Thursday, June 26, 2008

Tatabahasa 8

MENGENAL BENTUK-BENTUK FI'IL


Didalam Pelajaran yang lalu telah diterangkan bahawa kalimah jenis Fi'il Madhi فَعَلَ itu dijadikan WAZAN atau alat pengukur bagi semua bentuk Fi'il dalam kalimat-kalimat (kalimah) Bahasa Arab Al-Quran. Manakala kalimah Fi'il pula masing-masing ada mempunyai bentuk dan ragamnya, samada bentuk susunan kalimatnya atau maupun letak barisnya (i'raab).

Kalimah Fi'il itu ada dua bentuk:
  1. Bentuk Asli yang dinamakan MUJARRAD ( الْمُجَرَّدُ )
  2. Bentuk Bertambah yang dinamakan MAZID ( الْمَزِيْدُ )


BENTUK ASLI - ( الْفِعْلُ الْمُجَرَّدُ )
Bentuk Asli atau Fi'il Mujarrad ada dua jenis iaitu:
  1. Huruf Aslinya tersusun dari 3 huruf sahaja; dinamakan Tsulatsi Mujarrad ( الثُّلاَثِيُّ الْمُجَرَّدُ )
  2. Huruf Aslinya tersusun dari 4 huruf sahaja; dinamakan Rubaa'i Mujarrad ( الرُّبَاعِيُّ الْمُجَرَّدُ )

BENTUK BERTAMBAH - ( الْفِعْلُ الْمَزِيْدُ )
Bentuk Bertambah atau Fi'il Mazid ialah Fi'il yang huruf-huruf aslinya menerima tambahan beberapa huruf:
  1. Huruf Aslinya ada 3 huruf lalu menerima tambahan 1, 2 atau 3 huruf; dinamakan
    Tsulatsi Mazid Fih ( الثُّلاَثِيُّ الْمَزِيْدُ فِيْه )

  2. Huruf Aslinya ada 4 huruf lalu menerima tambahan 1 atau 2 huruf; dinamakan
    Rubaa'i Mazid Fih ( الرُّبَاعِيُّ الْمَزِيْدُ فِيْه )

Untuk pelajaran seterusnya sila perhatikan bentuk kalimat, letak barisnya dan gaya bunyi kalimat-kalimat itu. Tiap-tiap satu kalimat itu samada Fi'il Madhi atau Fi'il Mudhari' nya bolehlah ditasrifkan menurut tasrif yang telah dipelajari pada pelajaran yang lalu.

A. Bentuk Asli TSULATSI MUJARRAD ada 6 bab (kombinasi), iaitu:-














































مَاضِ / مُضَارِعْWAZAN
tolongنَصَرَ / يَنْصُرُ فَعَلَ / يَفْعُلُ
pukulضَرَبَ / يَضْرِبُ فَعَلَ / يَفْعِلُ
bukaفَتَحَ / يَفْتَحُ فَعَلَ / يَفْعَلُ
dengarسَمِعَ / يَسْمَعُ فَعِلَ / يَفْعَلُ
hitungحَسِبَ / يَحْسِبُ فَعِلَ / يَفْعِلُ
bagusحَسُنَ/ يَحْسُنُ فَعُلَ / يَفْعُلُ


B. Bentuk Asli RUBAA'I MUJARRAD ada 1 bab sahaja:-
















مَاضِ / مُضَارِعْWAZAN
bergoncangزَلْزَلَ / يُزَلْزِلُفَعْلَلَ / يُفَعْلِلُ


C. Bentuk Bertambah TSULATSI MAZID FIH ada 3 pecahan:-
  1. Tambah satu huruf, jadi 4 huruf; dinamakan Tsulatsi Mazid Rubaa'i ( ثُلاَثِيٌّ مَزِيْدٌ رُبَاعِيٌّ )

  2. Tambah dua huruf, jadi 5 huruf; dinamakan Tsulatsi Mazid Khumaasi ( ثُلاَثِيٌّ مَزِيْدٌ خُمَاسِيٌّ )

  3. Tambah tiga huruf, jadi 6 huruf; dinamakan Tsulatsi Mazid Sudaasi ( ثُلاَثِيٌّ مَزِيْدٌ سُدَاسِيٌّ )


Tsulatsi Mazid Fih 4-huruf ( ثُلاَثِيٌّ مَزِيْدٌ رُبَاعِيٌّ ) ada 3 bab:-





























مَاضِ / مُضَارِعْWAZAN
menurunkanاَنْزَلَ / يُنْزِلُاَفْعَلَ / يُفْعِلُ
mendustakanكَذَّبَ / يُكَذِّبُ فَعَّلَ / يُفَعِّلُ
menipuخَادَعَ / يُخَادِعُ فَاعَلَ / يُفَاعِلُ


Tsulatsi Mazid Fih 5-huruf ( ثُلاَثِيٌّ مَزِيْدٌ خُمَاسِيٌّ ) ada 5 bab:-










































مَاضِ / مُضَارِعWAZAN
kembaliاِنْقَلَبَ / يَنْقَلِبُ اِنْفَعَلَ / يَنْفَعِلُ
berselisehاِخْتَلَفَ / يَخْتَلِفُ اِفْتَعَلَ / يَفْتَعِلُ
tertentuاِخْتَصَّ / يَخْتَصُّ اِفْعَلَّ / يَفْعَلُّ
menukarتَبَدَّلَ / يَتَبَدَّلُ تَفَعَّلَ / يَتَفَعَّلُ
serupaتَشَابَهَ / يَتَشَابَهُ تفَاعَلَ / يَتَفَاعَلُ



Tsulatsi Mazid Fih 6-huruf ( ثُلاَثِيٌّ مَزِيْدٌ سُدَاسِيٌّ ) ada 4 bab:-


































مَاضِ / مُضَارِعْWAZAN
jadi sombongاِسْتَكْبَرَ / يَسْتَكْبِرُ اِسْتَفْعَلَ / يَسْتَفْعِلُ
jadi banyak rumputاِعْشَوْشَبَ / يَعْشَوْشِبُ اِفْعَوْعَلَ / يَفْعَوْعِلُ
lalu cepat-cepatاِجْلَوَّذَ / يَجْلَوِّذُ اِفْعَوَّلَ / يَفْعَوِّلُ
jadi terlalu merahاِحْمَارَّ / يَحْمَارُّ اِفْعَالَّ / يَفْعَالُّ


D. Bentuk Bertambah RUBAA'I MAZID FIH ada 2 pecahan:-
  1. Tambah satu huruf, jadi 5 huruf; dinamakan Rubaa'i Mazid Khumaasi ( رُبَاعِيٌّ مَزِيْدٌ خُمَاسِيٌّ )

  2. Tambah dua huruf, jadi 6 huruf; dinamakan Rubaa'i Mazid Sudaasi ( رُبَاعِيٌّ مَزِيْدٌ سُدَاسِيٌّ )



Rubaa'i Mazid Fih 5-huruf ( رُبَاعِيٌّ مَزِيْدٌ خُمَاسِيٌّ ) ada 1 bab sahaja:-
















مَاضِ / مُضَارِعْWAZAN
bergulingتَدَحْرَجَ / يَتَدَحْرَجُتَفَعْلَلَ / يَتَفَعْلَلُ


Rubaa'i Mazid Fih 6-huruf ( رُبَاعِيٌّ مَزِيْدٌ سُدَاسِيٌّ ) ada 2 bab:-






















مَاضِ / مُضَارِعْWAZAN
berkumpulاِحْرَنْجَمَ/ يَحْرَنْجِمُاِفْعَنْلَلَ / يَفْعَنْلِلُ
seramاِقْشَعَرَّ / يَقْشَعِرُّاِفْعَلَلَّ / يُفْعَلِلُّ


Semua pecahan-pecahan Fi'il yang diterangkan itu ialah Fi'il Madhi dan Fi'il Mudhari' sahaja yang kedua-duanya mempunyai dua rupa iaitu:-
  1. Bentuk مَعْرُوْفٌ - Ma'aruf : Bermaksud Perbuatan yang AKTIF, iaitu dikenal atau diketahui Pembuatnya.

    Contoh:
    اَنْزَلَ = telah menurunkan ia ( telah me............ ia )
    يُنْزِلُ = ia menurunkan ( ia me............. )


  1. Bentuk مَجْهُوْلٌ - Majhul : Bermaksud Perbuatan yang PASIF, iaitu tidak dikenal atau tidak disebutkan Pembuatnya.

    Contoh:
    اُنْزِلَ = telah diturunkan orang ia ( telah di............ ia )
    يُنْزَلُ = ia diturunkan ( ia di............. )



Dan dari Fi'il Madhi dan pecahan-pecahannya itu dapat dipastikan MASDARnya iaitu kata-kata terbitannya ( مَصْدَرْ ). Dari Masdar itulah punca semua perkataan (akar kata) dan darinya juga ditentukan bab bagi satu-satu Fi'il.

Demikian juga dari penentuan Fi'il Madhi itu tercambahnya bentuk-bentuk Isim berikut:-

Isim Faa'il ( اِسْمٌ فَاعِلْ ) atau Nama Pembuat, samada orang atau barang yang mengerjakan Perbuatan itu, seperti :
جَاعِلٌ = yang menjadikan ( yang me............... )
مُخْرِجٌ = yang mengeluarkan

Isim Maf'ul ( اِسْمٌ مَفْعُوْل ) atau Nama yang dibuat, samada orang atau barang yang dikerjakan, seperti:
مَنْصُوْرٌ = yang ditolong ( yang di ................ )
مُحَرَّمٌ = yang diharamkan

Isim Zaman ( اِسِمٌ زَمَان ) iaitu Nama masa yang menunjukkan masa Perbuatan itu dilakukan, seperti:
مَنْصَرٌ = masa menolong ( masa ................)

Isim Makaan ( اِسِمٌ مَكآن ) iaitu Nama yang menunjukkan tempat Perbuatan itu berlaku, seperti:
مَنْصَرٌ = tempat menolong ( tempat ...............)
مَشْرَبٌ = tempat minum

Isim Alat ( اِسْمٌ اَلَةْ ) iaitu Nama yang menunjukkan kepada perkakas (alat) yang digunakan, seperti:
مِنْصَرٌ = perkakas menolong ( alat .............. )
مِبْرَدٌ = jarum

Perkara ini akan dibincangkan lebih lanjut di Pelajaran2 yang akan datang.

RINGKASAN

A. Pecahan bentuk-bentuk Fi'il 3-Huruf TSULATSI MUJARRAD :-

















































































































































فَعِلَ/يَفْعَلُفَعِلَ/يَفْعِلُفَعُلَ/يَفْعُلُفَعَلَ/يَفْعَلُفَعَلَ/يَفْعِلُفَعَلَ/يَفْعُلُJENIS
عَلِمَحَسِبَطَهُرَفَتَحَضَرَبَنَصَرَفعل الماض
عُلِمَحُسِبَطُهِرَفُتِحَضُرِبَنُصِرَماض مجهول
يَعْلَمُيَحْسِبُيَطْهُرُيَفْتَحُيَضْرِبُيَنْصُرُفعل المضارع
يُعْلَمُيُحْسَبُيُطْهَرُيُفْتَحُيُضْرَبُيُنْصَرُمضارع مجهول
اِعْلَمْاِحْسِبْاُطْهُرْاِفْتَحْاِضْرِبَاُنْصُرْفعل الأمر
لآ تَعْلَمْلآ تَحْسِبْلآ تَطْهُرْلآ تَفْتَحْلآ تَضْرِبْلآ تَنْصُرْفعل النهى
عِلْمًاحِسَابًطُهْرًافَتْحًاضَرَْبًانَصْرًاالمصدر
عَالِمٌحَاسِبٌطَاهِرٌفَاتِحٌضَارِبٌنَاصِرٌاسم الفاعل
مَعْلُوْمٌمَحْسُوْبٌمَطْهُوْرٌمَفْتُوْحٌمَضْرُوْبٌمَنْصُوْرٌاسم المفعول
مَعْلَمٌمَحْسَبٌمَطْهَرٌمَفْتَحٌمَضْرِبٌمَنْصَرٌاسم الزمان
مَعْلَمٌمَحْسَبٌمَطْهَرٌمَفْتَحٌمَضْرِبٌمَنْصَرٌاسم المكان
مِعْلَمٌمِحْسَبٌمِطْهَرٌمِفْتاَحٌمِضْرَبٌمِنْصَرٌاسم الألة
tahuhitungbersihbukapukultolongMakna

No comments: