Wednesday, December 17, 2008

Pelajaran 31

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Kita sambung pelajaran kali ini dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-

Surah 2 : Al-Baqarah ( Ayat 253 - 262)



تِلْكَ الرُّسُلُ فَضَّلْنَا بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ مِّنْهُم مِّن كَلَّمَ اللهُ
وَرَفَعَ بَعْضَهُمْ دَرَجَاتٍ، وَءَاتَيْنَا عِيسَى ابْنَ مَرْيَمَ الْبَيِّنَاتِ وَأَيَّدْنَاهُ
بِرُوحِ الْقُدُسِ، وَلَوْ شَاءَ اللهُ مَااقْتَتَلَ الَّذِينَ مِن بَعْدِهِم مِّن بَعْدِ
مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَلـَكِنِ اخْتَلَفُواْ فَمِنْهُم مَّنْ ءَامَنَ وَمِنْهُم
(253) مَّن كَفَرَ، وَلَوْ شَاءَ اللهُ مَااقْتَتَلُواْ وَلَـكِنَّ اللهَ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُواْ أَنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاكُم مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ
(254) فِيهِ، وَلاَ خُلَّةٌ وَلاَ شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ

اللهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْم
لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَاالَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ
يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ
إِلاَّ بِمَاشَآءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا
(255) وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ

لاَ إِكْرَاهَ فِي الدِّينِ قَد تَّبَيَّنَ الرُّشْدُ مِنَ الْغَيِّ فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ
وَيُؤْمِن بِاللهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لاَ انفِصَامَ لَهَا
(256) وَاللهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

اللهُ وَلِيُّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخْرِجُهُم مِّنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّوُرِ
وَالَّذِينَ كَفَرُواْ أَوْلِيَآؤُهُمُ الطَّاغُوتُ يُخْرِجُونَهُم مِّنَ النُّورِ إِلَى الظُّلُمَاتِ
(257) أُوْلَـئِكَ أَصْحَابُ النَّارِ، هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِي حَآجَّ إِبْرَاهِيمَ فِي رِبِّهِ أَنْ ءَاتَاهُ اللهُ الْمُلْكَ
إِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّيَ الَّذِي يُحْيِـي وَيُمِيتُ قَالَ أَنَا أُحْيِـي وَأُمِيتُ
قَالَ إِبْرَاهِيمُ فَإِنَّ اللهَ يَأْتِي بِالشَّمْسِ مِنَ الْمَشْرِقِ فَأْتِ بِهَا مِنَ الْمَغْرِبِ
(258) فَبُهِتَ الَّذِي كَفَرَ، وَاللهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

أَوْ كَالَّذِي مَرَّ عَلَى قَرْيَةٍ وَهِيَ خَاوِيَةٌ عَلَى عُرُوشِهَا
قَالَ أَنَّى يُحْيِـي هَـَذِهِ اللهُ بَعْدَ مَوْتِهَا فَأَمَاتَهُ اللهُ مِئَةَ عَامٍ ثُمَّ بَعَثَهُ
قَالَ كَمْ لَبِثْتَ قَالَ لَبِثْتُ يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ قَالَ بَل لَّبِثْتَ مِاْئَةَ عَامٍ
فَانظُرْ إِلَى طَعَامِكَ وَشَرَابِكَ لَمْ يَتَسَنَّهْ وَانظُرْ إِلَى حِمَارِكَ وَلِنَجْعَلَكَ
ءَايَةً لِّلنَّاسِ وَانظُرْ إِلَى العِظَامِ كَيْفَ نُنشِزُهَا ثُمَّ نَكْسُوهَا لَحْمًا
(259) فَلَمَّا تَبَيَّنَ لَهُ قَالَ أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ أَرِنِي كَيْفَ تُحْيِ الْمَوْتَى قَالَ أَوَلَمْ تُؤْمِنْ
قَالَ بَلَى وَلَـكِن لِّيَطْمَئِنَّ قَلْبِي قَالَ فَخُذْ أَرْبَعَةً مِّنَ الطَّيْرِ فَصُرْهُنَّ
إِلَيْكَ ثُمَّ اجْعَلْ عَلَى كُلِّ جَبَلٍ مِّنْهُنَّ جُزْءًا ثُمَّ ادْعُهُنَّ يَأْتِينَكَ سَعْيًا
(260) وَاعْلَمْ أَنَّ اللهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ
فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ، وَاللهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَآءُ
(261) وَاللهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللهِ ثُمَّ لاَ يُتْبِعُونَ مَآأَنفَقُواْ مَنًّا وَلاَ أَذًى
(262) لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ، وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ



Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-


telah berkata-kata ia {253} = كَلَّمَ

beberapa darjat = دَرَجَاتٍ

telah berbunuh-bunuhan ia = إِقْتَتَلَ

perdagangan {254} = بَيْعٌ

sahabat; teman = خُلَّةٌ

Yang Hidup {255} = الْحَيُّ

Berdiri dengan sendiri = الْقَيُّومُ

ia ambil (p) = تَأْخُذُ

mengantuk = سِنَةٌ

tidur = نَوْم

ia memberi syafa'at = يَشْفَعُ

telah luas/meliputi ia = وَسِعَ

Kursi/Ilmu dan Kekuasaan = كُرْسِيُّ

ia memberatkan = يَؤُودُ

memelihara = حِفْظُ

Yang Maha Tinggi = الْعَلِي

paksaan {256} = إِكْرَاهَ

Kebenaran = الرُّشْدُ

Kesesatan = الْغَيِّ

Thaghut (keberhalaan) = الطَّاغُوتِ

telah berpegang teguh ia = إِسْتَمْسَكَ

Tali = الْعُرْوَةِ

Yang teguh = الْوُثْقَى

putus = ِإِنْفِصَامَ

pengurus/pelindung {257} = وَلِيُّ

telah membantah ia {258} = حَآجَّ

matahari = ِالشَّمْسِ

telah dibingungkan (hilang akal) ia = بُهِتَ

telah lalu ia {259} = مَرَّ

yang roboh = خَاوِيَةٌ

bumbung-bumbung = عُرُوشِ

seratus = مِاْئَةَ

tahun = عَامٍ

telah tinggal (duduk) ia = لَّبِثْتَ

lihat oleh engkau = اُنظُرْ

minuman = شَرَابِ

yang menguji = مُبْتَلِي

satu sungai = ِنَهَرٍ

telah meminum ia = شَرِبَ

ia berubah = يَتَسَنَّهْ

kaldai = حِمَارِ

supaya Kami jadikan = َلِنَجْعَلَ

tulang-tulang = العِظَامِ

Kami susunkan (cantumkan) semula = نُنشِزُ

Kami pakaikan/salutkan = نَكْسُو

perlihatkan oleh engkau {260} = أَرِ

bahkan = بَلَى

ia tenang (tenteram) = يَطْمَئِنَّ

burung = الطَّيْرِ

jinakkan = صُرْ

gunung = جَبَلٍ

sebahagian = جُزْءًا

mereka (p) datang = يَأْتِينَ

segera = سَعْيًا

Yang Maha Gagah = عَزِيزٌ

bijian; benih {261} = حَبَّةٍ

telah menumbuhkan ia = أَنبَتَتْ

tujuh = سَبْعَ

tangkai (banyak) = سَنَابِلَ

tangkai (satu) = سُنْبُلَةٍ

mereka ikuti/iringi {262} = يُتْبِعُونَ

membangkitkan = مَنًّا

gangguan = أَذًى



Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH AL-BAQARAH (Ayat 253 - 262)

253) Itu Rasul-Rasul telah melebihkan Kami (akan) sebahagian mereka atas sebahagian (yang lain). (Sebahagian) daripada mereka (ada) orang yang telah berkata-kata ia (dengan mereka oleh) Allah dan telah meninggalkan ia (akan) sebahagian mereka beberapa darjat dan telah mendatangkan Kami (akan) Isa anak Maryam beberapa keterangan dan telah menguatkan Kami (akan) dia dengan Ruhul-Qudus dan kalau telah berkehendak ia (oleh) Allah, tiada telah berbunuh-bunuhan ia segala yang daripada kemudian mereka, daripada sesudah apa yang telah datang ia (akan) mereka (oleh) beberapa keterangan, dan tetapi telah berseliseh mereka, maka (sebahagian) daripada mereka (ada) orang yang telah beriman ia dan (sebahagian) mereka (ada) orang yang telah kufur ia; dan jikalau telah berkehendak Ia (oleh) Allah tiada telah berbunuh-bunuhan mereka, dan tetapi Allah Ia berbuat apa yang Ia kehendaki.
254) Hai segala yang telah beriman mereka! Belanjakan olehmu daripada apa yang telah merezkikan Kami (akan) kamu daripada sebelum bahawa ia datang satu hari (yang) tidak ada perdagangan (jual-beli) padanya dan tidak ada sahabat/teman dan tidak ada syafa'at (pertolongan/pembelaan) dan orang2 yang kafir (itulah) orang2 yang zalim.

255) Allah, tidak ada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri dengan sendiriNya, tidak ia ambil (akan) Dia (oleh) mengantuk dan tidak (oleh) tidur, bagiNya apa yang pada langit2 dan apa yang di bumi. Tiada siapa orang yang (sanggup) memberikan syafa'at di sisiNya melainkan dengan izinNya. Ia mengetahui apa yang antara tangan (hadapan) mereka dan apa yang dibelakang mereka, padahal tidak mereka meliputi dengan sasuatu dari ilmuNya melainkan dengan apa yang Ia kehendaki. Telah meliputi ia (oleh) KursiNya (Ilmu dan KekuasaanNya) langit-langit dan bumi; dan tidak ia memberatkan (akan) Dia memelihara kedua-duanya; dan Dia Yang Maha Tinggi,Yang Maha Besar.

256) Tidak ada paksaan pada ugama. Sesungguhnya telah nyata ia, kebenaran daripada kesesatan. Maka barangsiapa ia ingkar akan thaghuut dan ia beriman akan Allah, maka sungguhnya telah berpegang teguh ia dengan tali yang kokoh (yang) tidak ada putus baginya, dan Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

257) Allah, Pengurus segala yang telah beriman mereka, Ia keluarkan mereka daripada beberapa kegelapan kepada cahaya; dan yang telah kufur mereka pengurus-pengurus mereka (iaitu) thaghuut, mereka keluarkan (akan) mereka daripada cahaya kepada kegelapan. Orang-orang itu ahli-ahli nuraka; mereka didalamnya orang2 yang kekal.

258) Adakah telah tidak engkau lihat (fikirkan) kepada orang yang membantah ia (akan) Ibrahim pada tuhannya kerana bahawa telah memberi ia (akan) dia (oleh) Allah (akan) kerajaan? Ketika telah berkata ia Ibrahim: "Tuhanku ia menghidupkan dan ia mematikan"; telah berkata ia: "Aku (boleh) menghidupkan dan aku (boleh juga) mematikan". Telah berkata ia (oleh) Ibrahim: "Maka bahawasanya Allah ia mendatangkan (akan) matahari daripada timur, maka datangkan oleh engkau akan dia daripada barat". Maka telah dibingungkan (mati akal) ia (akan orang) yang telah kafir ia dan Allah tidak Ia memimpin (akan) kaum orang2 yang zalim.

259) Atau seperti (orang) yang telah melalui ia atas satu negeri walhal dia yang roboh atas bumbung2nya; telah berkata ia: "Bagaimanakah ia menghidupkan (negeri) ini (oleh) Allah sesudah matinva?". Lalu telah mematikan akandia (oleh) Allah seratus tahun, kemudian telah membangkitkan ia akan dia, telah berkata ia : "Berapakah (lama) telah tinggal (duduk) engkau?” Telah berkata ia : “Telah tinggal aku (disini) satu atau setengah hari". Telah berkata ia : "Bahkan telah tinggal engkau saratus tahun. Maka lihat oleh engkau kepada makanan engkau dan minuman engkau, telah tidak ia berubah, dan lihat oleh engkau kepada kaldai engkau; dan supaya Kami jadikan engkau satu tanda bagi manusia; dan lihat oleh engkau kepada tulang2 bagaimana Kami bangkitkan (akan) dia, kemudian Kami pakaikan (salutkan) dia daging". Maka manakala telah nyata ia baginya, telah berkata ia : "Aku mengetahui bahawasanya Allah atas tiap-tiap sasuatu Amat Berkuasa.

260) Dan tatkala telah berkata ia Ibrahim: "Hai Tuhanku, perlihatkan oleh Engkau akan daku bagaimana Engkau menghidupkan orang2 yang mati". Telah berkata Ia : "Adakah telah tidak engkau percaya?" Telah berkata ia : "Bahkan, dan tetapi supaya ia tenang (oleh) hatiku". Telah berkata Ia: "Maka ambil oleh engkau empat daripada burung, maka jinakkan (kembalikan) oleh engkau (akan) sekaliannya kepada engkau, kemudian jadikan oleh engkau atas tiap-tiap gunung daripada sekaliannya sebahagian; kemudian panggil oleh engkau (akan) sekeliannya, mereka datang (akan) engkau segera; dan ketahui oleh engkau bahawasanya Allah, Maha Gagah, Maha Bijaksana.

261) Contoh segala yang mereka membelanjakan (akan) harta benda mereka pada jalan Allah, seperti contoh satu bijian (yang) telah menumbuhkan ia tujuh tangkai, pada tiap-tiap satu tangkai seratus bijian; Dan Allah ia gandakan untuk orang yang Ia kehendaki; dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui.

262) Segala yang mereka membelanjakan (akan) harta2 mereka pada jalan Allah, kemudian tidak mereka ikutkan apa yang telah mereka belanjakan (itu dengan) membangkit2 dan tidak gangguan; untuk mereka, upah mereka di sisi Tuhan mereka; dan tiada ketakutan atas mereka; dan tiada mereka mereka berdukacita.


TERJEMAHAN MAKSUD SURAH AL-BAQARAH (Ayat 253 - 262) MENGIKUT TATABAHASA BAHASA MELAYU

[253] Rasul-rasul itu Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya dan ditinggikanNya (pangkat) sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan dan Kami berikan Nabi Isa Ibni Mariam beberapa keterangan kebenaran (mukjizat), serta Kami kuatkan dia dengan Rohul Qudus (Jibril) dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan (yang dibawa oleh Rasul mereka). Tetapi mereka bertelingkah, maka timbullah di antara mereka orang yang beriman dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

[254] Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.

[255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmu dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

[256] Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

[257] Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.

[258] Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan. Dia menjawab: Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan. Nabi Ibrahim berkata lagi: Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah ia dari barat? Maka tercenganglah (mati akal) orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim.

[259] Atau tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal (di sini)? Dia menjawab: Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari. Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah) dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

[260] Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaku bagaimana Engkau menghidupkan makhluk-makhluk yang mati? Allah berfirman: Adakah engkau belum percaya (kepada kekuasaanku)? Nabi Ibrahim menjawab: Bahkan (aku percaya dan yakin), akan tetapi (aku memohon yang demikian ialah) supaya tenteram hatiku (yang amat ingin menyaksikannya). Allah berfirman: (Jika demikian), ambillah empat ekor burung, kemudian kumpulkanlah olehmu (dan cincanglah semuanya). Setelah itu letakkanlah di atas tiap-tiap sebuah bukit sebahagian daripadanya. Kemudian serulah burung-burung itu nescaya semuanya akan datang kepadamu dengan segera dan ketahuilah sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[261] Bandingan (kepad) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

[262] Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula mengganggu (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.

No comments: