Saturday, November 29, 2008

Pelajaran 29

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Kita sambung pelajaran kali ini dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-

Surah 2 : Al-Baqarah ( Ayat 233 - 242 )



وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ
وَعلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةُ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودٌ لَّهُ بِوَلَدِهِ
وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ
فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدتُّمْ أَن تَسْتَرْضِعُواْ أَوْلاَدَكُمْ
فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآءَاتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُواْ اللهَ
(233) وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ
وَعَشْرًا، فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ
(234) فِي أَنفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ، وَاللهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

وَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ
فِي أَنفُسِكُمْ، عَلِمَ اللهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَـكِن لاَّ تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا
إِلاَّ أَن تَقُولُواْ قَوْلاً مَّعْرُوفًا وَلاَ تَعْزِمُواْ عُقْدَةَ النِّكَاحِ
حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ، وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ يَعْلَمُ
(235) مَا فِي أَنفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ، وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

لاَّ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِن طَلَّقْتُمُ النِّسَاءِ مَا لَمْ تَمَسُّوهُنُّ أَوْ تَفْرِضُواْ لَهُنَّ
فَرِيضَةً، وَمَتِّعُوهُنَّ عَلَى الْمُوسِعِ قَدَرُهُ وَعَلَى الْمُقْتِرِ قَدْرُهُ
(236) مَتَاعًا بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُحْسِنِينَ

وَإِن طَلَّقْتُمُوهُنَّ مِن قَبْلِ أَن تَمَسُّوهُنَّ وَقَدْ فَرَضْتُمْ لَهُنَّ فَرِيضَةً فَنِصْفُ
مَا فَرَضْتُمْ إَلاَّ أَن يَعْفُونَ أَوْ يَعْفُوَ الَّذِي بِيَدِهِ عُقْدَةُ النِّكَاحِ
وَأَن تَعْفُواْ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَى وَلاَ تَنسَوُاْ الْفَضْلَ بَيْنَكُمْ
(237) إِنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

(238) حَافِظُواْ عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلاَةِ الْوُسْطَى وَقُومُواْ لِلهِ قَانِتِينَ

فَإنْ خِفْتُمْ فَرِجَالاً أَوْ رُكْبَانًا
(239) فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُواْ اللهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُواْ تَعْلَمُونَ

وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا وَصِيَّةً لِّأَزْوَاجِهِم مَّتَاعًا
إِلَى الْحَوْلِ غَيْرَ إِخْرَاجٍ فَإِنْ خَرَجْنَ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِي مَا فَعَلْنَ
(240) فِي أَنفُسِهِنَّ مِن مَّعْرُوفٍ وَاللهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

(241) وَلِلْمُطَلَّقَاتِ مَتَاعٌ بِالْمَعْرُوفِ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ

(242) كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللهُ لَكُمْ ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَعْقِلُونَ




Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-



ibu-ibu {233} = وَالْوَالِدَاتُ

mereka menyusukan (p) = يُرْضِعْنَ

anak-anak = أَوْلاَدَ

dua tahun = حَوْلَيْنِ

(dua) yang sempurna = كَامِلَيْنِ

penyusuan = الرَّضَاعَةَ

anak-anak yang dilahirkan = الْمَوْلُودِ

pakaian = كِسْوَتُ

dibebankan org ia = تُكَلَّفُ

kelapangan = وُسْعَ

disusahkan org ia = تُضَآرَّ

ibu = وَالِدَةُ

anak = وَلَدِ

waris = الْوَارِثِ

penceraian susu = فِصَالاً

kerelaan; persetujuan = تَرَاضٍ

perundingan = تَشَاوُرٍ

kamu minta susukan = تَسْتَرْضِعُواْ

telah menyerahkan/membayar kamu = سَلَّمْتُم

diwafatkan/dimatikan org mereka {234} = يُتَوَفَّوْنَ

mereka meninggalkan = يَذَرُونَ

empat bulan = أَرْبَعَةَأَشْهُرٍ

sepuluh = عَشْرًا

telah membuat mereka (p) = فَعَلْنَ

telah membayngkan kamu (dengan sindiran) {235} = عَرَّضْتُمْ

pinangan = خِطْبَةِ

telah menyimpan/surukkan kamu = أَكْنَنتُمْ

jangan kamu berjanji = تُوَاعِدُواْ

rahsia = سِرًّا

jangan kamu tetapkan/putuskan = َلاَ تَعْزِمُواْ

ikatan = عُقْدَةَ

nikah = النِّكَاحِ

kewajipan = الْكِتَابُ

takut/hati2 olehmu = اِحْذَرُوهُ

apa yang telah tiada (belum) {236} = مَا لَمْ

kamu sentuh/campuri = تَمَسُّواْ

kamu tentukan = تَفْرِضُواْ

satu sentuhan = فَرِيضَةً

beri bekalan olehmu = مَتِّعُواْ

berkelapangan = الْمُوسِعِ

ukuran/qadar = قَدَرُ

yang susah = الْمُقْتِرِ

setengah/separuh {237} = نِصْفُ

mereka (p) maafkan = يَعْفُونَ

ia maafkan = يَعْفُوَ

tangan/pegangan = يَدِ

kamu maafkan = تَعْفُواْ

lebih hampir = أَقْرَبُ

jangan kamu lupakan = لاَ تَنسَوُاْ

kurnia/pemberian = الْفَضْلَ

pelihara olehmu {238} = حَافِظُواْ

sembahyang-sembahyang = الصَّلَوَاتِ

pertengahan/pilihan/paling penting = الْوُسْطَى

berjalan kaki {239} = رِجَالاً

berkenderaan/menunggang = رُكْبَانًا

telah aman kamu = أَمِنتُمْ

(beri) bekalan {240} = مَّتَاعًا

satu tahun = الْحَوْلِ

tiada keluar = غَيْرَ إِخْرَاجٍ

telah keluar mereka (p) = خَرَجْنَ




Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH AL-BAQARAH (Ayat 233 - 242)

233) Dan ibu-ibu (yang) mereka menyusukan (akan) anak-anak mereka dua tahun yang sempurna, bagi orang yang telah berkehendak ia, bahawa ia menyempurnakan penyusuan. Dan atas bapa (wajib) memberi rezki mereka dan pakaian mereka dengan cara yang baik, tidak di bebankan org ia satu diri melainkan (menurut) kelapangannya; jangan di bahayakan (susahkan) org ia (seorang) ibu dengan anaknya dan jangan (seorang) bapa dengan anaknya, dan (kewajipan) atas waris seumpama itu (juga). Maka jika telah berkehendak ia berdua penceraian susu dari kerelaan (persetujuan) daripada kedua-duanya dan perundingan bersama maka tiada halangan atas kedua-duanya; dan jika telah berkehendak kamu bahawa kamu minta susukan (akan) anak-anak kamu maka tiada halangan atas kamu apabila telah menyerahkan kamu (akan) apa yang telah memberikan kamu dengan cara yang patut; dan berbaktilah olehmu (kepada) Allah; dan ketahuilah olehmu bahawasanya Allah akan apa yang kamu kerjakan, Amat Melihat.

234) Dan segala yang diwafatkan orang mereka daripada kamu, walhal mereka meninggalkan isteri-isteri (hendaklah) mereka menunggu akan diri-diri mereka empat bulan dan sepuluh (hari); maka apabila telah sampai mereka tempoh mereka maka tiada keberatan atas kamu pada apa yang telah membuat mereka pada diri-diri mereka dengan cara yang baik; dan Allah akan apa yang kamu kerjakan, Amat Mengetahui segala perkhabaran.

235) Dan tiada dosa atas kamu pada apa yang telah membayangkan kamu dengannya daripada meminang perempuan2, atau telah menyimpan kamu didalam diri-diri (hati) kamu;
telah mengetahui Ia (oleh) Allah bahawasanya kamu, bakal kamu ingati (akan) mereka; dan tetapi jangan kamu berjanji (akan) mereka berahasia, melainkan bahawa kamu berkata (akan) perkataan yang baik; dan jangan kamu tetapkan ikatan nikah hingga sampai kewajipan tempohnya; dan ketahui olehmu bahawasanya Allah Ia mengetahui (akan) apa yang dalam diri-diri kamu; maka takut olehmu akan Dia; dan ketahui olehmu bahawasanya Allah Maha Pengampun, Maha Penyabar.

236) Tiada keberatan atas kamu jika telah menceraikan kamu (akan) perempuan2 sebelum kamu sentuh (akan) mereka, atau kamu tentukan bagi mereka satu ketentuan; dan beri bekalan olehmu (akan) mereka, (iaitu) atas yang berkelapangan (menurut) ukurannya, dan atas yang berkesempitan (menurut) qadarnya, (sebagai) satu bekalan dengan cara yang patut (adalah) haq atas orang2 yang berbuat kebaikan.

237) Dan jika telah menceraikan kamu (akan) mereka daripada sebelum bahawa kamu sentuh mereka, padahal sesungguhnya telah menentukan kamu bagi mereka satu ketentuan, maka seperdua (dari) apa yang telah menentukan kamu, kecuali bahawa mereka (p) ma'afkan atau ia ma'afkan (oleh) yang di tangannya (terpegang kuasa) ikatan nikah; dan bahawa kamu memberi ma'af (itu) lebih hampir kepada kebaktian; dan jangan kamu lupakan keutamaan antara kamu; bahawasanya Allah, akan apa yang kamu kerjakan, Amat Melihat.

238) Peliharalah olehmu atas beberapa sembahyang, dan sembahyang yang paling utama (yang pertengahan iaitu Asar), dan berdiri olehmu (semata-mata) kerana Allah (selaku) orang-orang yang taat.

239) Maka jika telah takut kamu, maka (kerjakan dengan) berjalan kaki atau berkenderaan; maka apabila kamu telah aman maka sebut olehmu (akan) Allah sebagaimana telah mengajar Ia (akan) kamu barang yang telah tiada kamu ada, kamu ketahui.

240) Dan segala yang di wafatkan (orang) mereka dari kamu padahal mereka meninggalkan isteri-isteri, (hendaklah) berwasiat bagi isteri-isteri mereka, (iaitu) beri bekalan hingga setahun, (dan) tidak mengeluarkan mereka (dari rumah); maka jika telah keluar mereka (p) maka tiada kesalahan atas kamu pada apa-apa yang telah mereka (p) perbuat pada diri-diri mereka daripada yang baik, dan Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana.

241) Dan bagi perempuan2 yang di thalaq (ada) bekalan dengan cara yang baik, (menjadi) satu kewajipan atas orang2 yang bertaqwa.

242) Seperti itulah Ia menyatakan (oleh) Allah bagi kamu (akan) Ayat-AyatNya, supaya kamu mengerti.


TERJEMAHAN MAKSUD SURAH AL-BAQARAH (Ayat 233 - 242) MENGIKUT TATABAHASA BAHASA MELAYU

[233] Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah dibebankan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah seseorang ibu itu dijadikan menderita kerana anaknya, dan (jangan juga dijadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu, dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.

[234] Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (ber’iddah) selama empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang dibenarkan oleh Syarak). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.

[235] Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut (atau mengingati) mereka dalam hatimu, (yang demikian itu tidaklah salah) akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit-sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan sungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis ‘iddah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar.

[236] Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "Mut'ah" (pemberian saguhati) kepada mereka (yang diceraikan itu), iaitu: suami Yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut ukuran kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut ukuran kemampuannya, sebagai pemberian saguhati menurut yang patut, lagi menjadi kewajipan atas orang-orang (yang mahu) berbuat kebaikan.

[237] Dan jika kamu ceraikan mereka sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka, padahal kamu sudah menetapkan kadar maskahwin untuk mereka, maka mereka berhak mendapat separuh dari maskahwin yang telah kamu tetapkan itu, kecuali jika mereka memaafkannya (tidak menuntutnya); atau (pihak) yang memegang ikatan nikah itu memaafkannya (memberikan maskahwin itu dengan sepenuhnya). Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan.

[238] Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Yang Tengah (sembahyang Asar), dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk.

[239] Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila kamu telah aman sentosa, maka hendaklah kamu mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang secara yang lebih sempurna), sebagaimana Allah telah mengajar kamu apa yang kamu tidak mengetahuinya.

[240] Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makanan, pakaian dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendakyya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

[241] Dan isteri-isteri yang diceraikan berhak mendapat Mut'ah (pemberian saguhati) dengan cara yang patut, sebagai satu tanggungan yang wajib atas orang-orang yang taqwa.

[242] Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu hukum-hukumnya supaya kamu memahaminya.

No comments: