Wednesday, March 25, 2009

Pelajaran 39

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Kita sambung pelajaran menterjemah seterusnya dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-

Surah 3 : Ali-'Imran ( Ayat 93 - 112)


كُلُّ الطَّعَامِ كَانَ حِلاًّ لِّبَنِي إِسْرَائِيلَ إِلاَّ مَا حَرَّمَ إِسْرَائِيلُ عَلَى نَفْسِهِ
مِنْ قَبْلِ أَنْ تُنَزَّلَ التَّوْرَاةُ قُلْ فَأْتُوا بِالتَّوْرَاةِ فَاتْلُوهَا
(93) إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ

فَمَنِ افْتَرَى عَلَى اللهِ الْكَذِبَ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ
(94) فَأُولَـئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

(95) قُلْ صَدَقَ اللهُ فَاتَّبِعُواْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

(96) إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لَلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهُدًى لِّلْعَالَمِينَ

فِيهِ ءَايَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَقَامُ إِبْرَاهِيمَ وَمَنْ دَخَلَهُ كَانَ ءَامِنًا وَلِلَّهِ
عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً وَمَنْ كَفَرَ
(97) فَإِنَّ اللهَ غَنِيٌّ عَنِ الْعَالَمِينَ

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِئَايَاتِ اللَّهِ
(98) وَاللهُ شَهِيدٌ عَلَى مَا تَعْمَلُونَ

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ ءَامَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا
(99) وَأَنْتُمْ شُهَدَاءُ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ تُطِيعُواْ فَرِيقًا مِّنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ يَرُدُّوكُمْ
(100) بَعْدَ إِيمَانِكُمْ كَافِرِينَ

وَكَيْفَ تَكْفُرُونَ وَأَنْتُمْ تُتْلَى عَلَيْكُمْ ءَايَاتُ اللهِ وَفِيكُمْ رَسُولُهُ
(101) وَمَنْ يَعْتَصِمْ بِاللَّهِ فَقَدْ هُدِيَ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ
(102) وَلاَ تَمُوتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُونَ

وَاعْتَصِمُواْ بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلا تَفَرَّقُواْ وَاذْكُرُواْ نِعْمَةَ اللهِ عَلَيْكُمْ
إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
وَكُنْتُمْ عَلَى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنْقَذَكُم مِّنْهَا كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ
(103) ءَايَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ

وَلْتَكُن مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ
(104) وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

وَلاَ تَكُونُواْ كَالَّذِينَ تَفَرَّقُواْ وَاخْتَلَفُواْ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ
(105) وَأُولَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ

يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ فَأَمَّا الَّذِينَ اسْوَدَّتْ وُجُوهُهُمْ أَكَفَرْتُمْ
(106) بَعْدَ إِيمَانِكُمْ فَذُوقُواْ الْعَذَابَ بِمَا كُنْتُمْ تَكْفُرُونَ

(107) وَأَمَّا الَّذِينَ ابْيَضَّتْ وُجُوهُهُمْ فَفِي رَحْمَةِ اللَّهِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

(108) تِلْكَ ءَايَاتُ اللهِ نَتْلُوهَا عَلَيْكَ بِالْحَقِّ وَمَا اللهُ يُرِيدُ ظُلْمًا لِّلْعَالَمِينَ

(109) وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي اْلأَرْضِ وَإِلَى اللهِ تُرْجَعُ اْلأُمُورُ

كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ
وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَلَوْ ءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ
(110) وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ

لَنْ يَضُرُّوكُمْ إِلاَّ أَذًى وَإِنْ يُقَاتِلُوكُمْ يُوَلُّوكُمُ اْلأَدْبَارَ
(111) ثُمَّ لاَ يُنْصَرُونَ

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنَ اللهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ
وَبَاءُواْ بِغَضَبٍ مِّنَ اللهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ
كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِئَايَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ اْلأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ
(112)ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُواْ يَعْتَدُونَ



Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-


halal {93} = حِلاًّ

telah ia haramkan = حَرَّمَ

ia diturunkan = تُنَزَّلَ

bacalah olehmu akandia = أُتْلُوهَا

telah mengada-adakan ia {94} = أِفْتَرَى

telah benar ia {95} = صَدَقَ

yang cenderung kepada lurus = حَنِيفًا

tidak adalah dia; bukanlah dia = مَا كَانَ

yang pertama; yang awal {96} = أَوَّلَ

rumah = بَيْتٍ

telah diletakkan org ia; didirikan = وُضِعَ

Makkah = بَكَّةَ

yang diberkati = مُبَارَكًا

beberapa tanda {97} = ءَايَاتٌ

beberapa keterangan yang nyata = بَيِّنَاتٌ

telah masuk ia = خَلَ

yang aman = ءَامِنًا

menuju; berhaji = حِجُّ

telah berupaya ia; sanggup; mampu = اِسْتَطَاعَ

jalan = سَبِيلا

menyaksikan; melihat {98} = شَهِيدٌ

kamu menghalangi; memalingkan {99} = تَصُدُّونَ

kamu bertujuan; menghendaki = تَبْغُونَ

(menjadi) bengkok = عِوَجًا

mereka kembalikan {100} = يَرُدُّوا

kamu taat = تُطِيعُواْ

telah dibacakan ia {101} = تُتْلَى

ia berpegang teguh = يَعْتَصِمْ

sesungguhnya = قَدْ

telah dipimpin org ia = هُدِيَ

sebenar-benar {102} = حَقَّ

berpegang teguh olehmu {103} = اعْتَصِمُواْ

tali = حَبْلِ

jangan kamu bercerai-berai; berpecah-belah = لاَ تَفَرَّقُواْ

bermusuh-musuhan = أَعْدَاءً

telah menjinakkan ia = أَلَّفَ

telah jadi kamu = أَصْبَحْتُمْ

kurniaan = نِعْمَتِ

bersaudara = إِخْوَانًا

ditepi = شَفَا

lubang; jurang = حُفْرَةٍ

telah ia lepaskan = أَنْقَذَ

hendaklah ia ada {104} = لِ تَكُنْ

satu golongan = أُمَّةٌ

mereka menegah = يَنْهَوْنَ

kejahatan = الْمُنْكَرِ

telah berpecah-belah mereka {105} = تَفَرَّقُواْ

ia jadi putih {106} = تَبْيَضُّ

muka-muka = وُجُوهٌ

ia jadi hitam = تَسْوَدُّ

telah jadi hitam ia = اِسْوَدَّتْ

rasai olehmu = ذُوقُواْ

telah jadi putih ia {107} = اِبْيَضَّتْ

kezaliman {108} = ظُلْمًا

sebaik-baik umat {110} = خَيْرَ أُمَّة

telah dikeluarkan ia; diadakan = أُخْرِجَتْ

mereka memberi bahaya {111} = يَضُرُّو

mereka hadapkan; berpaling = يُوَلُّو

ke belakang = الاَدْبَارَ

kehinaan {112} = الذِّلَّةُ

telah dijumpai mereka = ثُقِفُواْ

telah kembali mereka; layaklah mereka = بَاءُواْ






Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 93 - 112)

93) Semua jenis makanan, telah adalah ia, halal bagi Bani Israil melainkan apa yang telah mengharamkan ia (oleh) Israil atas diri-dirinya daripada sebelum bahawa diturunkan ia Kitab Taurat. Katakanlah : "Maka datangkanlah (bawalah) olehmu akan Taurat (itu), maka bacalah olehmu ia, jika telah adalah kamu orang-orang yang benar."

94) Maka barangsiapa telah mengada-adakan ia atas (terhadap) Allah dusta sesudah itu, maka orang-orang itu, merekalah orang-orang yang zalim.

95) Katakanlah : "Telah benar ia (oleh) Allah, maka ikutlah olehmu agama Ibrahim yang (cenderung kepada) lurus dan tidak telah adalah ia daripada orang-orang yang musyrik.

96) Bahawasanya yang pertama rumah, telah diletakkan org ia (didirikan) bagi manusia (ialah) yang di Makkah yang diberkati dan (menjadi) petunjuk bagi sekelian 'alam.

97) Padanya beberapa tanda yang nyata, (seperti) Maqam Ibrahim, dan sesiapa telah masuk ia (kedalam)nya, telah adalah ia yang aman, dan bagi Allah atas manusia (kewajiban) berHaji ke Rumah Allah (Baitullah), (iaitu) orang yang telah berupaya ia kepadanya (melakukan) perjalanan (itu), dan sesiapa telah mengingkari ia maka bahawasanya Allah Maha Kaya dari sekelian 'alam.

98) Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, kerana apa (mengapa) kamu ingkar dengan Ayat-ayat Allah, padahal Allah menyaksikan atas apa yang kamu kerjakan?"

99) Katakanlah : "Hai Ahli Kitab, mengapa kamu memalingkan (menghalangi) dari Jalan Allah, orang-orang yang telah beriman ia, kamu bertujuan dia (menjadi) bengkok, dan (padahal) kamu orang-orang yang menjadi saksi?" Dan tidaklah Allah itu lalai dari apa yang kamu kerjakan.

100) Wahai segala yang telah beriman mereka (orang-orang yang beriman), jika kamu taat satu puak daripada segala yang (orang-orang yang) telah didatangkan mereka Al-Kitab (itu), mereka akan kembalikan kamu, sesudah beriman kamu, (menjadi) orang-orang kafir.

101) Dan bagaimana kamu kafir padahal kamu telah dibacakan ia atas (kepada) kamu Ayat-ayat Allah, dan pada (dikalangan) kamu ada RasulNya, dan sesiapa ia berpegang teguh dengan/kepada Allah maka sesungguhnya telah dipimpin org ia (diberi petunjuk) kepada jalan yang lurus.

102) Wahai orang-orang yang telah beriman mereka, bertakwalah kamu (akan) Allah (dengan) sebenar-benar takwa kepadanya dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan kamu (dalam keadaan) orang-orang yang berserah diri (Islam).

103) Dan berpegang teguh olehmu dengan (kepada) Tali Allah semuanya dan jangan kamu bercerai-berai, dan ingat olehmu (akan) nikmat Allah atasmu ketika telah adalah kamu bermusuh-musuhan, maka telah menjinakkan ia antara hati-hati kamu, maka telah jadi kamu dengan kurniaanNya (itu) bersaudara dan telah adalah kamu ditepi lubang (jurang) daripada Neraka, maka telah Ia lepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Ia nyatakan (oleh) Allah kepadamu Ayat-ayatNya, mudah-mudahan (semoga) kamu, kamu terpimpin (mendapat petunjuk).

104) Dan hendaklah ia ada diantara kamu satu golongan, mereka menyeru kepada kebajikan dan mereka menyuruh dengan kebaikan dan mereka menegah daripada kejahatan, dan orang-orang itu, merekalah orang-orang yang berjaya.

105) Dan janganlah kamu jadi seperti orang-orang yang telah berpecah-belah mereka dan telah berselisih mereka dari sesudah apa yang telah datang ia (kepada) mereka keterangan yang nyata dan orang-orang itu, bagi mereka, azab seksa yang besar.

106) (Ingatlah) hari, ia jadi putih muka-muka dan ia jadi hitam muka-muka, maka adapun orang-orang yang telah jadi hitam ia muka-muka mereka: "Kenapa telah kufur kamu sesudah beriman kamu? Maka rasai olehmu azab ini, dengan sebab telah adalah kamu, kamu kafir."

107) Dan adapun orang-orang yang telah jadi putih ia muka-muka mereka, maka (mereka berada) dalam Rahmat Allah, mereka didalamnya orang-orang yang kekal.

108) Itulah Ayat-Ayat Allah; Kami bacakannya atas (kepada) engkau dengan yang benar dan tidaklah Allah, Dia menghendaki kezaliman bagi sekelian alam (hamba-hambaNya).

109) Dan bagi Allah apa yang (ada) di langit dan apa yang (ada) di bumi, dan kepada Allah telah dikembalikan ia segala urusan.

110) Telah adalah kamu sebaik-baik ummat yang telah dikeluarkan ia bagi manusia, kamu menyuruh dengan/kepada kebaikan dan kamu menegah daripada kejahatan dan kamu beriman dengan/kepada Allah, dan jikalau (sekiranya) telah beriman ia Ahli Kitab, nescaya (itu) adalah ia lebih baik bagi mereka; daripada (sebahagian) mereka (adalah) orang-orang yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik (derhaka kepada Allah).

111) Sekali-kali tidak akan mereka membahayakan kamu melainkan (hanya) gangguan, dan jika mereka memerangi kamu mereka akan menghadap (berpaling) ke belakang kamu (melarikan diri), kemudian tidaklah mereka mendapat pertolongan.

112) Telah ditimpakan ia atas mereka kehinaan kemana jua (dimana saja) telah dijumpai mereka kecuali (jika mereka berpegang) dengan tali (agama) dari Allah dan dengan tali (perjanjian) dari manusia; dan telah kembali mereka dengan kemurkaan dari Allah, dan telah ditimpakan ia atas mereka kepapaan. Demikian itu bahawasanya mereka, telah adalah mereka, mereka ingkar dengan Ayat-Ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-Nabi dengan bukan (tidak) kebenaran. Demikian itu dengan sebab telah derhaka mereka dan telah adalah mereka, mereka telah melampaui batas.


TERJEMAHAN MAKSUD SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 93 - 112) MENGIKUT TATABAHASA BAHASA MELAYU

[93] Segala jenis makanan adalah dahulunya halal bagi Bani Israil, kecuali makanan yang diharamkan oleh Israil kepada dirinya sendiri sebelum diturunkan Kitab Taurat. Katakanlah (wahai Muhammad): "(Jika ada makanan yang diharamkan kepada kamu, wahai Bani Israil, sebelum Kitab Taurat diturunkan) maka bawalah kamu Kitab Taurat itu kemudian bacalah akan Dia, kalau betul kamu orang-orang Yang benar.

[94] (jika tidak) Maka sesiapa yang mereka-reka kata-kata dusta terhadap Allah sesudah yang demikian itu, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.

[95] Katakanlah (wahai Muhammad): "Benarlah (apa yang difirmankan oleh) Allah, maka ikutilah kamu akan agama Nabi Ibrahim yang ikhlas (berdasarkan Tauhid), dan bukanlah ia dari orang-orang musyrik.

[96] Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah (Baitullah) di Makkah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

[97] Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata; (di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk kedalamnya dia aman tenteram. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.

[98] Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahlil Kitab! mengapakah kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sendiri menyaksikan apa yang kamu lakukan?"

[99] Katakanlah: "Wahai Ahlil Kitab! mengapakah kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada (menurut) jalan (Agama) Allah, kamu hendak menjadikan jalan Agama Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menjadi saksi-saksi (terhadap Janji Setia denan Allah)? "Dan (tetapi), Allah tidak sekali-kali lalai terhadap apa yang kamu lakukan.

[100] Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taat akan sesuatu puak dari orang-orang Ahlil-Kitab (Yahudi dan Nasrani), nescaya mereka akan mengembalikan kamu menjadi orang-orang kafir sesudah kamu beriman.

[101] Dan bagaimana kamu akan menolak Keimanan padahal kepada kamu dibacakan Ayat-ayat Allah (Al-Quran), dan dalam kalangan kamu ada RasulNya (Muhammad, s.a.w)? Dan sesiapa berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sesungguhnya ia telah ditunjukkan Jalan Yang Lurus.

[102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.

[103] Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa Jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara; dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa Jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu. Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu Ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk HidayahNya.

[104] Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.

[105] Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah). Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.

[106] (ingatlah akan) Hari (kiamat yang padanya) bila ada muka-muka akan (menjadi) putih berseri, dan ada muka-muka (yang menjadi) hitam legam. Adapun orang-orang yang hitam legam mukanya, (mereka akan ditanya secara tempelak): "Adakah patut kamu kufur ingkar sesudah kamu beriman? (oleh itu) Rasalah azab seksa Neraka disebabkan kekufuran kamu itu".

[107] Adapun orang-orang yang putih (berseri mukanya), maka mereka berada dalam limpahan Rahmat Allah (Syurga), mereka kekal di dalamnya.

[108] Itulah Ayat-ayat keterangan Allah. Kami bacakannya kepadamu (wahai Muhammad) dengan benar. Dan (ingatlah), Allah tidak berkehendak untuk melakukan kezaliman kepada mana-mana satu dari sekalian makhlukNya.

[109] Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan.

[110] Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah. Dan kalaulah Ahli2 Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana semestinya), tentulah (iman) itu adalah paling baik bagi mereka. (tetapi) di kalangan mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

[111] Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) itu tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka keluar memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); dan mereka tidak akan mendapat pertolongan (yang membolehkan mereka mencapai kemenangan).

[112] Mereka dinaungi kehinaan (seperti khemah) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya janji (perlindungan) dari Allah dan dari manusia; dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan Ayat-ayat Allah, dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah).

Friday, March 20, 2009

Pelajaran 38

PERHATIAN


Dalam pelajaran menterjemah secara Harfiyah (perkataan demi perkataan) yang tujuannya semata-mata untuk memudahkan kemasukan faham Tatabahasa. Berikut ini perhatikan pedoman terjemah menurut penekanan Bahasa Melayu (Malaysia) yang bertujuan untuk memberi kefahaman terhadap maksudnya:-

Terjemah Harfiyah : "Hai segala yang telah beriman mereka".
Terjemah Maksud : "Hai orang-orang yang beriman".

CONTOH:

















































Tekanan MaksudSusunan Ayat
Orang yang beriman dengan yang ghaibاَلَّذِيْنَ يُؤْمِنُوْنَ بِالْغَيْبِ
Orang-orang yang kafirاَلَّذِيْنَ كَفَرُوْا
Orang-orang yang beriman dengan Allahاَلَّذِيْنَ ءَامَنُواْ
Orang-orang yang membeli (menukar) kesesatanاّلَّذِيْنَ اشْتَرَوُا الضَّلاَلَةَ
Orang-orang yang beriman dan beramal solehاّلَّذِيْنَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ
Adapun orang-orang yang berimanاَمَّاالَّذِيْنَ ءَامَنُواْ
Orang-orang yang merombak perjanjian Allahاَلَّذِيْنَ يَنْقُضُوْنَ عَهْدَاللَّهِ
Orang-orang yang menulis Kitabاّلَّذِيْنَ يَكْتُبُوْنَ الكِتَابَ



Demikianlah rangkap-rangkap yang lain yang menggunakan اَلَّذِيْنَ seperti yang dicontohkan diatas, iaitu dengan tidak lagi menggunakan "segala yang"; "telah mereka", dan sebagainya.

KATA DAN JAWAB

Dalam masa menterjemah, jangan cuai memerhatikan kalimat-kalimat didepan yang bakal kita terjemahkan, kerana mungkin ada kalimat yang bakal dibaca itu meminda erti kalimat yang sedang dibaca, dan sebaliknya erti kalimat yang bakal diterjemahkan itu akan berubah kerana sebab kalimat yang sedang kita baca, contohnya:-

....اِذَاقِيْلَ لَهُمْ....قَالُواْ
Apabila telah dikatakan bagi mereka.... telah menjawab mereka....

Yang diperhatikan ialah perkataan قَالُواْ pada rangkap sebelah hujung itu boleh diertikan "menjawab".

MAKNA / ERTI KALIMAT

Kalimat-kalimat berikut ini perlu diawasi apabila menterjemahkannya dan hendaklah diberikan erti atau makna yang sesuai mengikut gaya bahasa (uslub) ayat yang diterjemahkan:-

1. Kalimat كَانَ

Kalimat ini dan semua Tasrifnya hendaklah diterjemahkan seperti berikut:-

(a) Jika ia berbentuk Perbuatan Suruh (Amar) atau Tegah (Nahyi), hendaklah diberi makna Jadi, seperti:-
























MaknaSusunan Ayat
Jadilah engkau, lalu ia jadiكُنْ فَيَكُوْن
Jadilah kamu kera-keraكُوْنُواْ قِرَدَةً
Janganlah kamu jadi ....لآ تَكُوْنُواْ


(b) Jika ia Madhi atau Mudhari', hendaklah diberi makna yang sesuai iaitu Adalah atau Jadi, seperti:-



















MaknaSusunan Ayat
Bahawasanya kamu, telah adalah kamu mengkhianati diri-dirimuاَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَخْتَنُوْنَ اَنْفُسَكُمْ
Jadilah Rasul itu saksi atas kamuيَكُوْنَ الرَّسُوْلُ عَلَيْكُمْ شَهِيْدًا


2. Kalimat أَخَذَ

Kalimat ini dan semua Tasrifnya itu makna asalnya ialah Ambil, tetapi boleh juga diberi makna Pegang atau Terima mengikut pengertian yang sesuai mengikut konteks ayat dan boleh juga diberi maksud Ambil secara kekerasan atau Paksa jika ayat itu berupa pembalasan, seperti berikut:-
























MaknaSusunan Ayat
Ketika telah mengambil (pegangkan) Allah akan janji ....كُنْ فَيَكُوْن
Dan telah kamu terima (ambil) atas demikian pembebananKuكُوْنُواْ قِرَدَةً
Telah mengambil (menyeksa) mereka oleh Allah kerana dosa-dosa merekaلآ تَكُوْنُواْ


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيمِ


Kita sambung pelajaran menterjemah seterunya dengan membaca Ayat-Ayat berikut dan seterusnya menghafal terjemahan beberapa kalimah didalamnya:-


Surah 3 : Ali-'Imran ( Ayat 75 - 92)


وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ
بِدِينَارٍ لاَّ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلاَّ مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ
قَالُواْ لَيْسَ عَلَيْنَا فِي اْلأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ
(75) وَيَقُولُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

(76) بَلَى مَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ وَاتَّقَى فَإِنَّ اللهَ يُحِبُّ الْمُتَّقِينَ

إِنَّ الَّذِينَ يَشْتَرُونَ بِعَهْدِ اللَّهِ وَأَيْمَانِهِمْ ثَمَنًا قَلِيلا أُولـَئِكَ لاَ خَلاقَ لَهُمْ
فِي اْلآخِرَةِ وَلا يُكَلِّمُهُمُ اللهُ وَلاَ يَنْظُرُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلاَ يُزَكِّيهِمْ
(77) وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

وَإِنَّ مِنْهُمْ لَفَرِيقًا يَلْوُونَ أَلْسِنَتَهُمْ بِالْكِتَابِ لِتَحْسَبُوهُ مِنَ الْكِتَابِ
وَمَا هُوَ مِنَ الْكِتَابِ وَيَقُولُونَ هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ وَمَا هُوَ مِنْ عِنْدِ اللَّهِ
(78) وَيَقُولُونَ عَلَى اللهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَنْ يُؤْتِيَهُ اللهُ الْكِتَابَ وَالْحُكْمَ وَالنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ
كُونُواْ عِبَادًا لِي مِنْ دُونِ اللَّهِ وَلَكِنْ كُونُواْ رَبَّانِيِّينَ بِمَا كُنْتُمْ
(79) تُعَلِّمُونَ الْكِتَابَ وَبِمَا كُنْتُمْ تَدْرُسُونَ

وَلاَ يَأْمُرَكُمْ أَنْ تَتَّخِذُوا الْمَلائِكَةَ وَالنَّبِيِّينَ أَرْبَابًا أَيَأْمُرُكُمْ بِالْكُفْرِ
(80) بَعْدَ إِذْ أَنْتُمْ مُّسْلِمُونَ

وَإِذْ أَخَذَ اللهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا ءَاتَيْتُكُمْ مِّنْ كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ
ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنْصُرُنَّهُ قَالَ أَأَقْرَرْتُمْ
وَأَخَذْتُمْ عَلَى ذَلِكُمْ إِصْرِي قَالُوا أَقْرَرْنَا قَالَ فَاشْهَدُواْ
(81) وَأَنَاْ مَعَكُمْ مِّنَ الشَّاهِدِينَ

(82) فَمَنْ تَوَلَّى بَعْدَ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

أَفَغَيْرَ دِينِ اللَّهِ يَبْغُونَ وَلَهُ أَسْلَمَ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ
(83) طَوْعًا وَكَرْهًا وَإِلَيْهِ يُرْجَعُونَ

قُلْ ءَامَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنْزِلَ عَلَيْنَا وَمَا أُنْزِلَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ
وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَاْلأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَى وَعِيسَى وَالنَّبِيُّونَ
(84) مِنْ رَبِّهِمْ لاَ نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ اْلإِسْلاَمِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ
(85) وَهُوَ فِي الآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ

كَيْفَ يَهْدِي اللَّهُ قَوْمًا كَفَرُواْ بَعْدَ إِيمَانِهِمْ وَشَهِدُواْ أَنَّ الرَّسُولَ حَقٌّ
(86) وَجَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَاللهُ لاَ يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ

(87) أُولَـئِكَ جَزَاؤُهُمْ أَنَّ عَلَيْهِمْ لَعْنَةَ اللهِ وَالْمَلاَئِكَةِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

(88) خَالِدِينَ فِيهَا لاَ يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلا هُمْ يُنْظَرُونَ

(89) إِلاَّ الَّذِينَ تَابُواْ مِنْ بَعْدِ ذَلِكَ وَأَصْلَحُواْ فَإِنَّ اللهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُوا بَعْدَ إِيمَانِهِمْ ثُمَّ ازْدَادُواْ كُفْرًا لَّنْ تُقْبَلَ تَوْبَتُهُم
(90) وَأُولَئِكَ هُمُ الضَّالُّونَ

إِنَّ الَّذِينَ كَفَرُواْ وَمَاتُواْ وَهُمْ كُفَّارٌ فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْ أَحَدِهِمْ مِلْءُ اْلأَرْضِ
(91) ذَهَبًا وَلَوِ افْتَدَى بِهِ أُولَـئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ وَمَا لَهُمْ مِّنْ نَاصِرِينَ

لَنْ تَنَالُواْ الْبِرَّ حَتَّى تُنْفِقُواْ مِمَّا تُحِبُّونَ وَمَا تُنْفِقُواْ مِنْ شَيْءٍ
(92) فَإِنَّ اللهَ بِهِ عَلِيمٌ




Seterusnya sila hafalkan makna lafadz-lafadz berikut sebelum berpindah ke halaman Al Quran untuk membacanya dengan memahami makna setiap kalimat yang dibaca:-


engkau percayakan {75} = تَأْمَنْ

jumlah yang banyak; seribu dinar = قِنْطَارٍ

ia tunaikan = يُؤَدِّ

satu dinar = دِينَارٍ

sentiasa engkau; tetap = مَا دُمْتَ

dusta = الْكَذِبَ

telah menyempurnakan ia {76} = أَوْفَى

janji = عَهْدِهِ

sumpah-sumpah {77} = َأَيْمَانِ

bahagian = خَلاقَ

ia berkata-kata = يُكَلِّمُ

ia melihat = يَنْظُرُ

mereka memutar-mutarkan; mengubah {78} = يَلْوُونَ

lidah-lidah = أَلْسِنَتَ

kamu sangka = تَحْسَبُواْ

walhal bukan dia = وَمَا هُوَ

kebijaksanaan (hukum) {79} = َالْحُكْمَ

kenabian = َالنُّبُوَّةَ

hamba-hamba = عِبَادًا

orang2 yang patuh = رَبَّانِيِّينَ

kamu membaca = تَدْرُسُونَ

perjanjian {81} = مِيثَاقَ

sesungguhnya apa jua = لَمَا

kamu mesti beriman = تُؤْمِنُنَّ

kamu mesti tolong = َتَنْصُرُنّ

telah mengaku kamu; berikrar = َأَقْرَرْتُمْ

perjanjianKu = إِصْرِي

mereka tuntut {83} = يَبْغُونَ

telah menyerah ia = أَسْلَمَ

sukarela = طَوْعًا

terpaksa = َكَرْهًا

anak2 cucu {84} = الأَسْبَاطِ

ia mencari {85} = يَبْتَغِ

diterima org ia (ia terima) = يُقْبَلَ

orang2 yang rugi = الْخَاسِرِينَ

telah mengaku mereka {86} = َشَهِدُواْ

ia diringankan {88} = يُخَفَّفُ

mereka diberi tempoh; ditangguhkan = يُنْظَرُونَ

telah kembali mereka; bertaubat {89} = تَابُواْ

telah membuat kebaikan mereka = َأَصْلَحُواْ

telah bertambah2 mereka {90} = ازْدَادُواْ

ia diterima = تُقْبَلَ

taubat = تَوْبَتُ

orang2 yang sesat = الضَّالُّونَ

sepenuh-penuhnya {91} = مِلْءُ

emas = ذَهَبًا

telah menebus ia = افْتَدَى

dan tidak ada bagi mereka = وَمَا لَهُمْ

orang2 yang menolong = نَاصِرِينَ

kamu mencapai {92} = تَنَالُواْ

kebaikan = الْبِرَّ

kamu belanjakan = تُنْفِقُواْ




Setelah berjaya mengingati pengertian kalimah-kalimah diatas, sila terjemahkan dengan perlahan sehingga mahir. Kemudian berpindahlah ke muka Al-Quran anda sambil memperbaiki terjemahan dengan kata-kata tambahan yang terdapat dalam Bandingan Terjemahan dibawah ini.

BANDINGAN TEREJEMAHAN SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 75 - 92)

75) Dan (sebahagian) daripada Ahli Kitab, orang yang jika engkau percayakan dia (akan) seribu dinar akan ia tunaikan dia kepada engkau; dan (sebahagian) daripada mereka (ada) orang yang jika engkau percayakan akan dia dengan satu dinar, tidak ia tunaikan akan dia kepada engkau, kecuali telah sentiasa engkau atasnya berdiri (memintanya). (Yang demikian) itu dengan bahawasanya mereka, telah berkata mereka: "Tidak ada atas kami pada orang-orang yang bodoh (itu) jalan". Dan mereka berkata atas (nama) Allah berdusta, padahal mereka mengetahui.

76) Bahkan! barangsiapa telah menyempurnakan ia akan janjinya dan telah berbakti (bertaqwa) ia, maka bahawasanya Allah Ia mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

77) Bahawasanya segala yang telah menjual mereka akan Perjanjian Allah dan sumpah-sumpah mereka dengan harga yang sedikit, orang-orang itu tidak ada bahagian bagi mereka di Akhirat; dan tidak Ia berkata-kata (oleh) Allah, dan tidak Ia melihat kepada mereka (di)hari Kiamat, dan tidak Ia membersihkan mereka (dari dosa), dan bagi mereka azab seksa yang amat pedih.

78) Dan bahawasanya daripada mereka sesungguhnya (ada) satu golongan (yang) mereka memutar (akan) lidah-lidah mereka daripada Kitab, dan mereka berkata, ia daripada sisi Allah, padahal bukan ia daripada sisi Allah, dan mereka berkata atas (nama) Allah berdusta, padahal mereka tahu.

79) Tiada telah ada ia bagi seseorang manusia bahawa Ia beri akan dia (oleh) Allah (akan) Kitab dan Hikmat kebijaksanaan dan kenabian, kemudian ia berkata bagi manusia: "Jadilah olehmu hamba-hamba bagiku, daripada selain Allah, tetapi jadilah olehmu orang-orang yang patuh dengan apa yang telah ada kamu, kamu mengajar (akan) Kitab, dan dengan sebab telah adalah kamu, kamu membaca(nya)."

80) Dan tidak ia menyuruh (akan) kamu bahawa kamu ambil malaikat-malaikat dan nabi-nabi (sebagai) Tuhan-Tuhan. Adakah ia menyuruh kamu (akan) kekufuran sesudah diwaktu kamu (jadi) orang-orang Muslimin?

81) Dan (ingatlah) diwaktu telah mengambil Ia (oleh) Allah Perjanjian Setia daripada Nabi-Nabi: "Nescaya (sesungguhnya) apa jua telah mendatangkan Aku (akan) kamu daripada Kitab dan Hikmah, kemudian telah datang ia (akan) kamu seorang Rasul yang membenarkan bagi apa yang beserta kamu, hendaklah kamu mesti percaya (bersungguh-sungguh beriman) dengannya, dan hendaklah kamu mesti menolong akan dia". Telah berkata Ia: "Adakah telah mengakui kamu dan telah mengambil kamu ata (yang demikian) itu perjanjian Ku?" Telah berkata (menjawab) mereka: "Telah mengaku kami." Telah berkata Ia : "Maka saksikan olehmu, dan Aku bersama-sama kamu daripada orang-orang yang menyaksikan."

82) Maka barang siapa (sesiapa) telah berpaling sesudah itu, maka orang-orang itu, mereka(lah) orang-orang yang fasiq.

83) Adakakah patut selain agama Allah mereka tuntut, walhal baginya (kepadanya) telah menyerah diri ia (oleh) orang yang pada langit-langit dan bumi, dengan sukarela atau terpaksa, dan kepadaNya mereka dikembalikan.

84) Katakan olehmu: "Telah beriman kami dengan Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan org ia atas kami, dan kepada apa yang telah diturunkan ia atas Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan anak-anak cucu (keturunan)nya, dan apa yang telah diberikan ia (akan) Musa dan Isa, dan nabi-nabi dari Tuhan mereka; tidak kami membezakan antara seseorang daripada mereka, dan kami baginya orang-orang yang berserah diri."

85) Dan sesiapa ia mencari selain Islam (menjadi) agama, maka sekali-kali tidak akan diterima org ia daripadanya, sedang dia di akhirat daripada orang-orang yang rugi.

86) Bagaimanakah Ia memberi petunjuk (oleh) Allah (akan) satu kaum (yang) telah kufur mereka sesudah beriman mereka, dan telah mengaku mereka bahawasanya Rasul itu benar, dan telah datang ia (akan) mereka beberapa keterangan? Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk (akan/kepada) kaum orang2 yang zalim.

87) Orang2 itu balasan mereka (ialah) bahawasanya atas mereka laknat Allah dan malaikatNya dan manusia semua(nya).

88) (keadaan mereka) orang2 yang kekal di dalamnya, tidak diringankan org ia dari mereka, seksa dantidak mereka diberi tempoh;

89) kecuali segala yang (orang2 yang) telah kembali patuh mereka daripada sesudah itu dan telah membuat perbaikan (memperbaiki) mereka, maka bahawasanya Allah Maha Pengampun, Maha Pengasih.

90)
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.

[91] Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

92) Sekali-kali tidak akan kamu mencapai kebaikan hingga kamu belanjakan daripada apa yang kamu suka dan apa yang kamu belanjakan daripada sesuatu, maka bahawasanya Allah dengannya Maha Mengetahui.



TERJEMAHAN MAKSUD SURAH ALI-'IMRAN (Ayat 75 - 92) MENGIKUT TATABAHASA BAHASA MELAYU

[75] Dan di antara Ahli Kitab itu, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta drpd emas sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan segera); dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya diatas kami (untuk menjaga amanah) dengan mereka yang ummi (jahil, tidak beragama) ini". Tetapi mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka itu adalah berdusta).

[76] Bahkan (mereka berdosa memakan hak orang, kerana) sesiapa yang menyempurnakan janjinya (mengenai hak orang lain) dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa.

[77] Sesungguhnya orang-orang yang menjual janji yang mereka wajib tunaikan dalam hubungan dengan Allah serta melanggar sumpah mereka dengan harga yang sedikit, mereka tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari Akhirat; dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka dan tidak akan memandang kepada mereka pada hari Kiamat, dan tidak akan membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[78] Dan sesungguhnya, di antara mereka (Ahli Kitab itu) ada (ketua-ketua agamanya) yang mengubah-ubahkan Kitab (Taurat) dengan lidah mereka (sewaktu mereka membacanya), engkau menyangkakannya sebahagian dari Kitab Taurat padahal ia bukanlah dari Kitab itu; dan mereka berkata: "(bahawa) ia adalah (datangnya) dari sisi Allah", padahal ia bukan dari sisi Allah; dan mereka pula tergamak berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (benar-benar) tentangnya.

[79] Tidaklah (patut) bagi seseorang manusia yang Allah kurniakan kepadanya Kitab dan Hikmat Kebijaksanaan serta pangkat Kenabian, tergamak mengatakan kepada orang ramai: "Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dan bukan menyembah Allah. Tetapi sebaliknya (sepatutnya ia berkata): "Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang benar-benar hidup menyembah Tuhan yang benar-benar Mentadbir semuanya), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya bersungguh-sungguh."

[80] Dan ia tidak pula patut ia menyuruh kamu menjadikan malaikat-malikat dan nabi-nabi sebagai tuhan-tuhan dan penjaga-penjaga. Patutkah ia menyuruh kamu dengan kekufuran sesudah kamu menundukkan kehendakmu (kepada Tuhan dalam Islam?

[81] Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil Perjanjian Setia daripada Nabi-Nabi (dengan FirmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku kurniakan kepada kamu, kemudian datang pula kepada kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya". Allah berfirman lagi (bertanya kepada mereka): "Sudahkah kamu mengakui dan sudahkah kamu menerima Ikatan JanjiKu secara yang demikian itu?" Mereka menjawab: "Kami berikrar (mengakui dan menerimanya)". Allah berfirman lagi: "Jika demikian, maka saksikanlah kamu, dan Aku juga menjadi saksi bersama-sama dengan kamu."

[82] Kemudian sesiapa yang berpaling ingkar sesudah mengakui (Perjanjian Setia) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

[83] Patutkah (sesudah mengakui dan menerima Perjanjian) itu, mereka mencari lain dari Agama Allah? padahal tunduk taat kepada Kehendak-Nya (menerima Islam) sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi, sama ada dengan sukarela ataupun terpaksa, dan kepadaNya lah mereka dikembalikan.

[84] Katakanlah (wahai Muhammad): "Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi-Nabi: Ibrahim, dan lsmail, dan Ishak, dan Yaakub, dan keturunannya, dan kepada apa yang telah diberikan kepada Nabi-Nabi: Musa dan Isa, dan sekalian nabi-nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeza-bezakan seseorang pun di antara mereka, dan kepada Allah jualah kami berserah diri (dalam Islam)."

[85] Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidak diterima daripadanya, dan pada hari akhirat kelak dari (kalangan) orang-orang yang rugi.

[86] Bagaimana Allah akan memberi petunjuk hidayah kepada sesuatu kaum yang kufur ingkar sesudah mereka beriman, dan juga sesudah mereka menyaksikan bahawa Rasulullah (Nabi Muhammad) itu adalah benar, dan telah datang pula kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata? Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk hidayahNya kepada kaum yang zalim.

[87] Mereka itu balasannya ialah bahawa mereka ditimpa laknat Allah dan malaikatNya dan sekalian orang-orang (yang beriman).

[88] Mereka kekal di dalamnya, tidak diringankan azab seksa daripada mereka dan mereka pula tidak diberi tempoh atau perhatian;

[89] kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah (ingkar) itu, serta memperbaiki keburukan mereka, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

[90] Sesungguhnya orang-orang yang kafir sesudah mereka beriman, kemudian mereka bertambah kufur lagi, tidak sekali-kali akan diterima taubat mereka, dan mereka itulah orang-orang yang sesat.

[91] Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.

[92] Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sebenarnya) sehingga kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.

Tuesday, March 3, 2009

Tatabahasa Al-Quran 22

TASRIF ISIM-ISIM MUSYTAQ


Oleh kerana semua kahimat-kalimat itu mempunyai jenisnya rnasing-masing, maka Isim-Isim Musytaq itu juga bertasrif menurut wazan-wazan yang ditentukan. Disini disediakan senarai mengenai tasrif Isim-Isim Musytaq itu:-

1) Masdar

Masdar bahagian Tsulatsi kebanyakkan-nya adalah Samaa'i atau hanya menurut kebiasaan lidah masyarakat Arab sahaja. Namun ia dibentuk juga menurut kesesuaiannya, iaitu ada Muzakkar-Muannats dan ada Mufrad-Mutsanna, seperti senarai berikut:-













































Maknaجمعمثنىمفرد
pukul (l)ضَرْبِيْنَضَرْبَيْنِضَرْبًامذكر
pukul (p)ضَرْبَاتٍضَرْبَتَيْنِضَرْبَةًمؤنث
tolak (l)رَدِّيْنَرَدَّيْنِرَدًّامذكر
tolak (p)رَدَّاتٍرَدَّتَيْنِرَدَّةًمؤنث


Masdar bahagian selain Tsulatsi:-













































Maknaجمعمثنىمفرد
mulia (l)إِكْرَامِيْنَإِكْرَامَيْنِإِكْرَامًامذكر
mulia (p)إِكْرَامِيْنَإِكْرَامَتَيْنِإِكْرَامَةًمؤنث
minta ampun (l)إِسْتِغْفَارِيْنَإِسْتِغْفَارَيْنِإِسْتِغْفَارًامذكر
minta ampun (p)إِسْتَغْفَارَاتٍإِسْتِغْفَارَتَيْنِإِسْتِغْفَارَةًمؤنث


2) Isim Faa'il (memberi maksud yang me-)

Isim ini mudah membuat atau mengecamnya kerana ia mempunyai bentuk yang tertentu dan tasrifnya juga enam, kecuali pada Bab Tsulatsi Mujarrad bahagian Jamak Muzakkar dan Muannats yang boleh menerima wazan-wazan yang lain dari yang tercatit itu. Sila lihat senarai berikut:













































Maknaجمعمثنىمفرد
pukul (l)ضَارِبُوْنَ

(يْنَ)

ضَارِبَانِ

(يْنِ)

ضَارِبٌمذكر
pukul (p)ضَارِبَاتٌضَارِبَاتَانِ

(تَيْنِ)

ضَارِبَةٌمؤنث
tolak (l)رَادُّنَ

(يْنَ)

رَادَّانِ

(يْنِ)

رَادٌّمذكر
tolak (p)رَادَّتٌرَادَّتَانِ

(تَيْنِ)

رَادَّةٌمؤنث


Isim Faa'il bahagian selain Tsulatsi













































Maknaجمعمثنىمفرد
mulia (l)مُكْرِمُوْنَ

(يْنَ)

مُكْرِمَانِ

(يْنِ)

مُكْرِمٌمذكر
mulia (p)مُكْرِمَاتٌمُكْرِمَتَانِ

(تَيْنِ)

مُكْرِمَةٌمؤنث
minta ampun (l)مُسْتَغْفِرُوْنَ

(يْنَ)

مُسْتَغْفِرَانِ

(يْنِ)

مُسْتَغْفِرٌمذكر
minta ampun (p)مُسْتَغْفِرَاتٌمُسْتَغْفِرُوْتَانِ

(تَيْنِ)

مُسْتَغْفِرَةٌمؤنث


3) Isim Maf'ul (memberi maksud yang di-)

Isim ini juga mudah diketahui kerana ia mempunyai bentuk tertentu, dan tasrifnya juga enam, kecuali pada bahagian Tsulatsi bahagian Jamak Muzakkar iaitu mempunyai dua wazan. Sila lihat senarai berikut:













































Maknaجمعمثنىمفرد
pukul (l)مَضْرُوْبُوْنَ

(يْنَ)

مَضْرُوْبَانِ

(يْنِ)

مَضْرُوْبٌمذكر
pukul (p)مَضْرُوْبَاتٌمَضْرُوْبَتَانِ

(تَيْنِ)

مَضْرُوْبَةٌمؤنث
tolak (l)مَرْدُوْدُوْنَ

(يْنَ)

مَرْدُوْدَانِ

(يْنِ)

مَرْدُوْدٌمذكر
tolak (p)مَرْدُوْدَاتٌمَرْدُوْدَتَانِ

(تَيْنِ)

مَرْدُوْدَةٌمؤنث


Isim Faa'il bahagian selain Tsulatsi













































Maknaجمعمثنىمفرد
mulia (l)مُكْرَمُوْنَ

(يْنَ)

مُكْرَمَانِ

(يْنِ)

مُكْرَمٌمذكر
mulia (p)مُكْرَمَاتٌمُكْرَمَتَانِ

(تَيْنِ)

مُكْرَمَةٌمؤنث
minta ampun (l)مُسْتَغْفِرُوْنَ

(يْنَ)

مُسْتَغْفَرَانِ

(يْنِ)

مَسْتَغْفَرٌمذكر
minta ampun (p)مُسْتَغْفِرَاتٌمُسْتَغْفِرَتَانِ

(تَيْنِ)

مَسْتَغْفِرَةٌمؤنث


4) Isim Zaman dan Isim Makan

Kedua-dua Isim ini tidak ditentukan Muzakkar dan Muannatsnya, tetapi ditentukan Mufrad, Muannats dan Jamaknya sahaja.

































Maknaموزونوزن
satu tempat dudukمَجْلِسٌمَفْعِلٌمفرد
dua tempat dudukمَجْلِسَانِ

(يْنِ)

مَفْعِلاَنِمثنى
beberapa tempat dudukمَجَالِسُمَفَاعِلُجمع


5. Isim Alat

































Maknaموزونوزن
satu cerminmataمِنْظَرٌمِفْعَلٌمفرد
dua cerminmataمِنْظَرَانِ

(يْنِ)

مِفْعَلاَنِمثنى
beberapa cerminmataمَنَاظِرُمَفَاعِلُجمع



UNTUK PERHATIAN

1. Dalam Tasrif Isim Faa'il bahagian Jamak Muzakkar dan Muannats Tsulatsi boleh menerima wazan-wazan yang lain, iaitu menurut kalimat2 yang digunakan. Contoh seperti berikut:-























Maknaجمع
orang-orang yang menolong (l)نَاصِرُوْنَ

نُصَّارٌ

نُصَّرٌ

نَصَرَةٌ

مذكر
orang-orang yang menolong (p)نَاصِرَاتٌ

نَوَاصِرُ

مؤنث




RINGKASAN

Telah diterangkan kejadian Isim Musytaq dalam beberapa pelajaran sebelum ini yang merupakan pengetahuan asas untuk mengenal kalimat Isim yang terjadi dari Masdar (Kata Terbitan).

A. Isim itu terbahagi dua:-

(1) Isim Jamid atau Isim Jati
(2) Isim Musytaq atau Isim Terbitan.

B. Isim Jamid ialah nama asli bagi perkataan itu, iaitu tidak terambil dari perkataan lain, dan terbahagi dua pula:-

(1) Isim Zat
(2) Isim Makna (yang daripadanya terjadi Masdar).

C. Masdar itu terbahagi kepada:-

(1) Masdar Biasa
(2) Masdar Marrah
(3) Masdar Hai'ah
(4) Masdar Mimi, dan
(5) Masdar Sinaa'i.

D. Dari Masdar itulah terbitnya beberapa Isim lain, yang disebut Musytaqqaat, iaitu:-

(1) Isim Faa'il
(2) Isim Maf'ul
(3) Sifat Musyabbahah
(4) Sighah Mubaalaghah
(5) Isim Tafdil
(6) Isim Zaman dan Makan
(7) Isim Alat.