Wednesday, April 8, 2009

Tatabahasa Al-Quran 23

Pelajaran Tatabahasa Al-Quran kali ini adalah merupakan penerangan lanjutan mengenai bentuk kalimah atau lafadz-lafadz yang dikatakan Fi'il Amar dan Fi'il Nahyi. Sila rujuk perbincangan sebelum ini dalam Pelajaran Tatabahasa Al-Quran 7.



Fi'il Amr ( فعل الأمر )


Fi'il Amar ialah Perbuatan yang berbentuk Suruhan samada Arahan atau Perintah. Ia diambil dari Fi'il Mudhari'.

Carta berikut ialah Wazan untuk membentuk Fi'il Amar pihak kedua (lelaki atau perempuan):-


























جمعمثنىمفرد.

إِفْعَلُواْ

buatlah oleh kamu (semua) (L)

إِفْعَلاَ

buatlah oleh engkau (berdua) (L)

إِفْعَلْ/إِفْعِلْ/أُفْعُلْ

buatlah oleh engkau (L)

فعل الأمر

مذكر

إِفْعَلْنَ

buatlah oleh kamu (semua) (P)

إِفْعَلاَ

buatlah oleh engkau (berdua) (P)

إِفْعَلِىْ

buatlah oleh engkau (P)

فعل الأمر

مؤنث



1. Huruf ت pada perkataan bentuk Mudhari' dibuang bagi membentuk Fi'il Amar.

2. Tanda ـْـ diletak pada huruf terakhir untuk perkataan jenis Mufrad Muzakkar.

3. Huruf ن diakhir perkataan bentuk Mudhari' dibuang bagi membentuk Fi'il Amar jenis Lelaki ( Muzakkar ) bilangan Berdua ( Mutsanna ) dan Banyak ( Jamak ); dan diberi tanda mati ـْـ .

4. Huruf ن turut dibuang bagi membentuk Fi'il Amar jenis Perempuan ( Muannats ) bilangan Satu ( Mufrad ) dan Berdua ( Mutsanna ), dan diberi tanda mati ـْـ .

5. Huruf ن dikekalkan untuk Fi'il Amar jenis Perempuan ( Muannats) bilangan Banyak (Jamak).

6. Huruf Alif ( ا ) diletak sebelum perkataan dan diberi tanda ـِـ atau ـُـ seperti berikut:-

a) Tanda ـِـ sekiranya huruf ditengah perkataan Perbuatan itu bertanda ـِـ atau ـَـ ; contoh:
















إِضْرِبْيَضْرِبُضَرَبَ
إِسْمَعْيَسْمَعُسَمِعَ


b) Tanda ـُـ sekiranya huruf yang ditengah bertanda ـُـ ; contoh:
















أُقْعُدْيَقْعُدُقَعَدَ
أُخْرُجْيَخْرُجُخَرَجَ


7. Alif tersebut dinamakan همزةالوصل (hamzat ul-wasal). Apabila Alif (atau Hamzah) ini didahului oleh huruf lain, sebutannya dihilangkan, seperti contoh-contoh berikut:-










وَانْصُرْفَاجْعَلْوَافْعَلُواْ


8. Sebutan همزةالوصل (hamzat ul-wasal) ini dihilangkan juga apabila melibatkan Katanama Isim, seperti contoh-contoh berikut:-










وَاللَّهُوَالْقَمَرِإِنَّ الْإِنْسَانَ


9. همزةالوصل (hamzat ul-wasal) pada Fi'il Amar yang tersusun dari 3 huruf tidak akan diberi tanda ـَـ


Contoh2 dari Al-Quran:-

يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ
"Wahai ayah, buatlah apa yang diperintahkan kepadamu (37:102)

فَافْعَلُواْ مَا تُؤْمَرُونَ
"maka kerjakanlah oleh kamu (semua) apa yang diperintahkan kepada kamu (semua) melakukannya" (2:68)

وَاذْكُرُواْ اللهَ كَثِيرًا
dan ingatlah (oleh) kamu semua (akan) Allah banyak-banyak (8:45)

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لآ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
maka ketahuilah (oleh engkau) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Allah (47:19)

وَاذْكُرْنَ مَا يُتْلَى فِي بُيُوتِكُنَّ
dan ingatlah (bacalah oleh kamu semua) apa yang dibacakan dirumah kamu (33:34)

اِرْجِعِي إِلَى رَبِّكِ
kembalilah engkau kepada Tuhan engkau (89:28)

فَادْخُلِي فِي عِبَادِي
serta masuklah oleh engkau kedalam kumpulan hamba-hambaku (89:29)

وَادْخُلِي جَنَّتِي
dan masuklah oleh engkau kedalam SyurgaKu (89:30)

اِذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ
Pergilah kamu berdua kepada Firaun (20:43)

يَا مَرْيَمُ اقْنُتِي لِرَبِّكِ
Wahai Maryam! Taatlah oleh engkau kepada Tuhanmu (3:43)

وَاسْمَعُواْ وَأَطِيعُواْ
dan dengarlah kamu (semua) serta taatlah kamu (semua) (64:16)

وَاشْكُرُواْ لِلَّهِ
dan bersyukurlah kamu (semua) kepada Allah (2:172)


Berikut ialah carta Fi'il Amar untuk Pihak Ketiga dan Pertama:-

































جمعمثنىمفرد-
لِ+يَفْعَلُوْنَ

لِيَفْعَلُواْ

hendaklah mereka buat

لِ+يَفْعَلاَنِ

لِيَفْعَلاَ

hendaklah ia (berdua) buat

لِ+يَفْعَلُ

لِيَفْعَلْ

hendaklah ia buat

مذكر

Pihak ke-3

Lelaki

لِ+يَفْعَلْنَ

لِيَفْعَلْنَ

hendaklah mereka buat

لِ+تَفْعَلاَنِ

لِتَفْعَلاَ

hendaklah ia (berdua) buat

لِ+تَفْعَلُ

لِتَفْعَلْ

hendaklah ia buat

مؤنث

Pihak ke-3

Perempuan

لِ+نَفْعَلُ

لِنَفْعَلْ

hendaklah kita buat

-لِ+أَفْعَلُ

لِأََفْعَلْ

hendaklah aku buat

مذكر/مؤنث

Pihak Pertama

Lelaki/Perempuan



1. Huruf Lam ( لِ) diletak sebelum perkataan Mudhari' pihak Ketiga dan Pertama.

2. Huruf terakhir Mudhari' pihak Ketiga Mufrad dan Pihak Pertama Jamak diberi tanda mati ـْـ

3. Untuk Mutsanna dan Jamak (kecuali Jamak jenis Perempuan), ketiadaan huruf ن menunjukkan tanda mati ـْـ


Beberapa contoh dari Al-Quran:

وَلْيَكْتُبْ بَيْنَكُمْ كَاتِبٌ بِالْعَدْلِ
dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (2:282)

وَلْيَتَّقِ اللَّهَ رَبَّهُ
dan hendaklah ia takut (bertaqwa) kepada Allah, Tuhannya (2:282)

فَلْيُقَاتِلْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
maka hendaklah mereka berperang pada jalan Allah (4:74)

فَلْيَعْمَلْ عَمَلا صَالِحًا
maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh (18:110)

وَلْيَأْخُذُواْ حِذْرَهُمْ
dan hendaklah mereka mengambil langkah berjaga-jaga (4:102)

وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ
dan hendaklah tiap-tiap diri melihat (memerhatikan) apa yang ia telah sediakan (59:18)


Fi'il Nahyi (Tegah atau Larangan)
( فعل النهي )



Berikut ialah carta menunjukkan rupabentuk (wazan) untuk Fi'il Nahyi:-















































جمعمثنىمفرد*
لايَفْعَلُواْ

jangan mereka buat

لايَفْعَلاَ

jangan ia/dia (berdua) buat

لايَفْعَلْ

jangan ia/dia buat

مذكر

Pihak ke-3

Lelaki

لايَفْعَلْنَ

jangan mereka buat

لاتَفْعَلاَ

jangan ia/dia (berdua) buat

لاتَفْعَلْ

jangan ia/dia buat

مؤنث

Pihak ke-3

Perempuan

لاتَفْعَلُواْ

jangan kamu (semua) buat

لاتَفْعَلاَ

jangan engkau (berdua) buat

لاتَفْعَلْ

jangan engkau buat

مذكر

Pihak ke-2

Lelaki

لاتَفْعَلْنَ

jangan kamu (semua) buat

لاتَفْعَلاَ

jangan engkau (berdua) buat

لاتَفْعَلِيْ

jangan engkau buat

مؤنث

Pihak ke-2

Perempuan

لانَفْعَلْ

jangan kami/kita buat

-لاأََفْعَلْ

jangan aku buat

مذكر/مؤنث

Pihak Pertama

Lelaki/Perempuan



Contoh dari Al-Quran:

فَلاَ تَقُلْ لَّهُمَآ أُفٍّ وَلاَ تَنْهَرْهُمَا
maka janganlah engkau menengking atau menyergah mereka berdua (17:23)

وَلاَ تَقْتُلُواْ أَوْلاَدَكُمْ
dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu (17:31)

وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَا
dan janganlah kamu menghampiri zina (17:32)

فَلاَ تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ
oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan suara yang rendah (lembut manja) (33:32)

وَلاَ تَبَرَّجْنَ
dan janganlah kamu mendedahkan diri (33:33)

وَلاَ تَجْعَلْ مَعَ اللهِ إِلَهًا ءَاخَرَ
dan janganlah engkau jadikan bersama-sama Allah sesuatu yang lain yang disembah (17:39)

لا يَسْخَرْ قَومٌ مِّنْ قَوْمٍ
janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak (lelaki) yang lain (49:11)

لا تَرْفَعُواْ أَصْوَاتَكُمْ
janganlah kamu mengangkat suara kamu (49:2)


PERHATIAN

1) Gantinama ENGKAU dalam Bahasa Malaysia adalah KAMU dalam Bahasa Indonesia dan ada juga menggunakan MU sahaja.

2) Gantinama KAMU (SEMUA atau RAMAI) dalam Bahasa Malaysia adalah KALIAN dalam Bahasa Indonesia.

3) Gantinama DIA BERDUA boleh juga dimaksudkan MEREKA BERDUA.

No comments: