Tuesday, May 6, 2008

Pelajaran 1

Langkah Pertama

Baca Ayat-Ayat yang sedang dipelajari dengan merujuk kepada halaman al-Quran anda sendiri:-

Surah 1 : Al-Faatihah (7 Ayat)

(1) بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

(2) الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

(3) الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِِ

(4) مَـالِكِ يَوْمِ الدِّينِِ

(5) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

(6) اِهْدِنَـا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ

(7) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ الْمَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ


Langkah Ke-2

Hafalkan makna kalimah-kalimah dibawah:-

aku berlindung = أَعُوذ
dengan = بِ
Allah = الله
daripada = مِنْ
syaitan = الشَيطاَن
yang kena rejam (terkutuk) = الرَجِيْم
nama = اِسْمِ
Yang Maha Pemurah = الرَّحْمَن
Yang Maha Pengasih = الرَّحِيم


Langkah Ke-3

Terjemahkan lafadz-lafadz berikut menurut panduan dibawah:-

أَعُوذُ ِباللهِ مِنَ الشَّيطَانِ الرَجِيْم
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang terkutuk

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Pengasih

Langkah Ke-4

Teruskan menghafal kalimah-kalimah dibawah yang terdapat didalam Surah Al-Fatihah.

Perhatian:

Kalimah-kalimah yang telah diketahui (dihafal) terjemahannya sebelum ini tidak diulang dalam senarai seterusnya.

Segala pujian = الْحَمْدُ
bagi (untuk) = لِ
Yang Memelihara (Pemelihara; Tuhan) = رَبِّ
sekelian 'alam (alam semesta) = الْعَالَمِينَ
yang memiliki (menguasai) = مَـالِكِ
hari = يَوْمِ
Agama (Pembalasan) = الدِّين
akan = إِيَّا
Engkau (Dikau) = كَ
kami sembah (ibadat) = نَعْبُدُ
dan = و
kami mohon pertolongan = نَسْتَعِينُ
tunjukkanlah oleh Engkau = ِإِهْدِ
(akan) kami = نَا
jalan = الصِّرَاطَ
yang lurus = الْمُستَقِيمَ
segala yang = الَّذِينَ
telah memberi nikmat oleh Engkau = أَنعَمتَ
atas = عَلَى
mereka = ( هِمْ (هُمْ ، هُمُ
bukan = غَيرِ
yang dimurkai = الْمَغضُوبِ
tidak (bukan) = لاَ
orang2 yang sesat = الضَّآلِّينَ
Perkenankan Ya Allah! = ءَامِيْن


Langkah Ke-5

Setelah berjaya menghafal makna kalimah-kalimah diatas, anda bolehlah membuka kitab Al-Quran anda dan membaca Ayat-Ayat yang sama (Surah Al-Faatihah) dengan menyebut setiap kalimah diikuti dengan terjemahannya satu demi satu kemudian diulang beberapa kali sehingga mahir. Kemudian baca semula rangkapan Ayat-Ayat itu dengan sempurna dan terjemahkan terus dari awal hingga akhir Ayat.

Langkah Ke-6

Bandingkan terjemahan anda itu dengan bandingan terjemahan (mengikut uslub/susunan Bahasa Arab) seperti berikut:

BANDINGAN TERJEMAHAN SURAH AL-FAATIHAH

Aku berlindung - dengan Allah - daripada syaitan - yang terkutuk. (1) Dengan nama Allah - Yang Maha Pemurah - Yang Maha Pengasih. (2) Segala pujian - (semata-mata) bagi Allah - Yang memelihara - sekelian alam. (3) Yang Maha Pemurah - Yang Maha Pengasih. (4) Yang menguasai hari pembalasan. (5) Akan Engkau (sahaja) - kami sembah - dan - akan Engkau (sahaja) - kami meminta pertolongan. (6) Tunjukkanlah oleh engkau akan kami - jalan yang lurus. (7) (Iaitu) jalan - segala yang - telah memberi nikmat oleh Engkau - atas mereka - bukan yang dimurkai - atas mereka - dan tidak (jalan) orang-orang yang sesat.

TERJEMAHAN MENGIKUT USLUB/BENTUK SUSUNAN BAHASA MELAYU

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. (1) Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yaang memelihara dan mentadbir sekelian alam. (3) Yang Maha pemurah, lagi Maha mengasihani. (4) Yang menguasai (pemerintahan) hari pembalasan (di Akhirat). (5) (hanya) Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan (hanya) kepada Engkau sahajalah kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. (7) (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan tidak juga (jalan) orang-orang yang sesat.

3 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum,
Saya bersyukur kerana telah di tunjukkan mengenai blog ini oleh seorang sahabat. Saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan kerana menyediakan blog ini dan saya berharap dapat membantu saya dalam pengajian teknik harfian terjemahan al Quran yang saya sedang ikuti sekarang.

ABU ANAS said...

Alhamdulillah, ana akan manfaat untuk memamhami dan mengkaji Al-Quran

Ramli Bin Junaidi said...

Tuan, minta di izinkan dengan se ikhlasnya pada saya untuk mempergunakan dan mempelajari ilmu dari blog tuan, Semuga Allah mencucuri rahmatnya pada tuan sekeluarga. Amin.