Thursday, February 5, 2009

Pelajaran 34

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ

Kita sambung pelajaran menterjemah kali ini dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-


Surah 3 : Ali-'Imran ( Ayat 1 - 13)

(1) الـم

(2) اللهُ لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ

نَزَّلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ
(3) وَأَنْزَلَ التَّوْرَاةَ وَالإنْجِيلَ

مِنْ قَبْلُ هُدًى لِلنَّاسِ وَأَنْزَلَ الْفُرْقَانَ إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بِئَآيَاتِ اللهِ
(4) لَهُمْ عَذَابٌ شَدِيدٌ وَاللهُ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ

(5) إِنَّ اللهَ لا يَخْفَى عَلَيْهِ شَيْءٌ فِي الأرْضِ وَلا فِي السَّمَآءِ

هُوَ الَّذِي يُصَوِّرُكُمْ فِي الأَرْحَامِ كَيْفَ يَشَآءُ لآ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ
(6) الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ ءَايَاتٌ مُحْكَمَاتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتَابِ
وَأُخَرُ مُتَشَابِهَاتٌ فَأَمَّا الَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ
مِنْهُ ابْتِغَآءَالْفِتْنَةِ وَابْتِغَاءَ تَأْوِيلِهِ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُ إِلاَّ اللهُ وَالرَّاسِخُونَ فِي
(7) الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِ كُلٌّ مِنْ عِنْدِ رَبِّنَا وَمَا يَذَّكَّرُ إِلاَّ أُولُو الأَلْبَابِ

رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً
(8) إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

(9) رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا لَنْ تُغْنِيَ عَنْهُمْ أَمْوَالُهُمْ وَلآ أَوْلاَدُهُمْ مِنَ اللهِ شَيْئًا
(10) وَأُولـَئِكَ هُمْ وَقُودُ النَّارِ

كَدَأْبِ ءَالِ فِرْعَوْنَ وَالَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ كَذَّبُوا بِئَايَاتِنَا
(11) فَأَخَذَهُمُ اللهُ بِذُنُوبِهِمْ وَاللهُ شَدِيدُ الْعِقَابِ

(12) قُلْ لِلَّذِينَ كَفَرُواْ سَتُغْلَبُونَ وَتُحْشَرُونَ إِلَى جَهَنَّمَ وَبِئْسَ الْمِهَادُ

قَدْ كَانَ لَكُمْ ءَايَةٌ فِي فِئَتَيْنِ الْتَقَتَا فِئَةٌ تُقَاتِلُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَأُخْرَى كَافِرَةٌ
يَرَوْنَهُمْ مِثْلَيْهِمْ رَأْيَ الْعَيْنِ وَاللهُ يُؤَيِّدُ بِنَصْرِهِ مَنْ يَشَآءُ
(13) إِنَّ فِي ذَلِكَ لَعِبْرَةً ِلأُولِي اْلأَبْصَارِ


Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-

Alif; Laam; Miim {1} = الـم

Taurat {3} = التَّوْرَاةَ

Injil = الإِنْجِيل

yang bersangatan {4} = شَدِيدٌ

yang mempunyai = ذُو

siksaan yang pedih = انْتِقَامٍ

ia tersembunyi {5} = يَخْفَى

ia merupakan; gambarkan {6} = يُصَوِّرُ

kandungan2; rahim2 = الأَرْحَامِ

yang tegas {7} = مُحْكَمَاتٌ

ibu = أُمُّ

yang lain = أُخَرُ

yang sama serupa = مُتَشَابِهَاتٌ

adapun = أَمَّا

kesesatan; berkarat = زَيْغٌ

telah sama serupa ia = تَشَابَهَ

ta'wil; pengertian = تَأْوِيلِ

orang2 yang mahir = الرَّاسِخُونَ

jangan Engkau gelincirkan (8) = لاَ تُزِغْ

telah memberi petunjuk Engkau = هَدَيْتَ

kurniakan oleh Engkau = هَبْ

Yang Amat Mengurnia = الْوَهَّابُ

yang mengumpulkan {9} = جَامِعُ

ia menyalahi; memungkiri = يُخْلِفُ

janji = الْمِيعَادَ

ia mengkayakan; melepaskan {10} = تُغْنِيَ

anak-anak = أَوْلاَدُ

bakaran; kayu api = وَقُودُ

keadaan; adat {11} = دَأْبِ

dosa-dosa = ذُنُوبِ

siksaan = الْعِقَابِ

dikalahkan (org) kami {12} = َتُغْلَبُونَ

dikumpulkan (org) kami = َتُحْشَرُونَ

tempat persediaan = الْمِهَادُ

dua puak (p) {13} = فِئَتَيْنِ

telah bertemu ia (berdua) (p) = الْتَقَتَا

ia berperang (p) = تُقَاتِلُ

dua misal; dua kali = مِثْلَيْ

pandangan mata = رَأْيَ الْعَيْنِ

Ia meneguhkan = يُؤَيِّدُ

pengajaran = َعِبْرَةً

bagi orang2 yang mempunyai perhatian = لِأُولِي الْأَبْصَار




Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 1 - 13)

1) Alif, Laam, Miim – Allah lebih mengetahui maksudnya.

2) Allah (itu) tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Hidup, Yang Berdiri dengan sendirinya.

3) Telah menurunkan Ia atas engkau (akan) Kitab dan (membawa) kebenaran, (keadaannya) yang membenarkan bagi apa yang dihadapannya dan telah menurunkan Ia (akan) Kitab-Kitab Taurat dan Injil,

4) daripada dahulu (sebelum Al-Quran diturunkan) (sebagai) petunjuk bagi manusia, dan telah menurunkan Ia (akan) Al-Furqaan. Sesungguhnya segala yang telah kufur (ingkar) akan ayat-ayat Allah itu, bagi mereka azab seksa yang bersangatan, dan (ingatlah), Allah Maha Gagah, Yang Mempunyai azab seksa yang pedih.

5) Sesungguhnya Allah tidak Ia tersembunyi atasNya (oleh) sesuatu pada bumi dan tidak pada langit.

6) Dia (lah Tuhan) yang merupakan (membentuk rupa) kamu didalam kandungan (rahim ibu kamu) sebagaimana yang Ia kehendaki. Tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Maha Perkasa, lagi Maha Bijaksana.

7) Dia (lah Tuhan) yang telah menurunkan Ia atas engkau (kepadamu) Kitab suci Al-Quran, (sebahagian) daripadanya ayat-ayat "Muhkam" (yang tegas-tegas), semuanya ibu Kitab, dan yang lain (adalah ayat-ayat) yang "Mutasyaabih". Adapun segala yang didalam hati-hati mereka (ada) karat, maka mereka mengikut apa yang telah sama serupa ia padanya kerana menuntut (mencari) fitnah dan kerana menuntut (mencari-cari) Takwilnya, padahal tidak ia mengetahui (akan) Takwilnya melainkan Allah, dan orang-orang yang mahir dalam ilmu pengetahuannya, mereka berkata: " Telah beriman kami dengan Dia, (kerana) semuanya (datangnya) dari sisi Tuhan kami", dan tiadalah ia yang mengambil peringatan melainkan oleh orang-orang yang mempunyai daya fikiran.

8) "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau gelincirkan (memesongkan) hati-hati Kami sesudah Engkau telah memberi petunjuk Engkau (akan) kami, dan kurniakanlah (oleh) Engkau bagi kami daripada sisiMu (akan) rahmat (kerana) sesungguhnya Engkau, Engkau(lah) Yang Maha Mengurnia".

9) "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau(lah) yang menghimpunkan manusia pada hari (yang) tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak ia menyalahi akan janji.

10) Bahawasanya segala yang telah kafir mereka, sekali-kali tidak akan (dapat) ia melepaskan diri (oleh) harta-harta mereka, dan tidak (oleh) anak-anak mereka daripada (azab seksa) Allah sesuatu pun; dan orang-orang itu, mereka (lah) bahan bakaran neraka.

11) (iaitu) seperti keadaan keluarga Firaun, dan segala yang daripada dahulu mereka; telah mendustakan mereka akan ayat-ayat (keterangan) Kami, maka telah mengambil ia akan mereka (oleh) Allah dengan sebab dosa-dosa mereka, dan (ingatlah) Allah sangat bersangatan azab seksaNya.

12) Katakan olehmu kepada segala yang telah kafir mereka: "Bakal dikalahkan (orang) kamu dan dikumpulkan (orang) kamu kepada neraka Jahannam, dan (itulah) sejahat-jahat tempat persediaan".

13) Sesungguhnya telah ada ia bagi kamu satu tanda tentang dua puak (yang) telah bertemu ia berdua (iaitu) satu puak ia berperang pada jalan Allah, dan yang lain kafir, mereka melihat (akan) mereka dua kali ganda mereka (dengan) penglihatan mata, dan Allah ia menguatkan dengan pertolonganNya (akan) sesiapa yang Ia kehendaki, bahawasanya tentang itu nescaya (menjadi) satu pengajaran bagi orang2 yang mempunyai perhatian.


TERJEMAHAN MAKSUD SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 1 - 13) MENGIKUT TATABAHASA BAHASA MELAYU

[1] Alif, Laam, Miim.

[2] Allah! Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Hidup Menjaga DiriNya Sendiri, kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.

[3] Ia menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.,

[4] sebelum ini menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur, ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).

[5] Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadanya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.

[6] Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[7] Dia lah yang menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab suci Al-Quran. Di dalamnya ada ayat-ayat yang "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); itu adalah ibu (asas) bagi Kitab itu; yang lainnya ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar maksudnya; bersifat sebagai isyarat). Tetapi mereka yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya, padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, mereka berkata: "Kami beriman kepada Kitab itu, semuanya itu datangnya dari Sisi Tuhan kami" dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran (mempunyai kefahaman).

[8] (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah Rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

[9] "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya". Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.

[10] Sesungguhnya orang-orang kafir itu, harta benda mereka dan juga anak-pinak mereka tidak sekali-kali akan menyelamatkan mereka dari (azab seksa) Allah sedikit juapun; dan mereka itulah bahan bakaran api neraka.

[11] (Keadaan orang-orang kafir itu) sama seperti keadaan kaum Firaun, dan orang-orang yang terdahulu dari mereka; mereka mendustakan ayat-ayat Keterangan Kami, lalu Allah menyeksa mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan (ingatlah), Allah Maha berat azab seksaNya.

[12] Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir itu: "Kamu akan dikalahkan (di dunia ini) dan akan dihimpunkan (pada hari kiamat) kedalam neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat yang disediakan".

[13] Sesungguhnya telah ada satu tanda (bukti) bagi kamu pada (peristiwa) dua pasukan yang telah bertemu (di medan perang); satu pasukan (orang-orang Islam) berperang pada jalan Allah, dan yang satu lagi dari golongan kafir musyrik. Mereka (yang kafir itu) melihat orang-orang Islam dengan pandangan mata biasa dua kali ramainya berbanding dengan mereka sendiri. Dan Allah sentiasa menguatkan sesiapa yang dikehendakiNya dengan memberikan pertolonganNya. Sesungguhnya pada peristiwa itu terdapat satu pengajaran yang memberi insaf bagi orang-orang yang berfikir (yang melihat dengan mata hatinya).

No comments: