Thursday, May 22, 2008

Tatabahasa 3

Huruf JAR
( الجر )



Berikut ialah beberapa kalimah Jar (Sendikata) yang terdapat didalam Al-Quran:-





























dengan=بِatas / terhadap=عَلَى
di / pada / dalam=فِيْke / kepada=اِلَى



1. Huruf2 Jar diatas sentiasa diikuti dengan kalaimah Isim atau kalimah Dhamir.


2. Masing-masing ada makna/erti tersendiri dan memberi kesan kepada kalimah2 Isim atau Dhamir selepasnya.


3. Kesan kepada kalimah Isim ialah dengan menukar tanda baris depan (dhammah) ـُـ atau ـٌـ diakhir kalimah kepada baris bawah (kasrah) ـِـ









































pada/dalam bumiفِيْ الأَرْضِ<--الأَرْضُ+فِيْ
dengan satu bukuبِكِتَابِ<--كِتَابٌ+بِ
atas Allahعَلَى اللَّهِ<--اللَّهُ+عَلَى
kepada Rasulاِلَى رَسُولِ<--رَسُولٌ+اِلَى



4. Kesan kepada kalimah Gantinama (Dhamir) ialah menukar baris depan ـُـ pada huruf pertama dhamir berkenaan kepada baris bawah ـِـ










































pada/dalam mereka (berdua)فِيهِمَا<--هُمَا+فِيِ
dengan nya/diaبِهِ<--هُ+بِ
atas mereka (p)عَلَيْهِنَّ<--هُنَّ+عَلَى
kepada mereka (l)اِلَيْهِمْ<--هُمْ+اِلَى


5. Perhatikan tanda mati ـْـ diletak diatas ى pada huruf إِلى dan عَلى apabila huruf-huruf ini bersambung dengan dhamir-dhamir, seperti:


إِلَيْكَ


عَلَيْكَ




Contoh huruf-huruf Jar dengan kalimah-kalimah Isim:-



آمَنَّا بِاللّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ
telah beriman oleh kami dengan Allah dan dengan hari Akhirat (2:8)

وَقَاتِلُواْ فِي سَبِيلِ اللّهِ
dan perangi olehmu pada jalan Allah (2:190)

عَلَى قُلُوبِهمْ وَعَلَى سَمْعِهِمْ
atas hati-hati mereka dan atas pendengaran mereka (2:7)

إِلَى شَيَاطِينِهِمْ
kepada syaitan-syaitan mereka(2:14)


Contoh huruf-huruf Jar dengan kalimah-kalimah Dhamir:-



فَلا إِثْمَ عَلَيْهِ
maka tiada dosa atasnya (2:173)

وَيَهْدِي بِهِ كَثِيراً
dan Ia pimpinkan (beri pertunjuk) dengannya yang banyak(2:26)

فَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ
maka tidak ada ketakutan atas mereka(2:38)

إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولاً
setelah Dia mengutuskan bagi mereka seorang Rasul (3:164)

ثُمَّ إِلَيْهِ يُرْجَعُونَ
kemudian kepadaNya mereka dikembalikan (6:36)

لَّا جُنَاحَ عَلَيْهِنَّ فِي آبَائِهِنَّ
Tidak ada salahnya kepada mereka (perempuan-perempuan itu) menemui bapa-bapa mereka (33:55)

Huruf JAR ( الجر ) - Bahagian 2


Berikut ialah sebilangan lagi huruf-huruf Jar (Sendikata) yang terdapat didalam Al-Quran, tetapi berbeza dengan senarai sebelum ini tentang kesan keatas ejaan dhamir yang bersambung dengannya:-











































demi=وَ / تَseperti=كَ
dari / daripada=مِنْbagi / untuk=لِ
dari / mengenai=عَنْhingga=حَتَّى




1. Huruf2 Jar ini turut memberi kesan yang serupa kepada ejaan kalimah2 Isim yang bersendikannya, tetapi tidak membawa kesan apa-apa kepada ejaan kalimah2 Dhamir selepasnya.
























dari Allahمِنَ اللَّهِ<--اللَّهِ+مِنَ
daripadanyaمِنْهُ<--هُ+مِنْ



Contoh dari Al-Quran:



تَاللّهِ لَقَدْ عَلِمْتُم

Demi Allah! Sesungguhnya kamu tahu (12:73)

وَالْعَصْرِ
Demi masa (103:1)

مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ

Daripada Jin dan manusia (114:6)

وَلِلَّهِ الْعِزَّةُ وَلِرَسُولِهِ

Padahal bagi Allah jua kemuliaan itu dan bagi RasulNya (63:8)

عَنِ الْيَمِينِ وَعَنِ الشِّمَالِ

dari kanan dan dari kiri (70:37)

حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

hingga terbit fajar (97:5)

أُوْلَـئِكَ كَالأَنْعَامِ
orang2 itu (mereka) seperti binatang ternak (7:179)


2. Sendikata لِ bertukar menjadi لَ apabila dikuti semua Dhamir kecuali ي .


لَهَا لَهُمْ   لَهُمَا   لَهُ   لَهُنَّ   لَكُنَّ   لَكُمَا   لَكُم   لَكِ   لَكَ   لَنَا   لِيّ / لِيَ

Contoh dari Al-Quran:



إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
sesungguhnya bagi kamu (Syaitan itu) adalah musuh yang nyata (2:208)

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku (109:6)

وَإِنَّ لَكَ لَأَجْرًا
Dan sesungguhnya bagiengkau tetap beroleh pahala (68:3)

لَهُ الْمُلْكُ
bagiNyalah kuasa pemerintahan (64:1)


3. Dalam pada itu ada juga beberapa huruf lain yang tidak di iktiraf sebagai Sendikata tetapi berperanan sama seperti Sendikata, iaitu:-






































































































dengan / disisi=لَدُنْ/لَدَىsebahagian=بَعْضُ
beserta=مَعَsemua / setiap=كُلُّ
hampir / disisi=عِنْدَkeliling=حَوْلَ
sebelum=أَمَامَsebelum=قَبْلَ
antara=بَيْنَselepas=بَعْدَ
atas=فَوْقَbelakang=وَرَاءَ
bawah=تَحْتَselain daripada=دُوْنَ
=selain daripada=غَيْرَ



Contoh dari Al-Quran:



وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ
Dan Dialah yang berkuasa atas sekalian hambaNya (6:61)

نَجْعَلْهُمَا تَحْتَ أَقْدَامِنَا
supaya kami jadikan mereka dibawah tapak-tapak kaki kami (41:29)

وَجَاهِدُواْ مَعَ رَسُولِهِ
dan berjihad bersama RasulNya (9:86)

وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلاَمِ
Dan barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam (3:85)

بَلْ أَحْيَاء عِندَ رَبِّهِمْ
bahkan mereka adalah hidup disisi Tuhan mereka (3:169)

مِن لَّدُنْ حَكِيمٍ عَلِيمٍ
dari sisi Allah Yang bijaksana, Yang mengetahui (27:6)

2 comments:

salehan said...

Assalamulaikum Ustaz Adnan,
boleh tak saya dapatkan siri tatabahasa al quran 11- 17, saya cari2 dlm blog tuan tak dapat2!
Yang ada hanya siri 1 - 10, dan siri 18 - 29. kalau ada siri 30 dan terkini boleh tak muat turunkan dlm blog tuan untuk saya pelajari. Jasa baik Ustaz amat2 saya harapkan.
Hanya Allahlah yg akan membalasnya. Ilmu2 yg tuan curahkan amat2 berguna kpd sesiapa yg ingin mengetahui erti lahir al quran sebelum melangkah memahami serta menghayati isi kandungan al quran yg amat hebat itu.

Unknown said...

NoVCasino Casino - NOVCASINO.COM
NoVCasino.com 1xbet 먹튀 offers a no deposit sol.edu.kg bonus of 100% up novcasino to €150. No Deposit Bonus is given to new players only. No deposit https://septcasino.com/review/merit-casino/ bonuses expire https://vannienailor4166blog.blogspot.com/