Friday, August 14, 2009

Tatabahasa Al-Quran 49

Fi'l Tsulatsi Mazid Fihi ( فعل ثلاثى مزيد فيه )


Bentuk IX اِفْعَلَّ


1) Bentuk ini dibentuk daripada bentuk asal فَعَلَ dengan menambah إِ sebelum huruf pertama iaitu ف dan menggandakan huruf ketiga iaitu لَ, maka فَعَلَ menjadi إِفْعَلَّ.


2) Bentuk ini hanya dikhususkan untuk menyatakan warna-warna dan kecatatan; contoh:-



















إِخْضَرَّmenjadi hijau
إِسْوَدَّmenjadi hitam
إِعْوَجَّmenjadi bengkok



Carta ringkas bagi bentuk إِفْعَلَّ :


































Fi'il Madhiإِسْوَدَّإِحْمَرَّ
Fi'il Mudhari'يَسْوَدُّيَحْمَرُّ
Fi'il Amarإِسْوَدِدْإِحْمَرِرْ
Isim Terbitanإِسْوِدَادٌإِحْمِرَارٌ
Subjekمُسْوَدٌّمُحْمَرٌّ



Contoh dari Al-Quran:

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ
(Ingatlah) hari, ada muka-muka akan menjadi putih, ada muka-muka akan menjadi hitam (3:106)

وَابْيَضَّتْ عَيْنَاهُ مِنَ الْحُزْنِ
telah menjadi putih dua matanya kerana kesedihan (12:84)

فَتُصْبِحُ اْلأَرْضُ مُخْضَرَّةً
lalu bumi menjadi hijau (subur) (22:63)

ظَلَّ وَجْهُهُ مُسْوَدًّا
jadilah mukanya menghitam (muram) (16:58)

No comments: