Wednesday, January 28, 2009

Tatabahasa Al-Quran 19

ISIM MUSYTAQ ( إِسْمُ الْمُشْتَقُّ )


Isim Musytaq atau Isim Terbitan ialah Isim-Isim yang diambil (terjadi) daripada perkataan Masdar dan mempunyai tujuh bab, iaitu:-

1. Ism Faa'il ( إِسْمُ الْفَاعِلِ ) iaitu Katanama Pembuat, samada orang atau benda yang mengerjakan pekerjaan itu; seperti:-



















Yang menjadikan

جَاعِلٌ

Yang mengeluarkan

مُحْرِجٌ

Yang membenarkan

مُصَدِّقٌ



2. Sifat Musyabbahah ( الصِّفَةُالْمُشَابَّهَةُ ) iaitu Rupa atau sifat yang tetap pada orang atau benda yang maknanya juga seperti Ism Faa'il; seperti:-



















Yang baik (bagus)

حَسَنٌ

Yang bersih

طَاهِرٌ

Yang besar (agong)

عَظِيْمٌ


3. Sighatul Mubaalaghah ( صِيْغَةُالْمُبَآلَغَةِ ) iaitu Bentuk Ism Faa'il yang menunjukkan atau mengandungi erti "banyak"; seperti:-



















Yang Amat Pengasih

رَحِيْمٌ

Yang banyak menerima taubat

تَوَّابٌ

Yang banyak kufur

كَفُوْرٌ


4. Ism Maf'ul ( إِسْمُ الْمَفْعُوْلِ ) iaitu Nama yang dibuat, samada orang atau benda, yang dikerjakan itu; seperti:-



















Yang dikenal (terkenal)

مَعْرُوْفٌ

Yang di muliakan (termulia)

مُكْرَمٌ

Yang di haramkan

مُحَرَّمٌ


5. Ism Tafdhil ( إِسْمُ التَّفْضِيْلِ ) iaitu Nama yang menunjukkan lebih dari yang lain, iaitu antara dua benda yang sama sifatnya; seperti:-



















Lebih banyak

أَكْثَرٌ

Lebih sangat

أَشَدٌّ

Lebih hampir (dekat)

أَقْرَبٌ


6a. Ism Zaman ( إِسْمُ الزَّمَانِ ) iaitu Katanama yang menunjukkan masa atau bila pekerjaan itu berlaku.

6b. Ism Makan ( إِسْمُ الْمَكَانِ ) iaitu Katanama yang menunjukkan tempat dimana pekerjaan itu berlaku.

Kedua-dua Ism Zaman dan Ism Makan ini mempunyai wazan yang serupa, iaitu:-



















masa/tempat minum

مَشْرَبٌ

masa/tempat bersujud

مَسْجِدٌ

masa/tempat mandi

مُغْتَسَلٌ


7. Ism Alat ( إِسْمُ اْلآلَةِ ) iaitu Katanama yang menunjukkan kepada alat yang digunakan untuk pekerjaan itu; seperti:-



















alat membuka

مِفْتَحٌ / مِفْتَاحٌ

kunci

مِقْلَدٌ

kikir (besi)

مِبْرَدٌ

No comments: