Tuesday, June 10, 2008

Tatabahasa 7

KATA KERJA atau FI'IL ( الْفِعْلُ )

( Bahagian 2 )


CONTOH Tasrif Fi'il Madhi dan Mudhari' yang terdiri dari 3-huruf:-


























































































































































































































Fi'il Mudhari'Fi'il Madhi..
MajhulMa'arufMajhulMa'arufBilanganPihak
يُجْعَلُيَجْعَلُجُعِلَجَعَلَ1Ketiga (L)
يُجْعَلاَنِيَجْعَلاَنِجُعِلاَجَعَلاَ2Ketiga (L)
يُجْعَلُوْنَيَجْعَلُوْنَجُعِلُوْاجَعَلُوْاbanyakKetiga (L)
تُجْعَلُتَجْعَلُجُعِلَتْجَعَلَتْ1Ketiga (P)
تُجْعَلاَنِتَجْعَلاَنِجُعِلَنَاجَعَلَنَا2Ketiga (P)
يُجْعَلْنَيَجْعَلْنَجُعِلْنَجَعَلْنَbanyakKetiga (P)
تُجْعَلُتَجْعَلُجُعِلْتَجَعَلْتَ1Kedua (L)
تُجْعَلاَنِتَجْعَلاَنِجُعِلْتُمَاجَعَلْتُمَا2Kedua (L)
تُجْعَلُوْنَتَجْعَلُوْنَجُعِلْتُمْجَعَلْتُمْbanyakKedua (L)
تُجْعَلِيْنَتَجْعَلِيْنَجُعِلْتِجَعَلْتِ1Kedua (P)
تُجْعَلاَنِتَجْعَلاَنِجُعِلْتُمَاجَعَلْتُمَا2Kedua (P)
تُجْعَلْنَتَجْعَلْنَجُعِلْتُنَّجَعَلْتُنَّbanyakKedua (P)
اُجْعَلُاَجْعَلُجُعِلْتُجَعَلْتُ1Pertama (L&P)
نُجْعَلُنَجْعَلُجُعِلْنَاجَعَلْنَاbanyakPertama (L&P)
































Fi'il Madhi Ma'arufجَعَلَ= telah menjadikan ia
Fi'il Madhi Majhulجُعِلَ= telah dijadikan orang ia
Fi'il Mudhari' Ma'arufيَجْعَلُ= ia jadikan
Fi'il Mudhari' Majhulيُجْعَلُ= dijadikan orang ia atau ia dijadikan


Nota:
a) مَعْرُوْفٌ - Ma'aruf : Bermaksud Perbuatan yang AKTIF, iaitu dikenal atau diketahui Pembuatnya.
b) مَجْهُوْلٌ - Majhul : Bermaksud Perbuatan yang PASIF, iaitu tidak dikenal atau tidak disebutkan Pembuatnya.

Nota Sampingan:

BANDINGAN TATABAHASA MELAYU

1. Ayat aktif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan me-, men- atau mem-

2. Ayat pasif ialah ayat yang kata kerjanya berawalan di- dan diikuti kata sendi oleh serta kata ganti diri ketiga.

Fi'il Amar ( فِعْلُ الاَمْرِ ) ialah Perbuatan Suruh (arahan atau perintah) yang diambil atau dibuat dari Fi'il Mudhari' iaitu dengan membuang huruf Mudhari' dipangkalnya dan digantikan dengan ALIF ( ا ) serta disukunkan (matikan) huruf dihujungnya, seperti:-

اُسْكُنْ = Tinggallah oleh engkau. Wazannya ialah اُفْعُلْ
اِضْرِبْ = Pukullah oleh engkau. Wazannya ialah اِفْعِلْ

Asal Fi'il Mudhari' nya ialah تَسْكُنُ dan تَضْرِبُ


Fi'il Nahyi ( فِعْلُ النَّهْىِ ) ialah Perbuatan Tegah atau Larangan yang juga diambil atau dibuat dari Fi'il Mudhari' iaitu dengan menambah perkataan ( لآ ) dipangkalnya serta disukunkan (matikan) huruf akhirnya, seperti:-

لآ تَسْكُنْ = Janganlah kamu tinggal. Wazannya ialah لآ تَفْعُلْ
لآ تَضْرِبْ = Janganlah kamu pukul. Wazannya ialah لآ تَفْعِلْ

Asal Fi'il Mudhari' nya adalah sama seperti contoh Fi'il Amar diatas iaitu تَسْكُنُ dan تَضْرِبُ

CONTOH Fi'il Amar yang terdiri dari 3-huruf:-




















































































MAKNACONTOHTASRIF
Jadikanlah oleh engkau (l)=اِجْعَلْاِفْعَلْ
Jadikanlah oleh engkau berdua (l)=اِجْعَلاَاِفْعَلاَ
Jadikanlah oleh kamu (semua) (l)=اِجْعَلُوْااِفْعَلُوْا
Jadikanlah oleh engkau (p)=اِجْعَلِىْْاِفْعَلِى
Jadikanlah oleh engkau berdua (p)=اِجْعَلاَاِفْعَلاَ
Jadikanlah oleh kamu (semua) (p)=اِجْعَلْنَاِفْعَلْنَ



CONTOH Fi'il Nahyi yang terdiri dari 3-huruf:-






























































































MAKNACONTOHTASRIF
Janganlah engkau jadikan (l)=لآ تَجْعَلْلآ تَفْعَلْ
Janganlah engkau berdua jadikan (l)=لآ تَجْعَلاَلآ تَفْعَلاَ
Janganlah kamu (semua) jadikan (l)=لآ تَجْعَلُوْالآ تَفْعَلُوْا
Janganlah engkau jadikan (p)=لآ تَجْعَلِىْلآ تَفْعَلِىْ
Janganlah engkau berdua jadikan (p)=لآ تَجْعَلاَلآ تَفْعَلاَ
Janganlah kamu (semua) jadikan (p)=لآ تَجْعَلْنلآ تَفْعَلْنَ


Beberapa contoh dari Al-Quran:

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ
yang telah menjadikan ia bagi kamu bumi (2:22)

إِنَّمَا جُعِلَ السَّبْتُ
Sesungguhnya telah dijadikan orang ia hari Sabtu itu (16:124)

أَوْ يَجْعَلَ اللّهُ لَهُنَّ سَبِيلاً
atau hingga telah menjadikan (mengadakan) Ia oleh Allah bagi mereka (P) jalan keluar (4:15)

اللّهُ أَعْلَمُ حَيْثُ يَجْعَلُ رِسَالَتَهُ
Allah lebih mengetahui di mana Dia menjadikan kerasulanNya itu(6:124)

يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا
Dia akan menjadikan dadanya sempit kesukaran (6:125)

كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ
demikianlah Dia menjadikan oleh Allah kekejian (6:125)

رَبِّ اجْعَلْ هَـَذَا بَلَدًا
Ya Tuhanku! Jadikan oleh engkau negeri ini (2:126)

قَالَ رَبِّ اجْعَل لِّيَ آيَةً
telah berkata ia (Zakariya) Tuhanku jadikanlah oleh Engkau untukku tanda-tanda (3:41)

آتَاهُمَا صَالِحاً جَعَلاَ لَهُ شُرَكَاءَ
Allah memberikan kepada keduanya anak yang saleh, telah menjadikan ia berdua (keduanya) bagiNya (Allah) sekutu-sekutu (7:190)

أَمْ جَعَلُواْ لِلّهِ شُرَكَاءَ
atau telah menjadikan mereka bagi Allah beberapa sekutu (13:16)

الَّذِينَ جَعَلُوا الْقُرْآنَ عِضِينَ
orang-orang yang telah menjadikan mereka Al-Quran terbagi-bagi (lalu mereka percaya kepada sebahagian dan menolak sebahagian yang lain) (15:91)

يَجْعَلُونَ أَصْابِعَهُمْ
mereka menjadikan akan jari-jari mereka (2:19)

الَّذِينَ يَجْعَلُونَ مَعَ اللّهِ
orang-orang yang mereka menjadikan beserta Allah (15:96)

وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ
dan (ingatlah) ketika telah menjadikan ia oleh Kami Rumah (Baitullah) tempat berkumpul bagi manusia (2:125)

بَلْ زَعَمْتُمْ أَلَّن نَّجْعَلَ لَكُم مَّوْعِدًا
bahkan kamu menyangka bahawa tidak Kami menjadikan ia bagi kamu perjanjian (18:48)

لَمْ نَجْعَل لَّهُ مِن قَبْلُ
tidak Kami jadikan dengannya dari sebelum itu (19:7)

فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً
maka janganlah kamu jadikan Allah akan banding-bandingan (2:22)

وَقَالَ لِفِتْيَانِهِ اجْعَلُواْ بِضَاعَتَهُمْ
dan telah berkata ia (Yusuf) kepada orang-orang suruhannya, Jadikan (masukkan) lah olehmu barang-barang dagangan mereka (12:62)

1 comment:

Ibnu Sa'eed said...

تريما كاسيه كرانا بركوغٌسي علم