Oleh kerana semua kahimat-kalimat itu mempunyai jenisnya rnasing-masing, maka Isim-Isim Musytaq itu juga bertasrif menurut wazan-wazan yang ditentukan. Disini disediakan senarai mengenai tasrif Isim-Isim Musytaq itu:-
1) Masdar
Masdar bahagian Tsulatsi kebanyakkan-nya adalah Samaa'i atau hanya menurut kebiasaan lidah masyarakat Arab sahaja. Namun ia dibentuk juga menurut kesesuaiannya, iaitu ada Muzakkar-Muannats dan ada Mufrad-Mutsanna, seperti senarai berikut:-
Makna | جمع | مثنى | مفرد | |
pukul (l) | ضَرْبِيْنَ | ضَرْبَيْنِ | ضَرْبًا | مذكر |
pukul (p) | ضَرْبَاتٍ | ضَرْبَتَيْنِ | ضَرْبَةً | مؤنث |
tolak (l) | رَدِّيْنَ | رَدَّيْنِ | رَدًّا | مذكر |
tolak (p) | رَدَّاتٍ | رَدَّتَيْنِ | رَدَّةً | مؤنث |
Masdar bahagian selain Tsulatsi:-
Makna | جمع | مثنى | مفرد | |
mulia (l) | إِكْرَامِيْنَ | إِكْرَامَيْنِ | إِكْرَامًا | مذكر |
mulia (p) | إِكْرَامِيْنَ | إِكْرَامَتَيْنِ | إِكْرَامَةً | مؤنث |
minta ampun (l) | إِسْتِغْفَارِيْنَ | إِسْتِغْفَارَيْنِ | إِسْتِغْفَارًا | مذكر |
minta ampun (p) | إِسْتَغْفَارَاتٍ | إِسْتِغْفَارَتَيْنِ | إِسْتِغْفَارَةً | مؤنث |
2) Isim Faa'il (memberi maksud yang me-)
Isim ini mudah membuat atau mengecamnya kerana ia mempunyai bentuk yang tertentu dan tasrifnya juga enam, kecuali pada Bab Tsulatsi Mujarrad bahagian Jamak Muzakkar dan Muannats yang boleh menerima wazan-wazan yang lain dari yang tercatit itu. Sila lihat senarai berikut:
Makna | جمع | مثنى | مفرد | |
pukul (l) | ضَارِبُوْنَ (يْنَ) | ضَارِبَانِ (يْنِ) | ضَارِبٌ | مذكر |
pukul (p) | ضَارِبَاتٌ | ضَارِبَاتَانِ (تَيْنِ) | ضَارِبَةٌ | مؤنث |
tolak (l) | رَادُّنَ (يْنَ) | رَادَّانِ (يْنِ) | رَادٌّ | مذكر |
tolak (p) | رَادَّتٌ | رَادَّتَانِ (تَيْنِ) | رَادَّةٌ | مؤنث |
Isim Faa'il bahagian selain Tsulatsi
Makna | جمع | مثنى | مفرد | |
mulia (l) | مُكْرِمُوْنَ (يْنَ) | مُكْرِمَانِ (يْنِ) | مُكْرِمٌ | مذكر |
mulia (p) | مُكْرِمَاتٌ | مُكْرِمَتَانِ (تَيْنِ) | مُكْرِمَةٌ | مؤنث |
minta ampun (l) | مُسْتَغْفِرُوْنَ (يْنَ) | مُسْتَغْفِرَانِ (يْنِ) | مُسْتَغْفِرٌ | مذكر |
minta ampun (p) | مُسْتَغْفِرَاتٌ | مُسْتَغْفِرُوْتَانِ (تَيْنِ) | مُسْتَغْفِرَةٌ | مؤنث |
3) Isim Maf'ul (memberi maksud yang di-)
Isim ini juga mudah diketahui kerana ia mempunyai bentuk tertentu, dan tasrifnya juga enam, kecuali pada bahagian Tsulatsi bahagian Jamak Muzakkar iaitu mempunyai dua wazan. Sila lihat senarai berikut:
Makna | جمع | مثنى | مفرد | |
pukul (l) | مَضْرُوْبُوْنَ (يْنَ) | مَضْرُوْبَانِ (يْنِ) | مَضْرُوْبٌ | مذكر |
pukul (p) | مَضْرُوْبَاتٌ | مَضْرُوْبَتَانِ (تَيْنِ) | مَضْرُوْبَةٌ | مؤنث |
tolak (l) | مَرْدُوْدُوْنَ (يْنَ) | مَرْدُوْدَانِ (يْنِ) | مَرْدُوْدٌ | مذكر |
tolak (p) | مَرْدُوْدَاتٌ | مَرْدُوْدَتَانِ (تَيْنِ) | مَرْدُوْدَةٌ | مؤنث |
Isim Faa'il bahagian selain Tsulatsi
Makna | جمع | مثنى | مفرد | |
mulia (l) | مُكْرَمُوْنَ (يْنَ) | مُكْرَمَانِ (يْنِ) | مُكْرَمٌ | مذكر |
mulia (p) | مُكْرَمَاتٌ | مُكْرَمَتَانِ (تَيْنِ) | مُكْرَمَةٌ | مؤنث |
minta ampun (l) | مُسْتَغْفِرُوْنَ (يْنَ) | مُسْتَغْفَرَانِ (يْنِ) | مَسْتَغْفَرٌ | مذكر |
minta ampun (p) | مُسْتَغْفِرَاتٌ | مُسْتَغْفِرَتَانِ (تَيْنِ) | مَسْتَغْفِرَةٌ | مؤنث |
4) Isim Zaman dan Isim Makan
Kedua-dua Isim ini tidak ditentukan Muzakkar dan Muannatsnya, tetapi ditentukan Mufrad, Muannats dan Jamaknya sahaja.
Makna | موزون | وزن | |
satu tempat duduk | مَجْلِسٌ | مَفْعِلٌ | مفرد |
dua tempat duduk | مَجْلِسَانِ (يْنِ) | مَفْعِلاَنِ | مثنى |
beberapa tempat duduk | مَجَالِسُ | مَفَاعِلُ | جمع |
5. Isim Alat
Makna | موزون | وزن | |
satu cerminmata | مِنْظَرٌ | مِفْعَلٌ | مفرد |
dua cerminmata | مِنْظَرَانِ (يْنِ) | مِفْعَلاَنِ | مثنى |
beberapa cerminmata | مَنَاظِرُ | مَفَاعِلُ | جمع |
UNTUK PERHATIAN
1. Dalam Tasrif Isim Faa'il bahagian Jamak Muzakkar dan Muannats Tsulatsi boleh menerima wazan-wazan yang lain, iaitu menurut kalimat2 yang digunakan. Contoh seperti berikut:-
Makna | جمع | |
orang-orang yang menolong (l) | نَاصِرُوْنَ نُصَّارٌ نُصَّرٌ نَصَرَةٌ | مذكر |
orang-orang yang menolong (p) | نَاصِرَاتٌ نَوَاصِرُ | مؤنث |
RINGKASAN
Telah diterangkan kejadian Isim Musytaq dalam beberapa pelajaran sebelum ini yang merupakan pengetahuan asas untuk mengenal kalimat Isim yang terjadi dari Masdar (Kata Terbitan).
A. Isim itu terbahagi dua:-
(1) Isim Jamid atau Isim Jati
(2) Isim Musytaq atau Isim Terbitan.
B. Isim Jamid ialah nama asli bagi perkataan itu, iaitu tidak terambil dari perkataan lain, dan terbahagi dua pula:-
(1) Isim Zat
(2) Isim Makna (yang daripadanya terjadi Masdar).
C. Masdar itu terbahagi kepada:-
(1) Masdar Biasa
(2) Masdar Marrah
(3) Masdar Hai'ah
(4) Masdar Mimi, dan
(5) Masdar Sinaa'i.
D. Dari Masdar itulah terbitnya beberapa Isim lain, yang disebut Musytaqqaat, iaitu:-
(1) Isim Faa'il
(2) Isim Maf'ul
(3) Sifat Musyabbahah
(4) Sighah Mubaalaghah
(5) Isim Tafdil
(6) Isim Zaman dan Makan
(7) Isim Alat.
No comments:
Post a Comment