ISIM FAA'IL dan MAF'UL
Asma' al-Faa'il wal-Maf'ul ( أسماء الفاعل والمفعول )
Asma' al-Faa'il wal-Maf'ul ( أسماء الفاعل والمفعول )
Dalam Tatabahasa Arab, perkataan yang digunakan untuk Subjek (Nama Pembuat) ialah فَاعِلٌ (Faa'il). Ia dibentuk dari kata perbuatan فَعَلَ dengan meletakkan huruf ا (Alif) selepas huruf yang pertama Fi'il berkenaan. Huruf yang ditengah diberi tanda baris bawah (kasrah) ـِـ dan huruf yang terakhir bertanda baris dua didepan (tanwin) ـٌـ
Semua kata Perbuatan mengandungi 3-huruf (Tsulatsi Mujarrad) boleh diubah kepada bentuk subjek (Isim Faa'il) dengan cara tersebut:
فَاتِحٌ | <---- | فَتَحَ |
قَاتِلٌ | <---- | قَتَلَ |
قَاعِدٌ | <---- | قَعَدَ |
خَارِجٌ | <---- | خَرَجَ |
Carta Wazan untuk subjek dalam bentuk Isim Faa'il:
جمع | مثنى | مفرد | - |
فَاعِلُوْنَ | فَاعِلَانِ | فَاعِلٌ | مذكر Lelaki |
فَعِلَاتٌ | فَاعِلَتَانِ | فَاعِلَةٌ | مؤنث Perempuan |
Contoh:
قُلْ يَآ أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Katakanlah: "Hai orang-orang kafir! (109:1)
وَلآ أَنْتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ
"Dan tidaklah kamu mahu menyembah apa yang aku sembah." (109:3)
وَنِعْمَ أَجْرُ الْعَامِلِينَ
dan itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal. (3:136)
كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ
semuanya itu tetap tunduk kepadaNya (30:26)
أَنِّي لاَ أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِّنْكُمْ
Sesungguhnya Aku (Allah) tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu (3:195)
Nota:
Sila rujuk Surah At-Taubah (9:112) dan Surah Al-Ahzab (33:35) bagi beberapa contoh Isim Faa'il yang lain.
Perkataan yang digunakan untuk Objek (yang kena buat atau Penyambut/Pradikatnya) ialah مَفْعُوْلٌ (Faa'il). Ia dibentuk dari kata perbuatan فَعَلَ dengan meletakkan huruf مَ (mim bertanda atas) sebelum hurufnya yang pertama dan huruf وْ (wau bertanda mati) selepas hurufnya yang kedua.
Semua kata Perbuatan mengandungi 3-huruf (Tsulatsi Mujarrad) boleh diubah kepada bentuk Objek (Isim Maf'ul) dengan cara tersebut:
مَفْعُوْلٌ | <---- | فَعَلَ |
مَفْتُوْحٌ | <---- | فَتَحَ |
مَفْتُوْلٌ | <---- | قَتَلَ |
مَخْلُوْقٌ | <---- | خَلَقَ |
Carta Wazan untuk subjek dalam bentuk Isim Maf'ul:
جمع | مثنى | مفرد | - |
مَفْعُوْلُوْنَ | مَفْعُوْلَانِ | مَفْعُوْلٌ | مذكر Lelaki |
مَفْعُوْلَاتٌ | مَفْعُوْلَتَانِ | مَفْعُوْلَةٌ | مؤنث Perempuan |
Contoh:
وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَّعْلُومٌ
dan mereka pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum (70:24)
لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
bagi (orang miskin) yang meminta dan mereka yang terhalang (tidak mampu) (70:25)
وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ هُمْ مِّنَ الْمَقْبُوحِينَ
dan pada hari kiamat pula mereka (termasuk) dari orang-orang yang amat dibenci (jelek) (28:42)
وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ
dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dihalangi (56:60)
ذَلِكَ يَوْمٌ مَّجْمُوعٌ لَّهُ النَّاسُ
itulah hari yang dihimpunkan padanya manusia (11:103)
لَمَجْمُوعُونَ إِلَى مِيقَاتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ
tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan (iaitu) pada hari yang termaklum(Kiamat) (56:50)
Fi'il ada dua jenis:
1. لازم (Lazim) iaitu Intransitif, dimana perbuatan itu terhad kepada Subjek berkenaan sahaja,dan tidak memerlukan Objek atau Pradikat, seperti:-
Dia telah duduk | قَعَدَ | Dia telah berbohong | كَذَبَ | |
Dia telah keluar | خَرَجَ | Dia telah berkata benar | صَدَقَ |
2. متعدى (Muta'adi) iaitu Transitif, dimana perbuatan itu diperlakukan kepada sesuatu Subjek(manusia atau benda), seperti:-
Dia telah menulis ... | كَتَبَ | Dia telah membunuh ... | قَتَلَ | |
Dia telah memukul ... | ضَرَبَ | Dia telah membuka ... | فَتَحَ |
Nota: Satu cara mengenal samada Fi'il itu Transitif ialah dengan bertanyakan soalan 'apa' atau 'siapa'. Kalau ada jawapan menunjukkan Fi'il itu Transitif. Sebaliknya kalau tidak perlu jawapan, Fi'il itu Intransitif; seperti:-
Dia telah makan - memerlukan jawapan untuk menerangkan 'apa' benda yang telah dimakan.
Dia telah duduk - tidak perlu apa-apa jawapan kepada 'apa' atau 'siapa'.
PERHATIAN:
Terjemahan dalam contoh-contoh diatas adalah mengikut Tatabahasa Bahasa Melayu/Malaysia.
No comments:
Post a Comment