Tuesday, February 3, 2009

Tatabahasa Al-Quran 21

Pelajaran ini adalah lanjutan daripada pelajaran yang lalu iaitu perbincangan mengenai Isim-Isim Musytaq.

6. ISIM ZAMAN DAN ISIM MAKAN ( إِسْمُ الزَّمَانِ وَالْمَكَانِ )


Isim Zaman ialah Isim yang menunjukkan masa perbuatan itu berlaku, manakala Isim Makan ialah Isim yang menunjukkan tempat dimana perbuatan itu dilakukan.

Kedua-dua Isim ini mempunyai wazan yang sama seperti berikut:-

(i) مَفْعَلٌ : iaitu bila Fi'il Tsulatsi yang 'Ain Mudhari' nya berbaris Dhammah ( ـُـ ) atau Fathah ( ـَـ ), seperti:-





























Maknaاسم زمان والمكانمضارع
Tempat atau Masa pergiمَذْهَبٌيَذْهَبُ
Tempat atau Masa melihatمَنْظَرٌيَنْظُرُ
Tempat atau Masa menolongمَنْصَرٌيَنْصُرُ


Bagi Fi'il Naqis, wazanya مَفْعَلٌ juga, tetapi huruf Illat diakhirnya tidak dibunyikan, misalnya:-




























Maknaاسم زمان والمكانمضارع
Zaman/Tempat berusahaمَسْعَىيَسْعَى
Zaman/Tempat melemparمَرمىَيَرْمِى
Zaman/Tempat membakarمَشْوَىيَشْوَى


(ii) مَفْعِلٌ : iaitu Fi'il Tsulatsi yang 'Ain Mudhari' nya berbaris Kasrah ( ـِـ )





























Maknaاسم زمان والمكانمضارع
Tempat/Zaman dudukمَجْلِسٌيَجْلِسُ
Tempat/Zaman berjanjiمَوْعِدٌيَعِدُ
Tempat/Zaman turunمَنْزِلٌيَنْزِلُ


Dalam pada itu ada juga perkataan yang 'Ain Mudhari' nya bukan Kasrah ( ـِـ ) tetapi Dhammah ( ـُـ ) sedangkan Isim Zaman dan Makan nya berwazan ( مَفْعِلٌ ) tetapi hanya untuk perkataan-perkataan tertentu sahaja, seperti berikut:-























Maknaاسم زمان والمكانمضارع
Tempat/Zaman bersujudمَسْجِدٌيَسْجُدُ
Tempat/Zaman berpecahمَفْرِقٌيَفْرُقُ



Perhatikan perkataan-perkataan berikut ini:-













































































Maknaاسم زمان والمكانمضارع
terbitمَشْرِقٌيَشْرُقُ
terbenamمَغْرِبٌيَغْرُبُ
tumbuhمَنْبِتٌيَنْبُتُ
naikمَطْلِعٌيَطْلُعُ
tinggalمَسْكِنٌيَسْكُنُ
sangkaمَظِنَّةٌيَظُنُّ
jatuhمَسْقِطٌيَسْقُطُ
mesraمَرْفِقٌيَرْفُقُ
kumpulمَحْشِرٌيَحْشُرُ
hembusanمَنْخِرٌيَنْخُرُ
berkumpulمَجْمِعٌيَجْمَعُ



Mustahak diketahui bahawa Ism Zaman dan Ism Makan dari selain Tsulatsi itu serupa wazan Maf'ulnya. Begitu juga cara Masdar dan Maf'ul dari bukan Tsulatsi itu bersamaan belaka. Oleh itu bagi mengenalnya dalam susunan kalimat hendaklah diperhatikan jalan ayat itu sendiri.

Banyak juga terdapat Sighah (bentuk) Ism Zaman dan Ism Makan itu terbit daripada Ism Jamid (asli) atas wazan مَفْعَلَةٌ iaitu bagi menunjukkan banyaknya benda itu pada satu tempat, misalnya:-

Wazan: مَفْعَلَةٌ













































MaknaمَكَانٌMaknaأِسْمٌ جَامِدٌ
tempat singa banyakمَأْسَدَةٌsingaأَسَدٌ
tempat singa jantan banyakمَسْبَعَةٌsinga jantanسَبُعٌ
tempat timun banyakمَقْثَأَةٌtimunقِثَّاءٌ
tempat epal banyakمَتْفَحَةٌbuah epalتُفَّاحٌ



7. ISIM ALAT ( إِسْمُ اْلآلَةِ )


Ism Alat ialah perkataan yang menunjukkan alat perkakas, dan wazannya ada tiga sahaja yang tertentu untuk Tsulatsi:-




























a)مِفْعَلٌmisalnya : Kikir (besi)مِبْرَدٌ
b)مِفْعَالٌmisalnya : alat pembuka (anak kunci)مِفْتَاحٌ
c)مِفْعَلَةٌmisalnya : penyapuمِكْنَسَةٌ


Dan banyak pula Ism Alat lainnya yang tidak dapat diqiaskan (asli), seperti:-






















Pisau= سِكِّيْنٌ
Pedang= سَيِّفٌ
Jam= سَاعَةٌ

No comments: