Thursday, January 22, 2009

Tatabahasa Al-Quran 18

ISIM ASAL/AKAR/PUNCA
Al-Masdar ( المصدر )


Al-Masdar ( الْمَصْدَرْ ) ialah kalimah Isim merupakan bentuk asal atau punca/akar kepada semua kalimat samada Isim (Katanama) atau Fi'il (Perbuatan). Tidak ada peraturan tetap mengenai bentuknya dan kebanyakkannya hanya menurut ukuran kebiasaan yang didengar ( سَمَاعِيٌ ) penggunaannya oleh orang-orang Arab.

Pada pelajaran terdahulu telah dipelajari bahawa Fi'il itu ada Tsulatsi, Rubaa'i, Khumassi dan Sudaasi. Maka Masdar bagi semua perkataan tersebut adalah berdasarkan jenis-jenis fi'ilnya juga. Fi'il-fi'il selain Tsulatsi mempunyai bentuk-bentuk yang boleh dibandingkan (qiaskan). Maka semua fi'il-fi'il yang sempurna samada Mujarrad atau Mazid, ada mempunyai Masdar belaka.

Contoh Masdar bagi Fi'il Tsulatsi (tiga huruf)




















































Keluaranخُرُوْجًا<--خَرَجَtelah keluar ia
Tulisanكِتَابَةٌ<--كَتَبَtelah menulis ia
Pendengaranسَمْعٌ<--سَمِعَtelah mendengar ia
Puasaصِيَامًا<--صَامَtelah berpuasa ia
Pengetahuanعِلْمًا<--عَلِمَtelah mengetahui ia
Aniayaظُلْمًا<--ظَلَمَtelah aniaya ia

Sungguh pun begitu, biasanya Masdar Tsulatsi itu terikut2 pula Wazannya dengan perkara-perkara berikut:-

1. Yang menunjukkan kegiatan pekerjaan, wazan nya: فِعَالَةٌ
Contoh: تِجَارَةٌ = Perdagangan; زِرَاعَةٌ = Pertanian.

2. Yang menunjukkan keengganan (menolak), wazan nya: فِعَالٌ
Contoh: إِبَآءٌ = Menolak; شِرَادٌ = Lari.

3. Yang menunjukkan bergoncang (getaran), wazan nya: فَعَلاَنٌ
Contoh: غَلَيَانٌ = Mendidih; جَوَلاَنٌ = Berputar-putar.

4. Yang menunjukkan penyakit (sakit), wazan nya: فُعَالٌ
Contoh: صُدَاعٌ = Pening; زُكَامٌ = Selsema.

5. Yang menunjukkan perjalanan, wazan nya: فَعِيْلٌ
Contoh: رَحِيْلٌ = pemergian; ذَمِيْلٌ = beransur-ansur.

6. Yang menunjukkan kepada suara, wazan nya: فُعَالٌ ، فَعِيْلٌ
Contoh: صُرَاخٌ = jeritan; زَئِيْرٌ = raungan.

7. Yang menunjukkan kepada warna, wazan nya: فُعْلَةٌ
Contoh: خُضْرَةٌ = hijau; حُمْرَةٌ = merah.


Jika tidak menunjukkan sesuatu, maka biasanya ialah:-

1. Pada فَعُلَ Masdarnya ialah فُعُوْلَةٌ atau فَعَالَةٌ

Contoh: خُضْرَةٌ = kemudahan; حُمْرَةٌ = kepintaran.

2. Pada فَعِلَ Masdarnya ialah فَعَلٌ

Contoh: فَرَحٌ = sukacita; عَطَشٌ = kedahagaan.

3. Pada فَعَلَ Masdarnya ialah فَعُوْلٌ

Contoh: قُعُوْدٌ = duduk; خُرُوْجٌ = keluar.

4. Pada Fi'il Mubta'addi yang berwazan: فَعِلَ dan فَعَلَ maka Masdarnya ialah فَعْلٌ atau فُعْلٌ

Contoh: شُكْرٌ = kesyukuran; نَصْرٌ = pertolongan.


KEGUNAAN DAN PEKERJAAN MASDAR

Masdar itu bekerja seperti kerja Fi'ilnya juga, iaitu ada mempunyai Faa'il (orang atau benda yang mengerjakan Perbuatan atau bersama mengerjakannya) dan Maf'ul (orang atau benda yang dikerjakan atau diperbuat).

Contoh:

1. Bila Masdar itu Mudhaf atau bersandar kepada Faa'ilnya, seperti:-

لَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ
Jikalau tidak penolakan Allah (akan) manusia...

(a) دَفْعُ itu Masdar dan Mudhaf (bersandar) kepada اللهِ

(b) اللهِ itu Faa'il bagi penolakan.

(c) النَّاسَ itu Maf'ul bagi دَفْعُ


2. Bila Masdar itu Idhafah (sandaran) pada Maf'ulnya atau dimasuki ال; seperti:-

وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
Dan bagi Allah (wajib) atas manusia menuju (ke)Rumah Allah.

(a) حِجُّ itu Masdar dan Mudhaf (bersandar) pada الْبَيْتِ

(b) الْبَيْتِ itu dimasuki ال atau Idhafah (sandaran) bagi حِجُّ


3. Bila Masdar itu bukan Mudhaf dan tidak dimasuk ال maka Masdar itu bekerja seperti Fi'il Amr atau Fi'il Nahyi (suruh atau tegah), seperti:-
صَبْرًا لآَ جَزَعًا
Sabarlah jangan gelisah.

(a) صَبْرًا itu Masdar yang bukan Mudhaf dan tidak dimasuki ال maka dia (Masdar) itu bererti Menyuruh.


Syarat-syarat yang membolehkan Masdar itu bekerja seperti Fi'ilnya ialah:-

1. Bila ditempat Masdar itu boleh dimasuki Fi'il beserta أَنْ atau مَا

(a) Seperti contoh yang lalu: لَوْلاَ دَفْعُ اللهِ النَّاسَ boleh dimasuki Fi'il serta أَنْ, seperti berikut:
لَوْلاَ أَنْ يَدْفَعَ اللهِ النَّاسَ

(b) Seperti : ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِ مَوْتِكُمْ boleh dimasuki Fi'il serta مَا, seperti berikut:
ثُمَّ بَعَثْنَاكُمْ مِنْ بَعْدِمَاأَمَتْنَاكُمْ


2. Bila Masdar itu semata-mata menggantikan Fi'ilnya, seperti susunan percakapan berikut:-

حَبْسًا النِّصَّ (tahanlah perompak itu), maka حَبْسًاَّ itu semata-mata menggantikan perkataan Fi'il Amr (Suruh).

Jika syarat-syarat diatas tidak ada maka Masdar itu tidaklah bekerja seperti kerja Fi'ilnya. Masdar yang demikian adalah seperti berikut:-

(a) Masdar yang menunjukkan Muakkad (Menguatkan) seperti:-

دَمَّرْنَاهُم تَدْمِيْرَا
Telah membinasakan Kami (akan) mereka (secukup-cukup) kebinasaan.

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيْلاً
Bacalah oleh engkau (akan) Al-Quran (dengan sungguh-sungguh) bacaannya.

(b) Masdar yang menunjukkan bilangan, seperti:-

فَهَّمْتُهُ تَفْهِيْمَتَيْنِ الْحَقِيْقَةَ
Dan telah aku beri fahaman kepadanya dua kali fahaman (akan) hakikatnya.

(c) Masdar yang sunyi dari apa-apa kejadian, seperti:-

وَلَهُ صَوْتَ سَبُعٍ
Dia mempunyai suara (seperti) suara singa jantan.

Beberapa contoh dari Al-Quran:

هَذَا خَلْقُ اللَّهِ
ini (semuanya adalah) ciptaan Allah (31:11)

إِنَّ قَتْلَهُمْ كَانَ خِطْئًا كَبِيرًا
Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar (17:31)

تُوبُواْ إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا
bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " taubat Nasuha" (66:8)

إِنَّ سَعْيَكُمْ لَشَتَّى
Sesungguhnya amal usaha kamu adalah berbagai-bagai keadaannya (92:4)

إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينًا
Sesungguhnya Kami telah membuka bagi perjuanganmu (wahai Muhammad) satu jalan kemenangan yang jelas nyata (48:1)

وَصَدٌّ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَكُفْرٌ بِهِ
tetapi menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan kufur kepadaNya (2:217)

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا
(iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk (3:191)

وَذَلِكُمْ ظَنُّكُمُ الَّذِي ظَنَنْتُمْ
Dan inilah sangkaan kamu, yang kamu sangka (41:22)



MASDAR MARRAH ( المَصْدَرُ الْمَرَّةِ )


Masdar Marrah ialah Masdar yang menunujukkan Bilangan, samada satu, dua atau beberapa kali pun. Wazan bagi Masdar Marrah itu ialah:-

(a) Bagi Tsulatsi فَعْلَةٌ contohnya:-

سَجَدْتُ سَجْدَةٌ
Telah sujud aku satu sujud.

سَجَدْتُ سَجْدَتَيْنِ
Telah sujud aku dua kali sujud.

سَجَدْتُ ثَلاَثَ سَجَدَاتٍ
Telah sujud aku tiga kali sujud.


(b) Bagi yang bukan Tsulatsi, hanya dengan menambah huruf
ة sahaja pada Masdar biasa, contohnya:-

إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَةٌ
Telah minta ampun aku (sekali) minta ampun.

إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَتَيْنِ
Telah minta ampun aku (2 kali) minta ampun.

إِسْتَغْفَرْتُ إِسْتِغْفَارَاتٍ
Telah minta ampun aku (3 kali) minta ampun.


MASDAR HAI-AH( المَصْدَرُ الْهَيْئَةِ )


Masdar Hai-ah ialah Masdar yang menunujukkan cara atau keadaan Fi'il. Wazan bagi Masdar Hai-ah itu ialah:-

(a) Bagi Tsulatsi فِعْلَةٌ
contohnya:-

أَسْجُدُ سَجْدَةَ الرَّسُوْلِ
Sujudlah (secara) sujud Rasul....

(b) Bagi yang bukan Tsulatsi, hanya dengan menambah ة sahaja pada Masdar biasa (seperti Marrah). Untuk membezakan anatara Marrah dan Hai-ah ialah dengan memerhatikan bentuk susunan ayatnya, seperti:-

إِنْطَلِقْ إِنْطِلاَقَ المُسْلِمِ
Berangkatlah oleh engkau (sebagaimana) keberangkatan orang Muslim.

Nota: Masdar Hai-ah ini juga disebut Masdar Nau-i مَصْدَرُالنَّوْعِ


MASDAR MIMI ( المَصْدَرُ المِيْمِىٌّ )


Masdar Mimi ialah Masdar yang dimulakan dengan tambahan Mim ( م) . Wazan bagi Masdar Mimi adalah seperti berikut:-

(a) Jika dari Fi'il Tsulatsi, wazannya ialah: مَفْعَلٌ; seperti:-

























Pukulanمَضْرَبٌ
Pendapatمَذْهَبٌ
Keluar atau Pergiمَخْرَجٌ
Kata-Kataمَقَالٌ
Pandanganمَنْظَرٌ


(b) Dari Fi'il Tsulatsi Mujarrad dan berwazankan مَفْعِلٌ; seperti:-





















Kejatuhanمَوْقِعٌ
Letakkanمَوْضِعٌ
Perjanjianمَوْعِدٌ
Ketakutanمَوْجِلٌ


(c) Jika selain Fi'il Tsulatsi Mujarrad, maka wazannya hanya dengan mengikut Isim Maf'ulnya; seperti:-

Yang diperolokkan = مُسْتَهْزَئٌ

Ada satu jenis Masdar lagi yang dinamakan MASDAR SINAA'I ( مَصْدَرُالْصِنَاعِىُّ ) iaitu dengan tambahan ( ىّ ) yang berttasydid dan selepasnya ditambah ( ـة ); seperti:-




















Kemanusiaanإِنْسَانِيَّةٌ<--إِنْسَانٌManusia
Kemerdekaanحُرِّيَّةٌ<--حُرٌّMerdeka


ISIM MASDAR( اِسْمُ المَصْدَرِ )


Isim Masdar itu berbeza dengan Masdar. Isim Masdar ialah perkataan yang menunjukkan makna Masdar dan ia kurang satu huruf daripada bilangan huruf Fi'ilnya. Contohnya:-







































Maknaاسم مصدرمصدرفعل ماض
Pemberianعَطَاءٌإِعْطَاءٌأَعْطَى
Pertolonganعَوْنٌإِعَانَةٌأَعَانَ
Selawatصَلاَةٌتَصْلِيَةٌصَلَّى
Sejahteraسَلآمٌتَسْلِيْمًاسَلَّمَ

Perhatikan huruf-huruf pada Isim Masdar diatas kerana kurang daripada yang sepatutnya. Bagaimana pun, Isim Masdar itu bekerja seperti pekerjaan Masdar (yang bekerja seperti kerja Fi'ilnya) juga. Contohnya:-

وَمَاكَانَ عَطَاءُ رَبِّكَ مَحْظُوْرًا
Dan tidak (sewajarnya) pemberian Tuhan (itu) terlarang (tersekat dari sesiapa pun).

2 comments:

Unknown said...

salam...macam mana penggunaan isim masdar dalam membuat ayat? ..ana tidak faham..harap dapat terangkan dengan lebih jelas..

Heus Reedz said...

Assalamualaikum,
saya tidak berapa jelas dengan masdar mimi yang tuan jelaskan. Mengapa perlu tambah huruf mim pada permulaan? Adakah ia mempunyai sebab-sebab tertentu?