Friday, December 26, 2008

Tatabahasa Al-Quran 9

Pelbagai Bentuk Nama ( الأِسْمٌ )


RANGKAI KATA KETERANGAN SIFAT
As-Sifah wal-Mawsuf ( الصفة والموصوف )

Adjektif ialah perkataan yang digunakan untuk menerangkan sifat sesuatu Isim atau Nama.

Rangkaikata Keterangan Sifat ialah rangkaikata yang mengandungi kalimah Isim yang diikuti dengan kalimah adjektif.

Dalam hal ini, perkara asas yang perlu diberi perhatian ialah:-

A) Jenis : Sama ada Isim itu lelaki ( المذكر ) atau perempuan ( المؤنث ), sifatnya adalah dari Jenis yang sama; contoh:-

















balasan yang amat besar (lelaki)=أَجْرٌ عَظِيمٌ
nasihat yang baik (perempuan)=الْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ


B) Bilangan : Sama ada Isim itu satu ( مفرد ), dua ( مثنى ) atau lebih ( جمع ), bilangan sifat atau adjektifnya adalah sama; contoh:-
























seorang lelaki yang bijak (satu)=رَجُلٌ رَّشِيدٌ
dua lelaki yang baik-baik (dua)=رَجُلانِ صَالِحَانِ
Ayat-Ayat keterangan yang jelas (banyak)=آيَاتٍ بَيِّنَاتٍ


C) Jenis : jika Isim itu Nama Khas (definitif) atau Nama Am (biasa atau bukan definitif), jenis sifat atau adjektifnya adalah sama juga; contoh:-
















Masjid yang dihormati (khas)=اَلمَسْجِدِالحَرَامُ
Sebuah buku yang terang nyata (biasa)=كِتَابٌ مُبِينٌ


D) I'raab : Jika Isim itu berakhir dengan ـَـ ، ـُـ ، ـًـ ، ـٌـ sifat i'raab adjektifnya adalah sama; contoh:-






















daripada Syaitan yang terkutuk=مِنَ الشَّيطَانِ الرَجِيْمِ
azab yang tidak terperi sakitnya=عَذَابًا أَلِيمًا
amalan yang baik=اَلعَمَلُ الصَّالِحُ


Contoh rangkaian kata keterangan sifat dari Al-Quran:-

أَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا
Kami telah sediakan bagi mereka azab yang tidak terperi sakitnya (4:18)

إِنِّي أُلْقِيَ إِلَيَّ كِتَابٌ كَرِيمٌ
sesungguhnya telah disampaikan kepadaku sepucuk surat yang mulia(27:29)

ذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ
itulah kejayaan yang amat besar(3:13)

No comments: