Friday, December 26, 2008

Tatabahasa Al-Quran 10

Pelbagai Bentuk Nama ( الاسم )


RANGKAI KATA BERSANDARAN
al-Mudhaf, al-Mudhaf Ilaih ( المُضَاف، المُضَافٌ اِلَيه )
  1. Rangkaikata jenis ini dibentuk dengan dua kalimat Isim yang bersandaran antara satu sama lain.
  2. Isim yang pertama dipanggil (Mudaf) yang terdiri dari Nama Am atau Isim Nakirah (tidak definitif).
  3. I'raab pada huruf terakhir Isim yang pertama adalah ـِـ , ـَـ atau ـُـ dan tidak sekali-kali bertandakan ـٍـ , ـًـ atau ـٌـ
  4. Isim yang kedua dipanggil (Mudahaf Ilaih). Biasanya ia adalah dari jenis Nama Khas atau Isim Ma'arifah (definitif) dan ada ال dipangkalnya (ada pengecualian).
  5. I'raab dihuruf terakhir pada Isim yang kedua (Mudaf Ilaih) sentiasa bertanda ـِـ (tidak ada pengecualian).


Contoh:








































Negeri yang aman=دَارُ السَّلآمِ
Ciptaan Allah=خَلَقُ اللهِ
Hari pembalasan (Kiamat)=يَوْمُ القِيَامَةِ
Utusan Allah=رَسُوْلُ اللهِ
Kitab Allah=كِتَابُ اللهِ
dari azab api Neraka=مَنْ عَذَابِ النَّارِ


Contoh rangkaikata bersandaran dimana Isim yang kedua terdiri dari jenis Isim Am (iaitu pengecualian):




























Kata-kata Rasul=قَوْلُ رَسُولٍ
balasan setiap kejahatan=جَزَاءُ سَيِّئَةٍ
seberat zarrah=مِثْقَالُ ذَرَّةٍ
kepada celaan orang yang mencela=لَوْمَةَ لآئِمٍ


Perhatian

Terdapat juga rangkaikata yang bersandaran dengan kombinasi antara Isim dan Dhamir (Gantinama). Contohnya : كِتَابُهُ ( KitabNya ) dimana Mudaf Ilaih (sandaran) kepada perkataan Kitab itu merupakan satu Gantinama. Dalam keadaan ini peraturan 5 diatas tidak perlu diikuti.

Contoh rangkaikata المُضَاف، المُضَافٌ اِلَيه dari Al-Quran:-

رَبِّ الْعَالَمِينَ
Tuhan Yang Memelihara seluruh alam (1:2)

غَيْبَ السَّمَاوَاتِ
segala rahsia langit (2:33)

وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللهِ
dan kenangkanlah nikmat Allah (3:103)

وَذَلِكَ جَزَاءُ الْمُحْسِنِينَ
dan demikian itu, adalah balasan bagi orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan (5:85)

أَصْحَابَ النَّارِ
ahli Neraka (7:44)

عَهْدَ اللَّهِ
Perjanjian Allah (2:27)

No comments: