Monday, December 3, 2012

DO'A MUSAFIR

DOA 1 :

اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، اللَّهُ أَكْبَرُ ، سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ ، وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنْقَلِبُونَ ، اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ فِي سَفَرِنَا هَذَا الْبِرَّ وَالتَّقْوَى ، وَمِنَ الْعَمَلِ مَا تَرْضَى ، اللَّهُمَّ هَوِّنْ عَلَيْنَا السَّفَرَ ، وَاطْوِ عَنَّا بُعْدَهُ ، اللَّهُمَّ أَنْتَ الصَّاحِبُ فِي السَّفَرِ ، وَالْخَلِيفَةُ فِي الأَهْلِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ وَعْثَاءِ السَّفَرِ وَكَآبَةِ الْمُنْقَلَبِ فِي الْمَالِ وَالأَهْلِ
"Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali. Ya Allah kami memohon kepadaMu kebaikan dan ketaqwaan pada perjalanan kami dan dengan amalan yang Engkau redhai, Ya Allah ringankanlah perjalanan kami dan pendekkanlah jaraknya, Ya Allah Engkaulah Teman dalam perjalanan, dan Ketua bagi ahli keluarga, Ya Allah aku memohon perlindunganMu dari kesulitan perjalanan, pandangan yang samar, dan dari kejahatan yang boleh menimpa kepada harta dan ahli keluarga sekembalinya kami."

DOA 2 (Doa / Ucapan orang musafir kepada orang bermukim):

أَسْتَوْدِعُكَ اللَّهَ الَّذِي لاَ تَضِيعُ وَدَائِعُهُ
"Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah menghilangkan simpananNya."

DOA 3 (Doa / Ucapan orang bermukim kepada orang musafir):

أَسْتَوْدِعُ اللَّهَ دِينَكَ وَأَمَانَتَكَ وَخَوَاتِيمَ عَمَلِكَ
"Serahkanlah agamamu, amanahmu, penamat amalanmu kepada Allah."

DOA 4 (Doa sekiranya bermusafir pada waktu sahur -awal pagi):
سَمِعَ سَامِعٌ بِحَمْدِ اللَّهِ وَحُسْنِ بَلاَئِهِ عَلَيْنَا رَبَّنَا صَاحِبْنَا وَأَفْضِلْ عَلَيْنَا عَائِذًا بِاللَّهِ مِنْ النَّارِ
"Telah mendengar pendengar dengan pujian kepada Allah dan kebaikan ujiannya ke atas kami, Wahai Tuhan kami jadilah Teman kami, anugerahkanlah kami kelebihan berlindung kepada Allah daripada Neraka."

DOA KELUAR RUMAH:

اللَّهُمَّ أَعُوذُ بِكَ أَنْ أَضِلَّ أَوْ أُضَلَّ أَوْ أَزِلَّ أَوْ أُزَلَّ أَوْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ أَوْ أَجْهَلَ أَوْ يُجْهَلَ عَلَيَّ
"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada sesat atau disesatkan , tergelincir atau digelincirkan, menjadi zalim atau dizalimi, menjadi jahil atau dijahilkan dariku."

بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِالله
"Dengan nama Allah aku bergantung kepada Allah, dan tiada daya dan upaya kami kecuali dengan keizinanMu ya Allah."

DOA MENAIKI KENDERAAN:

سُبْحانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هَذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ . وَإِنَّا إِلَى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ
"Maha Suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya. Dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah, kami akan kembali." (Az-Zukhruf : 13 - 14)
(Rujukan: e-mosque)

AMALAN SUNAT BerMUSAFIR
1. Tujuan bermusafir adalah dengan niat yang baik dan bukan maksiat, agar perjalanan sentiasa diberkati Allah s.w.t.
2. Menunaikan solat sunat Musafir, 2 rakaat sebelum bertolak.
3. Memulakan musafir pada hari Isnin atau Khamis.
4. Sunat bermusafir dengan membawa teman. Elakkan bermusafir bersendirian.
5. Meminta keluarga supaya mendoakan perjalanan yanng selamat.
6. Membaca doa ketika keluar rumah dan menaiki kenderaan.
7. Disunatkan menjamak dan mengqasarkan solat fardhu bagi perjalanan yang melebihi 2 marhalah (60 batu/96.6km)

1 comment:

mannerohardy said...

Assalamualaikum ...sekiranya x keberatan silalah teruskan perjuangan untuk mengajar dan mendidik kami menterjemaah ayat suci AL-QURAN

aku mohon copy semua text utk di jadikan dokumen belajar apabila di rumah nanti

Semoga ALLAH jadikan ini sebagai bukti kita untuk berhadapan dengan ALLAH S.W.T satu hari nanti ;)

insyaALLAH