Monday, January 19, 2009

Tatabahasa Al-Quran 17

ISIM MUKABBARAH
Al-Asma ul-Mukabbarah ( الاسماءالمكبّرة )

Ada terdapat beberapa Katanama (Isim) dalam Al-Quran yang mempunyai bentuk pelbagai walaupun maknanya sama.

Contoh:






















Bapaأَبٌ
Saudara Lelakiأَخٌ
Mulutفَمٌ


Apabila Katanama-Katanama tersebut berada dalam bentuk Mudhaf ( مُضَافْ ) ia akan bertandakan (i'raab) ـِـ , ـَـ atau ـُـ , seperti berikut:-
































ـُــَــِـ 
أَبُوْأَبَاأَبِىْأَبٌ
أَخُوْأَخَاأَخِىْأَخٌ
فُوْفَافِىْفَمٌ


Beberapa contoh dari Al-Quran:

وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ
dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya (28:23)

وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ
dan yang mewarisinya hanyalah kedua ibu bapanya (4:11)

وَرَفَعَ أَبَوَيْهِ عَلَى الْعَرْشِ
dan ia angkat kedua ibu bapanya (bersama-samanya) di atas kerusi kebesaran (12:100)

وَجَاءُوا أَبَاهُمْ عِشَاءً يَبْكُونَ
dan sesudah itu datanglah mereka mendapatkan bapa mereka pada waktu senja sambil (buat-buat) menangis (12:16)

إِذْ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ
ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya (12:4)

وَاذْكُرْ أَخَا عَادٍ
dan ingatlah peristiwa saudara kaum Aad (46:21)

كَيْفَ يُوَارِي سَوْءَةَ أَخِيهِ
Bagaimana cara menimbus mayat saudaranya (5:31)

إِذْ قَالَ لَهُمْ أَخُوهُمْ
ketika saudara mereka (Nabi Nuh) berkata kepada mereka (26:106)

إِلَى الْمَاءِ لِيَبْلُغَ فَاهُ
kepada air supaya sampai ke mulutnya (13:14)



Contoh: Katanama ذُوْ yang memberi maksud empunya atau mempunyai.

Lelaki/Muzakkar





































 ـُــَــِـ 
satuذُوْذَاذِىذَوٌ
duaذَوَاذَوَىْذَوَىْذَوَيْنَ/ذَوَانِ
jamakأُوْلُوْأُوْلِىْأُوْلِىْأُوْلُوْ


Perempuan/Muannats




































 ـُــَــِـ 
satuذَاتُذَاتَذَاتِذَاتٌ
duaذَوَاتَاذَوَاتَىْذَوَاتَىْذَوَاتَيْنِ/ذَوَاتَانِ
jamakأُوْلاتُأُوْلاتِأُوْلاتِأُوْلاتٌ


Jamak untuk ( ذَوٌ ) dan ( ذَاتٌ ) adalah dalam bentuk ( أُوْلُوْ ) atau ( أُوْلاتٌ ) dalam Al-Quran.

Contoh dari Al-Quran:

وَاللهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
dan Allah (jualah yang) mempunyai limpah kurnia Yang Amat Besar (2:105)

يَحْكُمُ بِهِ ذَوَا عَدْلٍ مِنْكُمْ
yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu (5:95)

ذَوَاتَا أَفْنَانٍ
(dua syurga) yang ada berjenis-jenis pohon dan buah-buahan (55:48)

جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَيْ أُكُلٍ خَمْطٍ
dua kawasan kebun yang berisi dengan pohon-pohon yang pahit buahnya (34:16)

وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَذِي الْقُرْبَى
dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat (2:83)

وَحَمَلْنَاهُ عَلَى ذَاتِ أَلْوَاحٍ وَدُسُرٍ
dan Kami bawa naik Nabi Nuh (berserta pengikut-pengikutnya) di atas (bahtera yang dibina) dari keping-keping papan dan paku (54:13)

وَأُولُو اْلأَرْحَامِ بَعْضُهُمْ أَوْلَى بِبَعْضٍ
dan orang-orang yang mempunyai pertalian kerabat, sebahagian mereka lebih hampir kepada sebahagian yang lain (33:6)

أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى وَالْمَسَاكِينَ
tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum kerabat dan orang-orang miskin (24:22)

وَإِنْ كُنَّ أُولاتِ حَمْلٍ
dan jika mereka sedang mengandung (65:6)

وَأُولاتُ اْلأَحْمَالِ أَجَلُهُنَّ
dan perempuan-perempuan mengandung, tempoh idahnya ialah (65:4)

وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ
dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (65:2)

وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
dan akan kekallah zat Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan (55:27)

تَبَارَكَ اسْمُ رَبِّكَ ذِي الْجَلالِ وَالإكْرَامِ
Maha Sucilah nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan (55:78)


Perhatian: Apabila أَبٌ ، أَخٌ ، فَمٌ berperanan sebagai Mudhaf, kalimah yang digunakan ialah dalam bentuk Mufrad (orang pertama), iaitu أَبِىْ ، أَخِيْ ، فَمِىْ

إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ
sebenarnya bapaku menjemputmu (28:25)

وَاغْفِرْ لِأَبِي
Dan ampunkanlah bapaku (26:86)

فَأَلْقُوهُ عَلَى وَجْهِ أَبِي
kemudian letakkan pada muka ayahku (12:93)

إِنَّ هَذَا أَخِي
sebenarnya orang ini ialah saudaraku (38:23)

إِنِّي لا أَمْلِكُ إِلاَّ نَفْسِي وَأَخِي
Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (5:25)

فَأُوَارِي سَوْءَةَ أَخِي
supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku? (5:31)


Perhatian: Kalimah فَمِىْ tidak terdapat dalam Al-Quran.

No comments: