Wednesday, January 27, 2010

Kisah Nabi Musa a.s. Bhg 2

Sebelum meneruskan kisah perjalanan/pengembaraan Bani Israail kembali ke ‘tanah yang diberkati’ iaitu Kana’an (Palestina) tanah tempat kelahiran nenek moyang mereka Nabi Yaakub a.s., saya ingin membentangkan perbincangan berikut sebagai makluman kepada mereka yang mungkin keliru mengenainya.

Bani Israail digambarkan dalam Al-Quran sebagai golongan yang berterusan gagal menunjukkan perilaku yang baik dalam pelbagai situasi, tiada kesabaran, sentiasa tidak puas hati (suka mengeluh, mengadu, dsb), tidak mempunyai keyakinan dan sentiasa curiga terhadap penilaian, keputusan dan arahan Nabi Musa. Bagaimana pun mereka hanya layak dipanggil “orang-orang yang beriman” disebabkan mereka percaya kepada Nabi Musa dan Tuhannya iaitu Allah. Tetapi ini tidak bermakna tiap-tiap seorang yang bersama Nabi Musa didalam kumpulan yang berhijrah meninggalkan Mesir itu penganut agama Nabi Musa yang sejati. Mengikut Al-Quran, penganut agama yang sejati perlu ada dua kriteria iaitu “percaya” dan “beramal soleh”. Pengakuan beriman sahaja tidak semestinya benar-benar penganut sejati agama yang diajarkan oleh Nabi mereka. Ia mesti di sertai dengan berkelakuan baik dan mengerjakan amal soleh (berbuat kebajikan).

Dari Al-Quran Surah 2:82;

وَالَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أُولَـئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
[2:82] "Dan orang-orang yang beriman serta beramal saleh, mereka itu penghuni surga; mereka kekal di dalamnya."

Dari Al-Quran Surah 2:62;

إِنَّ الَّذِينَ ءَامَنُواْ وَالَّذِينَ هَادُواْ وَالنَّصَارَى وَالصَّابِئِينَ مَنْ ءَامَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ اْلآخِرِ وَعَمِلَ صَالِحاً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلاَ خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلاَ هُمْ يَحْزَنُونَ
[2:62] Sesungguhnya orang-orang yang beriman, (termasuk) orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Shabiin, (iaitu) siapa saja di antara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, (beriman kepada) hari kemudian dan beramal saleh, mereka akan menerima balasan pahala dari Tuhan mereka, tidak ada kebimbangan terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka berdukacita.


Al-Quran menggunakan tiga nama apabila merujuk kepada pengikut-pengikut Nabi Musa:

1) Bani Israail
2) Ahl alkitab
3) Yahud atau Hud

Bani Israail ialah kaum atau umat dari keturunan Nabi Yaakub yang bergelar “Israail”.

Ahl alKitab (Ahli Kitab) ialah mereka yang telah diberi Kitab Allah seperti Taurat dan Injil, sebelum Al-Quran diwahyukan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.). Nama ini adalah khusus ditujukan kepada pengikut-pengikut Nabi Musa yang telah diberikan Taurat (Kitab Nabi Musa) dan pengikut-pengikut Nabi Isa yang telah diberikan Injil (Kitab Nabi Isa).

Dari Al-Quran (5:68);

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لَسْتُمْ عَلَى شَيْءٍ حَتَّىَ تُقِيمُواْ التَّوْرَاةَ وَاْلإِنجِيلَ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْكُم مِّن رَّبِّكُمْ وَلَيَزِيدَنَّ كَثِيرًا مِّنْهُم مَّا أُنزِلَ إِلَيْكَ مِن رَّبِّكَ طُغْيَانًا وَكُفْرًا فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
[5:68] Katakanlah (Muhammad): "Wahai ahli Kitab! Kamu tidak (dikira mempunyai sesuatu ugama) sedikit pun sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil, dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (Al-Quran)". Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.

Ayat-ayat tersebut menunjukkan bahawa kedua-dua umat yang ada pada mereka Kitab Taurat, ie orang-orang Yahudi, dan umat yang ada pada mereka Kitab Injil, ie orang-orang Nasrani (Kristian asli) kedua-duanya dipanggil “Ahl alKitab”.

Yahudi dalam bahasa Ibrani (Hebrew) ialah Yehudi atau Yehudhah yang berasal dari kaum keturunan Yehudhah (Judah) dan Bunyamin (Benjamin), kedua-duanya anak Nabi Yaakub. Keturunan 10 kaum anak-anak Nabi Yaakub yang lain telah terhapus identiti mereka disebabkan telah terpisah antara satu sama lain apabila negeri mereka (ketika itu bernama Israel) telah dikuasai oleh Assyria dan saki baki penduduknya diusir keluar daripada negeri itu. Mereka ini dikatakan sebagai “Suku-Suku Kaum yang Hilang” (The Lost Tribes).

Bagaimana pun didalam Al-Quran, Yahudi memberi makna yang berbeza. Katakerja (Fi’il Madhi) kepada nama Yahudi itu ialah “hada” yang bermaksud “telah bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar”. Bentuk jamaknya ialah “allazina haadu” yang bermaksud “mereka yang telah bertaubat”. Nama Yahudi ini dicipta oleh Allah dan hanya wujud selepas Taurat diturunkan kepada Nabi Musa. Sebelum itu tidak ada mana-mana umat yang dipanggil Yahudi (Jews).

Dari Al-Quran (3:67);

مَا كَانَ إِبْرَاهِيمُ يَهُودِيًّا وَلاَ نَصْرَانِيًّا وَلَكِن كَانَ حَنِيفًا مُّسْلِمًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
[3:67] Nabi Ibrahim bukanlah seorang Yahudi, dan bukanlah dia seorang Nasrani, tetapi ia seorang yang lurus (tetap diatas dasar Tauhid) sebagai seorang Muslim, dan dia tidaklah termasuk dari orang-orang musyrik.

Dari Al-Quran (2:135);

وَقَالُواْ كُونُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى تَهْتَدُواْ قُلْ بَلْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
[2:135] dan mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) berkata: "Jadilah kamu (pemeluk ugama) Yahudi atau Nasrani, nescaya kamu akan mendapat petunjuk". Katakanlah: "Tidak, (tetapi) Kami mengikut agama NabiIbrahim yang lurus, dan dia tidak termasuk golongan orang-orang yang syirik (mempersekutukan Tuhan)".

Dari Al-Quran (2:140);

أَمْ تَقُولُونَ إِنَّ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَـقَ وَيَعْقُوبَ وَاْلأَسْبَاطَ كَانُواْ هُودًا أَوْ نَصَارَى قُلْ أَأَنتُمْ أَعْلَمُ أَمِ اللهُ وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَادَةً عِندَهُ مِنَ اللهِ وَمَا اللهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ
[2:140] "Ataukah kamu mengatakan bahawa Nabi Ibrahim, dan Ismail, dan Ishak, dan Yaakub beserta anak-anaknya, mereka semua adalah (penganut agama) Yahudi atau Nasrani?" Katakanlah: "Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) daripada Allah yang ada padanya?" dan (ingatlah), Allah tidak lalai akan apa yang kamu kerjakan.

Yahudi kuno itu tidak ada kena mengena dengan bangsa yang dikatakan Hebrew atau Ibrani kerana tidak ada bukti bangsa Hebrew atau Ibrani pernah berada di Mesir pada zaman itu, dan diperhambakan.

Sebagai rumusan, semua Yahudi itu adalah dari kaum Bani Israail (pengikut Nabi Musa), tetapi bukan semua Bani Israail itu Yahudi. Bahkan, ada juga sebilangan mereka yang mengikut Nabi Musa berhijrah keluar dari Mesir itu bukan dari keturunan Nabi Yaakub tetapi bangsa-bangsa lain dari golongan Semit (bangsa Asia keturunan Sam, iaitu satu daripada tiga anak Nabi Nuh). Jadi tidak semestinya agama Yahudi itu untuk Bani Israail saja. Bangsa yang bukan daripada Bani Israil di Kana’an (pada zaman itu atau sekarang) juga berhak dengan nama Yahudi itu dengan syarat mereka menganut agama Nabi Musa iaitu percaya sepenuhnya dengan ke esaan Allah dan kenabian Musa dan juga patuh kepada Taurat yang telah diturunkan kepada Nabi Musa. Bagaimana pun, Yahudi yang merampas tanah Palestin sekarang, bukanlah Yahudi sebenarnya. Mereka adalah Zionist yang tidak beragama apa-apa (tak bertuhan).

Begitu juga sebelum Injil diturunkan, tidak ada kaum yang dinamakan Nasrani (Nazarenes). Mereka sebenarnya adalah orang-orang yang percaya (penyokong) kepada Nabi Isa a.s. dan agama Tauhid yang diajarkannya, dan mereka percaya dengan Kitab Injil yang diturunkan Allah kepada Nabi Isa. Manakala agama Kristian itu tercipta hanya selepas Nabi Isa wafat, malah Kristian itu bukanlah agama Nabi Isa.

Dari Al-Quran (4:171);

يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ وَلاَ تَقُولُواْ عَلَى اللهِ إِلاَّ الْحَقَّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ فَئَامِنُواْ بِاللهِ وَرُسُلِهِ وَلاَ تَقُولُواْ ثَلاَثَةٌ انتَهُواْ خَيْرًا لَّكُمْ إِنَّمَا اللهُ إِلَـهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَات وَمَا فِي اْلأَرْضِ وَكَفَى بِاللهِ وَكِيلاً
[4:171] Wahai ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani)! janganlah kamu melampaui batas dalam agama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar. Sesungguhnya al-Masih Isa Ibni Maryam itu hanya seorang utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimatNya yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: "(Tuhan itu) tiga (Allah, Isa, Ruhul Kudus)". Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), adalah lebih baik bagi kamu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Dia daripada mempunyai anak. MilikNyalah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang mentadbirkan sekalian makhlukNya).

Nota: Agama Kristian itu adalah satu agama ciptaan seorang rabi Yahudi bernama Paul yang telah menciplak dan mengubah-suai Kitab Injil (yang tidak ada versi bertulis, cuma beberapa buku catatan) dan menamakannya The Bible, iaitu 300tahun selepas Allah menyelamatkan Nabi Isa daripada disalib oleh orang-orang Yahudi di Baitulmuqaddis. Dan agama baru itu telah dipaksakan kepada penganutnya dengan menggunakan kuasa pemerintah Empayar Rom (pada masa itu) yang telah bermurah hati memperuntukkan sebidang tanah di Vatican, Italy untuk pembinaan kompleks ibu pejabat bagi agama Kristian.

Muslim = Berserah diri hanya kepada Tuhan yang satu (Allah)

Seorang “Muslim” itu bermaksud sesiapa sahaja yang “berserah diri kepada Allah”, termasuk penganut mana-mana agama Tauhid yang lain (bertuhankan Tuhan yang satu). Hal ini dijelaskan dalam Al-Quran melalui beberapa Ayat berikut:

Dari Al-Quran Surah (2:128);

رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّ يَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَآ إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
[2:128] "Ya Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua (Nabi Ibrahim dan Ismail) orang-orang yang berserah diri kepadaMu (Muslim), dan jadikanlah daripada keturunan kami (juga) umat yang berserah diri kepadaMu (Muslim), dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara melakukan ibadat (haji) kami, dan terimalah taubat kami; Sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Penyayang;”

Dari Al-Quran Surah (4:125);

وَمَنْ أَحْسَنُ دِينًا مِّمَّنْ أَسْلَمَ وَجْهَهُ لله وَهُوَ مُحْسِنٌ واتَّبَعَ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَاتَّخَذَ اللهُ إِبْرَاهِيمَ خَلِيلاً
[4:125] “dan siapakah yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (Muslim), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid)?”; dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.

Dari Al-Quran (12:101);

رَبِّ قَدْ ءَاتَيْتَنِي مِنَ الْمُلْكِ وَعَلَّمْتَنِي مِن تَأْوِيلِ اْلأَحَادِيثِ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ أَنتَ وَلِيِّي فِي الدُّنُيَا وَالئَاخِرَةِ تَوَفَّنِي مُسْلِمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
[12:101] (Nabi Yusuf berkata): "Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kepadaku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku kepadaku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. (Wahai Tuhan) pencipta langit dan bumi, Engkau pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan seorang Muslim, dan himpunkanlah aku bersama orang-orang yang soleh".

Dari Al-Quran (51:36);

فَمَا وَجَدْنَا فِيهَا غَيْرَ بَيْتٍ مِّنَ الْمُسْلِمِينَ
[51:36] Maka (utusan) Kami tidak mendapati di situ melainkan sebuah rumah sahaja yang penghuninya dari orang-orang Muslim (rumah Nabi Lut).

Dari Al-Quran (27:44);

قِيلَ لَهَا ادْخُلِي الصَّرْحَ فَلَمَّا رَأَتْهُ حَسِبَتْهُ لُجَّةً وَكَشَفَتْ عَن سَاقَيْهَا قَالَ إِنَّهُ صَرْحٌ مُّمَرَّدٌ مِّن قَوَارِيرَ قَالَتْ رَبِّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي وَأَسْلَمْتُ مَعَ سُلَيْمَانَ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
[27:44] Dikatakan (Nabi Sulaiman) kepada dia (Balqis): "Masuklah kedalam istana ini." Maka ketika dia (Balqis) melihat (lantai istana), disangkanya halaman istana itu sebuah kolam air, serta dia menyingkap (penutup) dari kedua betisnya. Dia (Nabi Sulaiman) berkata: "Sebenarnya ini adalah lantai istana yang diperbuat dari kaca". Dia (Balqis) pun berdoa: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menganiaya diriku sendiri. Dan aku berserah diri (memeluk Islam) bersama Sulaiman kepada Allah, Tuhan sekelian alam".

Maka Islam itu adalah agama dimana penganut-penganutnya beriman (percaya) dan berserah diri kepada Tuhan yang satu iaitu Tuhan yang memperkenalkan diriNya kepada pelbagai kaum dalam sejarah manusia dengan nama-nama yang berbeza melalui Rasul-rasul yang didatangkan kepada kaum-kaum itu, yang terdiri daripada berbagai bangsa dan bahasa.

Sungguh pun begitu, kenyataan diatas hanya boleh digunakan bagi orang-orang yang berada di zaman mereka masing-masing. Apabila Allah menurunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) pada tahun 610 M, adalah menjadi satu kemestian (kewajipan) bagi semua, sama ada Yahudi atau Nasrani atau dari sebarang apa agama pun termasuk penyembah-penyembah berhala yang berada dijazirah Arab pada masa itu, menerima dan mempercayai (beriman) bahawa Al-Quran itu adalah Kitab Allah (yang muktamad) dan Nabi Muhammad itu adalah Rasul Allah yang telah diberikan tugas untuk menyampaikan apa yang terkandung dalam Al-Quran itu kepada umat-umat manusia. Mereka yang tidak menerimanya (tidak beriman kepadanya) adalah kafir (ingkar), walaupun mereka masih bertuhankan Tuhan yang satu. Dengan kata-kata lain, syahadah mereka (orang-orang yang beragama Tauhid itu) menjadi tidak sah disebabkan mereka tidak mahu mengakui kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w.).

Akhir kata, oleh sebab pada masa Quran itu diwahyukan, kumpulan sasar (target) adalah masyarakat Arab jahiliah, maka semua rujukan kepada nama Tuhan yang satu itu adalah dalam bahasa Arab iaitu Allah dan agama (ad-Din) yang diajar berdasarkan apa yang terkandung dalam Al-Quran itu dinamakan Islam, manakala penganut-penganut agama Islam pula disebut sebagai Muslim.

Sekian, wallahu a’alam.

....oooOooo....

KISAH PERJALANAN BANI ISRAAIL seterusnya


Bani Israail telah menyeberang laut yang terbelah dengan selamat (dengan izin Allah), bermula dari pantai Nuweiba, Semenanjung Sinai Mesir, ditepi Teluk Aqaba iaitu suatu cabang Laut Merah, dan mereka telah naik kedarat di pantai Madyan di barat-utara Arab Saudi.

Destinasi Nabi Musa akhirnya nanti ialah membawa kaumnya (Bani Israail) memasukki tanah yang di berkati (Holy Land), iaitu satu wilayah yang luas yang termasuk didalamnya Lembah Jordan dan Kana’an (sekarang Israail dan Palestin). Pada masa itu, wilayah tersebut telah lama dikuasai (dijajah) oleh Mesir, jadinya misi Musa termasuklah memerdekakan ‘tanah yang diberkati’ itu dari penjajahan Mesir dibawah pemerintahan Firaun.

Al-Quran juga menerangkan apa yang dimaksudkan ‘tanah yang diberkati’ atau ‘Holy Land’ melalui ayat-ayat berikut:

وَنَجَّيْنَاهُ وَلُوطًا إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا لِلْعَالَمِينَ
[21:71] dan Kami selamatkan dia (Nabi Ibrahim) dan Nabi Lut (dari penduduk-penduduk Ur, iaitu bandar kelahiran mereka) ke sebuah negeri yang Kami berkati padanya untuk sekelian ‘alam.

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الْأَرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ
[21:81] dan (Kami tundukkan) bagi Nabi Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya, bertiup menurut perintahNya, ke negeri yang Kami limpahi berkat padanya; dan adalah Kami Amat Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


Bagaimana pun, sebelum dibenarkan bergerak menuju ke ‘tanah yang diberkati’ itu, Allah berkehendak supaya Bani Israail dipersiapkan secukupnya supaya bersedia menguasai dan memerintah negeri itu dengan sebaik-baiknya. Dengan itu Nabi Musa pun diarahkan oleh Allah untuk membawa kaumnya (Bani Israail) berkhemah dikaki Thur Sina dan bersedia untuk menerima Kitab Taurat yang merupakan satu perjanjian diantara Bani Israail dengan Allah.

Nota: Thur Sina (sekarang Jabal al-Lawz atau Jabal Musa) terletak disebelah barat-utara semenajung Arabia, kira-kira 170km (perjalanan) dari tempat Bani Israail naik ke darat selepas menyeberang Laut Merah (Teluk Aqaba).

Perjalanan Bani Israail menuju Thur Sina

[Klik gambar untuk dibesarkan]

Perjalanan mereka kearah selatan menempuh Gurun Sinai yang panas terik dan tidak ada sebarang pohon untuk berteduh dibawahnya. Atas permohonan Nabi Musa yang didesak oleh kaumnya, Allah telah mendatangkan di atas mereka awan untuk mereka bernaung dan berteduh di bawahnya dari panas terik matahari. Bagi tujuan keselamatan, Bani Israail telah berjalan dalam 12 kumpulan iaitu masing-masing dari keturunan anak-anak Nabi Yaakub a.s.

Dalam perjalanan menuju ke Thur Sina itu, berlakulah insiden pertama yang menimbulkan kemarahan Nabi Musa terhadap kaumnya. Insiden itu mendedahkan kecenderungan Bani Israail kepada kepercayaan politeistik (percaya kepada pelbagai tuhan) yang masih melekat kepada sebahagian daripada mereka (akibat pengaruh Firaun dan ahli-ahli sihir Mesir).

Dar Al-Quran Surah 7 Ayat (138-141);

وَجَاوَزْنَا بِبَنِي إِسْرَآئِيلَ الْبَحْرَ فَأَتَوْاْ عَلَى قَوْمٍ يَعْكُفُونَ عَلَى أَصْنَامٍ لَّهُمْ قَالُواْ يَا مُوسَى اجْعَل لَّنَا إِلَـهًا كَمَا لَهُمْ ءَالِهَةٌ قَالَ إِنَّكُمْ قَوْمٌ تَجْهَلُونَ
[7:138] dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut itu, lalu mereka sampai kepada suatu kaum yang sedang menyembah patung-patung berhala. Mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa! Buatlah untuk kami sebuah (patung) tuhan sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan (berhala)". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil.”

إِنَّ هَـؤُلاءِ مُتَبَّرٌ مَّا هُمْ فِيهِ وَبَاطِلٌ مَّا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
[7:139] "Sesungguhnya mereka akan dihancurkan (oleh) kepercayaan yang ada pada mereka (dari perbuatan syirik), dan akan batallah (sia-sia) apa yang mereka kerjakan itu".

قَالَ أَغَيْرَ اللهِ أَبْغِيكُمْ إِلَـهًا وَهُوَ فَضَّلَكُمْ عَلَى الْعَالَمِينَ
[7:140] Nabi Musa berkata lagi: "Patutkah aku mencari Tuhan untuk kamu selain dari Allah, padahal Dia telah melebihkan kamu atas sekalian manusia?"

وَإِذْ أَنجَيْنَاكُم مِّنْ ءَالِ فِرْعَونَ يَسُومُونَكُمْ سُوَءَ الْعَذَابِ يُقَتِّلُونَ أَبْنَاءَكُمْ وَيَسْتَحْيُونَ نِسَاءَكُمْ وَفِي ذَلِكُم بَلاَءٌ مِّن رَّبِّكُمْ عَظِيمٌ
[7:141] (Allah berfirman): “Dan (ingatlah) ketika Kami selamatkan kamu dari Firaun dan kaumnya, mereka menyeksa kamu dengan siksaan yang sangat berat; mereka membunuh anak-anak lelaki kamu dan membiarkan hidup anak-anak perempuan kamu; dan (ingatlah bahawa) yang demikian itu merupakan ujian yang besar dari Tuhan kamu.”

Nabi Musa tidak memperdulikan kumpulan penyembah berhala itu dan terus meninggalkan mereka (tanpa berbuat apa-apa).

Mereka meneruskan perjalanan dengan menyusur lembah-lembah sungai (wadi) menuju kearah selatan, melalui satu kawasan bernama Marah dan kemudian berhenti rehat dan membuat perkhemahan sementara di Elim, iaitu suatu oasis (kawasan subur yang ada sumber air dan pohon kurma) ditepi laut Laut Merah (Teluk Aqaba).

Mereka meneruskan perjalanan kearah timur, kemudian berpatah ke utara menyusur lembah-lembah ditepi banjaran Gunung Horeb sebelum sampai disuatu kawasan bernama Rephidim, dimana Thur Sina jelas kelihatan ke sebelah timur (tetapi terlalu curam untuk didaki dari kawasan itu). Bagaimana pun mereka telah kehabisan bekalan air dan makanan, lalu memutuskan untuk berhenti rehat dengan membuat perkhemahan sementara disitu. Kemudian mereka pun meminta Nabi Musa bermohon kepada Allah untuk mendapatkan bekalan air dan makanan yang diperlukan.

Firman Allah dalam Surah 7 Ayat 160;

وَقَطَّعْنَاهُمُ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ أَسْبَاطًا أُمَمًا وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى إِذِ اسْتَسْقَاهُ قَوْمُهُ أَنِ اضْرِب بِّعَصَاكَ الْحَجَرَ فَانبَجَسَتْ مِنْهُ اثْنَتَا عَشْرَةَ عَيْنًا قَدْ عَلِمَ كُلُّ أُنَاسٍ مَّشْرَبَهُمْ وَظَلَّلْنَا عَلَيْهِمُ الْغَمَامَ وَأَنزَلْنَا عَلَيْهِمُ الْمَنَّ وَالسَّلْوَى كُلُواْ مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَمَا ظَلَمُونَا وَلَـكِن كَانُواْ أَنفُسَهُمْ يَظْلِمُونَ
[7:160] dan Kami membahagikan mereka (Bani Israil) menjadi dua belas suku (kabilah), sebagai beberapa umat, dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa, ketika kaumnya meminta air kepadanya: "Pukulah batu itu dengan tongkatmu." Maka terpancarlah daripadanya dua belas mata air. Setiap golongan (kabilah) mengetahui tempat minum mereka. Dan Kami naungi mereka dengan awan, dan telah Kami turunkan kepada mereka "Manna" (sejenis makanan seperti madu) dan "Salwa" (burung puyuh). Makanlah yang baik-baik dari apa yang Kami telah kurniakan kepada kamu. Dan tidaklah mereka menzalimi Kami (dengan kekufuran mereka), tetapi merekalah yang menzalimi diri mereka sendiri.

Nabi Musa dan kaumnya kemudian meneruskan perjalanan mereka dan apabila sampai disatu kawasan lapang dikaki gunung sebelah timur Thur Sina, mereka pun membuat perkhemahan yang tetap kerana mereka akan berada disitu agak lama iaitu sehingga Nabi Musa selesai menerima Kitab Taurat yang dijanjikan Allah akan diturunkan kepadanya.

Selepas beberapa hari Bani Israail sekali lagi menunjukkan sifat sentiasa tidak berpuasa hati dengan menuntut lagi dari Nabi Musa agar memohon kepada Allah menurunkan bagi mereka makanan selain daripada Manna dan Salwa yang telah direzkikan kepada mereka sebelum itu.

Dari Al-Quran (2:61);

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَن نَّصْبِرَ عَلَىَ طَعَامٍ وَاحِدٍ فَادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُخْرِجْ لَنَا مِمَّا تُنبِتُ اْلأَرْضُ مِن بَقْلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَا قَالَ أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ اهْبِطُواْ مِصْراً فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلْتُمْ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ وَالْمَسْكَنَةُ وَبَآؤُوْاْ بِغَضَبٍ مِّنَ اللهِ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِئَايَاتِ اللهِ وَيَقْتُلُونَ النَّبِيِّينَ بِغَيْرِ الْحَقِّ ذَلِكَ بِمَا عَصَواْ وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ
[2:61] dan ketika kamu (Bani Israail) berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan kacang adasnya (kacang dal), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu akan menukar sesuatu yang lebih sedikit baiknya dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar (Madyan) kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Kemudian mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kemiskinan, dan kembali dengan mendapat kemurkaan dari Allah. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka kufur (mengingkari) ayat-ayat Allah; dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tidak ada alasan yang benar. Yang demikian itu ialah disebabkan mereka menderhaka dan melampaui batas.

Allah telah menjanjikan akan memberi masa kepada Nabi Musa untuk bermunajat (berkomunikasi) denganNya sebelum diberikan Kitab Taurat kepadanya, lalu Nabi Musa pun naik kegunung seorang diri dan berada ditempat yang ditetapkan, dalam keadaan berpuasa, selama empat puluh hari empat puluh malam. Selepas empat puluh hari, Allah pun menurunkan Kitab Taurat yang ditulis atas beberapa kepingan batu (lauh-lauh), kepada Nabi Musa. Kitab Taurat adalah merupakan satu Kitab Perjanjian diantara Allah dengan Nabi Musa dan kaumnya.

Dari Al-Quran Surah 7 Ayat 142;

وَوَاعَدْنَا مُوسَى ثَلاَثِينَ لَيْلَةً وَأَتْمَمْنَاهَا بِعَشْرٍ فَتَمَّ مِيقَاتُ رَبِّهِ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً وَقَالَ مُوسَى لِأَخِيهِ هَارُونَ اخْلُفْنِي فِي قَوْمِي وَأَصْلِحْ وَلاَ تَتَّبِعْ سَبِيلَ الْمُفْسِدِينَ
[7:142] “dan Kami telah menjanjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami sempurnakan jumlahnya dengan sepuluh (malam lagi), lalu sempurnalah waktu yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam.” Dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Harun (semasa hendak pergi menerima Taurat): "Gantikanlah aku dalam (urusan memimpin) kaumku, dan perbaikilah urusan mereka (sepeninggalanku), dan janganlah Engkau mengikuti jalan orang-orang yang melakukan kerosakan".

وَلَمَّا جَاءَ مُوسَى لِمِيقَاتِنَا وَكَلَّمَهُ رَبُّهُ قَالَ رَبِّ أَرِنِي أَنظُرْ إِلَيْكَ قَالَ لَن تَرَانِي وَلَـكِنِ انْظُرْ إِلَى الْجَبَلِ فَإِنِ اسْتَقَرَّ مَكَانَهُ فَسَوْفَ تَرَانِي فَلَمَّا تَجَلَّى رَبُّهُ لِلْجَبَلِ جَعَلَهُ دَكًّا وَخَرَّ موسَى صَعِقًا فَلَمَّا أَفَاقَ قَالَ سُبْحَانَكَ تُبْتُ إِلَيْكَ وَأَنَاْ أَوَّلُ الْمُؤْمِنِينَ
[7:143] dan ketika Nabi Musa datang pada waktu yang Kami telah tentukan itu, dan Tuhannya berkata-kata kepadanya, (Nabi Musa) berkata: "Ya Tuhanku! Perlihatkanlah kepadaKu (ZatMu) supaya aku dapat melihatMu". Dia (Allah) berfirman: "Engkau tidak sekali-kali akan (sanggup) melihatKu, namun pandanglah ke gunung itu, maka kalau ia tetap berada di tempatnya, nescaya engkau akan dapat melihatKu". Maka setelah Tuhannya menampakkan (cahaya keagunganNya) pada gunung itu, (maka) Dia menjadikan gunung itu hancur lebur, dan Nabi Musa pun jatuh tersungkur tidak sedarkan diri (pengsan). Setelah dia (Musa) sedar semula, dia berkata: "Maha suci Engkau (Ya Allah!), aku bertaubat kepada Engkau, dan akulah orang yang pertama-tama beriman."

قَالَ يَا مُوسَى إِنِّي اصْطَفَيْتُكَ عَلَى النَّاسِ بِرِسَالاَتِي وَبِكَلاَمِي فَخُذْ مَا ءَاتَيْتُكَ وَكُن مِّنَ الشَّاكِرِينَ
[7:144] (Allah) berfirman: "Wahai Musa! Sesungguhnya Aku memilih (melebihkan) engkau dari manusia (yang ada pada zamanmu), dengan membawa RisalahKu (Taurat) dan KalamKu. Oleh itu, ambillah (berpegang-teguhlah) kepada apa yang Aku berikan kepadamu, dan jadikanlah dirimu termasuk orang-orang yang bersyukur".

وَكَتَبْنَا لَهُ فِي الأَلْوَاحِ مِن كُلِّ شَيْءٍ مَّوْعِظَةً وَتَفْصِيلاً لِّكُلِّ شَيْءٍ فَخُذْهَا بِقُوَّةٍ وَأْمُرْ قَوْمَكَ يَأْخُذُواْ بِأَحْسَنِهَا سَأُرِيكُمْ دَارَ الْفَاسِقِينَ
[7:145] "dan Kami telah tuliskan baginya (Nabi Musa) pada lauh-lauh (kepingan batu Taurat) itu, (pelbagai) nasihat pengajaran dan penjelasan bagi tiap-tiap sesuatu (dasar syariat dan hukum-hukumnya). Oleh itu, peganglah ia dengan bersungguh-sungguh, dan perintahkanlah kaummu (semoga) mereka mengamalkannya dengan sebaik-baiknya. Nescaya Aku akan perlihatkan kepada kamu semua akan negeri orang-orang yang fasik (derhaka)".

سَأَصْرِفُ عَنْ ءَايَاتِيَ الَّذِينَ يَتَكَبَّرُونَ فِي اْلأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَإِن يَرَوْاْ كُلَّ ءَايَةٍ لاَّ يُؤْمِنُواْ بِهَا وَإِن يَرَوْاْ سَبِيلَ الرُّشْدِ لاَ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً وَإِن يَرَوْاْ سَبِيلَ الْغَيِّ يَتَّخِذُوهُ سَبِيلاً ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَذَّبُواْ بِئَايَاتِنَا وَكَانُواْ عَنْهَا غَافِلِينَ
[7:146] "Aku akan palingkan tanda-tanda (kekuasaanKu) dari (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar; dan jika mereka melihat sebarang tanda (bukti kekuasaanKu), mereka tetap tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengikutnya, tetapi jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengikutnya. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya."

وَالَّذِينَ كَذَّبُواْ بِئَايَاتِنَا وَلِقَاءِ الْئَاخِرَةِ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ هَلْ يُجْزَوْنَ إِلاَّ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
[7:147] "dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan (mendustakan) adanya pertemuan hari Akhirat, (maka) sia-sialah amal-amal mereka. Mereka tidak diberikan balasan kecuali apa yang mereka telah kerjakan".

Kemudian Allah memberitahu Nabi Musa bahawa kaumnya telah diuji semasa peninggalannya dan mereka telah disesatkan oleh Samiri (seorang yang dikatakan berbangsa Apiru dari Asia).

Dari Al-Quran (20:85);

قَالَ فَإِنَّا قَدْ فَتَنَّا قَوْمَكَ مِن بَعْدِكَ وَأَضَلَّهُمُ السَّامِرِيُّ
[20:85] (setelah selesai Nabi Musa menerima Taurat) Allah berfirman kepadanya: "Sesungguhnya Kami telah mengenakan kaummu satu ujian sepeninggalanmu, dan mereka telah disesatkan oleh Samiri"


Penyembahan patung anak lembu

Nabi Musa pun turun dari gunung dan mendapati kaumnya telah mempersekutukan Allah dengan menyembah sebuah patung anak lembu yang diperbuat daripada emas setelah meleburkan barang-barang kemas (perhiasan) yang mereka bawa bersama dari Mesir.

Dari Al-Quran Surah 7 Ayat 150;

وَلَمَّا رَجَعَ مُوسَى إِلَى قَوْمِهِ غَضْبَانَ أَسِفًا قَالَ بِئْسَمَا خَلَفْتُمُونِي مِن بَعْدِيَ أَعَجِلْتُمْ أَمْرَ رَبِّكُمْ وَأَلْقَى اْلأَلْوَاحَ وَأَخَذَ بِرَأْسِ أَخِيهِ يَجُرُّهُ إِلَيْهِ قَالَ ابْنَ أُمَّ إِنَّ الْقَوْمَ اسْتَضْعَفُونِي وَكَادُواْ يَقْتُلُونَنِي فَلاَ تُشْمِتْ بِيَ اْلأَعْدَاءَ وَلاَ تَجْعَلْنِي مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
[7:150] dan apabila Nabi Musa kembali kepada kaumnya dengan marah dan bersedih hati, berkatalah ia: "Alangkah buruknya apa yang telah kamu lakukan sepeninggalanku. Apakah kamu hendak mendahului (tidak sabar menunggu) perintah (janji) Tuhanmu?" Musa pun melemparkan lauh-lauh (kepingan batu yang mengandungi tulisan Taurat) itu serta ia memegang kepala (rambut) saudaranya (Nabi Harun) sambil menariknya kepadaNya. (Nabi Harun) berkata: "Wahai anak ibuku! Sesungguhnya kaum (Bani Israil) telah menganggapku lemah dan nyaris-nyaris mereka membunuhku (ketika aku melarang mereka); oleh itu, janganlah engkau menjadikan musuh bergembira melihat apa (tempelakmu) yang menimpa aku, dan janganlah engkau jadikan aku termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim".

قَالَ رَبِّ اغْفِرْ لِي وَلِأَخِي وَأَدْخِلْنَا فِي رَحْمَتِكَ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
[7:151] Dia (Nabi Musa) berdoa dengan berkata: "Ya Tuhanku, ampunkanlah aku dan saudaraku, dan masukkanlah kami kedalam rahmatMu, dan Engkaulah adalah Yang Maha Mengasihani dari segala yang Mengasihani".

إِنَّ الَّذِينَ اتَّخَذُواْ الْعِجْلَ سَيَنَالُهُمْ غَضَبٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَذِلَّةٌ فِي الْحَياةِ الدُّنْيَا وَكَذَلِكَ نَجْزِي الْمُفْتَرِينَ
[7:152] Sesungguhnya orang-orang yang mengambil (patung) anak lembu itu (sebagai sembahan), akan ditimpa kemurkaan dari Tuhan mereka dan kehinaan dalam kehidupan didunia. Dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang mengada-adakan (pembohongan).

وَالَّذِينَ عَمِلُواْ السَّيِّئَاتِ ثُمَّ تَابُواْ مِن بَعْدِهَا وَءَامَنُواْ إِنَّ رَبَّكَ مِن بَعْدِهَا لَغَفُورٌ رَّحِيمٌ
[7:153] dan orang-orang yang melakukan kejahatan kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan mereka beriman, sesungguhnya Tuhanmu sesudah itu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

وَلَمَّا سَكَتَ عَن مُّوسَى الْغَضَبُ أَخَذَ اْلأَلْوَاحَ وَفِي نُسْخَتِهَا هُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلَّذِينَ هُمْ لِرَبِّهِمْ يَرْهَبُونَ
[7:154] dan apabila kemarahan Nabi Musa itu berhenti (reda), dia mengambil lauh-lauh Taurat itu; dan didalam tulisannya terdapat petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka.

Lalu Nabi Musa berpaling kearah Samiri dan terus menghalaunya meninggalkan mereka. Dari Al-Quran (20:97);

قَالَ فَاذْهَبْ فَإِنَّ لَكَ فِي الْحَيَاةِ أَن تَقُولَ لَا مِسَاسَ وَإِنَّ لَكَ مَوْعِدًا لَّنْ تُخْلَفَهُ وَانظُرْ إِلَى إِلَهِكَ الَّذِي ظَلْتَ عَلَيْهِ عَاكِفًا لَّنُحَرِّقَنَّهُ ثُمَّ لَنَنسِفَنَّهُ فِي الْيَمِّ نَسْفًا
[20:97] Dia (Musa) berkata (kepada Samiri): "Pergilah engkau! Maka sesungguhnya bagi engkau didalam kehidupan (didunia) engkau (hanya dapat) mengatakan 'janganlah sentuh aku' (hidup sendirian). Dan sesungguhnya untuk engkau balasan (siksa) yang telah dijanjikan (diakhirat) yang engkau tidak sekali-kali akan terlepas daripadanya. dan (sekarang) lihatlah kepada tuhanmu yang engkau tetap menyembahnya. Sesungguhnya Kami akan membakarnya, kemudian Kami akan menghancur dan menaburkan serbuknya ke laut sehingga berserakan.”

Nota: Berkemungkinan besar Samiri telah meninggalkan Bani Israail dan membawa bersamanya sebilangan daripada mereka yang masih cenderung kepada penyembahan lembu berhala dan mereka terus pergi kearah benua India, dimana ternyata sehingga kini penduduk-penduduk diwilayah itu, iaitu mereka yang beragama Hindu, terus sehingga kini menganggap lembu itu sebagai ‘tuhan’ mereka dan pelbagai kepercayaan lain yang hampir sama dengan kepercayaan orang-orang Mesir kuno, termasuk menganggap Sungai Gangga sebagai “suci” sepertimana Sungai Nil di Mesir.

Selepas pemergian Samiri dan penyokong-penyokongnya, Bani Israail memberitahu Nabi Musa bahawa mereka tidak akan beriman kepadanya selagi mereka tidak dapat melihat Allah dengan nyata. Lalu Nabi Musa memilih 70 orang lelaki daripada kaumnya yang terlibat dengan syirik yang telah berlaku dikalangan mereka dan membawa mereka naik ke Thur Sina. Sebaik sahaja mereka sampai di tempat dimana Nabi Musa pernah bermunajat (dan berkata-kata) dengan Allah sebelum itu, maka berlakulah kejadian gempa bumi yang menggoncang kawasan dimana mereka sedang berdiri, beserta dengan petir yang telah mengenai mereka (kecuali Musa).

Dari Al-Quran (2:55-56);

وَإِذْ قُلْتُمْ يَا مُوسَى لَن نُّؤْمِنَ لَكَ حَتَّى نَرَى اللهَ جَهْرَةً فَأَخَذَتْكُمُ الصَّاعِقَةُ وَأَنتُمْ تَنظُرُونَ
[2:55] dan ketika kamu (Bani Israail) berkata: "Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga Kami dapat melihat Allah dengan jelas". Maka kerana itu kamu disambar petir, sedang kamu semua menyaksikannya.

ثُمَّ بَعَثْنَاكُم مِّن بَعْدِ مَوْتِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
[2:56] Kemudian Kami bangkitkan kamu sesudah kamu ‘mati’ (pengsan akibat disambar petir itu), supaya kamu bersyukur.

Kemudian Nabi Musa merayu memohon keampunan bagi pehak kaumnya diatas dosa syirik yang telah mereka lakukan.

Dari Al-Quran (7:155-156);

وَاخْتَارَ مُوسَى قَوْمَهُ سَبْعِينَ رَجُلاً لِّمِيقَاتِنَا فَلَمَّا أَخَذَتْهُمُ الرَّجْفَةُ قَالَ رَبِّ لَوْ شِئْتَ أَهْلَكْتَهُم مِّن قَبْلُ وَإِيَّايَ أَتُهْلِكُنَا بِمَا فَعَلَ السُّفَهَاءُ مِنَّا إِنْ هِيَ إِلاَّ فِتْنَتُكَ تُضِلُّ بِهَا مَن تَشَاءُ وَتَهْدِي مَن تَشَاءُ أَنتَ وَلِيُّنَا فَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا وَأَنتَ خَيْرُ الْغَافِرِينَ
[7:155] (Nabi Musa) berkata: "Ya Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, tentulah Engkau binasakan mereka dan aku sebelum ini. Adakah Engkau hendak membinasakan Kami kerana perbuatan orang-orang yang bodoh di antara kami? Itu semua (penyembahan patung anak lembu) hanyalah ujian dariMu; Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik pemberi ampun.

وَاكْتُبْ لَنَا فِي هَـذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْئَاخِرَةِ إِنَّا هُدْنَـا إِلَيْكَ قَالَ عَذَابِي أُصِيبُ بِهِ مَنْ أَشَاءُ وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ فَسَأَكْتُبُهَا لِلَّذِينَ يَتَّقُونَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَـاةَ وَالَّذِينَ هُم بِئَايَاتِنَا يُؤْمِنُونَ
[7:156] "Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan didunia ini dan juga di akhirat. Sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadamu". (Allah) berfirman: "Azab siksaKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki, dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu. Maka Aku akan menentukannya bagi orang-orang yang bertaqwa, dan yang memberi zakat, serta orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami.”

Allah telah memperingatkan Bani Israail bahawa Dia memberi keampunanNya kepada mereka semata-mata diatas dasar ihsan (kesihan belas) kepada hambanya.

Dari Al-Quran (2:63-64);

وَإِذْ أَخَذْنَا مِيثَاقَكُمْ وَرَفَعْنَا فَوْقَكُمُ الطُّورَ خُذُواْ مَا ءَاتَيْنَاكُم بِقُوَّةٍ وَاذْكُرُواْ مَا فِيهِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
[2:63] dan (ingatlah), ketika Kami mengambil perjanjian setia kamu semasa Kami angkatkan gunung (Thur Sina) di atas kamu (sambil Kami berfirman): "Berpegang teguhlah kepada apa yang telah Kami berikan kepada kamu (Taurat), dan ingatlah apa yang ada di dalamnya, supaya kamu bertaqwa”.

Perjanjian Nabi Musa dengan Bani Israail

Taurat yang diturunkan kepada Nabi Musa itu adalah satu risalah yang merupakan Perjanjian diantara Allah dan Rasulnya (Nabi Musa) berkaitan hubungan dua hala antara Allah dan Bani Israail. Kemudian Nabi Musa telah menyampaikan kandungan Kitab Taurat itu dan seterusnya mengambil Perjanjian yang sama daripada Bani Israail dengan memperakui tugas dan tanggungjawab beliau sebagai Rasul Allah dan Imam (pemimpin) kepada Bani Israail.

Dari Al-Quran Surah (5:12);

وَلَقَدْ أَخَذَ اللهُ مِيثَاقَ بَنِي إِسْرَآئِيلَ وَبَعَثْنَا مِنهُمُ اثْنَيْ عَشَرَ نَقِيبًا وَقَالَ اللهُ إِنِّي مَعَكُمْ لَئِنْ أَقَمْتُمُ الصَّلاَةَ وَءَاتَيْتُمُ الزَّكَاةَ وَءَامَنتُم بِرُسُلِي وَعَزَّرْتُمُوهُمْ وَأَقْرَضْتُمُ اللهَ قَرْضًا حَسَنًا لَّأُكَفِّرَنَّ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَلَأُدْخِلَنَّكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ فَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ مِنكُمْ فَقَدْ ضَلَّ سَوَاءَ السَّبِيلِ
[5:12] Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya), dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas pemimpin (untuk memimpin golongan masing-masing); dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya). Demi sesungguhnya jika kamu dirikan solat, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan semua RasulKu (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan agama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan bersedekah dan beramal soleh) secara pinjaman yang baik, sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah itu, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang lurus".

Selepas peristiwa itu, Allah berkehendak untuk menguji (dan dengan itu mempastikan) keimanan Bani Israail sekali lagi dan memerintahkan Nabi Musa supaya menyembelih seekor lembu sebagai korban. Bani Israail mengemukaan berbagai soalan sebagai helah demi untuk mengelak daripada melakukannya. Ini menunjukkan mentaliti Bani Israail yang masih ada sisa-sisa kepercayaan kepada penyembahan berhala (patung lembu) dan tidak beriman sepenuhnya dengan agama Nabi Musa.

Dari Al-Quran (2:67-71);

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِقَوْمِهِ إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَذْبَحُواْ بَقَرَةً قَالُواْ أَتَتَّخِذُنَا هُزُواً قَالَ أَعُوذُ بِاللهِ أَنْ أَكُونَ مِنَ الْجَاهِلِينَ
[2:67] dan ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Sesungguhnya Allah memerintah kamu supaya kamu menyembelih seekor lembu betina". Mereka berkata: "Adakah engkau hendak (mempermainkan kami dan) menjadikan kami ini bahan ejekan?" Dia (Nabi Musa) menjawab: "Aku berlindung kepada Allah daripada termasuk kepada golongan orang-orang yang bodoh".

قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِيَ قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لاَّ فَارِضٌ وَلاَ بِكْرٌ عَوَانٌ بَيْنَ ذَلِكَ فَافْعَلُواْ مَا تُؤْمَرونَ
[2:68] Mereka (Bani Israil) berkata: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami (berapa) umur lembu betina itu?" Dia (Nabi Musa) menjawab: "Bahawasanya Dia (Allah) berfirman bahawa (lembu betina) itu adalah seekor lembu yang tidak tua dan tidak muda, (tetapi) pertengahan (umurnya) di antara itu, Maka kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada kamu (melakukannya)".

قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا لَوْنُهَا قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنّهَا بَقَرَةٌ صَفْرَاءُ فَاقِـعٌ لَّوْنُهَا تَسُرُّ النَّاظِرِينَ
[2:69] Mereka berkata lagi: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya diterangkanNya kepada Kami apa warnanya?" Nabi Musa menjawab: "Bahawasanya Dia (Allah) berfirman, bahawa (lembu betina) itu adalah seekor lembu berwarna kuning tua (pekat), yang menyenangkan orang-orang yang melihatnya".

قَالُواْ ادْعُ لَنَا رَبَّكَ يُبَيِّن لَّنَا مَا هِيَ إِنَّ البَقَرَ تَشَابَهَ عَلَيْنَا وَإِنَّآ إِن شَاءَ اللهُ لَمُهْتَدُونَ
[2:70] Mereka berkata lagi: "Mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya Dia menjelaskan lagi kepada Kami mengenai lembu betina. (Kerana) sesungguhnya lembu yang dikehendaki itu masih samar kepada Kami (susah kami mencarinya), dan sesungguhnya jika Allah menghendakki, nescaya kami akan mendapat petunjuk".

قَالَ إِنَّهُ يَقُولُ إِنَّهَا بَقَرَةٌ لاَّ ذَلُولٌ تُثِيرُ اْلأَرْضَ وَلاَ تَسْقِي الْحَرْثَ مُسَلَّمَةٌ لاَّ شِيَةَ فِيهَا قَالُواْ الْئَانَ جِئْتَ بِالْحَقِّّ فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُواْ يَفْعَلُونَ
[2:71] Dia (Nabi Musa) menjawab: "Allah berfirman bahawa sebenarnya (lembu yang dikehendaki itu) ialah lembu betina yang tidak pernah digunakan untuk membajak tanah, dan tidak (pula) untuk menyiram tanaman; ia juga sehat dan tidak cacat dan tidak ada belang (pada warnanya)". Mereka berkata: "Sekarang baharulah engkau dapat menerangkan sifat-sifatnya yang sebenar". Maka mereka pun (mendapatkan dan) menyembelih lembu itu, dan hampir-hampir mereka tidak dapat melaksanakan (perintah Allah) itu.

Yang menarik untuk dipetik daripada Ayat-Ayat di atas adalah rujukan Bani Israail kepada Allah, semasa mereka berhujah dengan Nabi Musa, dimana mereka menggunakan istilah "Tuhan kamu", seolah-olah Tuhan Musa itu lain daripada Tuhan mereka. Ini juga mendedahkan pemikiran Bani Israail yang masih tidak yakin sepenuhnya dengan Allah dan Rasulnya.


Pembinaan Tempat Beribadat Mudah-Alih

Allah berkehendak supaya Nabi Musa dan kaumnya terus berkhemah dikaki Thur Sina untuk tempoh yang agak lama bertujuan untuk menguji ketabahan hati dan keimanan Bani Israail sebelum mereka dibenarkan bergerak menuju ‘tanah suci’ Kana’an (tanah merangkumi dari timur ke barat Palestin). Sementara itu, Allah telah memerintahkan Nabi Musa membina sebuah khemah khas yang boleh dibawa berpindah-pindah (mudah alih) untuk dijadikan tempat beribadat sementara dan selamat digunakan semasa dalam perjalanan nanti, dimana didalamnya akan diletakkan Peti Tabut (peti simpanan lauh-lauh batu Taurat). Rumah ibadat atau Khemah Suci (al-Sakinah) itu telah dipertanggungjawabkan pengurusannya kepada keluarga dari keturunan Levi yang diketuai oleh Nabi Harun.

Gambar kecil ialah Peti Tabut, iaitu peti tempat Taurat disimpan

[Klik gambar untuk dibesarkan]

Dari Al-Quran Surah Al-Baqarah Ayat 248:

وَقَالَ لَهُمْ نَبِيُّهُمْ إِنَّ ءَايَةَ مُلْكِهِ أَن يَأْتِيَكُمُ التَّابُوتُ فِيهِ سَكِينَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَبَقِيَّةٌ مِّمَّا تَرَكَ ءَالُ مُوسَى وَءَالُ هَارُونَ تَحْمِلُهُ الْمَلآئِكَةُ إِنَّ فِي ذَلِكَ لِئَايَةً لَّكُمْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ

[2:248] dan Nabi mereka (Bani Israail) berkata kepada mereka: "Sesungguhnya tanda kerajaannya (Talut) itu (yang menunjukkan benarnya dari Allah) ialah datangnya kepada kamu peti Tabut yang didalamnya terdapat ketenangan dan kedamaian dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian dari apa yang telah ditinggalkan oleh keluarga Nabi Musa dan keluarga Harun; yang dibawa oleh malaikat. Sesungguhnya yang demikian itu (peristiwa kembalinya Tabut itu) mengandungi satu tanda (kebesaran Allah) bagi kamu, jika betul kamu orang-orang yang beriman".


Kisah Nabi Musa dan Qarun

Dalam pada itu ada juga dari kalangan Bani Israail itu telah menjadi kaya dan hidup dalam kemewahan sejak mereka berada di Mesir lagi dan mereka telah membawa bersama mereka harta kekayaan mereka semasa keluar meninggalkan Mesir. Qarun adalah salah seorang daripada mereka itu. Qarun terlalu sombong dengan kekayaannya hingga dia menganggap dirinya berhak diberikan kedudukan yang tinggi dikalangan Bani Israail. Dia sanggup membantah perlantikan Nabi Harun sebagai ketua agama (Imam besar) Khemah Suci (rumah ibadat mudah alih) yang baru sahaja dibina, dan menuntut haknya menjawat jawatan itu. Dia telah mempengaruhi puak Reuben untuk menyokongnya dan mereka telah berjaya mendapatkan sokongan ramai diantara mereka yang berpengaruh dikalangan keluarga masing-masing. Lalu mereka pun menganjurkan siri tunjuk perasaan membantah perlantikan Nabi Harun.

Apabila Nabi Musa dimaklumkan mengenai pemberontakan itu, dia pun berdoa kepada Allah untuk menjatuhkan hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka. Lalu Allah memerintahkan bumi disekeliling tempat mereka berkumpul supaya merekah dan menelan Qarun dan harta kekayaannya, bersama dengan penyokong-penyokongnya dan keluarga masing-masing.

Allah telah menceritakan kisah Qarun ini didalam Al-Quran secara ringkas untuk dijadikan iktibar, iaitu melalui Surah 28 Ayat 76-82;

إِنَّ قَارُونَ كَانَ مِن قَوْمِ مُوسَى فَبَغَى عَلَيْهِمْ وَءَاتَيْنَاهُ مِنَ الْكُنُوزِ مَا إِنَّ مَفَاتِحَهُ لَتَنُوءُ بِالْعُصْبَةِ أُولِي الْقُوَّةِ إِذْ قَالَ لَهُ قَوْمُهُ لَا تَفْرَحْ إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الْفَرِحِينَ
[28:76] Sesungguhnya Qarun adalah dari kaum (sepupu) Musa, tetapi dia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya kepadanya khazanah kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi sungguh berat untuk dipikul oleh segolongan orang yang mempunyai kekuatan. (Ingatlah)) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau terlalu bangga (dengan kekayaanmu). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong (bangga diri)”.

وَابْتَغِ فِيمَا ءَاتَاكَ اللهُ الدَّارَ اْلئَاخِرَةَ وَلَا تَنْسَ نَصِيبَكَ مِنَ الدُّنْيَا وَأَحْسِن كَمَا أَحْسَنَ اللهُ إِلَيْكَ وَلَا تَبْغِ الْفَسَادَ فِي الْأَرْضِ إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الْمُفْسِدِينَ
[28:77] “Dan carilah harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan di Akhirat, dan janganlah engkau melupakan bahagianmu di dunia; dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu; dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَى عِلْمٍ عِندِي أَوَلَمْ يَعْلَمْ أَنَّ اللهَ قَدْ أَهْلَكَ مِن قَبْلِهِ مِنَ القُرُونِ مَنْ هُوَ أَشَدُّ مِنْهُ قُوَّةً وَأَكْثَرُ جَمْعًا وَلَا يُسْأَلُ عَن ذُنُوبِهِمُ الْمُجْرِمُونَ
[28:78] Dia (Qarun) berkata: "Sesungguhnya, aku diberikan harta kekayaan ini semata-mata kerana ilmu (kemahiran) yang ada padaku". Tidakkah dia mengetahui bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya, yang lebih kuat daripadanya dan lebih banyak mengumpulkan harta kekayaan? dan (ingatlah) orang-orang yang berdosa tidak akan ditanya tentang dosa-dosa mereka.

فَخَرَجَ عَلَى قَوْمِهِ فِي زِينَتِهِ قَالَ الَّذِينَ يُرِيدُونَ الْحَيَاةَ الدُّنيَا يَا لَيْتَ لَنَا مِثْلَ مَا أُوتِيَ قَارُونُ إِنَّهُ لَذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
[28:79] Maka keluarlah dia (Qarun) kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. Orang-orang yang semata-mata inginkan (kesenangan) kehidupan didunia berkata: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun! Sesungguhnya dia benar-benar bernasib baik".

وَقَالَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ وَيْلَكُمْ ثَوَابُ اللهِ خَيْرٌ لِّمَنْ ءَامَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا وَلَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الصَّابِرُونَ
[28:80] Dan orang-orang yang diberi ilmu berkata: "Celakalah kamu! Ketahuilah, pahala dari Allah adalah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat (pahala) itu melainkan oleh orang-orang yang sabar".

فَخَسَفْنَا بِهِ وَبِدَارِهِ الْأَرْضَ فَمَا كَانَ لَهُ مِن فِئَةٍ يَنصُرُونَهُ مِن دُونِ اللهِ وَمَا كَانَ مِنَ المُنتَصِرِينَ
[28:81] Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama dengan rumahnya didalam tanah, maka tidaklah ada baginya sebarang golongan yang boleh menolongnya dari selain Allah, dan dia tidaklah termasuk orang-orang yang dapat membela (dirinya sendiri).

وَأَصْبَحَ الَّذِينَ تَمَنَّوْا مَكَانَهُ بِالْأَمْسِ يَقُولُونَ وَيْكَأَنَّ اللهَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَوْلَا أَن مَّنَّ اللهُ عَلَيْنَا لَخَسَفَ بِنَا وَيْكَأَنَّهُ لَا يُفْلِحُ الْكَافِرُونَ
[28:82] Dan orang-orang yang dahulunya bercita-cita mendapat kekayaan seperti Qarun berkata: "Aduhai, rupanya Allah melapangkan rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya diantara hamba-hambaNya, dan Dia lah juga yang menyempitkannya. Kalau tidak kerana Allah melimpahkan kurnianya kepada kita, tentulah Allah akan membenamkan kita (seperti Qarun). Aduhai! Sesungguhnya orang-orang yang kufurkan nikmat Allah itu tidak akan berjaya!"


Nabi Musa dan al-Khidir

Allah berkehendak untuk memberikan pengajaran kepada Nabi Musa mengenai kesempurnaan ilmu dan pengetahuan yang ada pada seseorang demi mengelakkan beliau daripada berperasaan riak (sombong) memandangkan beliau telah terpilih sebagai Nabi dan Rasul kepada umat Bani Israail. Bahkan beliau telah dikurniakan Allah beberapa Mukjizat yang telah membawa kekalahan dan kehilangan kuasa (dan marwah) keatas Firaun, pembesar-pembesar dan ahli-ahli sihirnya. Dia (Nabi Musa) juga telah dapat membelah laut dengan tongkatnya dan seterusnya hanyalah dia yang diberi kesempatan bercakap-cakap secara langsung dengan Tuhan. Seolah-olah ada kemungkinan Nabi Musa akan dapat diperdaya oleh syaitan setelah memikirkan keluasan ilmu pengetahuan dan kemuliaan yang ada padanya. Pendek kata, apa lagi yang dapat melebihi kemuliaan serta kebesaran yang telah dicapainya itu, yang belum pernah dialami dan dicapai oleh sesiapa pun sebelum dia.

Lalu Allah memberitahu Nabi Musa bahawa seorang hamba Allah bernama al-Khidir, yang berada dipertemuan dua laut (diselatan Madyan) adalah lebih berpengetahuan darinya. Apabila Nabi Musa bertanya bagaimana dia hendak mencari al-Khidir itu, Allah memberitahu Musa supaya dia membawa seekor ikan yang masih hidup (semasa dalam perjalanannya itu) dan tempat dimana dia kehilangan ikan itu, disitulah dia akan bertemu dengan al-Khidir.

Maka Nabi Musa pergilah bersama Yusha’ bin Nun untuk melakukan satu perjalanan yang agak jauh kearah selatan (melepasi kawasan bandar Madyan, sekarang Al-Bad) menuju lautan yang berdekatan. Apabila mereka sampai di mana dua lautan bertemu yang telah diisyaratkan dalam firman Allah kepadanya, tertidurlah Nabi Musa di atas sebuah batu yang besar yang berada di tepi lautan. Pada saat dia sedang tidur nyenyak, tanpa mereka ketahui melompatlah ikan tersebut itu masuk ke dalam laut. Setelah Musa terjaga dari tidurnya, bangunlah mereka meneruskan perjalanan sehingga mereka berhenti rehat sekali lagi kerana keletihan.


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Nota: Bandar Madyan adalah satu bandar lama yang terletak tidak jauh keselatan Thur Sina dan adalah tempat tinggal Nabi Syuaib iaitu bapa mertua kepada Nabi Musa. Nabi Musa telah berkahwin dengan salah seorang anak perempuan Syuaib dan mendapat dua orang anak kembar lelaki. Mereka telah ditinggalkan dibawah penjagaan Nabi Syuaib apabila Nabi Musa diperintahkan oleh Allah untuk meminta Firaun supaya membenarkan Bani Israail keluar bersamanya meninggalkan Mesir.

Nabi Syuaib telah mendapat maklumat mengenai kejayaan Nabi Musa dan Bani Israail mengalahkan Firaun dan seterusnya berada di bumi Madyan. Oleh itu, sebaik saja Bani Israail berkhemah dikaki gunung Thru Sina, Nabi Syuaib mengambil keputusan untuk melakukan kunjungan muhibbah keperkhemahan Bani Israail untuk berjumpa dengan Nabi Musa (menantunya) disamping bertujuan untuk menyerahkan semula Isteri dan kedua anak lelaki Nabi Musa kepadanya.

Selama berada diperkhemahan itu Nabi Syuaib telah mengambil kesempatan menasihatkan Nabi Musa mengenai beberapa perkara berkaitan sistem pentadbiran dalam perkhemahan sebagai persediaan untuk mentadbir sebuah negara. Beliau menyarankan Nabi Musa mengambil perananan sebagai Imam yang mewakili Bani Israail dalam segala urusan keagamaan, manakala menyerahkan pentadbiran harian kepada satu pasukan pemimpin (menteri-menteri) yang terdiri dari mereka yang boleh dipercayai dan bertaqwa. Nabi Syuaib juga mencadangkan supaya beberapa hakim dilantik untuk penyelesaian kes-kes biasa sementara kes-kes yang berat hendaklah dibawa kepengetahuan Nabi Musa untuk dihakimkan. Nabi Musa telah menerima semua nasihat yang diberikan oleh Nabi Syuaib kerana menyedari bahawa sistem yang dicadangkan itu akan mengurangkan beban tugas harian beliau dan dengan itu dapatlah beliau menumpukan perhatian sepenuhnya kepada mempastikan perhubungan yang baik diantara kaum Bani Israail dengan Allah, iaitu dengan mengajarkan dan meperingatkan kandungan Kitab Taurat kepada mereka, dari semasa kesemasa.


Kisah seterusnya perjalanan Nabi Musa dengan Yusha’ ini diceritakan didalam Al-Quran melalui ayat-ayat berikut.

Dari Al-Quran Surah (18:60-82);

وَإِذْ قَالَ مُوسَى لِفَتَاهُ لَا أَبْرَحُ حَتَّى أَبْلُغَ مَجْمَعَ الْبَحْرَيْنِ أَوْ أَمْضِيَ حُقُبًا
[18:60] Dan (ketahuilah) ketika Nabi Musa berkata kepada pembantunya (Yusha’ bin Nun): "Aku tidak akan berhenti (berjalan) sehingga aku sampai (pada) tempat pertemuan dua laut itu (Laut Merah dan Laut/Teluk Aqaba) atau aku akan berjalan terus(dalam) masa yang lama (kira-kira 80 tahun)".

فَلَمَّا بَلَغَا مَجْمَعَ بَيْنِهِمَا نَسِيَا حُوتَهُمَا فَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ سَرَبًا
[18:61] Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur ke laut, melalui sebuah jalan (lubang) bawah tanah.

فَلَمَّا جَاوَزَا قَالَ لِفَتَاهُ ءَاتِنَا غَدَاءَنَا لَقَدْ لَقِينَا مِن سَفَرِنَا هَذَا نَصَبًا
[18:62] Setelah mereka melintasi (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada Yusha’: "Bawalah makanan (bekalan) kita. Sesungguhnya kita telah menemui keletihan kerana perjalanan kita ini".

قَالَ أَرَأَيْتَ إِذْ أَوَيْنَا إِلَى الصَّخْرَةِ فَإِنِّي نَسِيتُ الْحُوتَ وَمَا أَنسَانِيهُ إِلَّا الشَّيْطَانُ أَنْ أَذْكُرَهُ وَاتَّخَذَ سَبِيلَهُ فِي الْبَحْرِ عَجَبًا
[18:63] Dia (Yusha’) berkata: "Tahukah engkau apa yang telah terjadi ketika kita berlindung (berhenti rehat) di batu besar tadi? Sebenarnya aku telah lupakan ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya kelaut, dengan cara yang menakjubkan".

قَالَ ذَلِكَ مَا كُنَّا نَبْغِ فَارْتَدَّا عَلَى ءَاثَارِهِمَا قَصَصًا
[18:64] Dia (Nabi Musa) berkata (mengeluh): "Itulah yang kita perlukan". Maka mereka pun balik semula (ke batu besar itu), dengan mengesan jejak mereka.

فَوَجَدَا عَبْدًا مِّنْ عِبَادِنَا ءَاتَيْنَاهُ رَحْمَةً مِّنْ عِندِنَا وَعَلَّمْنَاهُ مِن لَّدُنَّا عِلْمًا
[18:65] Lalu mereka bertemu dengan seorang dari hamba-hamba Kami (Khidir) yang telah Kami berikan Rahmat kepadanya dari sisi Kami, dan Kami telah mengajarnya ilmu, dari sisi kami.

قَالَ لَهُ مُوسَى هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَى أَن تُعَلِّمَنِ مِمَّا عُلِّمْتَ رُشْدًا
[18:66] Dia (Nabi Musa) berkata kepadanya (Khidir): “Bolehkah aku mengikutmu supaya engkau mengajarkan aku dari apa yang telah diajarkan kepadamu (untuk menjadi) petunjuk bagiku?"

قَالَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
[18:67] Dia menjawab: "Sesungguhnya engkau (Musa), tidak sekali-kali akan mampu bersabar bersamaku.

وَكَيْفَ تَصْبِرُ عَلَى مَا لَمْ تُحِطْ بِهِ خُبْرًا
[18:68] Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap apa yang engkau belum ada pengetahuan(yang cukup) mengenainya?”

قَالَ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللهُ صَابِرًا وَلَا أَعْصِي لَكَ أَمْرًا
[18:69] Dia (Nabi Musa) berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah, orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang urusanmu".

قَالَ فَإِنِ اتَّبَعْتَنِي فَلَا تَسْأَلْنِي عَن شَيْءٍ حَتَّى أُحْدِثَ لَكَ مِنْهُ ذِكْرًا
[18:70] Dia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku sesuatu apa pun sehingga aku sebutkan (menerangkan) halnya kepadamu".

فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا رَكِبَا فِي السَّفِينَةِ خَرَقَهَا قَالَ أَخَرَقْتَهَا لِتُغْرِقَ أَهْلَهَا لَقَدْ جِئْتَ شَيْئًا إِمْرًا
[18:71] Maka berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, dia (Khidir) terus membocorkannya. Dia (Nabi Musa) berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu akan menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu (kesalahan) yang besar".

قَالَ أَلَمْ أَقُلْ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِيَ صَبْرًا
[18:72] Dia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku?"

قَالَ لَا تُؤَاخِذْنِي بِمَا نَسِيتُ وَلَا تُرْهِقْنِي مِنْ أَمْرِي عُسْرًا
[18:73] Dia (Nabi Musa) berkata: "Janganlah engkau mengambil hati (pada) aku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau beratkan (membebani) aku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا لَقِيَا غُلَامًا فَقَتَلَهُ قَالَ أَقَتَلْتَ نَفْسًا زَكِيَّةً بِغَيْرِ نَفْسٍ لَّقَدْ جِئْتَ شَيْئًا نُّكْرًا
[18:74] Maka keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang anak muda lalu ia membunuhnya. Dia (Nabi Musa) berkata: "Adakah patut engkau membunuh satu jiwa yang bersih, bukan dengan seba (dia) membunuh orang lain? Sesungguhnya engkau telah melakukan sesuatu yang sangat mungkar!"

قَالَ أَلَمْ أَقُل لَّكَ إِنَّكَ لَن تَسْتَطِيعَ مَعِي صَبْرًا
[18:75] Dia menjawab: "Bukankah aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak akan mampu bersabar bersamaku?"

قَالَ إِن سَأَلْتُكَ عَن شَيْءٍ بَعْدَهَا فَلَا تُصَاحِبْنِي قَدْ بَلَغْتَ مِن لَّدُنِّي عُذْرًا
[18:76] Dia (Nabi Musa) berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sesuatu selepas ini, maka janganlah engkau jadikan aku sahabat lagi. Sesungguhnya engkau telah cukup alasan (berbuat demikian)".

فَانطَلَقَا حَتَّى إِذَا أَتَيَا أَهْلَ قَرْيَةٍ اسْتَطْعَمَا أَهْلَهَا فَأَبَوْا أَن يُضَيِّفُوهُمَا فَوَجَدَا فِيهَا جِدَارًا يُرِيدُ أَنْ يَنقَضَّ فَأَقَامَهُ قَالَ لَوْ شِئْتَ لَاتَّخَذْتَ عَلَيْهِ أَجْرًا
[18:77] Maka keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah kampung, mereka meminta makan kepada penduduk di situ, tetapi mereka (penduduk kampung itu) enggan menjadikan keduanya tetamu. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu dia memdirikannya semula. Dia (Nabi Musa) berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

قَالَ هَذَا فِرَاقُ بَيْنِي وَبَيْنِكَ سَأُنَبِّئُكَ بِتَأْوِيلِ مَا لَمْ تَسْتَطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
[18:78] Dia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu. Aku akan terangkan kepadamu (maksud) apa yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدتُّ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُم مَّلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا
[18:79] Adapun perahu itu adalah milik orang-orang miskin yang bekerja di laut (menyewakan perahu itu); oleh itu, aku membocorkannya kerana di belakang mereka seorang raja yang akan mengambil setiap perahu secara paksa.

وَأَمَّا الْغُلَامُ فَكَانَ أَبَوَاهُ مُؤْمِنَيْنِ فَخَشِينَا أَن يُرْهِقَهُمَا طُغْيَانًا وَكُفْرًا
[18:80] Adapun anak muda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa dia akan mendoronong (mendesak) keduanya kepada kesesatan dan kekfiran.

فَأَرَدْنَا أَن يُبْدِلَهُمَا رَبُّهُمَا خَيْرًا مِّنْهُ زَكَاةً وَأَقْرَبَ رُحْمًا
[18:81] Maka kami berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya, lebih bersih jiwanya, dan lebih mesra kasih sayangnya.

وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنْزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَ بُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَنْ يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنْزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
[18:82] Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim dikampung itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".


Dari Thur Sina ke Kana’an (Palestina)

Sebagai persediaan sebelum memulakan perjalanan kembali ke ‘tanah yang diberkati’ iaitu Kana’an (Paestina) dan sekitarnya, Nabi Musa telah mengarahkan supaya kawasan perkhemahan Bani Israail dipisahkan kepada 12 kumpulan mengikut keturunan keluarga masing-masing dan kemudian membanci bilangan setiap kumpulan bagi mereka yang berumur 20 tahun keatas yang berkemampuan untuk berperang melawan musuh. Keturunan Levi (dari keluarga Nabi Musa dan Harun) tidak dibenarkan menyertai sebarang peperangan, sebaliknya bertanggungjawab sepenuhnya dalam urusan keagamaan dan pentadbiran Khemah Suci (al-Sakinah) mereka termasuk menguruskan pemindahannya dari satu perkhemahan ke perkhemahan seterusnya. Beberapa orang dari kalangan keluarga Nabi Musa dan Harun (puak Levi) telah dilantik menjadi pemimpin-pemimpin agama (rabi) untuk menguruskan hal-ehwal peribadatan dan mempastikan Bani Israail sentiasa diperingatkan mengenai perjanjian mereka dengan Allah dalam Taurat.

Apabila sampai masa yang ditetapkan, Allah pun membenarkan Nabi Musa dan kaumnya meninggalkan kawasan perkhemahan mereka di Thur Sina dan bergerak kearah utara untuk melintasi belantara Gurun Sinai. Seperti perjalannan yang terdahulu, Allah telah mengirimkan awan untuk melindungi mereka daripada panas terik disepanjang perjalanan pada waktu siang, manakala pada perjalanan waktu malam awan itu akan bercahaya untuk menerangi jalan-jalan yang mereka lalui. Setiap kali awan itu berhenti, mereka akan berhenti rehat dan membuat perkhemahan sementara. Manakala makanan dan minuman dibekalkan oleh Allah secukupnya mengikut keperluan.

Setelah mereka berjaya melintasi belantara padang Gurun Sinai, Bani Israail telah berhenti rehat dan berkhemah disatu tempat bernama Ezion Geber dipenghujung laut (teluk) Aqaba. Kemudian mereka bergerak ke utara dan membuat perkhemahan disatu tempat bernama Kadesh-Barnea (berhampiran Petra sekarang) yang terletak di pinggir Kana'an (Palestina). Dari situ, Nabi Musa telah mengarahkan Yusha’ dan Kaleb bersama sepuluh orang lagi untuk memasuki sejauh mungkin ke wilayah Kana’an bertujuan untuk meninjau keadaan semasa negeri itu.

Hasil tijauan mereka diceritakan dalam Al-Quran Surah Al-Maaidah Ayat 21-26:

يَا قَوْمِ ادْخُلُواْ اْلأَرْضَ المُقَدَّسَةَ الَّتِي كَتَبَ اللهُ لَكُمْ وَلاَ تَرْتَدُّواْ عَلَى أَدْبَارِكُمْ فَتَنقَلِبُواْ خَاسِرِينَ
[5:21] (Nabi Musa berkata): "Wahai kaumku, masuklah ke tanah suci (Kana’an atau Palestin sekarang) yang telah ditentukan oleh Allah untuk kamu (mendudukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang (kerana takut kepada musuh) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".

قَالُواْ يَا مُوسَى إِنَّ فِيهَا قَوْمًا جَبَّارِينَ وَإِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا حَتَّىَ يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِن يَخْرُجُواْ مِنْهَا فَإِنَّا دَاخِلُونَ
[5:22] Mereka menjawab: "Hai Musa, sesungguhnya dalam negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan memasukinya sebelum mereka ke luar daripadanya. Jika mereka ke luar daripadanya, pasti kami akan memasukinya”

قَالَ رَجُلاَنِ مِنَ الَّذِينَ يَخَافُونَ أَنْعَمَ اللهُ عَلَيْهِمَا ادْخُلُواْ عَلَيْهِمُ الْبَابَ فَإِذَا دَخَلْتُمُوهُ فَإِنَّكُمْ غَالِبُونَ وَعَلَى اللهِ فَتَوَكَّلُواْ إِن كُنتُم مُّؤْمِنِينَ
[5:23] Berkatalah dua orang lelaki (Yusha’ dan Kaleb) di antara orang-orang yang takut (kepada Allah) Tuhan yang telah memberi nikmat atas keduanya: "Seranglah mereka dengan melalui pintu gerbang (kota) itu, maka apabila kamu memasukinya nescaya kamu akan menang. Dan hanya kepada Allah hendaknya kamu bertawakal, jika kamu benar-benar orang yang beriman"

قَالُواْ يَا مُوسَى إِنَّا لَن نَّدْخُلَهَا أَبَدًا مَّا دَامُواْ فِيهَا فَاذْهَبْ أَنتَ وَرَبُّكَ فَقَاتِلاَ إِنَّا هَاهُنَا قَاعِدُونَ
[5:24] Mereka berkata: "Hai Musa, kami sekali-sekali tidak akan memasukinya selama-lamanya, selagi (kaum itu) ada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu, dan berperanglah kamu berdua, sesungguhnya kami duduk menunggu di sini saja."

قَالَ رَبِّ إِنِّي لاَ أَمْلِكُ إِلاَّ نَفْسِي وَأَخِي فَافْرُقْ بَيْنَنَا وَبَيْنَ الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
[5:25] Dia (Nabi Musa) berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku (Harun). Oleh itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu".

قَالَ فَإِنَّهَا مُحَرَّمَةٌ عَلَيْهِمْ أَرْبَعِينَ سَنَةً يَتِيهُونَ فِي اْلأَرْضِ فَلاَ تَأْسَ عَلَى الْقَوْمِ الْفَاسِقِينَ
[5:26] Allah berfirman: "(Jika demikian), maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka (golongan yang ingkar itu) selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau kebingungan di bumi itu. Maka janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu."


[Klik gambar untuk dibesarkan]

Pasukan peninjau itu telah menemui pelbagai suku kaum yang berada dimerata tempat diseluruh wilayah Kana’an (Palestina) dan mereka telah terpengaruh dengan saiz badan beberapa suku kaum yang besar-besar dan jelas memperolehi kekuatan dan keberanian yang luar biasa. Terdapat juga beberapa bandar yang bertembok yang mereka fikirkan tidak akan dapat ditawan. Lalu mereka memutuskan Bani Israail tidak akan dapat menguasai negeri itu dengan kekuatan yang ada pada mereka pada masa itu. Boleh dikatakan kesemua kaum Bani Israail ketika itu terpengaruh dengan lapuran negatif itu lalu memberontak dan mengugut tidak akan mengikut Nabi Musa meneruskan perjalanan mereka ke Palestina. Lebih dari itu, mereka bercadang untuk melantik seorang ketua untuk memimpin mereka kembali ke tempat asal mereka di Mesir.

Hanya Yusha’ dan Kaleb sahaja diantara 12 orang peninjau yang berkeyakinan bahawa dengan adanya pertolongan dari Allah mereka akan berjaya memasuki dan menguasai bumi yang dijanjikan itu. Selainnya dianggap telah menderhaka (ingkar) kepada Allah dan RasulNya, padahal mereka lupa bahawa Allah jualah yang telah menyelamatkan mereka dari kezaliman Firaun semasa diMesir; yang telah menyelamatkan mereka dari cengkaman tentera Firaun dan membawa mereka merentasi belantara padang pasir yang gersang; yang telah mengirimkan awan sebagai perlindungan dari panas yang terik dalam perjalanan diwaktu siang, dan cahaya ketika perjalanan diwaktu malam; yang telah membawa mereka menyeberang laut (Teluk Aqaba) dengan selamat ke bumi Madyan dan seterusnya menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya; yang telah memberikan mereka makanan dan minuman secukupnya sepanjang perjalanan, daripada “Manna” dan “Salwa” dan air minuman hasil mukjizat yang diberikan kepada Nabi Musa; dan disudahi dengan pemberian kitab perjanjian Taurat sebagai panduan dan jaminan daripada Allah kepada Bani Israail setelah berjaya menguasai bumi yang diberkati iaitu Kana’an (Palestina).

Allah memberitahu Musa Dia akan menimpakan wabak penyakit dikalangan mereka yang telah menderhaka itu, yang akhirnya akan menyebabkan kematian setiap orang diantara mereka. Diatas permohonan Nabi Musa, Allah telah mengampunkan mereka. Bagaimana pun Bani Israail diharamkan daripada memasukki Palestina selama 40 tahun dan selama tempoh itu mereka perlu meneruskan kehidupan mereka di kawasan padang belantara Paran dan Zin dipinggir selatan Palestina.

Dengan tempoh masa empat puluh tahun yang dihukumkan itu, Allah bermaksud untuk tidak membenarkan langsung generasi Bani Israail yang berumur 20 tahun keatas memasukki tanah yang dijanjikanNya kerana mereka pasti akan menemui ajal mereka sebelum habis tempoh pengharaman itu. Nabi Harun telah wafat ketika berumur 123 tahun, dan jenazahnya telah dikebumikan disatu tempat berhampiran Gunung Hor. Nabi Musa, Yusha’ (yang akan dilantik menjadi Nabi selepas Musa) dan Kaleb adalah dikecualikan dan mereka akan dipanjangkan umur untuk memimpin generasi muda Bani Israail meneruskan perjalanan ke bumi Palestina. Bagaimana pun, disebabkan faktor usianya yang telah menjangkau 150 tahun, Nabi Musa hanya akan dibenarkan oleh Allah untuk sampai ke puncak Jabal Nabi (Mt. Nebo) yang terletak disebelah timur Lembah Jordan, dan memerhatikan dari jauh keseluruhan tanah yang diberkati disebelah barat lembah itu, yang dijanjikan kepada Bani Israail itu, sebelum dia wafat disitu.

Nota: Mengikut ahli sejarah Yahudi dan Kristian, Yusha’ bin Nun itu sama orangnya dengan Nabi mereka yang bernama Joshua.


Nota: Sebenarnya, tanpa disedari oleh Bani Israil, wilayah Kana’an telah lama dibawah penjajahan Firaun yang telah melantik wakil-wakilnya menguasai dan mentadbir wilayah tersebut iaitu sejak Bani Israail keluar meninggalkan Mesir. Mereka berbuat demikian sebagai tindak balas kepada kematian Firaun Rameses II dilaut Teluk Aqaba. Penjajahan itu bermula dibawah Merneptah (1212-1202 SM) iaitu anak kepada Rameses II, manakala Firaun yang berkuasa ketika Bani Israail akhirnya berjaya memasukki Kana’an pada tahun 1172 SM, ialah Rameses III (1182-1151 SM). Maknanya, kota-kota bertembok yang dilapurkan oleh pasukan peninjau Bani Israail itu adalah hasil pembinaan dan kemajuan sepanjang tempoh penjajahan Firaun itu.

Al-Quran menerangkan perihal penjajahan ini apabila menyebut perkataan “mewarisi” melalui ayat-ayat berikut:

Dari Al-Quran (28:5-6);


وَنُرِيدُ أَن نَّمُنَّ عَلَى الَّذِينَ اسْتُضْعِفُواْ فِي الْأَرْضِ وَنَجْعَلَهُمْ أَئِمَّةً وَنَجْعَلَهُمُ الْوَارِثِينَ
[28:5] dan Kami hendak mengurniakan kepada kaum yang tertindas dibumi itu (Mesir), dan Kami akan menjadikan mereka pemimpin-pemimpin (imam); dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (tanah yang di berkati iaitu wilayah sekitar Israail, Palestin dan Lembah Jordan).

وَنُمَكِّنَ لَهُمْ فِي الْأَرْضِ وَنُرِي فِرْعَوْنَ وَهَامَانَ وَجُنُودَهُمَا مِنْهُم مَّا كَانُواْ يَحْذَرُونَ
[28:6] dan Kami akan memberi mereka kedudukan yang kukuh di bumi itu, serta Kami akan memperlihatkan kepada Firaun dan Haman (menterinya) bersama tentera mereka apa yang mereka takutkan (akan terjadi).

Dari Al-Quran (7:137);

وَأَوْرَثْنَا الْقَوْمَ الَّذِينَ كَانُواْ يُسْتَضْعَفُونَ مَشَارِقَ اْلأَرْضِ وَمَغَارِبَهَا الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ الْحُسْنَى عَلَى بَنِي إِسْرَآئِيلَ بِمَا صَبَرُواْ وَدَمَّرْنَا مَا كَانَ يَصْنَعُ فِرْعَوْنُ وَقَوْمُهُ وَمَا كَانُواْ يَعْرِشُونَ
[7:137] dan Kami wariskan kepada kaum (Bani Israil) yang telah tertindas itu, (keseluruhan) tanah dari timur (Lembah Jordan) dan barat (Israel/Palestin), yang Kami berkati. Dan telah sempurnalah kalimah Allah (janjiNya) yang paling baik kepada kaum Bani Israil kerana kesabaran mereka, dan Kami telah hancurkan apa yang telah dibuat oleh Firaun dan kaumnya dan apa yang telah mereka dirikan (semasa menjajah Kana’an)


Selepas tempoh pengharaman selama empat puluh tahun, Bani Israail pun memulakan gerakan untuk memasuki Kanaan secara aman atau melalui peperangan. Kebetulan pengaruh penjajah Firaun diwilayah Kana’an telah berkurangan disebabkan Mesir sedang berhadapan dengan serangan dari ‘orang-orang laut’ dari sekitar Laut Mediterranean. Jadi Bani Israail cuma perlu berhadapan dengan penduduk-penduduk asal diwilayah-wilayah yang mereka akan tempuhi.

Wilayah pertama yang terpaksa dilalui ialah Edom, Ammon dan Moab yang terletak diselatan dan timur Laut Mati. Nabi Musa merasakan tidak wajar memerangi mereka disebabkan adanya talian persaudaraan diantara mereka. Edom dan penduduknya adalah dari keturunan Esau iaitu saudara kembar kepada Nabi Yaakub. Moab pula adalah dari keturunan Nabi Lot yang terselamat dari malapetaka yang didatangkan oleh Allah keatas wilayah tempat tinggal mereka. Walaupun ada talian persaudaraan, Raja Edom dan Moab telah menolak permohonan Nabi Musa supaya Bani Israail dibenarkan melintasi wilayah mereka.

Demi mengelakkan berperang dengan saudara mereka, Bani Israail terpaksa meninggalkan Kadesh-Barnea dan berpatah balik ke Ezion Geber dan kemudian mengikuti laluan sebelah timur Edom dan Moab yang memaksa mereka menempuh padang Gurun Zin yang gersang. Mereka telah berhenti dan membuat perkhemahan sementara di tebing Sungai Arnon disempadan wilayah kaum Amorites. Nabi Musa menghantar permohonan kepada Raja mereka meminta kebenaran melintasi wilayah Amorites itu. Sebaliknya, Raja Amorites telah menghantar tenteranya untuk menyerang Bani Israail. Dengan izin Allah, Bani Israail telah berjaya mengalahkan Amorites dan menguasai wilayah timur Laut Mati diantara Sungai Arnon ke Sungai Yarmuk diutara. Kemudian Raja Bashan diseberang Sungai Yarmuk telah menghantar tenteranya untuk menyerang Bani Israail dan dengan izin Allah pasukan Bani Israail telah memenangi pertempuran itu dan seterusnya Bani Israail dapat pula menguasai wilayah Bashan sehingga sempadannya berhampiran Gunung Hermon.

Kedua-dua wilayah Amorites dan Bashan disebelah timur Lembah Jordan (dikenali dengan nama Transjordania) itu telah diizinkan oleh Nabi Musa supaya diperuntukkan kepada keluarga Reuben, Gad dan separuh daripada keluarga Mannaseh dengan syarat kaum lelakinya mesti turut sama menyertai mereka memasukki Kana’an.

Bagaimana pun, untuk meneruskan perjalanan memasukki Kana’an, Bani Israail terpaksa melintasi satu lagi kawasan di tebing timur Sungai Jordan, yang dikuasai oleh kaum Moab.

Kaum Moab tidak ada keyakinan akan dapat mengalahkan Bani Israail. Oleh itu, diatas nasihat bekas raja Amorites yang telah kalah sebelum itu, kaum Moab dengan sekutunya dari kaum Midian, telah mengambil pendekatan supaya Bani Israail akan dimurkai oleh Tuhan mereka dengan menjemput anak-anak muda dari kalangan Bani Israail menyertai pesta maksiat yang akan mereka anjurkan dari masa kesemasa. Mereka percaya akan dapat mengalahkan Bani Israail dengan ketiadaan pertolongan daripada Tuhan mereka nanti.

Nabi Musa sedar apa yang sedang berlaku lalu mengistiharkan perang keatas kaum Moab dan Midian dan telah berjaya mengalahkan mereka, dengan izi Allah.


Ucapan Terakhir Nabi Musa

Dihari-hari terakhir sebelum Nabi Musa kembali ke Rahmat Allah, beliau sentiasa beriktikaf dalam Khemah Suci (al-Sakinah) bermunajat dengan Allah. Beliau telah memberikan pesanan terakhir memperingatkan Bani Israail dari malapetaka yang tak terhindarkan yang akan menimpa mereka sekiranya mereka meninggalkan Taurat dan mengabaikan perintah Allah. Mereka kemudian akan kehilangan tanah mereka, rumah mereka, kemerdekaan mereka, dan akan diburu dan dianiaya oleh dunia yang kejam. Tetapi Allah tidak akan meninggalkan mereka selagi mereka tetap ta’at kepada Allah dan ajaran RasulNya yang terkandung dalam Taurat. Pada puncak penderitaan mereka, mereka akan berpaling daripada Allah lagi, dan Allah akan menyelamatkan mereka daripada kehancuran dan mengembalikan mereka kepada kemuliaan yang lebih besar daripada sebelumnya. Pesanan terakhir Nabi Musa ini telah disampaikan dalam tiga sesi ceramah diperkhemahan Bani Israail ditanah datar Moab, dikaki gunung Jabal Musa (Mount Nebo), Transjordania.

Musa menuliskan ucapannya, kata demi kata, yang menegaskan isi kandungan Taurat, seperti yang difirmankan kepadanya oleh Allah. Skrol penulisannya (Pentateuch kepada Yahudi atau Deutronomy kepada Kristian) itu telah disimpan didalam peti Tabut Suci, bersama lauh-lauh batu Taurat.

Musa Wafat

Musa membacakan doa untuk bangsa Israail buat kali terakhir dan terus naik kegunung Nebo (Jabal Musa) dan berdiri memandang kearah Tanah Suci yang telah dirindui sepanjang hidupnya, tetapi dia tetap patuh kepada kehendak Allah bahwa dia tidak dibenarkan masuk ke negeri yang diidamkan itu.

Dari Jabal Nabi ditebing timur Lembah Jordan

[Klik gambar untuk dibesarkan]


Nabi Musa telah wafat di bumi Moab itu dalam usia 150 tahun. Hakikatnya, pada masa itu beliaulah Nabi yang paling dimuliakan dan mempunyai tahap ketaatan yang paling tinggi kepada Allah. Dialah manusia yang paling hampir dengan Allah kerana telah diberi kesempatan bercakap-cakap denganNya..

Bagaimana pun Bani Israail masih bernasib baik kerana mendapat seorang pewaris yang layak kepada Nabi Musa, iaitu muridnya Yusha’ (Joshua) yang soleh.

Bani Israail memasuki Kana’an (1200 SM)

Nabi Yusha’ mengarahkan supaya Peti Tabut dibawa bersama Bani Israil menyeberang Sungai Jordan untuk memberikan semangat dan kekuatan kepada pejuang-pejuangnya dalam usaha menawan kota Ariha (Jericho), kota terbesar (pada masa itu) diwilayah Kana’an, ditebing barat Sungai Jordan. Mereka telah mengepung kota Jericho selama beberapa minggu dan akhirnya, dengan pertolongan dari Allah, berjaya memecahkan temboknya dan seterusnya memasukki kota itu tanpa menghadapi tentangan yang sengit.

Kota Ariha (Jericho), Palestina

[Klik gambar untuk dibesarkan]

Bani Israail telah menetap di Ariha agak lama sebelum meneruskan usaha menawan wilayah-wilayah seterusnya dibumi Kana’an atau Palestina. Ini adalah kerana berasa sangat selesa duduk dibandar itu dengan tanah disekitarnya yang sangat subur dan mempunyai sumber air yang banyak.

Bagaimana pun kemenangan dan kemewahan yang diperolehi Bani Israail adalah bersyarat. Firman Allah Surah al-A’raf Ayat 161-162:

وَإِذْ قِيلَ لَهُمُ اسْكُنُواْ هَـذِهِ الْقَرْيَةَ وَكُلُواْ مِنْهَا حَيْثُ شِئْتُمْ وَقُولُواْ حِطَّةٌ وَادْخُلُواْ الْبَابَ سُجَّدًا نَّغْفِرْ لَكُمْ خَطِيئَاتِكُمْ سَنَزِيدُ الْمُحْسِنِينَ
[7:161] Dan (ingatlah) ketika dikatakan kepada mereka (Bani Israail): "Tinggalah dalam bandar ini (Ariha) dan makanlah dari (hasil bumi)nya apa sahaja yang kamu kehendaki, dan berdoalah dengan berkata: “(Wahai Tuhan kami), bebaskanlah kami dari dosa-dosa kami”. Dan masuklah melalui pintu gerbang (bandar yang bertembok) itu dengan tunduk merendah diri, supaya Kami mengampunkan dosa-dosa kamu. Kami akan menambah (balasan) bagi orang-orang yang berbuat kebaikan".

فَبَدَّلَ الَّذِينَ ظَلَمُواْ مِنْهُمْ قَوْلاً غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ رِجْزًا مِّنَ السَّمَاءِ بِمَا كَانُواْ يَظْلِمُونَ
[7:162] Maka (selepas itu) orang-orang yang zalim di antara mereka menukarkan perintah (yang terkandung dalam Taurat) itu dengan perkataan yang tidak dikatakan kepada mereka. Oleh itu, Kami turunkan azab dari langit menimpa mereka, dengan sebab kezaliman yang mereka lakukan.

(Kisah seterusnya akan disambung.....)

No comments: