Friday, October 3, 2008

Panduan Menterjemah 4

Berikut adalah petikan beberapa panduan yang telah dipelajari terdahulu sebagai peringatan bertujuan mengenalpasti bentuk-bentuk Kalimat dan Ayat yang ditemui dalam pelajaran-pelajaran yang lalu dan akan datang.

A. Huruf Baa ( بِ )

Huruf بِ itu bermakna DENGAN pada asalnya, tetapi bertukar kepada perkara-perkara yang dinyatakan berikut:-

1. Bermakna 'dengan sebab' :

Apabila بِ berganding مَاkemudian diikuti Fi’il iaitu بِمَا + Fi’il, ia diberi makna dengan sebab + Fi’il.





























Bentuk AyatNo. Ayat
dengan sebab ....بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ 2:10
dengan sebab ....بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ 2:59
dengan sebab ....بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ 2:61
dengan sebab ....بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ 2:95


2. Bermakna 'akan':

Apabila selepas ب diikuti Isim, ia diberi makna akan + Isim.





























.... akan cahayaذَهَبَ اللّهُ بِنُورِهِمْ 2:17
.... akan pendengaran2لَذَهَبَ بِسَمْعِهِمْ 2:20
.... akan satu surahفَأْتُواْ بِسُورَةٍ 2:23
.... akan nama-namaأَنبِئْهُم بِأَسْمَآئِهِمْ 2:33
.... akan ayat-ayatوَكَذَّبُواْ بِآيَاتِنَا 2:39



3. Tiada bermakna apa-apa:

Apabila setelah ب diikuti Isim Faél, ia tidak diberi apa-apa maksud.





























melingkungi org2 yg kafirمُحِيطٌ بِالْكافِرِينَ 2:19
tiadalah mereka org2 yg berimanوَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ 2:8
dan tiadalah Allah Yang lalaiوَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ 2:74
dan tiadalah Allah Yang lalaiوَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ 2:85
dan tiadalah mereka org2 yg membahayakanوَمَا هُم بِضَآرِّينَ 2:102



4. Menukar makna Kalimat:

Apabila sesudah Fi’il ada ب makna Fi’il akan diberi makna yang berlawanan.
Kalimat اِشْتَرَوُاْ itu bererti 'membeli' tetapi kerana kemasukan بِ dihujungnya, ia bertukar menjadi 'menjual'.







































... membeli ...اِشْتَرَوُاْ الضَّلاَلَةَ 2:16
... membeli ...لَمَنِ اشْتَرَاهُ 2:102
... membeli ...اِشْتَرَوُاْ الْحَيَاةَ 2:86
... menjual mereka ...تَشْتَرُواْ بِآيَاتِي 2:41
... menjual kamu ...لِيَشْتَرُواْ بِهِ 2:79
... menjual ia ...لَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ 2:102
telah menghilangkan ia

asal = telah pergi ia

ذَهَبَ اللّهُ بِنُورِهِمْ 2:17



B. Huruf wau ( و )

Huruf و itu bermakna 'dan' pada asalnya, tetapi bertukar menjadi 'walhal' atau 'padahal' kerana ada Ism Dhamir (Gantinama) dihujungnya.










































































walhal dia ...وَهُوَ مُحَرَّمٌ عَلَيْكُمْ 2:85
walhal mereka ...وَهُمْ يَعْلَمُونَ2:75
walhal mereka ...وَهُمْ يَتْلُونَ الْكِتَابَ2:113
walhal kamu ...وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ2:22
walhal kamu ...وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ 2:44
walhal kamu ...وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ 2:50
walhal kamu ...وَأَنتُمْ ظَالِمُونَ 2:51
walhal kamu ...وَأَنتُم مِّعْرِضُونَ2:83
walhal kamu ...وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ 2:84
walhal kamu ...وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ 2:132
walhal kamu ...وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ 2:133
walhal kamu ...وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ 2:136
walhal kamu ...وَنَحْنُ لَهُ عَابِدونَ 2:138
walhal kamu ...وَنَحْنُ لَهُ مُخْلِصُونَ 2:139



C. Huruf Maa ( مَا )

Huruf Maa ( مَا ) itu bermakna 'barang yang', tetapi bertukar kepada 'tiada (tidak ada)', 'apakah', 'apajua' :-

1. Jika sesudah مَا bertemu لَكِنْ (tetapi) atau أِلاَّ (melainkan/kecuali), ia akan bermakna tidak/tiada.





























maka tiada balasan .... melainkanفَمَا جَزَاء .... إِلاَّ خِزْيٌ 2:85
dan tidak ia ingkar .... melainkanوَمَا يَكْفُرُ بِهَا إِلاَّ الْفَاسِقُونَ2:99
dan tidak mereka .... kecualiوَمَا هُم .... إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ2:102
tiada telah adalah ia .... melainkanمَا كَانَ .... إِلاَّ خَآئِفِينَ2:114
dan tidaklah mereka ...., tetapiوَمَا ظَلَمُونَا وَلَكِن 2:57


2. Jika sesudah مَا disusuli dengan Dhamir (gantinama), ia akan bermakna tiada.












































dan tiada baginya ...مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ 2:102
tiada bagi engkau ...مَا لَكَ مِنَ اللّهِ 2:120
dan tiada bagi kamu ...وَمَا لَكُم مِّن دُونِ اللّهِ 2:107
dan tiada bagi mereka ...وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ 2:8
dan tiada/tidak boleh dia ...وَمَا هُوَ بِمُزَحْزِحِهِ 2:96
dan tiada telah ada ia ...وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ 2:135
dan tiada telah ada mereka ...وَمَا كَانُواْ مُهْتَدِينَ 2:16
dan tiada tlh hampir mereka ...وَمَا كَادُواْ يَفْعَلُونَ 2:71


3. Jika sesudah مَا di ikuti Fi'il kemudian bertemu لِ (bagi/untuk) atau مِنْ (daripada), ia akan bermakna apajua.














dan apa jua kamu sediakan bagi ...وَمَا تُقَدِّمُواْ لِأَنفُسِكُم 2:110
apa jua yang Kami mansuhkan drpd ...مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ 2:106


4. Contoh Ayat dimana مَا diberi makna 'apakah' dan 'apa yang' dan 'barang yang'



















apakah kamu sembah ...مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي ؟2:133
dan apa yang tlh adalah kamu ...وَمَا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ 2:33
barang yang tlh adalah kamu ...مَّا كُنتُمْ تَكْتُمُونَ 2:72


D. Perkataan ( مَنْ ) :

Perkataan مَنْ ertinya orang yang; siapa. Tetapi ia berubah menjadi tidak ada atau tiada siapapun jika ayatnya disusuli dengan perkataan مِنْ, seperti berikut :-



















dan tiada siapa pun yang lebih zalim drpd ...وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن مَّنَعَ2:114
dan tiada siapa yang lebih baik drpd ...وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللّهِ 2:138
dan tiada siapa yang lebih aniaya drpd ...وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ 2:140


E. Perkataan ( مِنْ ) :

Perkataan مِنْ itu ertinya daripada, tetapi ia juga bererti sebahagian atau daripada golongan :-


































dan sebahagiaan daripada manusia ...وَمِنَ النَّاسِ2:8
dan sebahagian daripada mereka ...وَمِنْهُمْ أُمِّيُّونَ 2:78
.... drpd golongan orang2 yang kafirوَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ 2:34
.... drpd golongan org2 yg aniayaفَتَكُونَا مِنَ الْظَّالِمِينَ2:35
.... drpd kalangan org2 yg bodohأَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ 2:67
.... nescaya drpd golongan orang yang baik-baikلَمِنَ الصَّالِحِينَ 2:130


F. Kalimat-kalimat akan berubah ertinya dengan sebab kemasukan Harf atau Gantinama yang tertentu.

1. Perkatan ( اِلَى ) dan ( عَلَى ):
























maka telah menerima taubat ia atasnya ...فَتَابَ عَلَيْهِ2:37
maka telah menerima taubat ia atas kamu ...فَتَابَ عَلَيْكُمْ 2:54
dan terima taubat oleh Engkau atas kamiوَتُبْ عَلَيْنَآ 2:128
taubat oleh kamu kepadaفَتُوبُواْ إِلَى بَارِئِكُمْ2:54


2. Perkatan ( عَنْ ) :

يَرْغَبُ ertinya gemar (suka) bertukar menjadi benci (tidak suka) apabila ada عَنْ berikutnya.









ia benci akan agama Ibrahim ...يَرْغَبُ عَن مِّلَّةِ إِبْرَاهِيمَ2:130


Perhatian:
Panduan ini adalah sebagai pembiasaan yang perlu dicamkan kerana bentuk-bentuk ayat seperti yang diberikan itu akan berulang pada banyak tempat didalam Al-Quran.

No comments: