Saya dapati maklumat tambahan tersebut telah memudahkan lagi pembelajaran untuk mengenali (dengan mengetahui makna asalnya) dan seterusnya dapat memahami Ayat-Ayat Al-Quran semasa kita membacanya, bersekali dengan adanya pengetahuan (melalui pengajian kitab-kitab tafsir yang popular) akan pengertian atau maksudnya (mafhumnya) didalam Ayat-Ayat berkenaan. Saya juga telah berusaha menyatakan didalam kurungan maksud sebenar kalimat-kalimat tertentu.
Saya syorkan untuk kita merujuk semula kepada kamus (vokabulari) harfiyah mulai Surah 1 yang telah dipaparkan sebelum ini (mengulangkaji) untuk mendapatkan manfaat maklumat-maklumat tambahan tersebut.
Nota: Perbezaan antara makna dan maksud terjadi kerana bahasa Arab Klasik, yang digunapakai untuk menyampaikan message Al-Quran, adalah dalam bentuk penggunaan umum (bahasa seharian) masyarakat Arab pada masa turunya wahyu. Banyak ungkapan-ungkapan berkenaan adalah dalam bentuk perumpamaan iaitu bahasa sastera (syair). Orang-orang Arab pada masa itu tidak ada masaalah memahami maksud sebenar ungkapan-ungkapan itu walaupun makna lietralnya berlainan. Sebagai contoh, satu ungkapan dalam Surah 2 Ayat 143:
يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ = bermakna "ia berpaling atas kedua tumitnya"; tetapi maksud sebenar didalam Ayat berkenaan ialah "ia berpatah balik kebelakang" yakni membelakangi atau tidak mengikut perintah/ajaran Rasulullah sekaligus memberi maksud "mereka kembali kepada keadaan lama iaitu kafir".
Contoh dari Al-Quran (3:144):
وَمَا مُحَمَّدٌ إِلاَّ رَسُولٌ قَدْ خَلَتْ مِن قَبْلِهِ الرُّسُلُ أَفَإِن مَّاتَ أَوْ قُتِلَ انقَلَبْتُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ وَمَن يَنقَلِبْ عَلَىَ عَقِبَيْهِ فَلَن يَضُرَّ اللّهَ شَيْئًا وَسَيَجْزِي اللّهُ الشَّاكِرِينَ
Maksudnya: "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikit pun; dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." (3:144)
Dari Al-Quran (3:149):
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوَاْ إِن تُطِيعُواْ الَّذِينَ كَفَرُواْ يَرُدُّوكُمْ عَلَى أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُواْ خَاسِرِينَ
Maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, jika kamu mentaati orang-orang yang kafir itu, niscaya mereka mengembalikan kamu ke belakang (kepada kekafiran), lalu jadilah kamu orang-orang yang rugi." (3:149)
Dalam pada itu saya dapati lamanweb berikut ada mengandungi terjemahan al-Quran dalam pelbagai bahasa termasuk Melayu dan Inggeris:
http://www.islamicity.com/QuranSearch
Assalaamu'alaikum.
Adnan Abdullah
Pengendali LamanBlog
No comments:
Post a Comment