَلَمْ تَقْتُلُوهُمْ وَلَكِنَّ اللَّهَ قَتَلَهُمْ
maka bukanlah kamu yang membunuh mereka, akan tetapi Allah jualah yang telah menyebabkan pembunuhan mereka (8:17)


7) أَنَّ berubah menjadi أَنْ (bahawasanya / bahawa) apabila sebelumnya terdapat kalimat عَلِمَ (mengetahui), atau ظَنَّ (sangka / percaya) termasuk semua bentuk kalimat terbitannya. Dengan perubahan itu ia tidak memberi kesan (perubahan tanda atau i'raab) kepada kalimat Mudhari' yang menyusul selepasnya; contoh:-

عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَّرْضَى
Ia mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit (73:20)

بَلْ ظَنَنْتُمْ أَنْ لَنْ يَنْقَلِبَ الرَّسُولُ وَالْمُؤْمِنُونَ
Bahkan kamu menyangka bahawa Rasulullah dan orang-orang yang beriman tidak akan kembali ... (48:12)


8) مِنْ (dari / daripada) dan بِ (dengan) adakalanya tidak memberi apa-apa makna didalam sesuatu ayat.

فَمَا لَنَا مِنْ شَافِعِينَ
Dengan sebab itu kami tidak ada sesiapa yang memberi pertolongan (26:100)

أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ
Bukankah Allah seadil-adil Hakim? (95:8)

وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
dan (ingatlah), Tuhanmu tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan (11:123)


9) مِنْ (daripada) tidak memberi kesan apa-apa kepada kalimah قَبْلُ (sebelum) بَعْدُ (sesudah) sekiranya tidak ada مُضَافٌ إِليْهِ (kalimah sandaran) menyusul selepasnya.

لِلَّهِ اْلأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ
bagi Allah jua urusan itu sebelumnya dan sesudahnya (30:4)

وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ
dan apa (Kitab-Kitab) yang telah diturunkan dahulu sebelum engkau (2:4)

ثُمَّ تَوَلَّيْتُمْ مِّنْ بَعْدِ ذَلِكَ
kemudian kamu telah membelakangkan (perjanjian setia kamu) sesudah itu (2:64)


10) Apabila مَا (apa yang; tiada apa yang; tidak; tiada; bukan) dan لاَ (tidak; jangan) berperanan sebagai kata penghubung, i'raab (tanda baris) pada pradikatnya (objek ayat) biasanya tidak akan bertanda baris atas ـَـ ; contoh:-

مَا هَـذَا بَشَرًا إِنْ هَـذَا إِلاَّ مَلَكٌ كَرِيمٌ
Ini bukanlah seorang manusia, ini tidak lain melainkan malaikat yang mulia! (12:31)


11) بِ (sebab / kerana) dan بِمَا (dengan sebab) selalunya digunakan untuk menjelaskan sebab-sebab berkenaan; contoh:-

فَأَهْلَكْنَاهُمْ بِذُنُوبِهِمْ
kemudian Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka (6:6)

جَزَاءً بِمَا كَانُواْ يَكْسِبُونَ
sebagai balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan (9:82)


12) لَوْ (jika; kalau; jikalau; sekiranya) dan وَلَوْ (walaupun); contoh:-

لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ
Kalaulah kami telah mendengar atau menggunakan akal kami (67:10)

وَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
dan kalau tidak kerana adanya limpah kurnia Allah kepada kamu (24:10)

يَوَدُّ أَحَدُهُمْ لَوْ يُعَمَّرُ أَلْفَ سَنَةٍ
sukalah tiap-tiap seorang dari mereka sekiranya ia boleh hidup seribu tahun (2:96)

وَلَوْ كَرِهَ الْمُشْرِكُونَ
walaupun tidak disukai oleh orang-orang yang ingkar (musyrik) (61:9)