Monday, August 3, 2009

Tatabahasa Al-Quran 42

Pelajaran Tatabahasa Al-Quran kali ini adalah merupakan ulangkaji perbincangan terdahulu mengenai beberapa bentuk Fi'il terbitan dari bentuk asas Fi'l Tsulatsi Mujarrad ( فعل ثلاثى مجرد ), iaitu Fi'il Madhi yang tersusun dari tiga huruf dengan bentuk asal ( Bentuk I ):










فَعُلَفَعِلَفَعَلَ

Carta ringkas percambahan bentuk (pola) pada bentuk asas (asli) فعل iaitu WAZAN atau MIZAN ( مِيْزَان ) yang digunakan sebagai ukuran kepada semua kalimah Fi'il:





















































































Fi'il Madhiفَعُلَفَعِلَفَعِلَفَعَلَفَعَلَفَعَلَ
Fi'il Mudhari'يَفْعُلُيَفْعِلُيَفْعَلُيَفْعِلُيَفْعَلُيَفْعُلُ
Fi'il Amarأُفْعُلْأِفْعِلْأِفْعَلْأِفْعِلْأِفْعَلْأُفْعُلْ
Isim Terbitanفَعْلٌ
Subjekفَاعِلٌ
Objekمَفْعُوْلٌ
Madhi Majhulفُعِلَ
Mudhari' Majhulيُفْعَلُ




Daripada bentuk asas itu terbitlah beberapa bentuk Fi'il yang dinamakan Fi'l Tsulatsi Mazid Fihi ( فعل ثلاثى مزيد فيه ) dimana ada penambahan 1 hingga 3 huruf kepada perkataan asalnya dan mempunyai makna yang merupakan pengubahsuaian kepada makna yang asal.








































































































أمرمضارعماضأمرمضارعماضFih
صَدِّقْيُصَدِّقُصَدَّقَفَعِّلْيُفَعِّلُفَعَّلَ+1
قَاتِلْيُقَاتِلُقَاتَلَفَاعِلْيُفَاعِلُفَاعَلَ+1
أَخْرِجْيُخْرِجُأَخْرَجَأَفْعِلْيُفْعِلُأَفْعَلَ+1
تَقَبَّلْيَتَقَبَّلُتَقَبَّلَتَفَعَّلْيَتَفَعَّلُتَفَعَّلَ+2
تَسَائَلْيَتَسَائَلُتَسَائَلَتَفَاعَلْيَتَفَاعَلُتَفَاعَلَ+2
إِنْكَسِرْيَنْكَسِرُإِنْكَسَرَإِنْفَعِلْيَنْفَعِلُإِنْفَعَلَ+2
إِجْتَمِعْيَجْتَمِعُإِجْتَمَعَإِفْتَعِلْيَفْتَعِلُإِفْتَعَلَ+2
إِحْمَرِرْيَحْمَرُّإِحْمَرَّإِفْعَلِلْيَفْعَلُّإِفْعَلَّ+2
إِسْتَقْبِلْيَسْتَقْبِلُإِسْتَقْبَلَإِسْتَفْعِلْيَسْتَفْعِلُإِسْتَفْعَلَ+3


Bentuk II فَعَّلَ

Fi'il ini dibentuk dengan menggandakan huruf yang keduanya. Bentuk ini memberi maksud:

a) Memperkuatkan (memberi penekanan) makna asal; contoh:-

كَسَرَ = pecah ; كَسَّرَ = memecahkan hingga berkecai/menghancurkan.


b) Memberi maksud penyebab (yang meyebabkan); contoh:-

عَلِمَ = belajar ; عَلَّمَ = mengajar.


c) Kadangkala memberi maksud tuduhan, anggapan atau kepercayaan; contoh:-

كَذِبَ = berbohong/berdusta/menipu ; كَذَّبَ = menuduh seseorang itu berbohong/berdusta/menipu.

صَدَقَ = berkata benar ; صّدَّقَ = menganggap/mempercayai seseorang itu berkata benar.


d) Dalam bentuk ini Fi'il yang Lazim (Intransitif atau katakerja yang tiada penyambut; tidak perlu objek) akan bertukar menjadi Muta'adi (Transitif atau katakerja yang ada penyambut/objek); contoh:-

كَثُرَ = banyak/ramai ; كَثَّرَ = menambah banyak/ramai (menggandakan/meningkatkan)

Dan sekiranya Fi'il itu Transitif, bentuk ini akan menjadikannya lebih Transitif; contoh:-

بَلَغَ = sampai ; بَلَّغَ = melakukannya/sampaikan


Carta ringkas bagi bentuk فَعَّلَ :






















































Fi'il Madhiصَدَّقَفَعَّلَ
Fi'il Mudhari'يُصَدِّقُيُفَعِّلُ
Fi'il Amarصَدِّقْفَعِّلْ
Isim Terbitanتَصْدِيْقٌتَفْعِيْلٌ
Subjekمُصَدِّقٌمُفَعِّلٌ
Objekمُصَدَّقٌمُفَعَّلٌ
Madhi Majhulصُدِّقَفُعِّلَ
Mudhari' Majhulيُصَدَّقُيُفَعَّلُ



Perhatian:

1) Huruf terakhir bagi Fi'il Mudhari' membawa tanda ـُـ (sedangkan huruf terakhir bagi bentuk asalnya bertandakan ـَـ)

2) Huruf yang ditengah bagi bentuk Mudhari' membawa tanda ـِـ dan bagi Mudhari' Majhul pula bertandakan ـَـ;

Contoh: يُصَدَّقُ يُصَدِّقُ

3) Subjek dan Objek dimulakan dengan مُ. Huruf yang ditengah membawa tanda ـِـ untuk Subjek dan ـَـ untuk Objek;

Contoh: مُصَدَّقٌ مُصَدِّقٌ

4) Huruf أ tidak diperlukan bagi Fi'il Amar.



Contoh dari Al-Quran:

عَلَّمَ الإِنْسَانَ مَا لَمْ يَعْلَمْ
Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya (96:5)

وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ
janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak terdaya kami memikulnya (2:286)

وَرَتِّلِ الْقُرْءَانَ تَرْتِيلاً
dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil" (baca dengan perlahan, teratur dan faham) (73:4)

إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُواْ إِخْوَانَ الشَّيَطِينِ
Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan (17:27)

كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ
Demikianlah Kami menghiaskan (memperelokkan pada pandangan) tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka (6:108)

وَيُقَلِّلُكُمْ فِي أَعْيُنِهِمْ
dan Ia sedikitkan (bilangan) kamu pada pandangan mata mereka (8:44)

قَالَ بَلْ سَوَّلَتْ لَكُمْ أَنْفُسُكُمْ أَمْرًا
ia berkata: "Tidak! Bahkan dirimu sendiri (nafsu) yang memudahkan (mendorong) kamu (mengerjakan) suatu perkara (12:18)

سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى
bertasbihlah mensucikan nama (Allah) Yang Memelihara, Yang Maha Tinggi (87:1)

وَقُتِّلُواْ تَقْتِيلاً
dan telah dibunuh habis-habisan (bunuh beramai-ramai) (33:61)

يُذَبِّحُونَ أَبْنَاءَكُمْ
mereka sembelih anak-anak lelaki kamu (2:49)

وَبَشِّرِ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ
dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh (2:25)

لاَ يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ
mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka jadikan engkau hakim (4:65)

وَيْلٌ لِّلْمُطَفِّفِينَ
Kecelakaan besar bagi orang-orang yang curang/mengelat (dalam timbangan dan sukatan) (83:1)

وَكَبِّرْهُ تَكْبِيرًا
dan besarkanlah Ia (Allah) dengan sungguh-sungguh kebesaran(Nya) (17:111)

No comments: